Beberapa minggu lepas Mr. Unknown ada mention nama aku dalam post beliau...bertanyakan sesuatu:
Aku respek sangat kat Nu’qman Qatadah dengan si Kamen Shinobi ni. Macam mana engkorang berdua boleh bertahan untuk kekal single sampai sekarang ? So far yang aku tahu la. Tak tahu la kalau ada relationship senyap-senyap ke apa. Opss. Soalan tipikal. Tak sunyi ke weyh ?
Kamen masih single?
Memang betul sampai ke saat aku menaip entry ni aku masih lagi single. Sepanjang hidup aku tidak pernah merasa nikmat ber-couple dengan mana-mana lelaki apatah lagi dengan perempuan...walaupun kalau diikutkan umur aku sekarang memang dah layak dan sepatutnya memiliki pasangan. Kalau korang baca balik entry LATE BLOOMER,aku ada bagitahu yang aku hanya mula explore dan interact dengan plu waktu aku berusia dalam mid 20's. Dekat situ dah nampak yang aku agak terlewat untuk join gay scene ni. Tahun ni dah masuk empat tahun since aku start explore dunia plu..masih agak baru dan hijau lagi. Jadi tak hairan laa kalau aku masih single.
Tak mencari partner?
Aku mengaku aku ada join beberapa gay apps popular dan masih aktif sampai ke hari ini...tapi untuk pengetahuan korang aku join gay apps tu bukan nak cari seks..just nak tambah kenalan..mana tahu ada yang sangkut dan boleh dijadikan kekasih hati...hehe..Dalam gay apps tu aku anonymous..bermaksud aku tak letak gambar muka,so takde yang tahu siapa aku..dan aku pulak jenis yang tak suka send gambar dekat orang lain..so peluang untuk keep in touch dengan plu ni amat tipis sebab diaorang tak suka layan mamat anonymous macam aku..tapi aku tak kisah,aku faham..Yang boleh bertahan beberapa kerat aje dan orang-orang ini laa yang sanggup chat, meet up dan blind date dengan aku. Eleh..kata discreet laa,lelaki dalam almari laa tapi meet up dengan plu jugak..ekeke..aku discreet dengan straight peeps aje,dengan plu aku open sikit tapi masih selective. Aku biasanya ikut naluri..kalau aku rasa mamat tu okay baru aku keluar date dengan dia...kalau hati aku cakap jangan,macam-macam alasan aku bagi...lagipun bahaya kot keluar dating dengan orang yang tak dikenali.
Takde yang sangkut?
Ni kalau aku cakap jangan anggap aku bajet hot pulak....bukan takde yang sangkut dekat aku..memang ada..tapi kalau nak tahu aku sebenarnya susah nak suka apatah lagi fall in love dekat someone. Aku lelaki yang bersikap realistik dan jenis yang hopeful romantic. Aku percaya pada gay love tapi aku tak suka rush into things especially bila melibatkan hati dan perasaan. Aku prefer untuk berkawan dahulu sebelum ke level seterusnya. Hidup ni proses,begitu jugak cinta..bukan boleh main bedal jumpa dua tiga kali terus declare boyfriend. Tapi kebanyakkan yang aku jumpa jenis gelojoh...jauh bertentangan dengan prinsip aku. Ibarat aku nak berjalan tapi diaorang nak berlari..macam mana nak bergerak seiringan? Mungkin disebabkan cara aku yang old school ni tak ramai yang mampu bertahan dengan aku atau anggap aku jual mahal..akhirnya perkenalan yang singkat tu terputus di tengah jalan.
Tak sunyi?
Sejujurnya kehidupan aku sekarang amat membosankan..lagi-lagi tengok bebudak sekarang dah ada partner lagi membuatkan aku sedikit cemburu. Aku boring tapi itu tak bermakna aku kesunyian. Aku single tapi aku tak pernah merasa sunyi sebab aku masih stay dengan family..tak dapat kasih sayang dari seorang partner pun aku tak kisah sebab aku sentiasa dapat perhatian dan kasih sayang dari family aku. Aku faham ada yang duduk bersendirian,jauh dari family..bila time sorang-sorang tu mood jadi lain macam..sangap je...asyik layan perasaan..hahaha..normal laa tu. Dulu waktu tengah study..duduk berjauhan dengan family pun aku rasa macam tu jugak..tapi tak sampai ke tahap nak peluk gomol lelaki..erkkk..Pemikiran aku masih suci lagi masa tu.
Sekarang bila umur dah semakin meningkat..kadang-kadang timbul perasaan nak bermesra dan bermanja dengan partner sendiri..Nak bermesra dengan orang tua memang boleh tapi feel tu tak sama. Chet! bercinta pun tak pernah..tahu pulak feel manja-manja dengan orang tersayang..ekekeke. Tak..maksud aku kalau dengan parents ni terlalu banyak restriction..tak sama macam bila dengan partner sendiri..lebih carefree,tak perlu control..misalnya kalau si dia nakal boleh terus smackdown..kalau dengan parents berani buat? ada pulak nanti kena sumpah jadi peti sejuk..ekekeke..dan bila ada partner sendiri banyak aktiviti boleh dilakukan bersama..so tak laa boring.
Dalam beberapa tahun lepas aku mengaku aku agak desperate mencari seseorang yang boleh dijadikan steady partner..asyik mencuba tapi satu pun tak lekat, siapa tak stress? Lepas tu mula laa fikir negative sampai kadang-kadang jadi low self-esteem..nasib baik under control lagi, tak payah jumpa pakar kaunseling. Tapi sekarang aku lebih suka ambil pendekatan 'relax and just go with the flow'. Pengalaman aku yang sedikit ni banyak mengajar aku untuk lebih mengenali hati dan perangai manusia bergelar lelaki.
Lagipun bagi aku..cinta tak mengenal usia. Takde dalam mana-mana buku cakap kau wajib ada partner sebelum 30..perasaan tu akan hadir bila tiba masa. Tak perlu tergopoh-gapah mencari cinta,biar masa yang menentukan. Aku? Aku tak kisah pun hidup single..aku masih selesa dengan title tu...walaupun jauh disudut hati yang terdalam aku teringin status SINGLE tu bertukar ke TAKEN.
Lagipun bagi aku..cinta tak mengenal usia. Takde dalam mana-mana buku cakap kau wajib ada partner sebelum 30..perasaan tu akan hadir bila tiba masa. Tak perlu tergopoh-gapah mencari cinta,biar masa yang menentukan. Aku? Aku tak kisah pun hidup single..aku masih selesa dengan title tu...walaupun jauh disudut hati yang terdalam aku teringin status SINGLE tu bertukar ke TAKEN.
'Being single doesn't mean you're weak.
It means that you're strong enough to wait for what you deserve.'