Thursday 18 February 2016

REQUEST

"Apa yang kau expect dalam relationship?"

...

Bila bercakap pasal relationship, aku rasa masing-masing pun ada keinginan dan harapan seandainya suatu hari nanti ditakdirkan bertemu lalu terbercinta dengan seseorang. Dan mostly biasanya akan berharap relationship yang dibina tu mampu bertahan lama, bahagia, kekal etc.

Well..normal laa, siapa nak couple dua tiga hari lepas tu putus? Siapa yang mampu bertahan kalau asyik bertekak? Kalau boleh nak couple sampai hujung nyawa..kalau boleh nak happy selalu..betul tak? hehe.. Well..aku pun macam orang lain jugak, ada harapan, impian dan expectation dalam relationship..berharap itu dan ini dari pasangan aku.

So kali ni aku nak share sikit beberapa element yang aku secara personally rasa agak penting dalam sesebuah relationship, dan sudah tentu apa yang aku harapkan dari pasangan aku. Well, untuk permulaan ni aku cuma nak fokus dekat perkara asas jer...perkara-perkara duniawi yang terlebih gula, terlebih cheesy aku simpan untuk entry akan datang...hehe

###

1. IKHLAS

Sebelum melayari bahtera percintaan, sudah tentu masing-masing kena menerima pasangan seadanya. Tapi kadang-kadang ada couple ni terikat bukan atas sebab emosi..tapi nafsu dekat fizikal semata-mata..sebab partner tu sado, kacak, dada berbulu..etc..takpun sebab partner tu kaya dan berpangkat. Ada pulak yang ber-couple sebab si polan kesian dekat si polan..so ber-couple sebab terpaksa..errr..ada ker?ekekeke. Ahh..lantak laa!

Pada aku relationship yang dibina atas dasar nafsu atau simpati takkan kekal lama. Sebulan dua sure putus. So aku tak nak laa benda tu terjadi aku. Aku nak si dia menerima aku ikhlas dari hati, kerana perasaan dan niat murni nak berdampingan dengan aku. Bukan atas sebab kesiankan aku ataupun faktor luaran semata-mata..eceh! macam laa aku hot sangat..ekekeke!


2. PENERIMAAN

Biasanya, masa awal-awal percintaan..waktu tu laa baru nak kenal luar dalam. So masing-masing pun cuba nak sorok bad side..konon nak nampak perfect. Tapi bila dah sampai ke suatu tahap selesa, maka bad side tu pun terserlah. Contoh, dah couple sebulan, si dia baru dapat tahu aku ada bad habit suka gigit kuku kaki..contoh jer!..ekeke. So bila terjadi situasi sebegitu, aku berharap si dia tak ambil kisah dan masih boleh menerima kelebihan dan juga keburukan aku seadanya.


3. TELUS

Bila dah masuk ke fasa relationship sebenar, aku prefer si dia bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu berahsia. Yer laa..dah kenal luar dalam, tanda lahir pun dah tahu dekat mana..tak guna nak berahsia lagi..ekeke. Tapi aku pun nak si dia faham dan hormati privacy aku..kadang-kadang tak semua perkara perlu dan boleh dikongsi bersama.


4. KOMUNIKASI

Perangai manusia tak semuanya sama, kadang-kadang ada yang suka cakap lepas, ada jugak yang suka pendam sorang-sorang..spesis yang macam ni bahaya. Depan cakap lain, belakang cakap lain..dengan alasan nak jaga hati. Well, siapa nak sakitkan hati pasangan diaorang, tapi aku lagi suka partner aku berterus terang dan bersikap jujur dekat aku. Mana laa tahu, misal kata aku terbuat benda-benda yang si dia tak suka, so aku boleh baiki. Bukan untuk orang lain, untuk kebaikan bersama jugak.


5. FLEXIBLE

Aku pasti tak semua minat pasangan tu 100% sama. Kadang-kadang apa yang aku suka, si dia kurang atau tak suka atau tak pernah ambil tahu langsung..begitu jugak sebaliknya. So bila terjadi situasi masing-masing bercanggah minat atau berbeza pendapat, aku berharap si dia menghormati, tak pun sekurang-kurangnya sudi untuk belajar dan mendalami hobi dan minat aku. Contoh aku suka tengok citer seram, sedangkan si dia tak suka..tapi kerana sayangkan aku, si dia sanggup temankan aku layan citer seram..hehe.


6. SABAR

Sehebat mana pun relationship tu pasti suatu hari nanti akan dilanda ujian..well, lautan mana yang tidak dilanda gelora? So seandainya suatu hari aku dan si dia tetiba bertelagah, aku berharap si dia mampu bersabar dan tetap tenang dengan dugaan yang sedang dihadapi. Maklum laa, bila tengah emosi, kepala bukan betul sangat..silap-silap terus mintak clash..erkkk. Kalau boleh berbincang untuk mencari jalan penyelesaian daripada lari dari masalah dan menyalahkan satu sama lain.


7. PRIORITY

Well, dah nama pun buah hati kesayangan..so si dia kena laa letakkan aku dalam priority list paling atas..eceh!selfish sungguh kau Kamen!ekekeke.. Tak kira laa sesibuk mana pun, si dia tetap akan luangkan masa untuk call atau mesej bertanyakan khabar dan perkembangan aku. Bila bangun pagi, celik mata jer si dia orang pertama yang akan ucap "Good morning", dan sebelum tido malam si dia orang terakhir yang akan ucap "Good night" dekat aku..eceh!


8. SETIA

Yang ni cliche habis...ekeke. Tapi normally, bila dah sampai ke suatu tahap masing-masing dah terlalu selesa dengan pasangan, perasaan bosan tu sure akan muncul. Yer laa, dah menghadap muka sama bertahun..mau tak bosan? Dulu dia laa jantan paling hot, sekarang tetiba jadi suam-suam kuku..ekeke..tu yang kes gatal cari pisang lain tu! Haihh...

Walaupun si dia dah mula rasa bosan menghadap aku, tapi aku still berharap perasaan sayang dan cinta si dia terhadap aku masih menebal seperti waktu memula bercinta dulu. Tak kira laa ada jantan lain yang lagi mantap dari aku datang menggoda, si dia mampu tepis dan hanya memilih untuk setia dengan aku seorang.

###

Rasanya cukup setakat itu jer dulu. Kalau diturutkan hati, banyak lagi aku nak senaraikan..tapi nanti korang kata aku demand lebih-lebih pulak..hehe.

Kalau korang perasan dalam list ni, aku lebih banyak mengharap pasangan aku berbakti dan berkorban untuk aku. Well, aku tak laa kejam sangat nak request macam-macam dekat pasangan aku sedangkan aku buat bodoh serupa diktator kejam. Bukan kah dalam perhubungan tu kena ada sikap give and take? So kalau si dia sanggup berkorban dan memenuhi keinginan aku, kenapa aku tak boleh buat perkara yang sama? "Kerana cinta lautan berapi, pasti akan kurenang jua"...eceh! hahaha! So basically apa yang korang baca ni bukan sahaja permintaan aku, tapi ibarat janji aku dekat pasangan aku nanti.


Best relationship :
Talk like best friends,
Play like children,
Argue like husband and wife,
Protect each other like siblings


Thursday 4 February 2016

SUAMI

Dalam entry RAJUK baru-baru ni, sorang silent reader meninggalkan komen berbunyi begini…

Salam kamen, 1st time baca blog ko... Quite interesting.. Just nk tanye.. R u stil with ur 'someone's hubby?.. Bkn ape.. Im actually termasuk dlm golongan itu.. Masalah skrg ni, die selalu igt aku ni lebihkan wife aku dr die.. N slalu gado pon sbb die yg gatal2 g tgk hp aku nmpk pic aku with my wife.. Susahla.. Aku dah ckp aku ni come with packages.. Dulu ckp boleh terima.. Tp skrg asyik gaduh pasal tu je.. N pasal blind date, kalau sekadar 'gatal2' or suke2.. Xyahla.. Siyes.. End up kompem menyesal.. N perlu ditegaskan.. Im never a proud 'gay'!!

Dan…

Thanks action kamen 4 not judging me.. I know, mesti yg ramai akan ckp, dah ada bini, why bother 2 have bf... Well, sbb tu la aku strongly advise kat ko supaya jgnla blind2 date ni.. Dlm kes aku, dah tersuka tanpa sengaja.. Cliche kan..n aku dok sekali kot dgn bf n family die.. Aku xdok skali dgn wife.. She's around 300km away frm me.. So aku ni kire weekend husband la.. Masalah aku skrg ni, aku cinta kat dia sgt2.. Gile tul.. I just want both north n south pole at the same time! n skrg my wife dah 3 months preggy,, niat hati nk settle down secara baik., tp xtao cmne nk mule.. Yg susahnya.. Aku suk skali dgn fam die., n semua fam die rapat gile dgn aku.. N diorang org susah, so brg2 dapor mmg harap aku.. N fam die xtao aku no dah kawin.. Arghhhh., aku poning.. Suggestion pls.. N pls no cliche suggestion..sorry if i make it all about me.. Just i think this is a good platform 4 me to let it all out.. N since we share the same feelings.. I guess u guys may have some gud suggestion.. – CAPITAL.A.FOUR

###

Well..itu antara luahan hati seorang suami yang tengah kemaruk bercinta dengan PLU. Dulu, dalam entry KAHWIN, si isteri pulak complaint suami main kayu tiga dengan jantan. Haih…aku suspek diaorang berdua ni sebenarnya suami isteri in real life..jeng jeng jeng!hahaha!

Sebenarnya aku agak malas nak masuk campur pasal kehidupan orang lain..misalnya dalam kes CAPITAL.A.FOUR ni. Yer laa..walaupun aku ada pengalaman berskandal dengan suami orang, tapi situasi kitaorang agak berbeza..nak bagi nasihat lagi laa aku reti. Tapi ntah kenapa lately ni jiwa aku meronta-ronta nak meluahkan pendapat peribadi aku berkenaan isu ini.

Kalau korang belek balik entry belakang, aku pernah share kisah aku berskandal dengan suami orang, Mike. Skandal? Eleh..jumpa pun tak pernah, setakat sembang di alam maya..layak ker dipanggil skandal? ekeke.. Ntah laa, kitaorang tak pernah pun declare as couple, tapi perangai serupa orang bercinta..haha. Pelik kan? Dan aku pun tak pernah anggap Mike tu lebih dari sekadar ‘teman bersembang’ atau mungkin ‘abang angkat maya’..erkkk. Yer laa..dia dah kahwin..takkan aku nak jadi perosak rumah tangga orang lain. Orang kata, karma is a bitch! Mungkin ada hikmah kitaorang duduk berjauhan..so cukup laa sekadar ‘menumpang’ perasaan di alam maya..at least dapat jugak merasa nikmat ‘disayangi’…eceh! :muntah: .Dasar Kamen Shinobi, jantan tak laku!

Berbalik pada isu CAPITAL.A.FOUR..honestly aku sendiri tak tahu nak bagi advice apa…clueless..ekeke. Biasanya PLU yang tengah bercinta dengan suami orang yang akan meluahkan perasaan diaorang, tak pun isteri-isteri teraniaya..tapi ini dah terbalik. Walaupun aku ada pengalaman, tapi rasanya aku bukan orang yang layak untuk bagi nasihat berkenaan isu ni. Apa yang aku mampu buat hanya laa meluahkan isi hati dan pendapat peribadi aku sahaja.

Well…sebelum aku bermula aku nak tegaskan di sini, blind date tak salah. Personally aku menganggap blind date sebagai satu cara untuk aku mingle dengan PLU. Apa yang terjadi selepas blind date tu..tersuka, terbercinta, teromen, terjimak..hahaha..semua tu di luar batas kawalan aku. Tapi sebagai seorang manusia yang dah mampu dan boleh berfikir secara waras, dan tahu menilai baik dan buruk..so kena laa bijak handle situasi.

Tapi dalam kes CAPITAL.A.FOUR ni, dah terlajak terbercinta dengan jantan walaupun dah ada isteri. Well..walaupun aku seorang gay..personally aku tetap menentang sebarang bentuk kecurangan..tak kira laa dalam hubungan straight mahupun gay..apatah lagi selepas berkahwin. Maklum laa, Kamen Shinobi setia orangnya. Moto percintaan aku, "Loyalty is my number one priority"….eceh! hahaha! Tak boleh blah!

Honestly aku tak faham dengan cara pemikiran sebahagian PLU yang memilih untuk berkahwin, tapi akhirnya berskandal dengan jantan di luar pengetahuan isteri. Yer laa, takkan nak bagitahu isteri..mau merasa makan penyapu? Hahaha! Personally bagi aku, tak kira laa kau gay atau bi sekalipun, bila dah memilih untuk berkahwin dengan perempuan..baik lupakan aje laa niat nak bercinta apatah lagi nak beromen dengan jantan. Tak kira laa wife duduk jauh beribu batu sekalipun, wife tak cantik, wife gemuk, busuk, ketiak berbulu etc… itu bukan tiket dan alasan untuk berlaku curang di belakang isteri.

Memang laa, soal hati dan perasaan tak boleh diduga dan dipaksa..tapi kalau diikutkan nafsu, keinginan dan kehendak memang takkan pernah puas..asal nampak jantan taste, nak try. Tapi kena ingat, dalam hidup ni tak semua kita boleh dapat. Kadang-kadang ada jugak benda yang perlu di korbankan..dalam konteks ni, nafsu. Kalau si isteri boleh belajar untuk menerima dan setia dengan suami, kenapa suami tak boleh nak ikut? Sama jugak dalam gay relationship, kalau pasangan boleh bendung nafsu dari beromen dengan jantan lain, kenapa masih gatal nak cari pisang tambahan? Pisang yang ada tak cukup mengenyangkan? Hahaha! Haihh..tak faham. Bukan kah dalam perhubungan tu kena ada sikap give and take? Mana pergi kesetiaan yang dijanjikan masa awal-awal bercinta dulu? Lupa ler tu! Haihh..tetiba emo…relax Kamen!

Apa pun, aku nak minta maaf kalau entry ni bersifat judgemental. Again, aku cuma nak meluahkan rasa hati..itu sahaja. Buat CAPITAL.A.FOUR dan orang-orang yang senasib, aku minta maaf tak dapat nak bantu korang buat keputusan. Semua tu terletak di tangan korang sendiri. Berani buat, berani tanggung. Tapi apa yang aku mampu nasihat buat suami-suami PLU, cuba laa belajar untuk setia dan menyanyangi isteri seadanya. Cuba laa belajar untuk kawal perasaan dan nafsu tu. Buang jauh-jauh sifat selfish, jangan sebab nak sedap sendiri sampai sanggup korbankan perasaan dan maruah orang lain.

Well, kalau korang ada nasihat ataupun cadangan, jangan segan-segan untuk luahkan..mana tahu boleh menyelesaikan masalah orang-orang macam CAPITAL.A.FOUR.

Life is like a multiple choice question,
sometimes the choices confuse you,not the question itself.