Wednesday 24 January 2018

PET PEEVES

Lately ni aku suka habiskan masa layan channel Domics dalam youtube. Domics? Who? Well..Domics ni seorang animator merangkap youtuber. Content channel Domics ni lebih kepada personal blogging atau lebih tepat vlogging...tapi instead membebel depan camera, dia buat animasi. Pahal aku beriya sangat promote channel Domics ni? huhu..Nak tahu lebih pasal Domics search je dalam youtube...

Dalam banyak-banyak video dalam channel Domics tu, aku tertarik dekat topik "Peeves"...yang secara tidak langsung memberikan aku ilham untuk menghasilkan entry ni. Nampak sangat aku dah kehabisan idea sampai terpaksa cilok idea dari luar..ekekeke. Takde la...topik dah ada...draft pun dah hampir siap, tapi untuk permulaan tahun 2018 ni mungkin lebih molek dimulakan dengan topik ringan-ringan dahulu.

Menurut kamus alam maya,

A pet peeve is a particular thing that bugs you every time. A peeve is an annoyance, and a pet peeve is an annoyance that's nurtured like a pet — it's something someone can never resist complaining about.

Well, setiap manusia dalam dunia ni mesti ada pet peeves masing-masing. Tipu la tak pernah rasa annoying langsung. Kalau tak pernah mungkin dah sampai masa check balik diri tu manusia atau jelmaan dari kubur...ekekeke. Biasanya pet peeves ni berpunca dari benda-benda yang mungkin orang lain anggap minor atau remeh, tapi tidak pada si penderita kerana ianya bersifat individual..tudiaaaa! ayat skema...ekekeke. Kalau nak citer pasal aku punya pet peeves ni, banyak kut. Maklum la..Kamen Shinobi ni mengada-ngada orangnya...padan la kena tinggal...ouch!


can you not....

1. Pintu
Tak kira apa jenis pintu..pintu rumah, pintu kereta, pintu penutup jamban sekalipun..aku paling pantang dengan spesis manusia yang bila tutup pintu mesti nak hempas sampai bergema satu bangunan. Apa la salah pintu tu didera sebegitu rupa, tak hilang maruah pun tutup pelan-pelan. Kalau terjumpa spesis ni rasa nak hempas je muka dia kat pintu tu..grrrrr

2. QueueTak kisah la..dekat pasaraya, ATM, McD atau mana-mana tempat yang memaksa aku untuk berbaris, aku paling tak suka bila orang depan aku atau cashier buat kerja lembab macam siput khinzir..especially bila line tengah panjang dan aku pulak tengah rushing. 

3. RokokAku anti rokok dan aku paling bengang bila orang merokok dalam tandas. Bayangkan ruang tandas yang tertutup tu dipenuhi dengan asap dan bau rokok yang menyucuk hidung...aduhhh, mau tak sesak nafas! Terus potong mood aku nak membuang. Lagi satu aku tak suka bila perokok ni hembus asap rokok, angin bertiup dan asap tu lalu depan muka aku..mula la aku start mencarut..dalam hati. Aku tak membenci perokok cuma benci bau dan asap rokok..tu je.

4. Bayi Yang ni aku tak benci...agak la kut benci kat bayi. Tau la diri tu gay, tak suka perempuan..apatah lagi nak bereproduksi..ekekeke. Cuma ada sesetengah situasi, bayi ni boleh jadi agak annoying. Misalnya dalam kapal terbang..atau kat tempat yang sunyi dan tertutup..tiba-tiba ada bayi melalak macam nak terkeluar anak tekak. Fuh...berdesing telinga.

5. MakanBab makan ni aku ada dua pantang. Satu, aku paling tak suka orang mengunyah tak tutup mulut. Pada aku agak tidak sopan dan bunyi kunyahan tu agak mengganggu selera makan. Kedua, aku tak suka orang cedok atau cuit lauk pakai sudu atau tangan yang dia pakai suap untuk makan. Dah masuk mulut lepas tu cedok lauk. Cukup la kongsi lauk je, aku tak nak kongsi air liur. Tapi kalau bae suapkan aku rela...ekekeke

6. ChattingYang ni selalu jadi dalam gay apps. Bila dia start tegur dulu dan aku reply...tiba-tiba dia ghaib..teruja kut aku reply sampai pitam..huhu. Takpun bila dia start tegur dan aku reply...tapi dia takde topik nak sembang. Sudahnya aku yang tanya macam-macam kat dia. Dah macam aku pulak yang terhegeh-hegeh kat dia..haihh..

7. DrivingMasuk simpang atau tukar laluan tak bagi signal. Hon aku padahal dia yang salah. Slow driver. Double parking especially kat jalan sempit. Tempat parking full tapi lambat keluar parking sebab tengah betulkan mekap, tak pun bersembang dengan kawan sebelah. Typical driver kat Malaysia..huhu

8. PDABukan handheld PC zaman jahiliah tu..ni 'Public Display of Affectionate'. Tak kisah yang dah kawen ke belum, tapi aku annoyed tengok couple especially perempuan tergedik-gedik manja dengan partner diaorang. Betulkan rambut boyfriend, bertepuk tampar, peluk cium etc...macam dia sorang je ada boyfriend..chet! Jeles ke Kamen?

9. LepakAku tak suka orang ajak lepak last minute..mau tak gelabah nak bersiap...dan aku tak suka orang cancel plan last minute especially atas alasan yang tak munasabah. Well, pernah jadi kat aku..beriya ajak jumpa, aku dah siap sembur perfume tiba-tiba dia cancel sebab................mengantuk. Dah la ajak last minute, cancel pun last minute...sampai sekarang aku banned mamat tu dari hidup aku.

10. Bahasa rojakWell...aku mengaku kadang-kadang aku selalu jugak merojakkan bahasa melayu dan bahasa inggeris..ekekeke. Tapi aku paling tak tahan bila dengar orang speaking english loghat british grammar bersepah, tetiba selit satu dua perkataan melayu. Biasanya 'melayu urban' je yang suka buat macam ni..konon nak nampak cool..padahal kat rumah cakap loghat utara je dengan mak bapak...ekekeke

Dah cukup sepuluh pet peeves seorang entiti bernama Kamen Shinobi..kalau ada lagi aku buat part 2. Rasanya itu je kut..mengada sangat la semua tak kena..baik duduk kat planet musytari terus...ekekekeke. Maaf la kalau ada yang terasa..ini cuma pendapat peribadi. Tapi kadang-kadang bila berhadapan situasi yang menjengkelkan ni..memang nak pindah ke bulan je rasanya..takde stress, takde sakit hati..aman je hidup aku. Duduk la kat situ kawan dengan alien...dengar cerita diaorang ni well-behaved..tak macam manusia kat bumi ni...huhu

People will notice the change in your attitude towards them,
but won't notice their behavior that made you change