Sunday 8 April 2018

BERCINTA

"Aku tak suka komitmen, rimas. Gay relationship takkan ke mana pun, buat apa nak kapel?"

Itu jawapan yang aku dapat dari sorang mamat gay ni bila aku tanya kenapa dia tak into serious relationship. Aku kenal mamat ni kat PlanetRomeo masa zaman noob dulu..cerita lama tapi sampai sekarang aku ingat lagi. Kitaorang tak pernah berjumpa, pernah video calling sekali je, lepas tu terus lost contact sebab aku reject dia ajak romen..wakakaka. Well, what you expect..kenal kat website gay yang sangat famous masa tu, dah tu relationship pun dia pandang hina. Aku noob tapi takde la naif sangat. Sekilas ikan di air, aku dah tahu mana yang behave mana yang nakal..hehe

Mungkin ada betulnya apa yang mamat tu kata. Apa yang aku nampak, gay relationship ni jarang sekali ada yang kekal..well, yang boleh setia dengan satu pasangan sampai ke mati atau sekurang-sekurangnya sampai berpuluh tahun bersama. Kalau ada pun, tak ramai dan sangat rare. Kebanyakkan gay relationship ni berantakan takde lain, mesti sebab pasangan curang. Mungkin dah sifat semulajadi lelaki tak pernah cukup dengan satu? Dah bosan menghadap muka sama tiap hari, so cari yang baru. Well, aku cakap 'lelaki' in general..straight, gay, bi etc, semua pun ada potensi untuk curang...semua tu sikap individu. Tapi ntah kenapa pada pandangan mata aku lelaki gay ni ada kecenderungan yang lebih tinggi untuk curang berbanding lelaki straight. Tapi percaya la, Kamen Shinobi setia orangnya...hehe

Tapi tak semua lelaki gay tu tahu nak curang je..aku yakin ada yang setia pada satu. Kalau tak, takkan la ada yang sanggup propose nak ajak kahwin. So nampak la dekat situ ada jugak yang serious nak settle down. Alahai...mana la nak jumpa lelaki macam ni? Jangan kata nak ajak kahwin, yang nak serious pun payah betul nak jumpa! Alaa Kamen..yang nak serious tu ramai tapi masalahnya tak menepati citarasa kau...ekekeke


Dulu waktu aku baru berjinak-jinak dengan gay apps, niat aku satu je..nak cari steady partner. Gay lain dalam apps tu semua sibuk cari jantan untuk diratah, sedangkan aku sibuk memburu cinta sejati..siap kena perli jantan kemaruk sex kononnya aku kuat berangan...huhu. Memang tak la aku nak beromen dengan jantan sembarangan dalam apps tu. Tipu la aku tak geram dengan lelaki yang kena dengan taste aku, cuma bila melibatkan soal intim ni aku sangat memilih.

Tapi dalam aku memburu cinta sejati tu, aku sendiri tak pasti apa tujuan sebenar aku nak bercinta. Bila aku nampak gay couple bahagia, meluap-luap rasa nak bercinta..cuma aku keliru apa yang aku nak dalam relationship tu. Yer la, nak bercinta sampai bila? Nak kahwin pun tak boleh, kapel pun kena sorok takut kantoi etc

Itu cerita dulu..waktu aku masih tercari-cari jati diri. Bila dah semakin meningkat usia ni, rasanya dah sampai masa aku settle down dan fokus pasal masa depan aku. Mungkin dalam bab cinta ni aku old-fashioned sikit, aku tak pernah pun rasa nak main-main atau nak cuba-cuba macam orang lain. Basically, aku sama je macam lelaki straight yang bila sampai satu tahap ada rasa nak kahwin nak ada isteri..cuma bezanya aku nak cari suami..sounds so bottom disitu..wakakaka.

Lagipun ada kemungkinan aku takkan berkahwin dengan entiti yang bernama perempuan..dara mahupun janda. So nak tak nak aku kena jugak cari pasangan sehidup semati, yang sedia berkongsi susah senang dengan aku, yang menghargai kelebihan dan melengkapi kekurangan aku..sama macam straight couple lain. Kadang-kadang tu berangan nak kahwin macam Ricky Martin dengan husband dia Jwan Yosef.  Balik kampung introduce kat saudara mara "Kenalkan..ini suami saya"..terus kena baling dengan bawang...ekekeke. Tapi kalau duduk kat Malaysia ni, tak payah kahwin pun takpe, cukup la dapat duduk satu bumbung. Dapat jaga makan pakai dan yang paling penting dia setia..eceh!

Malangnya kebanyakkan lelaki gay ni nak bercinta tapi takde hala tuju..fikir pasal short term je. Ada yang nak bercinta sebab nak fun. Ada yang nak bercinta sebab kesunyian. Pada mereka bila tengah in-relationship semuanya indah, wangi, cantik..walaupun pada hakikatnya relationship tu satu perjalanan yang ada pasang surutnya...bukan semuanya manis, pahit masam kelat semua ada.

Gay relationship ni tak mudah. Rasanya hanya orang-orang tertentu je yang ada kemampuan untuk stay in this kind of relationship. Hidup sebagai seorang lelaki gay pun dah susah, ini kan pula nak hidup berdua sebagai pasangan. Terlalu banyak kompromi..nak hadap prejudis orang sekeliling lagi. Tu belum masuk dugaan dan godaan bila tengah in-relationship. Kalau tak kuat, relationship tu takkan kemana..kelaut la jawabnya. Yer la, hubungan yang terikat dengan janji mulut macam ni umpama satu perjudian. Sesiapa pun boleh tabur janji, tapi berapa ramai yang boleh berpegang pada janji?

A real relationship is having someone who accepts your past,
suports your preset, love you and encourages your future.