Wednesday 26 December 2018

REWIND

Minggu depan dah nak masuk tahun 2019. Biasanya nak dekat-dekat hujung tahun ni aku akan post pasal throwback sepanjang tahun ni...cliche..I know.. Tapi takkan la hujung tahun nak cerita pasal tips-tips dating pulak kan?..so tahun ni tak terkecuali...hehe

Perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2018 ni boleh aku ibaratkan macam naik hot air ballon. Bermula dari bawah..agak biasa, monotonous yakni membosankan. Lalu slowly terbang naik ke atas dan akhirnya mampu buat aku tersenyum melihat keindahan terbentang luas di depan mata..eceh! analogy tak boleh blah...hahaha!

Permulaan tahun 2018 ni agak tak best..emosi aku tak berapa nak stabil. Tidak..aku tak gila..waras lagi cuma sendu semacam je. Kalau yang follow blog ni tahu la apa puncanya..huhu.. Betul la kata orang nak move on ni bukan senang. Tapi nak tak nak aku kena jugak belajar untuk  move on...cuba nak lupakan peristiwa hitam yang jadi penghujung tahun 2017 lalu. Well, peristiwa tu dah jadi sebahagian dalam sejarah hidup aku, mustahil aku boleh lupa..tapi at least aku cuba untuk tidak terlalu kenangkan dan fikirkan sangat. Ambil masa bebulan jugak la aku nak fight dengan emosi yang macam roller coaster. Macam mana dan apa aku buat untuk move on? Next entry aku citer...Thank you, next..kata Ariana Grande..ekekeke

Dalam pertengahan tahun 2018 pulak aku berkesempatan singgah di Kuala Lumpur atas urusan peribadi. So aku ambil peluang tu bersua muka dengan beberapa orang followers dan reader yang ada di sekitar Lembah Klang..orang kata sambil menyelam minum air. Well, pengalaman yang agak menakutkan pada mulanya...maklum la dah lama hiatus dari dating scene...well, meeting new people especially people like us..tu yang rasa seram semacam tu..huhu. Tapi overall, satu pengalaman yang agak luar biasa pada aku. Tak sangka bermula dari hanya sekadar menulis dan berhubung di alam maya..sampai la akhirnya bertemu di dunia realiti. Terima kasih yang accept jemputan untuk bersua muka tempoh hari. Yang kerek tak nak jumpa tu, tak nak kawan! ekekeke..kidding!

Kalau nak citer pasal azam, aku tak macam orang lain yang beriya kejar azam itu dan ini. Rasanya aku dah cukup selesa dengan kehidupan aku sekarang..takde apa yang nak dikejarkan sangat. Well, mungkin pengalaman banyak mengajar aku untuk tidak terlalu berharap pada sesuatu..kerana kadangkala harapan yang terlalu tinggi tu yang akhirnya memakan diri sendiri. So aku buat keputusan untuk chill dan relax je..menanti keajaiban singgah dalam hidup aku. Pada aku kejutan tu lagi membahagiakan kut. Cuma, ada la beberapa azam yang aku dah simpan selama bertahun-tahun akhirnya terlaksana jugak tahun ni..dan semuanya terjadi tanpa dirancang.

Personally, tahun 2018 ni adalah tahun yang aku boleh anggap as memorable sebab banyak moment istimewa berlaku dalam tahun ni. Walaupun permulaannya agak hambar...tapi dipenghujungnya aku mampu tersenyum. Harapnya senyuman ni kekal la untuk tahun-tahun seterusnya. Kalau jumpa steady partner, senyum sampai pipi cramp pun aku tak kisah. Tak serik ke Kamen?..ekekekeke

There are far-far better things ahead,
than any we leave behind

Seronoknya naik hot air balloon berdua dengan yang tersayang...bila la dapat merasa..