Mona : Hahaha...kalau si Shah tu Andy Lau,budak lelaki lain macam siapa?
Betty : Ermmm..Shah macam Andy Lau..Wan macam Aaron Kwok..Hadi macam Donnie Yen.
Mona : Kamen?
Betty : Kamen?...Kamen macam Fei Mao!...HAHAHA
Mona : HAHAHA~
Betty : Ermmm..Shah macam Andy Lau..Wan macam Aaron Kwok..Hadi macam Donnie Yen.
Mona : Kamen?
Betty : Kamen?...Kamen macam Fei Mao!...HAHAHA
Mona : HAHAHA~
Erkkk...ada ker patut aku disamakan dengan Fei Mao? Kenal tak siapa Fei Mao? Tak kenal..boleh google,korang tengok sendiri handsome ker tak Fei Mao..member aku diaorang bandingkan dengan yang handsome,badan ketak..aku pulak dibandingkan dengan Fei Mao yang tembam tu..haihhh..Mona dan Betty ni pun satu hal,kalau nak mengutuk pun..jangan laa bagi aku dengar..ekekeke.
Siapa Mona dan Betty? Mona dan Betty ni classmate masa aku di form 5 dulu. Satu kelas tahu diaorang ni BFF. Pegi mana-mana asyik berkepit..dah macam pasangan lesbian aku tengok..hahaha! Shah,Wan dan Hadi pulak member-member yang paling rapat dengan aku masa tu. Since dalam kelas tu tak ramai budak lelaki Melayu so hubungan kitaorang memang rapat. Diaorang aje laa kawan yang boleh faham dan terima aku seadanya.
Kalau nak tahu,sepanjang aku di sekolah menengah aku takda kawan perempuan,semuanya lelaki..kalau setakat kawan classmate tu memang ramai,tapi kawan perempuan yang boleh diajak lepak,borak,bergurau senda memang takda. Ntah laa,masa tu aku tak terasa pun nak berkawan dengan budak perempuan..rasa awkward jer bila bergaul dengan makhluk berlainan jantina..mungkin petanda awal yang aku bakal menjadi seorang gay tegar?..HAHAHA!
Entry ni bukan nak cerita pasal member sekolah aku..tapi aku nak kongsi pengalaman hidup aku yang pernah tergolong dalam kategori gemuk. Sejujurnya,sewaktu aku terdengar Mona dan Betty mengutuk fizikal aku,aku tak rasa apa pun..aku sedar aku tak kacak,dah tu gemuk pulak..memang takda tarikan langsung..padan laa disamakan dengan Fei Mao..hahaha!siot jer! Tapi tipu laa kalau aku tak kisah langsung diaorang gelakkan aku...aku manusia,ada hati dan perasaan..siapa tak sedih kalau orang lain,classmate pulak tu gelakkan kekurangan kau?Tapi nak buat macam mana,dah mulut diaorang macam tu,aku just diam aje laa. Kalau diturutkan hati nak aje aku bagi buku lima,baru tahu penumbuk Fei Mao ni macam mana..tapi tak kan laa aku nak bertekak dengan perempuan..tak gentle laa!eceh!hahaha.
Dulu masa di sekolah rendah aku sangat kurus..kalau berdiri sebelah tiang lampu,sure korang tak boleh cam mana satu Kamen Shinobi..memang tak ubah macam tengkorak hidup.ekeke. Masuk aje darjah 5,badan aku mula berisi..pipi semakin tembam,muka semakin bulat serupa bola,bahagian perut pun mula berlemak. Tapi biasala laa budak lagi..masa tu aku just fikir apa yang jadi dekat aku perkara normal,budak-budak nak membesar jadi remaja. Nak jaga penampilan diri lagi laa takda..yang penting masa tu study,exam dan main video game...nak mengorat lagi laa takda.hahaha.
Masuk sekolah menengah jadual semakin padat dengan aktiviti sekolah..selera makan pun semakin bertambah. Kadang-kadang aku boleh bedal sampai dua pinggan nasi..tu belum masuk pencuci mulut dan jajan masa tengok tv. Kalau ada lebihan makanan yang tak habis,biasanya aku yang bedal sampai licin..ekeke..kiranya masa tu aku memang suka dan kuat makan.
Kemuncaknya masa aku di form 5..masa tu berat aku hampir 90kg...pergh! Tak sangka aku,nampak macam okey jer tapi sebenarnya overweight. Member-member aku semuanya kurus kering macam tak cukup zat galian..aku jer budak lelaki Melayu yang paling
Walapun kegemukan aku tak terlalu obvious di mata umum,tapi kalau bukak baju memang nampak laa badan tu flabby..takda tone..maklum laa,banyak lemak. So nak tengok aku shirtless tayang body..jangan harap laa. Dan dalam banyak-banyak bahagian aku paling benci bahagian dada...my biggest insecurity masa tu. Yer laa,dada semakin berisi dengan lemak,tak macam zaman kurus dulu..leper jer..haha. Yang kelakarnya aku boleh terfikir "Kenapa aku ada nasi lemak,budak lelaki lain takda?"...KAH..KAH..KAH..Adeh!teruk betul pemikiran aku masa tu..padahal tak laa teruk sangat...biasa laa lelaki berisi ada nasi lemak 60 sen..ekekeke..aku aje yang terlalu self-concious dengan badan aku sendiri.
Bila rasa diri tu gemuk dan gempal,automatik confidence jatuh tersembam atas tanah..lagi-lagi bila tengok budak lelaki lain semuanya slim dan fit..berlari pun selamba jer. Aku pulak badan macam bulldozer,macam mana nak berlari? sure lemak bergoncang tanpa kawalan. Sudahnya aku selalu skip kelas pendidikan jasmani. Patut laa gemuk,kuat makan tapi malas bersenam,ponteng kelas pulak tu...teruk betul perangai kau Kamen!..ekekeke. Ada sekali tu,masa hari sukan..cikgu pendidikan jasmani paksa aku masuk acara 4x100m..Adeh..lumba lari?mampus! So sampai jer turn aku,aku lari sekuat hati..tapi yang kelakarnya sambil berlari tu aku tarik baju ke depan sebab nak cover getaran lemak di badan..hahaha! malu beb,dah laa orang ramai..cikgu pendidikan jasmani aku pulak tersengih-sengih tengok gelagat aku..Seriously, memang tak selesa bila lelemak bergoncangan di luar kawalan..hahaha..aku rasa orang gemuk jer kot yang faham perasaan aku masa tu.
Disebabkan 'kelebihan' tu jugak,aku lebih prefer pakai baju yang over size. Aku sedar badan aku tak cantik,takda shape..lemak sana sini..lagi-lagi dada aku yang macam anak dara baru nak baligh..ekekeke. Kalau shopping baju baru memang wajib cari size XL...yang slim fit,ikut cutting badan memang aku tak kan beli apatah lagi pakai. Aku sesaja pilih baju yang over size sebab nak cover lemak berlebihan. Aku tak peduli pun orang nak kata pakai baju besar takda style..macam pakai guni beras. Apa yang penting aku tak nak orang lain nampak lemak aku..hahaha..Lagipun masa tu aku mana reti sangat bab fesyen..pakai baju untuk tutup badan dan janji selesa.
Habis STPM aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti..so terpaksa berpisah dengan keluarga. Tahun pertama aku stay kolej kediaman. Bab makan takda masalah sebab semuanya disediakan..just datang dewan makan ikut masa yang ditetapkan,dan balun apa yang ada..tapi makanan tu tak sesedap masakan ibu tercinta..jadi makan pun tak berapa nak selera.
Sepanjang aku menuntut di universiti aku takda transport sendiri,fakulti pulak duduk atas bukit..so nak tak nak aku terpaksa panjat bukit hampir setiap hari demi menuntut ilmu. Kadang-kadang tu cemburu jugak tengok coursemate lain ada transport sendiri..masuk kelas pun relax jer. Aku pulak dah macam kuda semput..peluh jangan cakap laa,habis lencun baju dek peluh..nasib baik badan tak bau macam kambing..ekekeke..Dugaan betul laa dapat fakulti atas bukit.
Start semester 3 sampai habis internship aku stay rumah sewa. Dari situ aku belajar hidup berdikari dan belajar memasak..hehehe..boleh laa untuk tekak sendiri. Sejak aku stay luar,jadual hidup aku jadi tunggang langgang...transport pulak takda,hari-hari terpaksa kejar public transport nak pegi balik kelas..memang hectic laa hidup aku masa tu. Kadang-kadang kalau tak sempat nak balik rumah,lunch aku just makan roti dengan setin soya bean untuk alas perut sampai ke petang. Tapi yang paling tragis sekali masa final year..masa tu aku tengah buat internship dekat satu company yang ajak jauh dari rumah aku. Kadang-kadang aku sampai rumah agak lewat,maklum laa takda transport sendiri,lepas tu terpaksa bertukar-tukar public transport pulak. Letih jangan cakap laa..nak masak aku tak larat..kedai makan pulak dah tutup..sudahnya aku just makan roti gardenia dengan telur rebus sebagai dinner..adeh! Sedih betul kehidupan aku masa tu.
3 tahun berlalu....
"Eh..dah kurus!..nampak lain laa"
"Kamen...kenapa dah kurus ni?"
Itu laa reaksi orang sekeliling bila nampak perubahan aku. Kalau tak silap lepas graduate berat aku 68kg..sebelum masuk universiti,berat aku 88kg..so tanpa sedar dalam 3 tahun aku hilang 20kg. Nak kata kurus kering tu tak jugak,maybe diaorang dah terbiasa dengan Kamen yang gempal,so bila nampak Kamen versi slim ni diaorang jadi pelik..ekekeke. Bila difikirkan balik,tak sia-sia laa selama 3 tahun aku panjat bukit setiap hari,terkejar-kejar public transport,balik lewat sampai tak sempat nak makan...kiranya dapat manfaat 2 dalam 1..selain menuntut ilmu, aku dapat kurangkan lemak degil dalam badan aku ni.hehe.
Bila rasa diri dah in-shape,automatik tahap keyakinan pun semakin bertambah. Takda dah nak pakai baju over-size macam guni beras..hahaha. Pakai apa pun nampak kemas dan smart jer..eceh!tak bleh blah puji diri sendiri..ekekeke. Kalau dulu,jalan tunduk tengok tanah..sekarang dah boleh mendongak ke langit..hahaha! Berlagak sungguh Kamen semenjak dah kurus...ekeke..kalau dah sado nanti,sure jalan tak jejak tanah..hahahah. Kamen,jangan lupa diri..peringatan untuk semua jugak.hehehe.
Kebetulan dah bercerita pasal topik ni,aku nak share sikit pengalaman aku dating dengan PLU dalam kategori gemuk chubby. Kamen,ko ni apesal?dah desperate sangat ker? semua jenis bentuk badan kau balun dating...takda citarasa ker?ekekeke. Well,apa salahnya?dah orang ajak berkenalan..aku tak layan kang tak pasal-pasal dilabel sombong. Chubby pun manusia jugak..kenapa nak prejudis? Lain laa kalau perempuan yang ajak aku keluar dating...sure aku tak nak..ekekeke.
First time keluar dating masa aku memula join PR dalam tahun 2012. Kalau nak tak tahu first date aku pun tergolong dalam kategori chubby..ekekeke. Tapi memandangkan aku nak buat satu entry pasal first date aku,so aku reserve dulu cerita pasal mamat ni..ada masa nanti aku update.
Tak lama lepas tu aku berkenalan pulak dengan someone,again dalam PR..Fredo nama diberi. Menurut description dalam profile mamat ni,aku bajet fizikal Fredo ni biasa jer..tinggi 5'5"..berat dalam 60kg..tapi korang sendiri tahu yang aku tak suka send apatah lagi nak request gambar orang lain,jadi sepanjang perkenalan tu kitaorang memang tak tahu rupa masing-masing. Beberapa minggu berlalu..suatu petang Fredo ajak aku keluar dinner,kira blind date laa..kebetulan aku tengah lapar..apa lagi?hehehe.
Yang peliknya sebelum kitaorang meet-up,Fredo request nak jumpa aku di suatu tempat yang sunyi...aku dah "Ahhhh,sudah..nak buat apa meet-up tempat sunyi?"..tapi disebabkan keinginan aku untuk bersua muka dengan mamat ni terlalu kuat,aku turutkan aje permintaan pelik tu. Dalam 5 minit penantian di lokasi, seorang lelaki mengetuk cermin kereta.
Fredo : Kamen? Hi..saya Fredo..
Aku : Hi..masuk laa (senyum awkward)
Kusangkakan Nobita,rupanya An..An..An...Doraemon..ekekeke..Tak sangka fizikal Fredo jauh menyimpang dari imaginasi aku. Tapi aku tak kisah pun Fredo ni dalam kategori chubby. Walaupun Fredo ni chubby dan rendang,tapi agak comel orangnya..hehe. Kitaorang just meet up sebanyak 2 kali,lepas tu break up...eceh!macam bercinta laa pulak. Belum sampai tahap bercinta lagi..setakat jumpa sebagai kawan..itu aje. Tak banyak yang terjadi antara kitaorang..keluar lepak,borak,balik dan sambung chatting..itu aje.
Walaupun Fredo ni macam Doraemon,tapi miang serupa kasanova gersang..hahaha..seram pulak aku. Malangnya aku tak feel sangat dengan mamat ni..bukan atas sebab fizikal,macam aku kata tadi..Fredo ni comel cuma ada ciri-ciri tertentu yang buat aku agak ter-turn-off sedikit. Nak jadi kawan aku ok aje,tapi kalau lebih-lebih..errrr.. Selepas beberapa percubaan Fredo mengayat Kamen Shinobi gagal,akhirnya Fredo mengangkat bendera putih tanda mengalah..dan aku ditinggalkan begitu sahaja..Padan muka..tu laa,jual mahal lagi!ekekeke..
Misi mencari kekasih hati diteruskan..eceh!hahaha!
Beberapa tahun berlalu..aku berkenalan pulak dengan John. Ingat lagi cerita John dalam entry Catfish? John ni pun dalam kategori chubby jugak. First time meet up dengan John mengingatkan aku pada Fredo..fizikal lebih kurang aje. Nak cerita? tak payah laa...kang berepisod pulak entry ni..hahaha
Dan yang terbaru..beberapa bulan lepas aku berkenalan dengan someone dalam Growlr..Bob..muda setahun dari aku. Masa memula kenal kitaorang just berbalas mesej dalam Wechat dan macam biasa laa,masing-masing discreet,tak tahu rupa masing-masing. Tak lama kemudian Bob request nak video call dengan aku since dia curious nak tahu siapakah jejaka misteri bernama Kamen Shinobi..ekeke. Atas dasar kesian dan lagipun aku dah lama berbalas mesej dengan mamat ni..so why not? aku pun nak tahu jugak macam mana rupa mamat ni.
Moment of truth..takda apa pun..ekekeke..Aku dah belajar dari kesilapan lepas,takda lagi nak letak high expectation. Tapi biasa laa,video call just nampak muka aje. First impression? Manis orangnya..tu jer komen aku..eceh!kalau Bob tahu aku puji dia sure kena peluk sampai sesak nafas..hahaha! Usai first video call tu aku tergerak nak tengok balik profile mamat ni...malangnya section tinggi dan berat kosong laa pulak. Tak puas hati punya pasal..aku acah-acah tanya Bob..nasib baik dia ni sporting jawab soalan aku..Tinggi lebih kurang aku aje,tapi berat...nak tahu berat Bob? 140kg..Pergh!terkejut bapak beruk aku masa tu..tapi disebabkan Bob suka bergurau,so aku susah sikit nak percaya.
Keesokannya Bob panggil aku teman dia dinner,tak fikir panjang aku setuju aje. Kitaorang janji nak meet up dekat satu kedai makan. Berdebar jugak masa tu,yer laa..dah lama tak dating lepas tragedi bersama John. Sebelum bertentang mata dengan Bob,aku sesaja tunggu dalam kereta,konon nak skodeng betul ker Bob 'besar' macam tu sekali? Tak lama lepas tu aku ternampak seorang lelaki dalam kedai makan yang dijanjikan.."Itu ker?" getus hatiku..
NEW MESSAGE
Bob : Woi,kau kat mana? aku dah sampai.
Aku : Aku dah sampai..kau pakai baju warna kelabu kan?
Bob : Mana? tak nampak pun? ha..ah..kelabu asap kilang...hahaha..cepat sikit..aku lapar!
Aku : Ok..jap aku datang.
Bob tidak bergurau. Honestly..itu laa kali pertama aku bergaul dengan lelaki dalam kategori gemuk melampau atau lebih tepat..obese. Aku tak nak judge Bob atau orang-orang macam Bob. Alaa,diaorang pun manusia biasa jugak..cuma fizikal diaorang aje agak luar biasa. Pun begitu,aku sejujurnya selesa berkenalan dengan Bob sebab dia ni friendly dan kelakar orangnya..memang sepadan dengan Kamen Shinobi yang kadang-kadang boleh jadi lagi sewel dari penghuni hospital mental. hahahaha.
Hubungan aku dan Bob berjalan lancar tapi masing-masing macam biskut cipsmore..sekejap ada,sekejap hilang.ekeke.. Biasanya aku tunggu Bob mesej baru aku layan,kalau tak memang aku senyap aje laa. Ntah laa,aku sebenarnya teragak-agak nak initiate conversation dengan mamat ni,takut kacau daun..maklum laa hati Bob sudah dicuri gadis. Pergh! Jangan pandang sebelah mata,walaupun Bob macam tu..ada perempuan yang sangkut. Hebat kau Bob! hehe. Tu yang Bob cakap laa masa first meet up dulu,kalau dia kencing aku..maknanya aku kencing korang jugak..ekekeke. Lebih sebulan lost contact,Bob tetiba ajak aku keluar dinner lagi sekali...aku on jer. Dipendekkan cerita lepas dinner tu kitaorang ronda-ronda pusing satu kotaraya..sesaja buang masa sambil mengenal hati budi dan mencari chemsitry..eceh!hahaha..Tapi biasa laa,PLU..asal jumpa aje mesti ajak bermesra alam..haihhh
Sesuatu terjadi di malam itu...
Alahai..segan pulak aku nak cerita..ekeke. Begini ceritanya..lepas puas ronda-ronda satu kotaraya,kereta Bob berhenti di suatu kawasan. Tengah kitaorang berborak,tetiba Bob request sesuatu dekat aku. Gulp!..jangan fikir bukan-bukan! Takda scene lucah..takda bukak baju..takda bukak seluar.ekekeke...Permintaan Bob tu simple aje tapi mungkin agak intim bagi sesetengah orang..hehe. Tapi macam biasa laa,Kamen Shinobi suka jual mahal...eceh..Untuk tidak menghampakan Bob,aku reject secara baik. Nak tahu apa jadi lepas tu? Tanpa diduga..aku digomol tanpa rela..errkkk!...WTF Bob?! kau ingat aku baby ker nak main gomol-gomol dengan aku? Masa tengah 'bergelut' tu, tetiba ada kereta lalu sebelah kereta Bob..mau tak gelabah biawak aku masa tu?..siot kau Bob! mampus kalau orang lain nampak aku tengah buat maksiat dengan teddy bear dalam kereta...hahaha..Tu pun nasib baik aku sempat mengelak,kalau tak memang basah kena gomol malam-malam buta.erkkk...no way!
Sejak kejadian ngeri tu aku dah serik nak jumpa Bob..Asal Bob mesej ajak lepak aje..macam-macam alasan aku bagi..saja nak mengelak. ekekeke..Akhirnya Bob mengalah dan sampai ke hari ni Bob senyap tanpa khabar berita. Kadang-kadang aku kesian jugak dengan orang-orang macam Bob...yer laa,setahu aku dalam dunia PLU ni mostly cari badan ketak,6 pax..yang berlemak dan boroi sure selalu kena reject. Kalau laa kejadian malam tu tak berlaku,aku tak kisah pun nak keep in touch dengan Bob..aku selesa berkawan dengan mamat ni..tapi nampaknya kehendak masing-masing berbeza,kitaorang tak sebulu. Move on aje laa Kamen..cari teddy bear lain..ekekeke
...............
Maaf kalau entry ni terlalu meleret sampai buat korang naik bosan..hehehe..Apa pun,tak kira laa macam mana fizikal korang,terima dan sayangi diri sendiri seadanya. Kalau rasa diri tu tak sempurna,ingat...dalam dunia ni takda manusia yang sempurna. Kau,aku,kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Lagipun citarasa manusia ni berbeza-beza..Jadi tak kira laa kau gemuk,kurus,boroi,sado,pendek...masing-masing ada peminat tersendiri. Pernah dengar idiom "One's man trash is another man's treasure"?
Dan kalau ada niat nak buat perubahan pada diri..teruskan. Aku tahu ramai diluar sana tengah berusaha nak kurus,nak sado..nak gemuk pun ada..ekeke. Aku tahu tak senang,aku pun tengah usaha jugak nak dapatkan bentuk badan ideal..eceh..hehehe. Tapi kalau nak buat tu biar laa atas niat nak berubah untuk kebaikan dan kepuasan diri..bukan sebab nak menunjuk atau semata-mata nak puaskan mata yang memandang.
Sebelum tu aku nak tanya...Would you date a fat guy?