Monday 25 November 2019

COVERLINE

Last weekend aku sempat stay sehari dua dekat rumah 'kesayangan'. Entry ni sengaja di publish untuk memberitahu satu dunia bahawa Kamen Shinobi sudah berpunya. Riak sungguh kau Kamen! wakakaka.. Well, aku bukan nak citer pasal kejadian yang berlaku di sana..ikut imaginasi masing-masing la nak fikir apa pun..ekekeke..

Sepanjang aku berada di sana, honestly aku rasa sedikit 'janggal'...bukan kerana baru bertemu keluarga mentua...ekekeke. Agak susah aku nak describe perasaan 'janggal' tu. Sebenarnya situasi ni tidak lah baru....kerap kali jugak berlaku terutamanya bila kat luar. Yela, biasanya kalau duduk berdua takde rasa segan silu pun nak tunjuk kasih sayang tu..eceh! Tapi bila berdepan dengan family kesayangan..atau pun bila kat tempat yang kurang privacy, nak tak nak kitaorang kena hadkan sikit kemesraan tu. Jangan harap la nak bermanja nak mengada-ngada. Setiap  gerak, tingkah laku, tutur kata...kena berhati-hati. Nak tegur pun panggil nama..bahasakan diri kau-aku. Rasa derhaka pulak ber-kau-aku dengan kesayangan...hahaha. Semuanya sebab nak mengelak hubungan ni dari dihidu orang sekeliling..

Rasanya almost gay couple ada perasaan insecure nak bermesra kat public. Yela, nak mengaku diri tu gay pun seolah nak memilih antara hidup atau mati..apatah lagi nak pegang tangan partner depan khalayak ramai. Takut dengan persepsi negatif orang sekeliling..takut kena judge...takut orang pandang sinis..takut jadi buah mulut orang etc. Biasa la, orang kita ni asal nampak benda yang out of norm, mudah sangat triggered. Dia tak tahu, dekat India sana orang jantan selamba jalan pegang tangan..kalah orang bercinta. Pak arab asal jumpa laga pipi laga hidung...takde hal pun. Geng perempuan kongsi makanan dikatanya comel, tapi kalau lelaki suap makan dikatanya jijik. Diskriminasi sungguh!



Kalau nak cakap pasal coverline ni, bukannya bila tengah in love je kena coverline, korang yang single tu pun selalu coverline kan? Usha jantan dalam lrt.. mampu jeling je. Takde pulak datang dekat tanya nama mintak nombor telefon etc. Adik beradik membawang pasal pakcik sebelah rumah selalu bawa jantan sado masuk rumah..kau terpaksa jadi hipokrit ikut membawang sekali. Member lepak mamak sembang pasal awek,  kau join sekali...sedangkan nicky minaj bogel pun kau geli.  Parents menyibuk tanya kenapa tak kahwin lagi..kau bagi jawapan cliche..jodoh belum sampai. Walhal kau sibuk mencari jodoh dalam grindr. Yang tengah couple tu pulak mampu berkasih sayang bila tengah berdua je. Tapi bila dah kena menghadap public terpaksa la pakai topeng str8..acah-acah macho..mengaku kawan satu office tapi sebenarnya jumpa pun dalam gay apps. Kesian orang sekeliling kena tipu hidup-hidup...ekekekeke

Well..bukan senang hidup sebagai closeted gay dalam lautan manusia normal. Banyak yang perlu dikorbankan demi menjaga sensitiviti orang sekeliling. Orang lain bebas berekspresi..sedangkan orang-orang macam kita ni terpaksa memendam rasa..bimbang dihina dan dicaci. Yang single mahupun tengah couple..sama je..semua pun kena sorok. Rasa bahagia tu hanya mampu dikongsi bersama orang yang memahami. Kadang-kadang tu rasa iri hati dengan pasangan lain, mampu tunjuk rasa bahagia tanpa ada prejudis dari orang sekeliling..rasa bebas jadi diri sendiri bila dengan pasangan..huhu

Do they love you..or the mask you put on everyday?


Tuesday 15 October 2019

I'M BACK!

Injit injit semut siapa sakit naik atas... 

Hantu gay Kamen Shinobi muncul kembali...ekekeke



Lama betul aku tinggalkan dunia blogging ni. Rasanya lebih 7 bulan aku menyepi. Kalau dulu paling busuk pun sebulan sekali mesti ada entry baru...ni sampai 7 bulan tak update..apa citer ni Kamen?! Aku bukan merajuk..apatah lagi dah berubah jadi str8..lambat lagi! Well..aku bukan saja-saja tak nak update blog ni. Kalau ikutkan banyak aku nak luahkan dalam blog ni, kisah suka duka yang aku lalui..tapi nak dipendekan citer, aku terlalu sibuk dengan macam-macam komitment. Maklum la, bila hidup sendiri ni komitment dia lain macam sikit..mana dengan kerja yang tak pernah berhenti. Bayangkan..aku nak on laptop sebulan sekali susah, apatah lagi nak menaip entry baru..kirim salam je la. Nak update pakai phone tu boleh, tapi rasa tak puas!..nak menaip panjang-panjang pakai skrin kecik...mau cramp jari..huhu..So sudahnya, blog ni terbiar sepi.

Lagi satu, probably zaman sekarang ni blog dah kurang relevan dijadikan medium untuk meluahkan perasaan. Blogger lain pun ramai yang dah pencen. Ye la, visitor makin berkurang..ruang komen semakin hambar. Aku tak nafikan semua tu boleh jadi faktor blogger-blogger macam aku 'malas' nak update. Macam syok sendiri pulak membebel sorang-sorang..ekekeke.. Sekarang ni nak marah nak merajuk nak mengamuk semua lepas dalam sosmed je..instant gratification. Nak buat kawan pun senang..kalau beruntung jumpa jodoh dalam tu. Mungkin dah tiba masanya Kamen Shinobi bukak account twitter atau instagram?..senang nak connect dengan people like us. Actually aku dah ada account facebook, tapi biasa la..hambarudin. Nampak sangat tak famous...ekekeke. Aku pulak sejenis tak aktif main sosmed ni..lagi la mengeruhkan keadaan..huhu. Kalau bukak account instagram sape je la nak follow aku...sah-sah aku takkan upload personal picture dalam tu.. Takpe la..biar la watak Kamen Shinobi ni kekal misteri...eceh!

Well..since aku dah lama tak menaip, aku anggap ni entry comeback. 7 bulan tak update pape..honestly rasa sedikit awkward. Rasa macam memula start blog dulu..blur manjang...huhu. Oh ye....bulan september lalu genap la 5 tahun blog ni bernyawa...walaupun 7 bulan lepas dia koma, tapi sekarang dah bangkit balik...bigger, stronger, bolder, wilder..gituh..ekekekeke

Cukup la dulu untuk kali ni, ada masa nanti aku update lagi. Harapnya ada masa la nak update, kalau tak..faham-faham la..hehe. Pape pun aku nak minta maaf banyak-banyak dekat reader dan visitor aku tak sempat reply komen, dm, email korang..Kamen Shinobi bukan sombong tau, pemalu tu iye..hehe. Dan buat kawan-kawan blogger lain, maaf lama tak singgah blog korang..rindunya zaman meriah dulu-dulu.


Every setback is a setup for a comeback

Apa jadah email aku kena spam dengan gambar perempuan bogel! Boobs bersepah...ewwww

Sunday 31 March 2019

SUPERFICIAL

Korang yang tengah on ataupun pernah ada gay apps..tak kisah la Grindr, Blued, Hornet etc..mesti pernah terjumpa profile yang ada description macam ni : 

"No chubby..twinks only"
"Cari BF..prefer gym type"

NO itu..NO ini.. Hidang terung free..YES jugak akhirnya!...ekekekeke..Well..masing-masing ada personal preferences bukan? Normal la tu, masing-masing tahu apa yang dia suka, apa yang boleh buat dia turn on turn off. Pepatah Melayu ada mengatakan..'dari mata turun ke hati'. Sudah jadi lumrah manusia sukakan benda yang cantik dimata. Senang kata, first impression tu antara benda yang terpenting lagi-lagi dalam mencari pasangan...tak kira lah untuk tujuan apa sekalipun.

Tapi apa yang menyedihkan dalam dunia LGBT ni especially lelaki PLU kebanyakkannya terlalu mendahulukan fizikal berbanding perkara-perkara lain. Well..siapa tak berselera dengan lelaki yang dia suka? Aku sendiri ada type yang aku suka..physical features yang boleh buat aku cair.. Bukan semua lelaki yang lalu depan mata aku berselera..tu desperate namanya! Tapi dalam pemerhatian aku, majoriti PLU lagi-lagi dalam gay apps sangat cerewat pasal paras rupa dan fizikal seseorang. Nak berkawan tapi pilih yang ensem je. Kalau muka macam tayar lori tu..kirim salam je la..baru DM terus kena block..huhu..

Ada pulak yang kononnya mencari boyfriend tapi letak macam-macam syarat berbaur diskriminasi fizikal. Kalau setakat satu dua turn off's sampai tak boleh dimaafkan langsung.. tak pun atas tujuan one night stand..aku tak hairan pun nak cari yang perfect. Ye la, masing-masing ada kehendak yang perlu dipenuhi. Tapi kalau perkara remeh yang agak susah atau mustahil untuk diubah..kulit hitam, pendek, contohnya..jadi punca kena reject...aku pun tak tahu nak cakap apa..



Sejak aku main gay apps ni, aku tak nafikan..dunia PLU ni dipenuhi manusia yang superficial. Ramai yang letak high standard sampai jadi shallow minded, judgemental, and unrealistic. Terlalu mencari kesempurnaan fizikal sampai timbul sikap diskriminasi. Terlalu pentingkan standard sampai jadi buta hati. Nak berkawan..nak bercinta tapi gaya macam nak cari model spender...cerewet nak mati! Lepas tu komplen takde orang nak kat dia....up status FB.."Bosan la, kan best ada bf..."..ek eleh!

Friendship..relationship bukan dinilai dari pasar rupa, bentuk badan, tinggi, berat tu semua. Kawan ensem tapi tak boleh diharap pun tak guna jugak. Bila kau senang, dia la orang pertama mengaku BFF..tapi bila kau susah bayang pun tak nampak. Tak guna ada partner hot sado main gym 2 jam non stop 3 kali sehari 7 kali seminggu..tapi relationship tu banyak cacat cela. Depan kau bukan main sweet..belakang kau dia curang romen dengan jantan lain...huhu

Yang indah tak selamanya indah. Yang muda akan tua. Yang pejal akan lembik. Yang tegang akan kendur.  Dan yang buruk tak selamanya buruk. Yang gemuk boleh fit. Yang hitam boleh putih. Masa tu baru kau tahu nak menyesal reject dia dulu. Tak perlu la kut too judgemental. Kenal dulu baru nilai, kenal peribadi..kenal hati budi..bukan kenal berapa saiz terung.. haihhh...Kan cikgu bahasa melayu dah ajar.."tak kenal maka tak cinta"..eceh! hehe..

Well..entry ni hanya sekadar luahan peribadi. Bukan nak meroyan sebab kena reject ye! Mustahil Kamen Shinobi kena reject...hot stuff kut! Baru letak DP ibu jari kaki, berpusu-pusu orang DM masuk ajak couple. Tu belum tunjuk muka...terus kena banned..

Your outer beauty will capture the eyes, 
your inner beauty will capture the heart.

Wednesday 20 February 2019

ABANG

Ketika aku sedang syiok mengorek hidung sambil menanti lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba handphoneku berdering..petanda seseorang menghantar mesej melalui aplikasi Blued..

jejaka_itu_ini : Hi. Abang apa khabar..boleh berkenalan?

Masa seakan terhenti. Aku rasakan ketiak, perut dan bahagian sensitif aku mula digeletek tanpa belas kasihan. Hatiku tercuit...disulam dengan sedikit perasaan jijik. Lantas bibirku berkata..

"Chet!..umur dah 30 ada hati panggil aku abang!"

###

Aku mungkin diantara lelaki dalam Malaysia ni yang agak alergik dengan gelaran 'abang'..especially dari kaum lelaki. Aku sendiri tak pasti apa punca dan kenapa aku menghidap penyakit pelik ni...faktor pemanasan global barangkali? ekekeke.. Sedar la wahai Kamen Shinobi..awak tu dah berumur..memang layak pun dipanggil 'abang'...takkan nak panggil awak 'darling' pulak...erkkkk

Well..aku tak kisah pun kalau budak-budak belasan tahun..ataupun adik-adik seusia lepasan IPT panggil aku 'abang'. Sudah jadi lumrah budaya timur mendidik setiap dari kita untuk menghormati orang yang lagi berusia..salah satu cara dengan gelaran abang, pakcik, encik, tuan etc. Ini Malaysia bukan Amerika...selamba tegur pakcik sebelah rumah "Oiii samad...siram bunga ke tu?". Jangan hairan kalau pakcik samad tenung korang semacam.

Tapi bila yang gelarkan aku 'abang' ni datang dari lingkungan umur sebaya aku..apatah lagi yang sudah jelas lagi tua dari aku...automatik aku rasa nak menggelupur macam cacing disimbah air panas..aku teramat lah geli! Kadang-kadang tu terdetik dihati..."Tua sangat ke aku ni?" No way! Hari-hari tepek losyen safi rania buy 1 free 1 kat muka mustahil muka tua...aku baby face kut...huhu

Sejujurnya sejak azali lagi aku agak janggal dengan gelaran 'abang' ni. Aku nak bahasakan diri sendiri 'abang' dekat budak-budak pun rasa awkward..apatah lagi nak panggil lelaki lain 'abang'...errr...rasa macam adik-adik submissive disitu..ekekeke. Seboleh-bolehnya aku akan elak bahasakan diri aku atau orang lain 'abang'. Sesama jantan ber-'abang-abang' ni buat geli ketiak aku je..tak boleh blah! Lain la tengah bercinta..bukan setakat boleh panggil 'abang'...panggil 'hubby' sedap jugak...aummm

Pada aku gelaran 'abang' ni lebih sesuai diberi untuk abang kandung je. Yang takde pertalian darah langsung tu cari la alternative lain..bro, bossku..ekekeke.. Sesama jantan ber-'abang-adik'...ishh..getik bebenor teman...bak kata orang perak. Kalau jarak umur tu tak lebih 5 tahun..."kau-aku" dah cukup. Kalau rasa "kau-aku" tu bunyi kasar sangat...ganti "saya-awak"..tak ke lebih mesra telinga..hehe

Well...ini pendapat peribadi aku je..lain orang lain cara..ini cara aku. Jangan pulak nanti ada yang tuduh aku ajar BBNU ni biadab dekat orang tua...ekekekeke. So pesan Abam Kamen kepada adik-adik...hormati orang tua. Nampak tua sikit..panggil la 'abang'...kalau nampak tua banyak panggil 'pakcik'..jangan cakap Abam Kamen tak ajar ye...

Respect is for those who deserve it,
not for those who demand it