(Sambungan SAYANG : 2 TAHUN)
JANUARI 2014
Aku tidak pernah terfikir hubungan aku dengan Mike boleh bertahan sejauh ini. Yer laa...relationship PLU, tak pernah jumpa pulak tu..macam mana nak kekal? Biasanya dalam kes macam aku, kebanyakkannya hanya mampu bertahan seminggu..tak pun sebulan dua..lepas tu berpisah dan buat hal masing-masing. Namun siapa sangka, bulan ni genap 2 tahun aku mengenali dan bersabar dengan sikap Mike. Eleh...ntah-ntah Mike pun menyampah dengan perangai aku...hehe.
Ntah kenapa aku susah sangat nak tinggalkan Mike. Aku sayangkan hubungan ni..tapi kadang kala jiwa aku meronta untuk melepaskan diri dari 'perangkap' Mike. Dah berapa kali aku cuba lari dari Mike, tapi akhirnya aku kembali terjerumus dalam kisah yang terlalu complicated ni. Sampai bila aku nak layan suami orang? Ramai lagi lelaki single di luar sana,suami orang jugak aku pilih..haihh.
Mike tak sama macam lelaki lain. Walaupun sampai ke saat ni hati aku masih belum terbuka..atau mungkin takkan terbuka untuk menerima Mike lebih dari sekadar kawan biasa..tapi Mike tetap 'istimewa' dalam hidup aku. Mike selalu ada bila diperlukan. Aku boleh bergurau, berborak dengan Mike seperti seorang sahabat. Mike selalu tegur aku kalau aku buat silap..ibarat seorang abang menegur adiknya sendiri. Walaupun aku takde hati dekat Mike,tapi aku suka bila Mike seolah-olah mengejar aku..tercari-cari tatkala aku menghilangkan diri..seperti seorang kekasih yang merindui pasangannya. Dan yang paling penting Mike sangat memahami dan menghormati pendirian aku.
Mana nak cari lelaki macam Mike? Kebanyakkan PLU yang ajak berkenalan, chatting takpun meet up sebab nak try aku aje...kalau aku reject permintaan diaorang, mula laa diaorang bising tak pun blah macam tu aje. Jarang sekali aku jumpa lelaki macam Mike yang nak kenal aku bukan atas sebab sex semata-mata.
Aku respect kesungguhan Mike untuk mempertahankan hubungan ini..cuma sayang sekali dia hak milik orang lain. Kalau laa Mike single, mungkin aku takkan cari dan keluar berjumpa lelaki lain.
______
MAC 2014
Mike : Bila awak nak datang sini?
Abang teringin sangat nak jumpa awak. Bawa awak jalan-jalan..makan-makan.
Aku : Belum ada rezeki lagi..sabar laa.
Sudah lebih 2 tahun aku mengenali Mike tapi semuanya hanya di alam maya..sekadar chatting dan video call. Aku teringin nak jumpa Mike..nak tengok Mike depan mata kepala aku sendiri. Habiskan masa berdua dengan Mike sambil berkenalan lebih rapat. Aku rasa tak salah berkawan dengan suami orang, asalkan tahu jaga batas dan nafsu.
Bila? bajet ada..masa boleh di cari..haihh, ntah laa. Tapi suatu hari nanti aku mesti jumpa Mike..biarpun cuma sekali...itu pasti!
Ahh..lupakan laa hasrat tu Kamen! Jangan cari nahas. Belum jumpa pun dah jadi serabut macam ni..macam mana kalau masing-masing dah bertentang mata? Macam mana kalau Mike semakin sayang dekat kau? Dan macam mana kalau kau tetiba terjatuh hati dekat Mike? Ingat, Mike tu suami orang..kau tak boleh ada perasaan dekat dia. Jangan keruhkan keadaan..lebih baik mengelak sebelum dua-dua terperangkap dengan perasaan...susah nanti nak cari jalan keluar..tak pasal-pasal ada yang terluka nanti.
______
JULAI 2014
Aku : Hi! buat apa tu?
Aku : Hi! buat apa tu?
...7 jam berlalu...
Mike : Hi awak..sorry,ada hal tadi.
.....
Aku : Hi..busy ker? Ada hal nak bincang.
...Keesokan harinya...
Mike : Sorry awak..semalam abang dah tido.
Awak nak bincang apa semalam?
Aku : Takpe laa..huhu
Haihh...aku dapat rasakan Mike semakin menjauh dari aku. Dulu Mike mengadu aku jarang memulakan perbualan..asyik dia aje yang start dulu. Takpe laa, demi Mike aku kurangkan ego aku. Tapi tiap kali aku ajak Mike berborak..layan pun macam nak tak nak aje.
Aku : Takpe laa..huhu
Haihh...aku dapat rasakan Mike semakin menjauh dari aku. Dulu Mike mengadu aku jarang memulakan perbualan..asyik dia aje yang start dulu. Takpe laa, demi Mike aku kurangkan ego aku. Tapi tiap kali aku ajak Mike berborak..layan pun macam nak tak nak aje.
Dulu kalau boleh setiap hari nak video call dengan aku...dua hari tak tengok muka aku terasa rindu. Seminggu tak chatting mula laa merengek..merajuk macam budak kecik. Sekarang apa dah jadi? Seminggu tak berbalas mesej dah jadi perkara normal. Sebulan tak video call langsung tak terasa rindu. Aku tahu Mike ada family,bukan lelaki single macam aku..Mike ada komitmen,ada life sendiri. Tapi kalau sibuk mana sekalipun, takkan takde masa langsung belek telefon tu?
Ntah-ntah Mike ada skandal? Atau Mike nak tinggalkan aku? Mike dah bosan dengan aku? errr...gulp!
______
OGOS 2014
Mike : Kalau abang bagitahu pun, awak takkan percaya!
Aku : Salah ker saya tanya?
Mike : Pape jer laa..huhu
Mike : Kalau abang bagitahu pun, awak takkan percaya!
Aku : Salah ker saya tanya?
Mike : Pape jer laa..huhu
.....
Aku : Ha! Buat apa tu? Layan skandal ler tu...hehehe
Mike : Yer! Awak nak?!
Haa! kenapa senyap?
.....
Mike : Kenapa kita selalu gaduh? Abang tak suka.
Aku : Ntah laa..
Mike : Awak pun dah jarang mesej abang...asyik diam jer.
Aku : Sorry laa..busy sikit.
Aku tak tahu dimana silapnya. Mike semakin dingin dengan aku. Usik sikit pun dah terasa hati..lepas tu mengamuk,merajuk tak tentu pasal. Kalau dulu sekali sekala merajuk manja dengan aku, aku boleh terima..tak payah pujuk pun boleh sejuk sendiri. Tapi sekarang Mike semakin berubah...semakin sensitif. Pantang silap sikit pasti ada pergaduhan..kadang-kadang hal kecil pun boleh jadi besar.
Aku tak suka bertekak hal remeh temeh..so aku rasa ada baiknya aku diamkan diri dari terus bertekak dengan Mike. Tak guna aku ajak berbincang kalau akhirnya berperang...aku jugak yang sakit hati nanti. Tapi kalau aku diam, Mike pulak mengadu macam-macam..lepas tu sure bertekak. Haihh,tak paham betul aku dengan perangai Mike..serba salah aku dibuatnya.
Ntah sampai bila aku mampu bertahan dengan sikap Mike..sabar aku pun ada batasnya. Asyik aku aje nak jaga hati Mike..hati aku siapa nak jaga? Kalau diturutkan hati nak aje aku blah dari hidup Mike..baru padan muka dia.
______
SEPTEMBER 2014
Mike : kenapa dengan awak ni? Awak dah berubah.
Aku : Huh?
Mike : Awak sekarang suka menjawab..dah pandai melawan.
Abang nak Kamen yang dulu! Mana dia?!
Terdengar nada kekesalan dalam bicara Mike. Aku mengaku sejak Mike berkelakuan dingin dekat aku, aku mula tawar hati. Mungkin cara aku melayan Mike dah tak sama macam dulu. Dulu boleh laa aku manja..iyakan aje apa Mike cakap..tapi sekarang tak lagi. Aku tahu ada kalanya aku bersikap kasar...tapi semua tu cuma rancangan aku. Aku sengaja bersikap begitu dengan harapan Mike membenci dan terus tinggalkan aku. Agak mustahil aku nak tinggalkan Mike, tapi aku tak kisah pun kalau Mike yang tinggalkan aku dulu..aku rela. Aku dah tak tahan asyik bergaduh dengan Mike. Aku sedar aku dan Mike sudah tidak sebulu lagi...hubungan ni seolah-olah retak menanti belah..tunggu masa aje nak hancur berkecai.
______
OKTOBER 2014
Mike : Awak..abang ada hal nak cakap ni.
Aku : Apa dia?Jumpa skandal kan?huhu..
Mike : Yer...abang mengaku ada jumpa seseorang dan abang dah terlanjur dengan budak tu.
I am sorry. Abang tak tahan nak tunggu awak. Sorry awak.
Aku : (Terdiam)
Ahh..lantak laa Mike nak buat apa pun. Mike bukan sesiapa di hati aku..Mike bukan boyfriend aku dan aku pun tak pernah declare apa-apa dekat Mike..so buat apa aku nak cemburu? Ntah-ntah selama ni Mike cuma anggap aku sebagai pilihan bila kesunyian..aku aje yang syok sendiri..berangan Mike tergila-gilakan aku.
Apa yang dihairankan kalau Mike ada skandal keliling pinggang? Biasa laa tu, jumpa yang lagi sedap..lagi mantap..dekat pulak tu..nak meet up bila-bila pun boleh...takkan nak tolak rezeki? Habis madu sepah dibuang...perkara lumrah dalam dunia PLU.
Adeh! Kenapa aku sakit hati pulak ni? Aku dah lama kenal Mike..2 tahun! Jumpa pun tak pernah..tapi budak tu dapat dulu. Mike! kenapa kau buat aku macam ni?
...Selang beberapa minit...
Aku : Apa makna sayang dan cinta pada abang?
Mike : Hmmm..abang tahu abang salah. Maafkan abang.
Tapi kalau abang ada orang lain pun, tak boleh ker abang sayangkan awak?
Aku : Selama ni abang sweet talk kata sayang,rindu semua tu apa benda? Gurauan?
Mike : Bukan sayang..
Aku : Ahh sudah laa! Takde sayang-sayang lagi!
Mike : Ok..abang nak awak tahu abang sayangkan awak,awak penting dalam hidup abang..cuma abang tak boleh anggap awak lebih dari sekadar kawan.
Awak sendiri tahu perangai abang..Abang tak nak lukakan perasaan awak.
Awak..please say something..
Mike : Hmmm..abang tahu abang salah. Maafkan abang.
Tapi kalau abang ada orang lain pun, tak boleh ker abang sayangkan awak?
Aku : Selama ni abang sweet talk kata sayang,rindu semua tu apa benda? Gurauan?
Mike : Bukan sayang..
Aku : Ahh sudah laa! Takde sayang-sayang lagi!
Mike : Ok..abang nak awak tahu abang sayangkan awak,awak penting dalam hidup abang..cuma abang tak boleh anggap awak lebih dari sekadar kawan.
Awak sendiri tahu perangai abang..Abang tak nak lukakan perasaan awak.
Awak..please say something..
HAHAHAHA! Sayang..I love you..rindu..I miss you konon...chet! semuanya cuma dibibir. Mudah sungguh berkata sayang..murah sungguh meluahkan cinta. Tak sangka ada jugak manusia macam ni? Haihh..
Kamen..sudah terang lagi bersuluh..Mike cuma anggap kau tak lebih dari sekadar teman bersembang. Bukan kekasih, bukan boyfriend, bukan partner, bukan orang tersayang. Kau bukan sesiapa di hati Mike. Kau cuma pilihan..bukan keutamaan Mike. Hentikan laa berangan.
Ahh..aku peduli apa? Lantak laa Mike nak buat apa pun belakang aku. Mungkin ini berita baik untuk aku. Sekurang-kurangnya bila Mike 'curang' belakang aku, aku ada alasan kukuh untuk tinggalkan Mike. Aku pun dah lama tawar hati dengan sikap Mike..tunggu masa aje nak blah.
Mujur aku tidak pernah tenggelam dengan kata-kata manis dan pujuk rayu Mike...apatah lagi meluahkan kata sayang dan cinta. Semua tu terlalu berharga dan sangat bermakna bagi aku. Mike tak layak dapat semua tu dari aku.
Tapi ntah kenapa hati aku sakit bila membayangkan Mike bersama lelaki lain.
...Seminggu berlalu...
Mike : Awak senyap jer ni...awak marahkan abang?
Aku : Mesej jer kalau ada apa-apa.
Mike : Asyik abang aje nak mesej awak..awak dah tak perlukan abang?
Aku : ....
I'm done!..semoga berbahagia dengan 'kekasih' baru...goodbye Mike.
Aku : Mesej jer kalau ada apa-apa.
Mike : Asyik abang aje nak mesej awak..awak dah tak perlukan abang?
Aku : ....
I'm done!..semoga berbahagia dengan 'kekasih' baru...goodbye Mike.
______
DIS 2014
Mike : Awak? Kenapa senyap jer ni?
Mike : Awak? Kenapa senyap jer ni?
.....
Mike : Abang tahu awak marah. I am sorry. Tolong maafkan abang.
.....
Mike : Awak..tolong laa reply. Abang rindukan awak. Pleaseeeeeeeee
-TAMAT-
Sekian..sampai di sini sahaja kisah cinta..eceh..kisah antara aku dan Mike. Aku rasa korang pun dah naik muak baca kisah aku yang cheesy lagi poyo ni..hahaha. Maaf kalau style penulisan aku macam gampang..aku bajet nak tiru gaya penulis novel..konon nak buat ayat dramatik tapi sebenarnya fail! hahaha.
Mungkin ada yang bertanya apa jadi antara aku dan Mike sekarang. Well..aku sendiri pun tak tahu status hubungan kitaorang sekarang ni. Aku dah lama tak contact Mike sejak aku dapat tahu aku diduakan..merajuk lama..eceh! hahaha.. Campur tolak darab bahagi..hampir setahun kitaorang 'putus'. Pergh..pecah rekod! Dulu sebulan lost contact pun dah kira lama..hehe. Cuma beberapa bulan lepas aku ada wish birthday dekat Mike..itu aje..tu pun terpaksa fikir berjuta kali..nak wish ker tak..ekeke. Mike pulak ada beberapa kali cuba pujuk aku kembali macam dulu,..ntah laa, aku sendiri buntu sama ada nak teruskan berhubung atau terus lupakan Mike buat selama-lamanya...adeh,sedih laa pulak.
Jujur, aku terlalu sayangkan perkenalan kitaorang...3 tahun berhubung..bukan sekejap. Macam-macam dah jadi, banyak yang kitaorang kongsi..suka,duka..cuma belum diizinkan bersua muka. Aku sebenarnya tak kisah langsung Mike nak buat apa belakang aku sebab aku sendiri susah nak terima Mike lebih dari kawan biasa...yer laa, dia suami orang..tak mungkin aku nak berkongsi kasih. Melainkan dia single atau duda, mungkin ada potensi untuk kitaorang lebih serius..hehe. Tapi pada masa yang sama aku masih ralat bila teringat apa Mike buat dekat aku...kadang-kadang sedih dan terfaktab bila memikirkan Mike seolah-olah mempermainkan perasaan aku.
Ntah laa..benda ni terlalu complicated. Aku tak tahu niat dan perasaan sebenar Mike terhadap aku..sama ada dia betul-betul ikhlas atau tidak. Mungkin silap aku jugak, dah tahu dia macam tu aku still layan lagi..konon hati kebal. Tapi nak buat macam mana..batu yang keras pun boleh terhakis dek arus sungai..ini kan pula hati Kamen Shinobi..hari-hari kena tembak dengan sweet talk, siapa tak rebah? Maklum ler, aku relationship noob yang kekurangan kasih sayang....kena sweet talk sikit dah cair..ekekeke
Mungkin ada yang kata aku poyo sebab tanpa segan silu share kisah peribadi aku..tak pun anggap aku cuba untuk memburuk-burukkan Mike..tapi percaya laa aku buat semua ni atas niat untuk berkongsi dan berharap kisah aku boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk orang lain..itu aje. Lagipun apa yang korang baca sepanjang 3 episod ni cuma sebahagian kecil dari kisah perjalanan kitaorang selama 3 tahun. Tak mungkin aku nak ceritakan semua..part yang terlebih gula, terlebih dramatik biar laa aku sorang aje yang simpan...hehe.
Apa pun aku harap mana-mana yang baik,jadikan laa teladan..dan mana-mana yang tak elok jadikan laa sempadan.
It's not the goodbye that hurts,
but the flashback that follow.