Pejam celik dah nak sampai di
penghujung tahun 2015..tak lama lagi nak masuk tahun 2016. Cepat betul masa
berlalu..sama ada aku yang lalai dengan hal duniawi atau sememangnya jam dunia
sekarang semakin pantas berputar..hehe. Well..bila bercakap pasal hujung tahun
dan tahun baru, satu benda yang bermain difikiran mesti laa berkaitan dengan
azam.
Macam orang lain aku pun ada azam
aku sendiri. Tapi biasa laa, aku sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi
sebaik-baik perancangan datang dari yang maha kuasa. Mostly azam aku tahun ni
takde satu pun yang tercapai..giler sedih! Ntah laa..kalau nak citer azam aku satu
persatu sampai besok pun takkan habis. Takpe laa…aku fikir positif aje,mungkin
bukan rezeki aku tahun ni.
Dan salah satu azam yang dah
bertahun-tahun aku simpan tapi sampai ke hari ini belum lagi tercapai…errr…malu
laa pulak nak cakap..well..since aku dah semakin meningkat usia dan sudah
terlebih layak untuk bercinta…aku sebenarnya dah lama simpan azam nak ubah
status ‘Single’ kepada ‘Taken’..Yer laa, aku pun nak jugak merasa memiliki dan
dimiliki seseorang…melayari indahnya alam percintaan..eceh! Well…nampaknya tahun ni aku fail lagi..damn!
Kalau dihitung sudah lebih 5
tahun aku bergelumang dengan dunia PLU. Tahun 2010 adalah titik permulaan aku
bersosial dengan orang-orang macam aku..dan salah satu cara adalah dengan join
gay apps. Maklum laa, itu aje satu-satunya cara untuk aku mingle dengan PLU
sebab tempat aku takde kelab atau gay bar…errr, kalau ada pun aku fikir beribu
kali nak masuk!
Sejak aku mula memberanikan diri
mingle dengan PLU dan sampai laa ke saat ini.. tujuan aku cuma satu..mencari
cinta sejati..Erkk, mungkin agak cheesy dan menggelikan anak tekak,tapi itu laa
hakikatnya. Tak macam PLU lain yang join gay apps dan meet up semata-mata untuk
mencari kepuasan nafsu sementara..aku memilih untuk mencari sesuatu yang lebih
bermakna dan berharga..well,someone special..significant others..lover..my bae…eceh!
ekekeke
Kenapa mencari cinta dalam gay
apps? Aku tahu ramai yang menganggap memburu cinta dalam gay apps adalah satu
perbuatan yang sia-sia. Yer laa...kalau diikutkan gay apps tu semua dicipta
untuk golongan PLU bersosial dan 99% user dalam tu kebanyakkannya cuma nak
mencari mangsa pemuas nafsu..seolah-olah ‘pasar manusia’..pilih dan
jamah..hehe. Well..orang dulu-dulu kata, kalau tak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya. Setahu aku takde pun halangan untuk golongan 1% macam aku untuk
join dan mencari apa yang aku mahu..peluang dah ada,tak salah mencuba bukan? Yer
laa, mana laa tahu dalam 1% yang tinggal, ada yang sangkut..eceh!
Tapi mungkin ada betulnya jugak..usaha
aku selama ni seolah-olah menemui jalan buntu. Buktinya sampai ke hari ini aku
masih berstatus single..ekeke. 5 tahun mencari, satu pun takde yang sangkut!
Damn! Jangan kata steady partner..kawan sekepala yang at least boleh di ajak
lepak dan berbual tanpa perlu berakhir di ranjang pun aku tak jumpa lagi.
Haih..apa laa nasib aku. Orang lain senang-senang aje couple
sana-sini..sedangkan aku terkial-kial dalam lautan yang dipenuhi jerung
kelaparan. Bila laa agaknya aku nak bertemu dengan ikan dolphin yang comel lagi
jinak. Metafora tak boleh blah!
Ntah laa..aku sendiri tak tahu
sampai bila aku kena pegang status ‘Single’..umur dah nak masuk 3 series,
bercinta pun tak pernah lagi..haih..Forever alone sungguh kau Kamen! Kadang
kala ada jugak perasaan give up untuk mencari..yer laa,dah puas mencuba tapi
hasil semuanya hampeh. Lagi-lagi sekarang ni makin ramai couple PLU berani
tunjuk kemesraan diaorang..bahagia jer aku tengok diaorang semua..lepas tu mula
laa cemburu, meroyan sorang-sorang..ekeke. Well..aku belum lagi sampai ke tahap
desperate nak ber-couple..dan aku pun tak nak terhegeh-hegeh mengejar status
‘Taken’. Bak kata orang jawa..I’m single and I’m okay!...eceh! Kalau ada..ada
laa, kalau takde..cari lagi..hehe.
Apa pun ini entry aku yang
terakhir untuk tahun 2015. Aku nak ucapkan tahniah buat korang yang dah
mencapai azam masing-masing untuk tahun ini..tak kira laa apa pun. Dan kalau
ada azam tahun ini yang masih belum tercapai..macam aku..hehe..takpe, jangan cepat
putus harap. Perbaiki kelemahan dan tingkatkan usaha untuk tahun yang akan
datang..kalau Dia izinkan..kebahagiaan dan kejayaan pasti milik kita semua.
Selamat tinggal 2015, selamat
datang 2016. Semoga tahun baru yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi
bakal memberikan sinar baru dan keceriaan buat kita semua.
Single doesn’t mean you don’t
know anything about love,
it just means you know enough to wait for it.
selamat tahun baru
ReplyDeleteMoga 2016 lebih baik dari tahun sebelumnya
en. Kantan
Selamat tahun baru juga en. kantan
DeleteTerima kasih..harapnya macam tu laa.
Happy New Year Abang Kamen....
ReplyDeleteSemoga tahun yang mendatang lebih baik...
Usah terburu-buru mencari cinta...hehehe
Tak terburu-buru, teringin jer...haha
DeleteThanks Carl Dani, happy new year!
jgn risau kamen..penantian tu ibarat mistery khidupan..
ReplyDeleteyg hakikatnya sngt best utk diteroka dn dinanti-nantikn..mcm sbuah hadiah..
apepun slamat menyambut new year.. :D
Aku suka surprise, so aku suka komen ko izz jer...positif! nak hadiah surprise! hehe
DeleteHappy new year juga.
aq xder hadiah tu..klu nak, gi minta kat tuhan.. :p
Delete5 tahun menadah tangan tapi sampai ke saat ini masih belum di makbulkan...orang lain pulak dapat dulu..hehe
Deleteoklh..bru 5 tahun.. aq dh nk dekat 10 tahun sjak skolah menengh..ops.. *zip mulut
DeleteKo baca doa makan..mana nak dapat? ekekeke..
DeleteKenali la aku..aku seorang dolphin yg comel jinak..kikiki
ReplyDelete'seorang' dolphin...kalau aku cikgu bahasa melayu,aku dah ikat Aries Kid dekat pokok..lepas tu pukul dengan pelampung dolphin...ekekeke
Deletetrue love..
ReplyDeletemungkin dah tiba masa untuk mencari cinta kepada Sang Pencipta?
#justsayin
Happy New Year! may the odds be ever in your favor.. hihihi
Betul laa tu saff leo..takde cinta yang lebih hebat dari cinta kepadaNya..tapi aku manusia biasa,perlukan belaian manja...eceh!
Deleteawww nak belaian manja ke? haha ok
Delete*meow meow* come to papa!.. hihihi
Boleh ker? :goyang-goyang ekor:
DeleteDunt wory make happy,,,ianya akn tiba jua,,,tht time terima seadanya,,wahhh #mcmaqnitaksingle
ReplyDeleteAku terima za puncak seadanya...errr...
Delete:awkward:
Well...maybe next year cita-cita dan Azam Kamen akan ter capai...Who Knows...but until then...jangan putus asa mencari cinta...;-)
ReplyDeletePS : Salam tahun baru buat Kamen...Moga-moga tahun depan mendatangkan kebahagiaan buat Kamen...;-)
PSS : Dalam gay apps tak banyak ikan dolphin...yang banyak nyer squidwards....*oppsss larikkkk...kikiki...;-P
Masin mulut Amir...ter-couple dengan squidwards...ekekeke
Deleteyeahhhh...single ni x semestinya tak laku yaaa...kita masih menanti the right one...tak boleh main sebat je mana-mana yang hado kat depan mata...
ReplyDeletetrue love memang susah nak dicari..tapi bila dapat, bertuahhhh laaa..
Happy new year kamen...hope next year will be much better...
Nak cari ikan dekat pasar pun kena memilih, inikan pula manusia...hehe
Delete:bajet pandai masak:
Alah abam kamen, chill je. Takkan lari gunung dikejar. Persoalannya, gunungkah yang di kejar? hahaha. Papepun, selamat tahun baru semoga tahun mendatang bawa seribu rahmat dan kebahagiaan untuk kita semua.
ReplyDeleteEleh..Nov C dah couple dengan Chuck boleh laa cakap..easier said than done..hehe.
DeleteOk kamen, utk melaksanakan cita2 ko tu di samping menambah pengalaman baru, apa kata ko sahut idea aku ni. Yaitu ko buat kapel kontrak. Mgkin utk sebulan dua ke, kalo dia langgar kontrak, ko denda dia. Kalo korang dua tercintun sblum tempoh kontrak abis, korang just go on berkapel atas dasar suka sama suka la, ataupun boleh jugak kalo nak lanjutkan lg tempoh kontrak.
ReplyDeleteSo segala cerita psl kapel kontrak ko tu ko boleh update kat sini, sronok jugak nakk tau. Keh3.
P/s : cinta memerlukan pngorbanan. Itulah harga cinta. Harga kontrak itu pun kira harga cinta jugak. Psl itu merupakan usaha/pngorbanan ke arah mdapatkan cinta. Lol
Pergh! idea serupa drama melayu..mula2 tak suka,lepas tu termengandung dan hidup bahagia...ekekeke
DeleteMacam mana nak couple kontrak, baru jumpa sekali next day dah krikk...krikk...hehe
Moga azam kamen tercapai ye. klu dh x de sgt saya sudi je terima hahaha
ReplyDeleteTerima kasih..amin! Ramai lagi yang layak untuk Mr. White selain aku yang seperti gagak ni...hehe
Deletecinta itu ketawa dan airmata .. cewahhh.. selamat tahun baru ek
ReplyDeleteKetawa dan airmata itu kan perencah dalam percintaan..baru terasa nikmatnya..hehe
DeleteHappy New Year Kamen !
ReplyDeleteYou have 366 days ! Perhaps one of the day might be your lucky day to meet your love one ! Have courage and be kind okeyh ! :)
Apa kata Mr. Dominic Unknown introduce someone..mana tahu aku berkenan...ekekeke.. :gurau:
DeleteSlamet tawung baru cik kamen, + usia lagi, matang gitu
ReplyDeleteJangan sebut bertambah usia...sensitif..hehe
DeleteBuat biasa je Kamen .. barangkali belum diberi cinta sebab ur future partner tak ready lagi ..hihi .. someday akan dapat juga. :p
ReplyDeleteNu'man..I'm single and I'm okay....tak desperate pun nak ber-couple..hehe
Deletehi leh kenal..ehh .. hehe... btw gud luck bro~
ReplyDeleteHi Mohd Suhaimi...boleh, nombor tepon? ekekeke
DeleteAzam 2018 aku nak dgr suara “seseorang” tapi tuhan takdirkan aku jumpa terus dengan “seseorang” tu. ��
ReplyDeleteYou'll find true love one day��
ReplyDelete