Dia : Aku nak cari someone in
real life laa pulak.
Letih mencari online..mostly
menyakitkan hati!
Aku : (Erkkkk) Aku menyakitkan
hati kau?
Dia : Aku cakap in general..tak
mengata kau.
Aku : Hmm…
Dia : Kamen? Kau okay?
Aku : Maaf, tetiba aku takde
mood. Jangan kacau aku.
Haihh..entah kenapa kata-kata si
‘Dia’ tetiba buat aku terfaktab..seolah-olah ditampar berkali-kali lalu
menyedarkan aku dari khayalan ciptaan aku sendiri. Mungkin ada betulnya,
mencari cinta di alam maya tidak menjanjikan apa-apa, buktinya aku sendiri
masih belum berpunya. Tapi kenapa nak samakan aku dengan orang lain? Orang lain
buat hal, aku pulak disalahkan? Grrr! Ntah laa, mungkin aku overthinking.
Ahh..tak kira, si ‘Dia’ dah terlanjur buat aku sakit hati!
Damn..ini yang buat aku nak
merajuk ni!!
Eleh Kamen..kau sebenarnya
cemburu kan? Errrr….
Siapa si ‘Dia’ ni? Kekasih hati
Kamen Shinobi? Perghhhh! Statement yang teramat laa perasan lagi tak boleh
blah! ekeke..Sure mamat tu gelak terbahak-bahak kalau dia terbaca statement
aku. Kamen, hentikan laa berangan. Apa kau ingat mamat tu takde taste? Setakat
level blogger cabuk macam kau, mimpi aje laa. Ramai lagi jantan hebat di luar
sana dia boleh pilih. Tak payah laa nak mengada merajuk..korang belum sah jadi
couple pun..ekekeke.
Well..buat masa ni aku tak nak
dedahkan siapa si ‘Dia’..cukup laa sekadar korang tahu yang kitaorang bertemu
dan berkenalan melalui ruang maya dan sangat aktif berhubung..hehe
Bercakap pasal merajuk, aku
teringat lagi masa kecik-kecik dulu aku selalu merajuk dengan parents aku.
Maklum laa, anak bongsu..manja terlebih. Dan privileges jadi anak bongsu ni,
apa aku mintak semua dapat..tapi kalau tak dapat, merajuk laa jawabnya. Yer
laa…budak lagi, takkan nak mengamuk..mau kena pelempang? So nak tak nak aku terpaksa guna taktik
merajuk dengan harapan parents aku mengalah lalu menunaikan permintaan aku…well
biasanya taktik merajuk ni berhasil. Chet!! teruk betul perangai kau
Kamen…kecik-kecik dah jadi opportunist..ekeke
Sekarang bila dah semakin
meningkat tua ni aku dah kurang sikit merajuk..still habit suka merajuk tu
masih dan tetap akan ada…tapi takde laa seteruk zaman hingusan dulu. Aku sangat
berharap future partner aku nanti mampu bersabar dengan perangai aku yang satu
ni..ekeke. Tak padan dengan muka ganas, hati rapuh serupa tisu jamban! Pantang
kena provoke sikit, mula laa muncung..haha! Maklum laa, Kamen Shinobi insecure
orangnya. Well..aku merajuk dengan orang tertentu aje.. Dengan siapa lagi aku
nak mengada-ngada selain dengan insan-insan terpenting dalam hati aku. Tak jantan
laa merajuk dengan member-member..buat malu jer..hahaha
Biasanya kalau aku merajuk aku
lebih suka bersendirian..tutup mulut serupa orang bisu. Mungkin terbawa-bawa
habit masa zaman budak-budak dulu. Dulu asal merajuk mesti kurung diri dalam
bilik..konon nak mogok lapar...parents datang pujuk baru aku cool
down..ekekeke. Itu dulu, sekarang tak payah cari bilik…dekat public pun boleh
merajuk..hahaha! Tak sedar diri, dah tua berjanggut pun masih nak merajuk. Ingat
comel sangat ker lelaki merajuk?
Alaa…aku nampak aje macam
merajuk, tapi sebenarnya aku cuma mengelak dari bertekak. Biasa laa, bila
tengah emosi..kepala bukan betul sangat. Kalau diturutkan amarah, memang laa
rasa nak ajak berperang, tapi daripada aku bertekak, baik aku diam aje. Tunggu
aku cool down sikit baru laa ajak berbincang..hehe. Aku kalau merajuk tak lama,
paling singkat pun seminggu aje…erkkk…Kesian future partner aku nanti, sure terseksa
jiwa raga melayan perangai aku..hahaha!
Aku pun tak tahu kenapa aku beriya-iya
nak citer kelemahan aku. Haihh..siapa laa nak dekat kaki merajuk macam aku ni?
menyampah lagi ada laa..hahaha. Kalau hot tak per laa jugak nak bajet merajuk, at
least kalau merajuk nampak comel. Ini tak, dah laa buruk, kalau merajuk sure bertambah
buruk..ekekeke. Forever alone laa jawabnya kau Kamen! Ahh..lantak laa, korang
yang tengah couple tu pun mesti awal-awal jer nampak semuanya perfect, dah
sampai tengah-tengah baru nak tunjuk perangai huduh masing-masing…haha! Biasa
laa, yang perfect tu semua dalam citer dongeng aje, hakikatnya kita semua cuma
manusia biasa, tiada yang sempurna. Sayangi laa pasangan anda seadanya…eceh!
Adeh…tetiba rasa lonely, ini yang
rasa nak merajuk lagi ni..hehe
Dia : Aku minta maaf
Aku : Sebelum aku maafkan kau..kiss me.
Dia : Erkkk!
Sometime not saying
anything is the best answer,
You see, silence can
never be misquoted.
Macam comel je abam kamen kita ni majuk..meh sini meh nk sekeh..haha
ReplyDeleteMain kasar nampak! Aku ni orang tua, hormat sikit..ekekeke
Deletecomel je kot lelaki merajuk. tapi jgn mngalahkn bdak kecik sudahlaa buruk kot.. hakhak..
ReplyDeleteTak merajuk pun dah memang buruk..haha
DeleteDemand ! Nak maafkan kena kiss bagai ! HAHAHAHAH
ReplyDeleteHahaha..takkan Mr.Dominic Unknown cemburu? ekekeke..Alaa, orang tu tak sudi pun..hahaha
DeleteAtotototo, aku suka kot tengok abam2 merajuk, rasa nak sepak laju-laju. Hahaha. Meh sini nak kasi free hug.
ReplyDeleteAku lagi tua dari kau, jangan derhaka..nak kena sumpah? hahaha.
DeleteNak hug tak risau ker nanti Chuck kesayangan cemburu...ekeke
Ahai...tok sah la merajuk kamen wei...buruk tul dah tua-tua merajuk..opss...Amir lagik tua...kekeke...
ReplyDeletePS : Kamen...to be noticeble...kadang2 kene intai2 gak dari 'closet' tu....hihihi...
Aku muda lagi laa Amir...hehe.
DeleteBila Amir cakap camtu, tetiba rasa nak intai Amir...errrr...
Manjanya abg kamen ni...untunglah parents nak melayan kerenah merajuk tu...hehehehe
ReplyDeleteTakde maknanya untung...menyampah lagi ada laa...hahaha
DeleteMerajuk juga ko .. tengok aku .. x pernah merajuk pon ..kebal ..!! kehkeh
ReplyDeleteNu'man kebal? fakta atau mitos? ekekeke
Deletehaha..majuk plakk..1 thing 4 sure...klo dh kenan dgn s/one kt alam maya,gi la ajk jmpe...jgn duk beralam maya jer....tu bkn real r/ship ponn....hahah
ReplyDeleteTu laa pasal, tengah fikir bila nak jumpa WK...errrr...
Deletealololo manjanya dia.. meh meh bucuk
ReplyDeleteDah mandi, dah tak busuk dah..haha
DeleteSalam kamen, 1st time baca blog ko... Quite interesting.. Just nk tanye.. R u stil with ur 'someone's hubby?.. Bkn ape.. Im actually termasuk dlm golongan itu.. Masalah skrg ni, die selalu igt aku ni lebihkan wife aku dr die.. N slalu gado pon sbb die yg gatal2 g tgk hp aku nmpk pic aku with my wife.. Susahla.. Aku dah ckp aku ni come with packages.. Dulu ckp boleh terima.. Tp skrg asyik gaduh pasal tu je.. N pasal blind date, kalau sekadar 'gatal2' or suke2.. Xyahla.. Siyes.. End up kompem menyesal.. N perlu ditegaskan.. Im never a proud 'gay'!!
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah capital.a.four..hehe
DeleteWell, aku dah lama tinggalkan 'hubby orang' tu..dia dah jadi sejarah dalam hidup aku.
Pasal 'bf' capital.a.four tu,mungkin dia cemburu atau rasa insecure. cuba ajak berbincang.
Apa pun kalau boleh utamakan wife dulu, jangan asyik layan bf sampai lupa tanggungjawab sebagai suami...hehehe..
Alololo manja eh...kuat merajuk eh...aku pandai pujuk tau...hahaha...
ReplyDeleteCakap jer tak guna, cuba pujuk aku sekarang. Nak tengok power ker tak..ekeke
Deleteemail please...aku pujuk kat email...hahaha...
DeleteThanks action kamen 4 not judging me.. I know, mesti yg ramai akan ckp, dah ada bini, why bother 2 have bf... Well, sbb tu la aku strongly advise kat ko supaya jgnla blind2 date ni.. Dlm kes aku, dah tersuka tanpa sengaja.. Cliche kan..n aku dok sekali kot dgn bf n family die.. Aku xdok skali dgn wife.. She's around 300km away frm me.. So aku ni kire weekend husband la.. Masalah aku skrg ni, aku cinta kat dia sgt2.. Gile tul.. I just want both north n south pole at the same time! n skrg my wife dah 3 months preggy,, niat hati nk settle down secara baik., tp xtao cmne nk mule.. Yg susahnya.. Aku suk skali dgn fam die., n semua fam die rapat gile dgn aku.. N diorang org susah, so brg2 dapor mmg harap aku.. N fam die xtao aku no dah kawin.. Arghhhh., aku poning.. Suggestion pls.. N pls no cliche suggestion..sorry if i make it all about me.. Just i think this is a good platform 4 me to let it all out.. N since we share the same feelings.. I guess u guys may have some gud suggestion..
ReplyDeleteAdeh..complicated habis masalah kau..nak advice pun tak reti. Salah advice, hidup orang lain merana..haha
DeleteApapun aku harap kau boleh fikir masak-masak sebelum buat keputusan, macam aku kata sebelum ni, utamakan keluarga..itu yang penting.
N kamen.. 4 someone yg dah ada agak byk pengalaman.. Be it either men/ women.. Bab2 pujuk ni, k think i kinda 'phd' in it.. Bkn agkt bakul naik sendiri.. Tp cm org slalu ckp, experience is our only teacher..so in ur case, if i were to please u.. Aku akan tulis kat kertas.. Saya amat cinta pada awak.. Dan alasan yg paling kuluh kenapa awak harus maafkan saya.. Igtlah syg, tika hatimu mula tawar pd hatiku, igtlah kembali saat kau mula2 rindu padaku... Saat kau ingin mengucapkan selamat tinggal padaku, igt kembali saat kali pertama kita berjumpa.. Dan jangan kau lupa janji2mu.. Ombak dan pasir yg kau jadikan saksi janji2 cinta kita.. Aku tahu aku bukan yg terbaik utkmu.. Tp aku berjanji akan sentiasa bg yg terbaik utkmu.. Jgn lupa saat kita di cameron highland di puncak ladang teh.. ( ok, i think i kinda 'over do it'.. Haha
ReplyDeleteTulis kat kertas tak romantik, kalau boleh bisik lembut dekat telinga..lagi-lagi kalau suara garau..sure hilang merajuk...hahaha!
DeleteOrg tua klau mrajuk, mcm beruk, aku tumbok kang, haha
ReplyDeleteOrang kata kalau aku merajuk comel macam kucing parsi..muahahaha.
DeleteSebelum hang tumbuk aku, tanggal cincin tu dulu. Tak pasal-pasal berlekuk-lekuk badan aku nanti..hahaha!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTetiba rasa nak comment bab merajuk ni....
ReplyDeleteDalam masa 2 tahun menyulam cinta dan kasih, dah berpuluh-puluh kali merajuk secara terang-terangan dengan senyap. Tapi, setiap kali perasaan merajuk ni dah terjeruk lebih setengah hari, tiba-tiba hati jadi lembut .... dan terus tarik balik perasaan tu ... sebab terlalu sayangkan si dia,
Airmata tu toksah cerita, tahun pertama ada la satu lori air SYABAS tu ... sampai jadi kurang sihat ... (Kami jauh, tapi bila dekat terlampau jarang pernah dapat jumpa, tapi call hari hari)
2 tahun dah berlalu, ni dah masuk tahun ketiga, hati dah banyak belajar dan boleh kawal emosi, cuma kadang-kadang tu ada outburst jugak...Sekarang dh dekat 2 bulan tak jumpa walau pun dalam Lembah Kelang.(it's complicated when you come fifth in his list, though he is your number 1)
Terima kasih kepada tuan blogger, seronok baca seolah-olah memahami hati ni .. Keep it up :)
Merajuk tu normal, itu tanda yang kita masih ada hati dan perasaan..cuma nak tunggu orang tu pujuk jer..nak tgk dia ada hati dan perasaan ke tak?hehehe
Delete