"Apa yang kau expect dalam relationship?"
...
Bila bercakap pasal relationship, aku rasa masing-masing pun ada keinginan dan harapan seandainya suatu hari nanti ditakdirkan bertemu lalu terbercinta dengan seseorang. Dan mostly biasanya akan berharap relationship yang dibina tu mampu bertahan lama, bahagia, kekal etc.
Well..normal laa, siapa nak couple dua tiga hari lepas tu putus? Siapa yang mampu bertahan kalau asyik bertekak? Kalau boleh nak couple sampai hujung nyawa..kalau boleh nak happy selalu..betul tak? hehe.. Well..aku pun macam orang lain jugak, ada harapan, impian dan expectation dalam relationship..berharap itu dan ini dari pasangan aku.
So kali ni aku nak share sikit beberapa element yang aku secara personally rasa agak penting dalam sesebuah relationship, dan sudah tentu apa yang aku harapkan dari pasangan aku. Well, untuk permulaan ni aku cuma nak fokus dekat perkara asas jer...perkara-perkara duniawi yang terlebih gula, terlebih cheesy aku simpan untuk entry akan datang...hehe
###
1. IKHLAS
Sebelum melayari bahtera percintaan, sudah tentu masing-masing kena menerima pasangan seadanya. Tapi kadang-kadang ada couple ni terikat bukan atas sebab emosi..tapi nafsu dekat fizikal semata-mata..sebab partner tu sado, kacak, dada berbulu..etc..takpun sebab partner tu kaya dan berpangkat. Ada pulak yang ber-couple sebab si polan kesian dekat si polan..so ber-couple sebab terpaksa..errr..ada ker?ekekeke. Ahh..lantak laa!
Pada aku relationship yang dibina atas dasar nafsu atau simpati takkan kekal lama. Sebulan dua sure putus. So aku tak nak laa benda tu terjadi aku. Aku nak si dia menerima aku ikhlas dari hati, kerana perasaan dan niat murni nak berdampingan dengan aku. Bukan atas sebab kesiankan aku ataupun faktor luaran semata-mata..eceh! macam laa aku hot sangat..ekekeke!
2. PENERIMAAN
Biasanya, masa awal-awal percintaan..waktu tu laa baru nak kenal luar dalam. So masing-masing pun cuba nak sorok bad side..konon nak nampak perfect. Tapi bila dah sampai ke suatu tahap selesa, maka bad side tu pun terserlah. Contoh, dah couple sebulan, si dia baru dapat tahu aku ada bad habit suka gigit kuku kaki..contoh jer!..ekeke. So bila terjadi situasi sebegitu, aku berharap si dia tak ambil kisah dan masih boleh menerima kelebihan dan juga keburukan aku seadanya.
3. TELUS
Bila dah masuk ke fasa relationship sebenar, aku prefer si dia bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu berahsia. Yer laa..dah kenal luar dalam, tanda lahir pun dah tahu dekat mana..tak guna nak berahsia lagi..ekeke. Tapi aku pun nak si dia faham dan hormati privacy aku..kadang-kadang tak semua perkara perlu dan boleh dikongsi bersama.
4. KOMUNIKASI
Perangai manusia tak semuanya sama, kadang-kadang ada yang suka cakap lepas, ada jugak yang suka pendam sorang-sorang..spesis yang macam ni bahaya. Depan cakap lain, belakang cakap lain..dengan alasan nak jaga hati. Well, siapa nak sakitkan hati pasangan diaorang, tapi aku lagi suka partner aku berterus terang dan bersikap jujur dekat aku. Mana laa tahu, misal kata aku terbuat benda-benda yang si dia tak suka, so aku boleh baiki. Bukan untuk orang lain, untuk kebaikan bersama jugak.
5. FLEXIBLE
Aku pasti tak semua minat pasangan tu 100% sama. Kadang-kadang apa yang aku suka, si dia kurang atau tak suka atau tak pernah ambil tahu langsung..begitu jugak sebaliknya. So bila terjadi situasi masing-masing bercanggah minat atau berbeza pendapat, aku berharap si dia menghormati, tak pun sekurang-kurangnya sudi untuk belajar dan mendalami hobi dan minat aku. Contoh aku suka tengok citer seram, sedangkan si dia tak suka..tapi kerana sayangkan aku, si dia sanggup temankan aku layan citer seram..hehe.
6. SABAR
Sehebat mana pun relationship tu pasti suatu hari nanti akan dilanda ujian..well, lautan mana yang tidak dilanda gelora? So seandainya suatu hari aku dan si dia tetiba bertelagah, aku berharap si dia mampu bersabar dan tetap tenang dengan dugaan yang sedang dihadapi. Maklum laa, bila tengah emosi, kepala bukan betul sangat..silap-silap terus mintak clash..erkkk. Kalau boleh berbincang untuk mencari jalan penyelesaian daripada lari dari masalah dan menyalahkan satu sama lain.
7. PRIORITY
Well, dah nama pun buah hati kesayangan..so si dia kena laa letakkan aku dalam priority list paling atas..eceh!selfish sungguh kau Kamen!ekekeke.. Tak kira laa sesibuk mana pun, si dia tetap akan luangkan masa untuk call atau mesej bertanyakan khabar dan perkembangan aku. Bila bangun pagi, celik mata jer si dia orang pertama yang akan ucap "Good morning", dan sebelum tido malam si dia orang terakhir yang akan ucap "Good night" dekat aku..eceh!
8. SETIA
Yang ni cliche habis...ekeke. Tapi normally, bila dah sampai ke suatu tahap masing-masing dah terlalu selesa dengan pasangan, perasaan bosan tu sure akan muncul. Yer laa, dah menghadap muka sama bertahun..mau tak bosan? Dulu dia laa jantan paling hot, sekarang tetiba jadi suam-suam kuku..ekeke..tu yang kes gatal cari pisang lain tu! Haihh...
Walaupun si dia dah mula rasa bosan menghadap aku, tapi aku still berharap perasaan sayang dan cinta si dia terhadap aku masih menebal seperti waktu memula bercinta dulu. Tak kira laa ada jantan lain yang lagi mantap dari aku datang menggoda, si dia mampu tepis dan hanya memilih untuk setia dengan aku seorang.
###
Rasanya cukup setakat itu jer dulu. Kalau diturutkan hati, banyak lagi aku nak senaraikan..tapi nanti korang kata aku demand lebih-lebih pulak..hehe.
Kalau korang perasan dalam list ni, aku lebih banyak mengharap pasangan aku berbakti dan berkorban untuk aku. Well, aku tak laa kejam sangat nak request macam-macam dekat pasangan aku sedangkan aku buat bodoh serupa diktator kejam. Bukan kah dalam perhubungan tu kena ada sikap give and take? So kalau si dia sanggup berkorban dan memenuhi keinginan aku, kenapa aku tak boleh buat perkara yang sama? "Kerana cinta lautan berapi, pasti akan kurenang jua"...eceh! hahaha! So basically apa yang korang baca ni bukan sahaja permintaan aku, tapi ibarat janji aku dekat pasangan aku nanti.
Best relationship :
Talk like best friends,
Play like children,
Argue like husband and wife,
Protect each other like siblings
Setia tu kalau takdak memang dok melingkup la relationship apa pun.
ReplyDeleteDalam banyak2 elemen, part yang ada perkataan 'pisang' jugak kau nak komen... :larikkk:
DeletePisang kan lemak berkrim disukai ramai.. Tambah2 pisang tanduk yg beSaq baqang
DeletePisang is life !!!!
DeleteHAHAHAHAHA.
bagus untuk kesihatan.
setuju dengan semua point abang kamen tu...
ReplyDelete#sehatisejiwa
Deleteeceh! hahaha
aku suka entry kau yang ini :3
ReplyDeleteTak sangka Yusuf sudi singgah blog aku..hehe..Terima kasih.
DeleteEntry lain tak best ker? ekekeke
eh, kenapa pula tak sangka? hahaha
Deleteaku bukan selalu pun buka belog. but when i have the time, i'll be reading some other blogs apart of those that i linked on mine.
so ada je singgah, but i only feel like commenting to this entry. probably because aku rasa dekat dengan entry yang ini. haha
Tak sangka 'artis' kacak tinggalkan komen dalam blog cabuk aku ni...hehe.
DeleteDah alang2 rasa dekat dengan entry ni, apa kata dekatkan diri dengan penulisnya pulak..hahahaha!
wahh apakah ini petanda bahawa hatimu kini sedang berbunga-bunga?
ReplyDeleteBelum berbunga lagi..anak benih baru nak tumbuh..haha!
DeletePart pendam tu tetiba aku tersentap..hukhukhuk..
DeleteK bai la nk nangis..
Nape tersentap aries kid? Habaq mai sat
DeleteTak ade apa la mat..saja je nak menggedik dengan abam kamen..hikss
DeleteAries : Nak tisu? Apa kata ko menggedik dekat Mamat jer...sure dia suka..ekeke
DeleteMamat : Ni mesti kes malas membaca..ekeke
Ikhlas,penerimaan,sabar, komunikasi, setia,priority, telus etc.. Ni semua aku mmg setuju.. Rencah2 dan resipi2 kebahagiaan perhubungan.. Nk tambah sikit..
ReplyDeleteTRUST- bagi aku, kepercayaan adalah asas perhubungan... Dari kepercayaan itulah lahirnya hubungan kita dgn yg tersyg.. Tp kepercayaan jgn diberi 100%.. Harus disimpan sedikit pada diri sendiri.. Bkn apa.. Lumrah manusia, bisa berubah.. Jd in case si dia buat hal.. Xlah meroyan sampai gila nk mati..
N seperti yg korang tahu.. Bab setia, aku xlayak utk komen, al maklumlah, org yg someone to sometwo mcm aku ni..
Tp ikhlas dari hati aku, aku bkn nk menggatal ke ape.. Selain dr mrs mamat n mr mamat, aku xmenggatal dgn org lain.. Aku sayang dua2.. N aku setia pada kedua2nya ( mungkin tidak nampak setianya pada org mcm aku.. Tp aku mmg xde nk cari pisang lain ke, karipap lain ke.. Selain yg aku mmg dah ada...
Dr pengalaman sendiri, bila kita terlalu mencintai seseorang, kita akan terjadi agak( or amat sgt) protective.. Sbb kita nk dia milik kita selamanya..
Juz my 2 cents token.. Laku ke idok?
Walaupun aku kurang berkenan dengan 'cara' hidup ko, tapi aku salute ko boleh handle kedua-duanya.
DeleteProtective tu normal laa, siapa nak pasangan dia kena kebas? Dah penat mencari, bila dah dapat takkan nak lepaskan camtu jer. Cinta perlukan perjuangan...eceh!
Action kamen.. Aku sendiri tidak berkenan dgn 'cara' perhubungan aku.. Its actually against my philosphy.. Philosphy la sgt...
DeleteN aku amat sgt strongly advise kat semua yg lain, xde hal, jgn sendiri yg cari pasal.. 1 pon dah cukup pening pala.. Kalau 2 ragam, mau dpt sakit jantung dibuatnya..
Betul, cinta perlukan perjuangan..
Bak kata cheryl cole... We gotta fight fight fight for this love...
Tapi make sure, we know what we are fighting for..
GIVE & TAKE - Tambah satu lagi kamen...iaitu Give And Take...I mean, dalam perhubungan nie...tak boleh asyik nak terima aje...kekadang tu kene memberi juga...coz 4 Amir...jgn jadi orang yng asyik nak berharap kekasih hati memberi segalanya tanpa diri sendiri berusaha memberi semula apa yg diperlukan si kekasih hati..
ReplyDelete.
Siapa writer blog ni? Pepandai tambah sendirik..ekekeke..gurau! Betul laa tu, give and take..win-win situation..dua2 puas! hehe
Deletequote tu best lah...relationship patut macam tu kan...btw...tengah dilamun cinta ke???hahaha...
ReplyDeleteTengah berangan bercinta jer...ekekeke.
DeleteToo much expectation la kamen .. klu ada jantan boleh konsisten dgn semua kat atas tu .. mmg perfect human being la .. kehkeh
ReplyDeleteRelationship ni mcm cuaca juga ..ada hr cerah ..ada hr mendung ..ada hr hujan etc . Asalkan kita masih berteduh di bawah pokok yg sama .. should be fine. Kehkeh
Aku suka metaphor ko nu'man.. Pandai ko bermadah..tp kalau ribut taufan tahap hurricane cmne? Masih nk berteduh bwh pokok? Takut kita yg melayang...
DeleteNu'man : Alaa...benda2 basic jer tu..lain laa kalau aku request si dia hari2 hantar bunga..tu baru dinamakan too much..ekeke
DeleteHaha.. U got me acrion kamen... Pandai.. Anak sapa la ni
ReplyDeleteN korang2 semua.. Citela sikit pengalaman 'gila' korang.. Kat entry aku tu.. Xkn xde.. ( iklan tak berbayar ye action kamen...
ReplyDeleteMaaf mat, iklan2 tidak dibenarkan..nak iklan kena bayar fee..ekekeke..
Delete:gurau:
haha..pandai bergurau action kamen ni...bagus2...bergurau itu menghepikan kita..tp biar bertempat la noh...
ReplyDeletenk becouple kena bersedia ada commitment.. kalo sblm ni hidup sorang.. senang dan bebas..bila dah bekapel.. kena selalu msg.. selalu kuar.. selalu itu ini bedua.. kena report apa wat..ada masa lemas dan rimas.. mula la majuk .. gado.. nk melayan kerenah kapel.. dpt yak phsyco mmg musnah keceriaan dan quality hidup
ReplyDeleteKawan psiko pun tak larat nak layan, apatah lagi kekasih psiko...lama-lama nanti dua-dua jadi psiko..ekekeke
DeleteBecapel tuh sronok klau sama2 berkejaya n sama loaded RMnya. Ada plak rumah sendiri bleh landing sana sini. Sory kamen, aku biarkan ringgit saja brbicara. Mampuihlerrtt kena kutuk hahaha
ReplyDeleteJazzlee
Jazzlee..rupa,harta,kerjaya tu semua bonus jer..yang penting chemistry. Tak guna dua2 loaded tapi kalau salah sorang kedekut..takpun kaki kikis..ekekeke
DeleteAku dn rizal xkedekut atau kikis pun, saling mmberi dn menerima. Sama2 xberkira. Tuh lerrr klu nk cari capel biag sama level, bak kata pepatah klu hg pakai bmw jgn dok gatai p cari hok pkai maivi, hahaha jgn marah usek jetrtt
ReplyDeleteJazzlee
Tak kisah laa pakai maivi...tak pun sekadar bawa ex5 sekalipun, bagi aku cinta dan kasih sayang si dia yang ikhlas tu lagi mahal dari harta dunia..hehe
DeleteHi.
ReplyDeleteNi nak komen sepatah dua la. Izinkan diri ini mencampuradukkan bm n bi.
I'm a firm believer that in a relationship, partners should be open to each other. Saya ngan CJ dah hampir 3 bulan sama2. Sad to say kitaorang jarang jumpa. He's in Melaka n i kat KL. Sebulan sekali je dapat jumpa.
We're LDR couple and i'm the dominant guy. Dia main ikut apa je yang i cakap. Haha! Sex is definitely not our thing. People normally akan letak sex as their priority but for me, no. I love him just the way he is. Dia 164cm je. Saya 175cm. So maybe that's the other factor why i love him? Coz he's shorter than me. Senang nak kiss dahi bagai. Haha!
Tu je la dari saya. Sekian. Oh and nice entry by the way!
Orang kata dari mata turun ke hati..tapi cinta yang tulus hadir dari hati, bukan mata..eceh! BTW...tahniah dan thank you.
Delete