"Aku tak suka komitmen, rimas. Gay relationship takkan ke mana pun, buat apa nak kapel?"
Itu jawapan yang aku dapat dari sorang mamat gay ni bila aku tanya kenapa dia tak into serious relationship. Aku kenal mamat ni kat PlanetRomeo masa zaman noob dulu..cerita lama tapi sampai sekarang aku ingat lagi. Kitaorang tak pernah berjumpa, pernah video calling sekali je, lepas tu terus lost contact sebab aku reject dia ajak romen..wakakaka. Well, what you expect..kenal kat website gay yang sangat famous masa tu, dah tu relationship pun dia pandang hina. Aku noob tapi takde la naif sangat. Sekilas ikan di air, aku dah tahu mana yang behave mana yang nakal..hehe
Mungkin ada betulnya apa yang mamat tu kata. Apa yang aku nampak, gay relationship ni jarang sekali ada yang kekal..well, yang boleh setia dengan satu pasangan sampai ke mati atau sekurang-sekurangnya sampai berpuluh tahun bersama. Kalau ada pun, tak ramai dan sangat rare. Kebanyakkan gay relationship ni berantakan takde lain, mesti sebab pasangan curang. Mungkin dah sifat semulajadi lelaki tak pernah cukup dengan satu? Dah bosan menghadap muka sama tiap hari, so cari yang baru. Well, aku cakap 'lelaki' in general..straight, gay, bi etc, semua pun ada potensi untuk curang...semua tu sikap individu. Tapi ntah kenapa pada pandangan mata aku lelaki gay ni ada kecenderungan yang lebih tinggi untuk curang berbanding lelaki straight. Tapi percaya la, Kamen Shinobi setia orangnya...hehe
Tapi tak semua lelaki gay tu tahu nak curang je..aku yakin ada yang setia pada satu. Kalau tak, takkan la ada yang sanggup propose nak ajak kahwin. So nampak la dekat situ ada jugak yang serious nak settle down. Alahai...mana la nak jumpa lelaki macam ni? Jangan kata nak ajak kahwin, yang nak serious pun payah betul nak jumpa! Alaa Kamen..yang nak serious tu ramai tapi masalahnya tak menepati citarasa kau...ekekeke
Dulu waktu aku baru berjinak-jinak dengan gay apps, niat aku satu je..nak cari steady partner. Gay lain dalam apps tu semua sibuk cari jantan untuk diratah, sedangkan aku sibuk memburu cinta sejati..siap kena perli jantan kemaruk sex kononnya aku kuat berangan...huhu. Memang tak la aku nak beromen dengan jantan sembarangan dalam apps tu. Tipu la aku tak geram dengan lelaki yang kena dengan taste aku, cuma bila melibatkan soal intim ni aku sangat memilih.
Tapi dalam aku memburu cinta sejati tu, aku sendiri tak pasti apa tujuan sebenar aku nak bercinta. Bila aku nampak gay couple bahagia, meluap-luap rasa nak bercinta..cuma aku keliru apa yang aku nak dalam relationship tu. Yer la, nak bercinta sampai bila? Nak kahwin pun tak boleh, kapel pun kena sorok takut kantoi etc
Itu cerita dulu..waktu aku masih tercari-cari jati diri. Bila dah semakin meningkat usia ni, rasanya dah sampai masa aku settle down dan fokus pasal masa depan aku. Mungkin dalam bab cinta ni aku old-fashioned sikit, aku tak pernah pun rasa nak main-main atau nak cuba-cuba macam orang lain. Basically, aku sama je macam lelaki straight yang bila sampai satu tahap ada rasa nak kahwin nak ada isteri..cuma bezanya aku nak cari suami..sounds so bottom disitu..wakakaka.
Lagipun ada kemungkinan aku takkan berkahwin dengan entiti yang bernama perempuan..dara mahupun janda. So nak tak nak aku kena jugak cari pasangan sehidup semati, yang sedia berkongsi susah senang dengan aku, yang menghargai kelebihan dan melengkapi kekurangan aku..sama macam straight couple lain. Kadang-kadang tu berangan nak kahwin macam Ricky Martin dengan husband dia Jwan Yosef. Balik kampung introduce kat saudara mara "Kenalkan..ini suami saya"..terus kena baling dengan bawang...ekekeke. Tapi kalau duduk kat Malaysia ni, tak payah kahwin pun takpe, cukup la dapat duduk satu bumbung. Dapat jaga makan pakai dan yang paling penting dia setia..eceh!
Malangnya kebanyakkan lelaki gay ni nak bercinta tapi takde hala tuju..fikir pasal short term je. Ada yang nak bercinta sebab nak fun. Ada yang nak bercinta sebab kesunyian. Pada mereka bila tengah in-relationship semuanya indah, wangi, cantik..walaupun pada hakikatnya relationship tu satu perjalanan yang ada pasang surutnya...bukan semuanya manis, pahit masam kelat semua ada.
Gay relationship ni tak mudah. Rasanya hanya orang-orang tertentu je yang ada kemampuan untuk stay in this kind of relationship. Hidup sebagai seorang lelaki gay pun dah susah, ini kan pula nak hidup berdua sebagai pasangan. Terlalu banyak kompromi..nak hadap prejudis orang sekeliling lagi. Tu belum masuk dugaan dan godaan bila tengah in-relationship. Kalau tak kuat, relationship tu takkan kemana..kelaut la jawabnya. Yer la, hubungan yang terikat dengan janji mulut macam ni umpama satu perjudian. Sesiapa pun boleh tabur janji, tapi berapa ramai yang boleh berpegang pada janji?
A real relationship is having someone who accepts your past,
suports your preset, love you and encourages your future.
Betul tu bang...Kalau nak cakap pasal jodoh dan cinta dalam dunia plu sampai bila tak habis. Yang penting doa baik-baik, kalau tak ada orang yang nak kan kita, jagalah diri sendiri baik-baik.
ReplyDeleteSiapa kata takde yang nak kat kita? Ada la! tapi dah lari...ekekeke
DeleteBukan saja yang terikat janji mulut, yang ada legal relationship pun bayak yang curang lalu berantakan. Wondering what are people looking for in a relationship.
ReplyDelete-effendi
Yang tu kalau tak kaki kikis mesti sebab tak ikhlas. Sayang separuh hati..huhu
Deletei feel you. we are in the same boat,same page. kadang2 trasa nk kawin yg ada pasangan.klou dgn dara,tp xdpt memenuhi perasaan psgn ssh. jeles tgok pasangan straight yg setia lagi2 husband yg sgt memahami yg hmm. nk kidnap je rase,plis la hargai psgn yg ada db jaga baik2 kan.
ReplyDelete#hiduppenuhdugaan
Jangan kidnap husband orang. Ni ada ni..single and available, tak nak try? Tapi rupa takde la macam Ricky Martin, ada iras-iras Ricky Sutanto je..ekekeke
Deletejauhnye ricky martin dan ricky sutanto..biar betui ish2...xde clue2 bayangan ke.sbb xdpt imagine sutanto tu lain sgt
DeleteClue?...dua mata, dua teling, satu mulut..apakah ia? ekekeke
Deleteyes setuju yang relationship ni tak kemana. tp setakat ni so far so good dgn dia walaupun dah 4 tahun. tp sakit sebab masing masing busy dan jarang jumpa. just tanya khabar setiap hari, video call. hahahah masih setia dan berharap dia pun mcmtu setia jugak walaupun mmg jarang jumpa.
ReplyDeleteJarang jumpa takpe, belajar untuk rindu. Tapi mujur sekarang zaman smartphone...tak tahu la apa jadi kalau bercinta zaman berutus surat...ekekeke.
DeleteHhmmm...
ReplyDeleteHaihh~
Deletehmm betul tu umur dah meningkat so secara automatiknya kita mesti fikirkan masa depan... susahnya hidup ni😔😔😔
ReplyDeleteSusah untuk orang yang unlucky like us..huhu
DeleteHi, kita chaser. Masa mula berjinak dulu memang nk fun je. Tp sekarang maybe dah puas (omg teruknya hahaha) sekarang perlukan cinta sejati. Gituh..Pernah kenal dgn beberapa org tp kebanyakkannya taknak bercinta just for sex. Tp skrang alhamdulillah, dah jumpa orangnya yg sama2 nak kan pasangan yg setia. Kami tak pernah ke katil, just borak movie date, pegang tangan, peluk2 n kiss je.. tp sayang n rindu kat si dia melampau2 sangat, tiap minit rs mcm nk tahu update si dia je.. baru 7 months couple and i think he's the one. Hehe. Sebenarnya wujud je plu yg nk setia tp sgt rare, usaha lebih sikit, dan behave utk setia. Yang penting jujur.. Nak setia senang je, set kat dalam diri, "kalau taknak kena tipu, jangan menipu pasangan kita". Tu je perkongsian kita wak.. :P
ReplyDelete7 months tu masih terlalu hijau, anyways congrats dah jumpa the one. Jaga partner elok-elok..kang dia chase orang lain nangis tak berlagu...hehe
DeleteAku tak tau blog nk active ke tak tapi aku Nak share story gak..aku berumur 25 and aku kenal dengan someone 41..dia kata aku first lelaki yg dia bersama..dia nak jaga aku syg aku..baru je masuk 2 bulan aku rasa happy sgt dgn relationship ni.. Tapi dia suara kan soal kemana hala tuju relationship ni..aku cam blur..dalam usia dia tu memang pikir future..bagi aku nak stay ngn dia..tapi dia kata tak kan tak nak berubah..aku blur sgt..aku dah syg dia sgt2..takut hilang dia..sampai termimpi dia nk kahwin..aku tak leh accepted bnda tu..nangis aku hari2..buat masa ni dia stay ngn aku..aku pun stay ngn dia..aku stop dah dunia gay ni sebab dia..and aku nk dengan dia je lah lepas ni..tapi kalau dia dah kawin one day..aku camne wei?aku tak tau aku ni leh kahwin ke tak..sebab aku tak ada nafsu skit pun kat perempuan..sedihh wei..
ReplyDelete