Lama jugak aku tak update blog ni. Bulan lepas takde post baru..maklum la busy beraya. Harini dah masuk 28 Syawal...rasanya dah terlalu lambat aku nak buat ucapan selamat hari raya aidilfitri. Takpe la, minta maaf zahir batin tahun depan je la..hehe. Nak ucap selamat hari raya aidiladha, awal lagi..huhu.
Cakap pasal sambutan hari raya baru-baru ni, tahun ni ada kelainan sikit sebab aku tak sambut hari raya di kampung halaman..tapi kat rumah adik beradik aku di Lembah Klang. Orang lain menangis sampai meleleh air mata air hingus air liur kalau tak dapat balik kampung nak sambut hari raya, tapi aku selamba celebrate hari raya kat bandar. Ala..saja je nak merasa beraya di tempat orang, bukannya selalu.
Tapi sejujurnya ada la sikit rasa kekesalan. Padan muka gatal sangat nak travel time raya! Well, aku bukan berasal dari Lembah Klang...lokasi sebenar, cari sendiri..ekekeke.. Saudara mara pun kebanyakkannya duduk sekampung dengan aku. So biasanya hari-hari perayaan macam hari raya je la baru dapat berjumpa. Tapi memandangkan aku travel ke Lembah Klang hari raya aritu, so takde istilah 'beraya' atau 'ziarah' untuk aku tahun ni..kiranya hari raya tahun ni seolah takde makna bagi aku...hahaha. Eleh...drama je la kau Kamen, dalam hati suka sebab tak payah hadap muka makcik pakcik bawang yang suka menyibuk hal peribadi kau kan?...ekekeke..
Sambutan hari raya tahun ni sangat hambar..feel raya tu ada tapi tak semeriah beraya di kampung sendiri. Aku banyak habiskan masa duduk depan tv besarkan perut mengunyah juadah raya yang terhidang..takpun membuta. Rasanya macam ni la kut perasaan perantau yang tak dapat balik beraya di kampung halaman. Tapi aku masih dianggap bertuah sebab masih dapat sambut hari raya bersama ahli keluarga sendiri walaupun jauh dari tanah kelahiran kitaorang adik beradik.
Dan memandangkan kebetulan aku berada di Lembah Klang untuk beberapa hari, aku cuba ambil kesempatan tu bertemu dengan beberapa orang reader blog aku. Well, ini bukan kali pertama aku expose diri aku. Awal tahun 2016 aku pernah bertemu dengan seorang reader blog aku. Tapi apa yang special, reader ni yang sanggup berkorban masa dan wang semata-mata nak jumpa aku. Rasa terharu jugak la, dah rasa macam Syafiq Kyle pulak masa tu...erkkkk...ekekeke
Walaupun sebelum ni aku dah ada pengalaman berjumpa mamat-mamat PLU dalam gay apps, tapi perasaan berdebar sebelum bersua muka tu tetap ada. Ye la, selama ni mereka ni hanya kenal aku as Kamen Shinobi, si blogger PLU, tapi kali ini mereka bakal tahu siapa Kamen Shinobi in real life. Well, ada la sedikit rasa awkward tu, macam dibogelkan tanpa rela pun ada jugak..hahaha. Tapi kebanyakkan reader yang terpilih ni..eceh...dah memang biasa contact aku dalam Hangouts, kiranya dah jadi chat buddy..ada yang dah bertahun kenal di alam maya tapi masih setia keep in touch dengan aku...terharu beb!
Terima kasih kat korang yang sudi blind date dengan aku aritu, sampai ada yang sanggup apply cuti semata nak jumpa aku...mesti korang menyesal kan? Dalam blog sembang macam hebat, bajet hensem..tapi dah jumpa live depan mata...hampeh rupanya Kamen Shinobi ni! wakakakaka. Apa pun, aku seronok dapat spend time dengan reader blog aku. Macam-macam perangai aku jumpa. Tapi luckily semua reader aku ni sangat cool dan sporting orangnya. Ada yang ajak aku jalan-jalan ke tempat yang aku tak pernah pergi, redah panas sampai sunburn, ajak aku food hunting, ajak tengok wayang, ikut aku window shopping sampai ada yang buat muka ketat..hahahaha..ikut aku masuk hotel....erkkkkk...HAHAHA. Mampos angkut anak orang masuk hotel...takde takde, just kidding! Well, terlalu banyak untuk aku mention semuanya dalam blog ni. Dapat jumpa mereka semua pun dah kira satu peluang berharga, apatah lagi dapat buat macam-macam aktiviti bersama..it was a beautiful experience...dan jujur, aku tak puas sebenarnya. Masa berlalu pantas seolah mencemburui pertemuan kita...eceh! And terima kasih banyak-banyak yang bagi surprise souvenir. Anda tahu siapa anda..sila bangga diri.. 😛😛
Anyways, minta maaf kalau ada yang terlebih atau terkurang, dan yang tak sempat jumpa tu...minta maaf banyak-banyak. Maklum la sekadar bertandang di tempat orang, masa sangat terhad. Mungkin belum ada jodoh bersua muka...eceh! Dan buat korang yang dah kenal aku in real life tu..anda tahu siapa anda, aku harap korang tak kecewakan aku and break my trust. Mungkin korang dah tahu siapa entiti disebalik nama Kamen Shinobi, tapi itu bukan lesen untuk korang dedahkan identiti sebenar Kamen Shinobi tanpa pengetahuan aku. Aku tetap Kamen Shinobi..a closeted gay guy. Aku harap korang faham dan hormati privacy aku sepertimana aku menghormati privacy korang. Jangan cakap abam tak warning...I'm watching you...eceh! HAHAHA
BTW, Kamen Shinobi dah ada Facebook...nak add friend klik SINI..mana tahu bertemu jodoh kat Facebook pulak #jualdiri ekekekeke
We don't meet people by accident.
They are meant to cross our path for a reason.
����
ReplyDeletehai abang, lama tak komen kat blog abang. done add abang kat fb.
ReplyDelete