Hello.......hello.......hello........Tu bukan buang tebiat, tu gema suara yang menggambarkan dunia blog PLU yang kini semakin sepi. Sorang demi sorang undur diri, yang ada pun malas nak update..busy dengan life memasing barangkali. Takpe la, hayat blog PLU ni memang sama macam percintaan PLU...tak kekal lama...erkkk...hahahaha...tapi Kamen Shinobi tak begitu. Selagi aku bernafas dan diberikan ilham, selagi itu aku bertahan..eceh! Lantak la nampak macam syok sendiri sekalipun...huhu
BTW, baru-baru ni heboh couple lesbian kena hukuman sebat lepas kantoi tengah beromen dalam kereta. Padan muka, dah gersang sangat la tu sampai tak sempat check in hotel. Kalau iye pun nak beromen, cari la tempat yang private sikit.
Aku perasan sejak dua menjak ni orang asyik bercerita pasal LGBT. Kalau dulu, isu-isu berkaitan LGBT ni jarang sangat orang nak ambil tahu atau nak bercakap secara terbuka, maklum la issue taboo kut. Jangan cakap kat Malaysia, kat mana-mana ceruk dunia pun sama je. Cuma sekarang dunia semakin maju, pemikiran pun dah semakin terbuka...golongan LGBT ni dah semakin mudah diterima masyarakat..well, itu cerita kat negara luar la.
Tapi lately ni, buka tv, buka twitter, buka fb..almost setiap hari ada je isu pasal LGBT bangkit. Aritu heboh isu pasal pondan masuk toilet perempuan. Mostly insecure risau kena raba, kena rogol etc. Adehh..dah dia pondan, memang tak la dia nak bernafsu dekat perempuan...haihh.. Lepas tu keluar pulak kes pondan rogol budak dalam toilet..pulak dah...hahaha. Aku syak netizen kecoh pasal LGBT lately ni semuanya berpunca dari geng pondan yang gila glamour dan suka cari publisiti murahan. Lepas tu bila dah jadi perhatian umum, mula la gatal nak berlakon nak menyanyi. Adehh..tak sedar ke suara tu serupa itik tersepit kat pintu? Bukan nak kutuk, tapi hakikat! Aku yang tergolong LGBT ni sendiri pun rasa geli geleman sampai berdiri bulu tengkuk, apatah lagi geng str8. Mustahil netizen tak ambil peduli. Buktinya lagu-lagu merapu geng-geng pondan ni dah jadi viral sekarang ni..
Lagi satu, sekarang ni ramai LGBT activist yang semakin lantang bersuara memperjuangkan human rights and sexuality freedom. Kalau yang ada Twitter dan FB tu mungkin pernah baca macam mana geng LGBT ni berdebat dengan geng straight. Masing-masing dengan hujah masing-masing. Aku yang jadi pemerhati ni senyum je. Ye la, takkan nak support geng straight..dah jadi hipokrit kat situ. Support geng sendiri tak pasal-pasal aku pulak yang kena serang..huhu
Kalau dilihat dari sudut positif aku rasa ada baiknya jugak isu LGBT ni dibangkitkan. Mungkin dengan cara ni geng str8 yang dulu tak faham dan terlalu prejudis, sekarang dah boleh buka mata dan probably boleh ubah persepsi negatif diaorang dekat geng LGBT. Kalau pun tak boleh terima bulat-bulat, sekurang-kurangnya memahami dan mendalami jiwa seorang LGBT, bukannya dikecam membabi buta. Well..mana la tahu satu hari Malaysia boleh jadi negara yang mungkin sedikit lebih open minded macam negara maju lain. Silap-silap kerajaan iktiraf same-sex marrige..pehhh! Confirm masa tu aku jadi orang pertama yang beratur nak register...tinggal tunggu pasangan sign je...ekekekekke
Tapi di suatu sisi pulak aku rasa situasi ni boleh jadi berita buruk buat segelintir geng LGBT. Yang masih in-closet mungkin lepas ni terpaksa lebih berhati-hati, khuatir ada yang menghidu ketidaklurusan..ekeke.. Yang ada plan nak coming out terpaksa cancel plan sebab takut kena judge. Yang dah out mungkin terpaksa hadap caci maki teruk netizen tiap hari, tak pun sampai kena ugut pukul atau bunuh. Tau je la, geng str8 ni ramai yang extreme, guna cara kekerasan kononnya memperjuangkan agama...tapi hakikatnya bertindak berlandaskan emosi semata. LGBT activist tu pulak satu hal, suka sangat cari pasal dengan geng str8...mana tak geng LGBT ni makin dibenci..seolah mencurah minyak dalam api. Stay low-profile dah la.. kalau kena kecam tu tak perlu melatah...bukan tak biasa kena kutuk..dah itu asam garam seorang LGBT..ekeke. Jangan pulak satu hari nanti kerajaan kuatkuasakan undang-undang dekat geng LGBT baru padan muka. Masa tu baru tahu nak menyorok belakang toilet..huhu
Aku curious macam mana lesbian beromen. Kalau gay lawan pedang.. lesbian lawan karipap mungkin? ekekekeke..
In a world where everyone is over exposed,
the coolest thing you can do is maintain you mystery
Salam, pasal isu lgbt ni aku walaupun dikatakan 80% gay and not totally straight, still rasa x payahla kot, legalize the same sex marriage kat malaysia. Walaupun kita was born as gay but we are still muslim.
ReplyDeleteOkay berkenaan blogger gay sudah berkurangan atau dah tinggalkan dunia blogging maybe kerana peredaran zaman, kdg2 rindu jugak dgn era kegemilangan blogspot, tapi skang sendu sensendunya. Yela new gay generation dah biasa dgn fb, insta, twitter dan bila diorang feel something... Type and post, dah xde nak karang panjang2 mcm blog. Just my view.
80% gay, lagi baki 20% apa? lesbian? ekekekeke gurau je! Aku tak rasa Malaysia akan legalize gay marriage, even hak2 LGBT..never ever kut. Kalau nak sangat kawin boleh je lari kat negara yang legalize...kawin atas kertas..hehe
DeleteBab new generation yang lagi prefer social media tu memang betul. Tak boleh nafikan sekarang semua nak cepat, mana ada masa nak fikir dan karang entry panjang2. Even sekarang pun blogger terpaksa guna social media untuk promote entry baru..kalau tak takde view.
Aku ada je ni haa. HAAHAHAH.
ReplyDeleteIsu LGBT ni makin hangat saban hari. Pada pendapat saya... tiber. Aku rasa pasal orientasi seksual diri ni satu benda yang taboo jugak dalam masyarakat. Buatlah apa pun mostly orang akan nampak as salah. Jadinya kalau nak rasa tenang maybe just low profile. Tak perlu nak openly claim this and that apa sangat. But still masih ada jugak anggota masyarakat yang paham about LGBT. Kudos to them !
Hi Dom! :excited:
DeleteYang boleh terima dan faham LGBT kat Malaysia ni rasanya 1 dalam 5000 orang je kut..lagi 4999 tu tunggu masa baling batu je..huhu
Still ada jga menanti post2 baru dr tuan badan.
ReplyDeleteOrang tu bila nak post entry baru...menanti jugak ni..huhu
Deleteyup mmg betul isu lgbt ni makin panas.nk date kat luar pun kene hati2 skang.susah betul haha
ReplyDeleteTau takpe..dulu susah, sekarang lagi susah. Nak mesra2 dengan hubby pun terpaksa coverline...balik rumah dia merajuk sebab kasar sangat..hahahaha
Delete