Jam baru menunjukkan pukul 1 tengah hari, tapi perut dah start pasang lagu dubstep..petanda lapar! hahaha! Apa la nak jadi dengan Kamen Shinobi ni, dah tua bangka tapi perangai macam budak baru belajar nak puasa..huhu. Biasanya waktu macam ni aku tengah sedap melantak. Lepas tu disambung dengan manis-manisan dan jajan...alahai..mana tak perut tu makin membulat! ekekeke..Tetiba pulak makanan kena catu..mau tak terperanjat perut tu.
Sebelum aku start membebel, selamat berpuasa buat korang semua yang tengah berpuasa. Yang tak puasa tu, tak nak kawan! ekekeke. Haih..nampaknya tahun ni puasa sorang-sorang lagi. Dah lama sangat pegang title single..buat apa pun semua sorang-sorang..sedih sungguh hidup seorang Kamen Shinobi..huhu. Yer la, kadang-kadang tu aku teringin jugak nak jalan-jalan kat bazaar ramadan dengan buah hati..sambil pegang tangan. Makcik jual kuih jeling je kat kitaorang...cemburu la tu!
Bae : sayang nak berbuka apa ni?
Aku : rasa macam nak makan kuih koci
Bae : makcik, bagi saya semua kuih koci ni...dengan bekas dia sekali saya nak beli!
Sampai macam tu sekali dia punya caring...nak aku kena diabetes ke apa?! huhu. Cakap pasal bulan ramadan ni, satu benda yang paling famous dan sinonim dengan bulan ramadan dah tentu la bazaar ramadan. Sebagai sorang pencinta makanan, bazaar ramadan ni dah kira syurga buat aku. Yer la, bukan setakat boleh usha macam-macam juadah dan makanan yang tersedia..sambil-sambil tu boleh jugak cuci mata melihat keindahan ciptaan Tuhan..macam-macam bentuk, saiz dan warna ada...aum! Kadang-kadang tu sampai lost focus dibuatnya...nak pilih makanan ke nak pilih buah hati..errrr..wakakaka...desperate sungguh! Aku single lagi, boleh dimaafkan. Ni tak, buah hati ada kat sebelah, tapi main gesel-gesel dengan mamat ensem kat bazaar tu...apa cerita?
Tapi satu je la yang aku kurang gemar dekat bazaar ramadan ni. Selain penuh sesak dengan manusia, kadang-kadang tu tengah syok usha-usha jantan juadah berbuka, ada pulak spesis kurang kesedaran sivik...suka hati nenek moyang dia melantak kat tengah-tengah lautan manusia yang tengah berpuasa. Biasanya yang non-muslim je berani buat perangai macam ni..no offense. Aku tahu, ini attitude problem..takde kaitan dengan soal perkauman...so chill! Tapi kalau iye pun tengah lapar, cari la port lain...respect la sikit kat orang yang tengah menahan haus dan lapar. Spesis ni kalau lalu tepi aku, memang aku jeling je sampai tersedak.
Biasanya kalau ke bazaar ramadan, juadah berbuka yang wajib dibeli sudah tentu la kuih muih. Aku memang hantu kuih melayu..kalau boleh nak dapat partner yang pandai buat kuih melayu..bukan setakat pandai buat kek atau pastri je. Kalau dapat memang aku sayang dia ketat-ketat! hehe. Tapi bila dah ada kat bazaar ramadan, nafsu memang susah sikit nak control...errr..nafsu nak melantak..nafsu lain nanti aku citer! ekekeke. Maklum la tengah kebulur, semua nampak sedap..walhal hakikatnya tak sedap mana pun. Sedar tak sedar tangan dah penuh, beli macam nak buat stok berbuka sebulan. Alih-alih yang tak habis masuk tong sampah...adeh!
Tahun ni aku dah pasang azam nak cuba kurangkan ke bazaar ramadan. Bosan la pergi sorang-sorang...rasa forever alone sungguh! huhu. Lagipun aku tengok harga makanan dekat bazaar makin mahal, dah tu portion makin kecik..tak berbaloi langsung! Masak sendiri lagi bagus. Eleh, padahal suruh mak masak...aku tolong habiskan je..ekekeke
Again..selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa buat semua yang membaca. Elakkan pembaziran makanan. Puasa sebulan, tak dapat hari ini, besok boleh beli. Pesan untuk diri sendiri jugak..hehe. Jap lagi aku nak gerak ke bazaar ramadan..nak cari kekasih makanan untuk berbuka. Ada sesiapa sudi temankan? Chet! cakap tak serupa bikin! ekekekeke
Throwing away foods is like stealing from the table
of those who are poor and hungry.
Hai abang kamen, pergilah bazar dengan family kan best. Nak buat macam mana kita dah single kan.
ReplyDeleteYang 'dah single' tu Carl Dani...aku single sejak azali..huhu
DeleteDengan family tak boleh pegang tangan, sumbang mahram..ekekeke
selamat menjalani ibadah puasa kamennn
ReplyDeleteUcapan je? hulur la sekali juadah berbuka, sedap sikit..ekekeke
DeleteWahwahwah garangnya dia jeling sampai tersedak ye. Mari aku buatkan kuih tradisional melayu bikin ko bulat. Untung2 dapat jadi menantu mak kiter. Eh!
ReplyDeleteNi kalau pandai buat kuih, hantaran mesti mahal..cancel! ekekekeke
Deletebulat jangan sebut, sensitif..huhu :tengok perut sendiri: