Aku baru perasan bulan April lepas takde new post..adeh! Almaklum la, busy! bukan busy bercinta, tapi busy dengan kehidupan peribadi. Haihh..apa la nak jadi dengan blog ni..semakin hari semakin hambarudin..mungkin petanda awal Kamen Shinobi bakal bersara dari dunia blogging? Well, aku muda lagi, takkan dah nak bersara...hehe. Lagipun aku tak sampai hati nak kecewakan peminat tegar blog Lelaki Dalam Almari ni..sure ramai merindu bila aku dah takde nanti..hahahaktuih!
Abaikan intro syok sendiri tadi. Baru-baru ni aku plan nak keluar beli barang..tetiba kereta pulak meragam. Nasib baik kat rumah lagi, kalau meragam kat tengah jalan...mampos! So aku panggil sorang pomen ni..aku letak nama pomen ni Hamid. Masa memula Hamid diagnose, dia kata kos repair tak mahal sebab minor problem je..fuh! lega..sambil urut dada berbulu...ekekeke. Tapi bila sampai bengkel lain pulak citernya. Tetiba Hamid bagitahu ada major problem, so banyak la nak kena bayar. Berapa banyak?...tak payah la aku kongsi kat sini, tapi rasanya cukup kalau nak pergi bercuti 2-3 hari kat oversea..siap boleh shopping sakan sampai muntah! Damn! Dah la aku tengah nak save duit..tetiba kereta buat hal..mau tak murung seminggu! huhuhu
Sebenarnya Hamid ni dah beberapa kali repair kereta aku..kiranya kitaorang memang dah kenal..cuma tak rapat sangat, kenal gitu-gitu je. Tapi ntah kenapa kali ni aku rasa tak sedap hati..rasa curiga semacam. So aku pegi ambush bengkel Hamid. Bila sampai kat sana, aku tengok kereta aku langsung tak berusik. Tadi kata dah siap check semua, satu skru pun tak tanggal lagi apa citer ni?! Peh! gila tak sakit hati.. aku syak Hamid ni pakai ilmu hitam..tak pun ada psychic power. Chet..apa dia ingat aku noob sangat kot pasal kereta ni?! Bila aku tanya...tergagap-gagap dia menjawab.
Tapi nak buat macam mana, kereta aku dah tersadai kat situ. Takkan nak tolak sorang-sorang cari bengkel lain. Nak melawan, dia lagi expert dari aku...maklum la katanya dah repair beratus-ratus kereta, setakat problem kereta aku celah gigi dia je..chet! berlagak! Nak tak nak aku terpaksa repair kat bengkel Hamid tu jugak. Dah tu, nak repair bukan sekejap, mau sehari suntuk. Memang tak la aku nak tercongok kat situ...dengan panas terik membahang, tu belum masuk hati aku yang tengah panas membara! Apa-apa pun aku terpaksa letak 100% kepercayaan dekat Hamid..walaupun aku syak kali ni Hamid cuba nak sembelih aku.
Honestly, aku dah susah nak percaya dekat mana-mana bengkel kereta sejak ada pengalaman hampir kena tipu tak lama dulu. Nak dijadikan citer, aritu kereta aku ada problem. So aku pegi satu bengkel ni, tauke ni mintak RM200..peh! bapak mahal! masalah kecik je kot! So cancel, aku cari bengkel lain. Tauke bengkel sebelah mintak RM20 tukar plastik..problem settle! Nampak tak perbezaan kat situ? Sebab tu, aku nasihatkan korang yang dah ada kenderaan sendiri tu, kalau boleh belajar sikit-sikit pasal kenderaan korang...jangan tahu reti nak bawak je. Ni tak, nama je jantan..tukar tayar pun tak reti! So bila korang ada ilmu, tak la nampak noob sangat..diaorang pun tak berani nak sembelih korang. Apa pun jangan serah bulat-bulat dekat pomen atau bengkel..unless korang anak tauke beras tak pun dah jadi jutawan..hehe. Ye la, orang bisnes mana tak mau untung..rosak sikit, tapi repair macam-macam..yang korang buta-buta bayar sampai beribu..padahal tak sampai beratus pun.
Berbalik pasal kereta aku, semua masalah dah settle. Cuma part nak bayar tu je gigil sikit..huhu..rabak! Tapi sampai sekarang aku masih ralat. Aku cuba tak nak buruk sangka, tapi ye la..pengalaman hampir kena tipu tu buat aku fobia sampai ke hari ini. Lagipun Hamid buat keje belakang aku..tak macam sebelum-sebelum ni. Lagi satu benda tu pulak tersorok kat dalam..so makin bertambah-tambah la curiga tu. Takkan aku nak godek..nak tengok balik betul ke tak pasang spare part baru..nanti tak pasal-pasal masalah lain pulak timbul. Haih..baru repair kereta dah menggelabah, tak tahu la macam mana bila tengah bercinta nanti..Kamen ni mesti kuat cemburu kan? errr...no komen....ekekeke
Cakap pasal trust issue ni, aku mengaku aku memang ada masalah mistrust lagi-lagi dekat stranger especially orang-orang yang cuba nak dekat dengan aku di alam maya ni..eceh! acah-acah ramai peminat..ekekeke. Sebenarnya dah memang sifat azali aku susah nak percayakan orang..cuma sejak aku start kenal-kenal dengan PLU ni..makin teruk jadinya.
Dulu, biasa la..masa zaman-zaman noob, kena sweet talk sikit dah cair..padahal orang tu bukan serius mana pun...yang aku pulak perasan kononnya orang tu dah kemaruk dekat aku. Alih-alih orang yang buai aku dengan kata-kata manis tu jugak la yang simbah racun dalam hati aku...eceh! dramatik sungguh..ekekeke. Well, ada manusia bila nak sesuatu, kadang-kadang lembut gigi dari lidah..yang aku pulak bangang sangat percaya bulat-bulat..huhu. Tu belum masuk kes kena tipu..kena catfish dalam gay apps, kena main..errrr...dipermainkan. Ada tu kononnya nak kenal lebih rapat...alih-alih dia keluar dating dengan jantan lain..hampeh! Ada pulak kes bila aku dah terbuka hati open up pasal diri aku..walaupun hakikatnya aku masih dalam keadaan trauma...hujungnya aku tetap dikecewakan..huhuhu
Apa yang jadi dekat aku sebelum ni takde la teruk sangat..rasanya ada yang lagi tragik..tapi tetap bagi kesan dekat aku...lagi-lagi dalam misi aku memburu cinta hati..eceh! Ada yang kata aku terlalu secretive..ada yang kata aku jual mahal..susah nak didekati etc. Haihh..siapa la aku nak jual mahal..huhu. Dalam hal-hal berkait dengan hati ni, aku sentiasa berpegang pada prinsip "action speak louder than words". Setakat manis di mulut..tu semua taktik basi, aku dah lali. Chet! bajet hot stuff! ekekeke..So jangan tanya kenapa sampai sekarang aku masih single dan available..hehe. Padan muka..orang ajak berkawan je pun, bukan ajak romen! hahahaha! Well..aku belum lagi sampai tahap serik..mungkin paranoid sikit je. Rasanya tak adil aku menghukum orang lain disebabkan masa silam aku. Aku hanya perlukan masa dan usaha lebih sedikit berbanding orang lain...itu je. Well..bukan senang nak jinakkan Kamen Shinobi...tapi bila dah jinak, sure takkan menyesal....hahahahaktuih!
Cuma ada kalanya aku selalu mempersoalkan sama ada aku sebenarnya mampu atau bersedia untuk serious relationship. Ye la, setahu aku dalam mana-mana relationship lagi-lagi romantic relationship..trust tu kena dan wajib ada. Tapi dalam kes aku, trust tu la perkara yang paling susah aku nak bagi lagi-lagi bila melibatkan hati. Mungkin masa memula berkenalan, boleh la tolerate, maklum la tengah kemaruk. Tapi bila dah habis honeymoon phase..mula la insecure..lepas tu suka fikir macam-macam, buruk sangka, paranoid...kadang hal-hal remeh pun boleh bawak gaduh..last-last clash...erkkk, jauh sangat aku berimaginasi. Ada pengalaman ke Kamen? errrr....hehe
Trust takes years to built,
seconds to break
and forever to repair.
First!
ReplyDeleteJangan bersara nanti kitorang takde bahan bacaan yang menarik.
Tapi, kenapa mesti hamid (gurkha?)
Kenapa mesti petik nama hamid gurkha? kenapa tidak jasmin hamid, tak pun hisyam hamid?
DeleteWell..Hamid merujuk kepada lelaki..kalau pomen perempuan aku letak nama Hamidah...ekekeke
Baiklah ini sebuah lawak. Hamidah tu janda sebalah rumah aku. Lawa!
DeleteJanda takmo!..lawa macam anak dara pun tak terangsang punya..wakakakaka..Duda ada tak? ekekeke
Deletehaa setuju bab kene ada ilmu jugak dalam bidang kenderaan, be it kereta or motosikal, kalau tak senang2 je kene sembelih. tp tulah ak mmg tak tahu bidang ni, tapi kalau bab tukar tayar tu ok la kot hiks
ReplyDeleteKalau poket tebal, tak kisah pun kena sembelih sampai kering. Aku rakyat marhaen je Talhah..every cent counts..huhu
DeleteTayar tu yang mana satu eh? Hahaha
ReplyDeleteBangKamen ni lutchu betul la. Anyway, sesangat la setuju bab ilmu perkeretaan tu. Penji pun bru berjinak2 manja dengan kereta ni. Maklumlah, Anak muda baru nak mengenal dunia. Hiks.
Yg paling penting, jangan berhenti blogging tau BangKamen. U r my idol! 😘 hahahaha
Tayar tu letaknya kat belah driver seat..bentuk bulat besar...ekekeke
DeleteIdol je ke? BF tak boleh? :tekup muka: hahaha #desperate..kidding ye Penji
Betul tu En Kamen...ilmu memang penting...jgn jadi PLU yg tak tahu kerja-kerja lelaki....hehehe...
ReplyDeleteBy the way...pas nie boleh Amir tambah ilmu bab keter nie kat En Kamen yer...hehehe...
Nak belajar pasal kereta takde masalah, tapi kalau nak belajar pasal ilmu percintaan...itu aku fail...ekekekeke
DeleteIngatkan scene Mechanic and Me part 1. HAHAHAHA
ReplyDeleteSoal kepercayaan ni payah jugak ekceli. Susah pulak nak hurai. Aku pun kadang ada rasa insecure jugak
Hurai dalam hati je Dom..aku boleh baca...hahahaha
DeleteOk, saya mengaku, saya tahu bawak je yang lain abang saya yang uruskan. Hahahaha. Nasib baik ada banyak abang, kalau tak hahahaha.
ReplyDeleteJangan malas nak update blog abang kamen, take care!.
Manja sangat ni...apa-apa pun depends kat abang-abang dia..huhu
Delete