Thursday, 2 November 2017

GAME OVER

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari...

Siapa menyangka kisah cinta pertama Kamen Shinobi hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja...dan berakhir begitu tragis. Aku tidak menyangka orang yang mulanya mengagungkan aku ibarat raja, akhirnya menganggap aku tak ubah seperti sampah yang boleh di buang sesuka hati. Aku tidak menyangka insan yang aku anggap istimewa rupanya hanya seorang pendusta bicara. Tu la Kamen, berlagak sangat bagitau satu dunia konon dah 'taken'...huhuhu

Haih...ntah di mana silapnya..

Permulaan aku dan si dia terlalu sempurna..ibarat kisah dongeng songsang..mungkin juga too good to be true. Walaupun baru berjumpa, tapi terasa seolah sudah berkenalan terlalu lama. Aku dan si dia ada persamaan yang begitu ketara..chemistry kitaorang sangat kuat. Jarang sekali aku merasakan perasaan sebegitu. Si dia lain dari yang lain..sangat unik dan istimewa..itu la impresi saat kali pertama aku bertemu si dia..

Tanpa berlengah, kitaorang memulakan langkah mencuba untuk menyelami hati masing-masing. Terlalu banyak yang kami kongsikan...dari hal-hal peribadi sampai la ke hal-hal yang berkait dengan soal hati dan perasaan.

Dia : apa yang U takut bila in-relationship?
Aku : selain partner I curang, I paling takut dia berubah sikap, jadi lain...tak sama macam I kenal dia masa memula dulu..

***

Pada awalnya, si dia agak ragu untuk melangkah ke fasa yang lebih serius. Yer la, mungkin masih trauma di curangi bekas kekasih. Dan aku sendiri merasakan kitaorang agak terburu-buru. Wujud ke cinta pandang pertama? Tapi siapa tahu, mungkin ini yang dinamakan jodoh. Atau mungkin aku sememangnya dah bertemu 'soulmate' yang aku cari selama ni? Takpe la...just go with the flow..mungkin ada bibit cinta bakal menyusul..

Ntah apa yang sudah merasuk si dia, pelbagai cara dilakukan semata-mata untuk meyakinkan aku yang si dia sudah bersedia menempuh hidup bersama sebagai sepasang kekasih. Kalau aku jadi dia, sure aku dah surrender awal. Kamen...dia serius tu nak jadikan kau love partner dia...getus hatiku. Sejujurnya aku agak ragu dengan tindakan si dia..seolah ada helah tersembunyi. Dan aku pun sebenarnya masih keliru dengan perasaan aku sendiri..walaupun pada dasarnya aku sudah mula menaruh hati. Tanpa aku sedar, perlahan-lahan hati aku mula terbuka untuk menerima si dia..mungkin kerana kesungguhannya yang tidak pernah mengenal erti putus asa..

***

"Sweetheart...I love U"

Sepanjang aku rapat dengan si dia, jujur...aku sangat bahagia. Aku sangat yakin si dia ikhlas menerima aku seadanya..begitu  juga sebaliknya. Pada aku si dia begitu sempurna dan terlalu istimewa. Segala tindak tanduk si dia, sedikit pun tidak pernah menimbulkan perasaan curiga. Si dia terlalu telus dan jujur...segala aktiviti yang dilakukan mesti report kat aku dulu, kononnya tak nak aku curiga. Setiap hari bertanyakan perihal kehidupan aku, selalu menasihati aku...siapa tak jatuh hati? Siapa tak suka rasa disayangi? Sampaikan aku sendiri terikut-ikut dengan cara si dia. Tu belum citer moment indah yang kitaorang lalui bersama. Tak perlu la aku kongsikan di sini, biarla jadi memori kitaorang berdua sahaja.

"Sweetheart...jom kawen!"..si dia berseloroh..

Hubungan aku dan si dia baik-baik sahaja. Setiap detik aku bersama si dia bagai satu mimpi jadi realiti. Takde langsung istilah terasa hati walaupun masing-masing kuat menyakat. Malah, kitaorang lebih suka bersikap sebegitu..seakan-akan sahabat akrab...walaupun pada hakikatnya ada kasih yang bersemi di hati masing-masing..

***

Well...hubungan mana yang tidak dilanda badai. Pernah juga beberapa kali si dia minta putus sehingga menitiskan air mata dek sikapnya yang terlalu cemburu buta...masih trauma barangkali. Tapi setiap kali tu jugak la pujuk rayu dan kata maaf menjadi pengubat luka antara kami berdua. Dan kisah ini diteruskan seolah tiada apa yang berlaku..

Hari berganti minggu berganti bulan..

Perlahan-lahan aku dapat rasa perubahan dalam diri si dia. Gurau senda, kata-kata manis sudah jarang sekali aku dengar...jumpa pun dah tak kerap macam dulu...beribu alasan si dia bagi untuk mengelak. Seringkali hilang ntah ke mana tanpa khabar berita..dia hidup atau mati pun aku tak tahu. Handphone yang dulu siang malam berbunyi tanpa henti, akhirnya terbiar sepi.

Sampai ke satu tahap, si dia mula membelakangkan aku. Aku diabaikan tak ubah macam peminta sedekah. Kamen..your greatest fear become reality! Dulu aku dan si dia macam belangkas...tapi sekarang tak ubah macam orang asing. Perasaan cemburu, curiga, resah, marah, sedih, kecewa mula menguasai diri. Macam-macam teori aku cipta di benak fikiran, hampir naik gila aku dibuatnya. Tapi aku hanya mampu bersabar dan cuba memujuk hati sendiri. Aku tidak mahu memulakan sengketa..

Semakin hari si dia semakin mencabar kesabaran aku. Aku dah tak tahan dengan sikap si dia yang tiba-tiba berubah dingin. Mesej tak reply, call kena reject...bukan sekali dua si dia bersikap sebegitu. Mana hilangnya si dia yang aku kenali dulu? 

Satu hari aku tergerak hati nak siasat punca sebenar si dia berubah sikap. Nak tak nak aku terpaksa install balik gay app tempat pertemuan pertama kitaorang..walaupun masing-masing sudah membuktikan dan berjanji untuk tinggalkan semua itu..sebagai tanda setia. Takpe la, janji tolak tepi demi mencari jawapan pasti..

Segala persoalan akhirnya terjawab..si dia terjerat dalam perangkap aku. Kata hati aku selama ni tak salah..memang benar si dia sudah berubah hati. Terlalu banyak bukti terhidang di depan mata untuk si dia nafikan. Luluhnya perasaan bila si dia cuba menggoda persona yang aku cipta...pakai barang ihsan aku pulak tu! how dare he! terasa dunia ni gelap seketika. Baru beberapa bulan bersama, si dia sudah lupa pada janji. Aku tak sangka orang yang selama ni aku anggap jujur dan setia sanggup memburu jantan lain diluar pengetahuan aku. Mana pergi janji-janji manis kononnya setia pada yang satu? Mana hilangnya trauma pernah dicurangi bekas kekasih? Apa erti tangisan seolah tidak rela hubungan ini berakhir? Aku sangat keliru..

Aku : sampai hati U..
Dia : Umm...who are you?

Kau memang bodoh Kamen...bodoh sebab terlalu percayakan dia. Bodoh sebab selalu bagi si dia peluang sedangkan dah banyak kali si dia kantoi tipu kau! Kau lemah bila si dia meratap hiba...lalu kau hulurkan kemaafan...demi menjaga hubungan yang dibina. Kau lupa? Once a liar always a liar..

Jujur..aku sangat kecewa dan keliru dengan apa yang dah jadi. Si dia memilih untuk melarikan diri dari berdepan dengan aku...atau sekurang-kurangnya bagi aku penjelasan. Tapi apa yang buat aku semakin ralat, si dia berubah hati bila aku dah betul-betul menaruh perasaan pada si dia.

Sampai ke saat aku menulis post ini, si dia hanya mendiamkan diri...

It's not the goodbye that hurt, 
but the flashback that follow