Tuesday 25 September 2018

BLUED

Sejak break-up tahun lepas aku seolah serik nak cari kenalan kat gay apps..jangan kata nak cari kekasih, nak contact PLU pun rasa fobia semacam..risau peristiwa lama berulang kembali. Hebat jugak penangan putus cinta ni...tak pasal-pasal gay apps kehilangan user paling setia macam aku...eceh. Kalau dihitung tambah tolak bahagi aku dah join Planetromeo hampir 6 tahun dan bertahan 4 tahun dalam app Growlr..kira setia la tu..ekekeke. Tapi masa bercinta aritu, nak tak nak, walaupun berat hati...aku terpaksa jugak delete semua tu..kononnya nak belajar setia. Alih-alih orang tu pulak tikam belakang, kantoi busuk mencari cinta lain dalam app sama kitaorang bertemu...sadis!

Well...itu cerita tahun lepas. Harini...saat ini..aku nak buat pengakuan eksklusif..eceh..Aku sebenarnya dah lebih tiga bulan kembali aktif dalam app Growlr...well, gay apps untuk beruang dan pemburu beruang..ekekeke.. Niat awal aku join semula app ni sekadar suka-suka je..maklum la dah lama sangat berhibernasi..rindu barangkali. Takde sekelumit pun niat nak jumpa or lepak dengan sesiapa, apatah lagi mencari 'orang baru'..belum masanya lagi. Kiranya aku nak jadi silent user je dalam tu. Dalam masa beberapa bulan aku kembali aktif ni ada la beberapa orang yang ajak berkenalan, tapi semua aku ignore...yang kena game pun ada...wakakaka...buruk perangai! Dan sejak beberapa minggu lepas aku dah start berjinak-jinak pulak dengan app Blued....hehe



Honestly, ini kali pertama aku pakai app Blued. Nak dijadikan citer, app ni ex aku yang introduce kat aku dulu. Tapi yela...masa tu tengah kemaruk bercinta..memang tak la aku nak install benda alah ni. Untuk apa? Dah jumpa kekasih hati yang dicari-cari selama ni..kononnya la...so nak cari apa lagi? Tapi tu citer basi, sekarang ni aku dah single, so who cares? Aku dah bebas!...muahahaha!

Honestly (lagi)...aku agak kagum dengan gay apps yang satu ni, dan rasanya yang paling best diantara semua gay apps yang pernah aku cuba..cuma tak niche macam gay apps favorite aku, Growlr tu. App Blued ni sekali imbas macam hybird FB dan IG..tapi semua user lelaki. Jumlah user tak payah cakap la, memang ramai..yang dekat-dekat pun ramai..tinggal PM je ajak jumpa...hahahahha. But for the moment aku nak stay low profile je dulu..nak jumpa nak lepak tu rasanya tak kut, masih fobia..huhu

Berbalik pada app Blued ni, dulu aku sangat sceptical dengan gay apps yang satu ni...sebab setahu aku dalam app ni ramai yang buat free show. Macam mana aku tahu? PM tepi...ekekekeke. Tapi bila aku dah cuba sendiri, nampaknya sangkaan aku meleset...well, kinda of la. App ni ada function live streaming macam IG live..dan memang betul ramai yang buat free show tayang batang dalam tu...tapi tak semua la. Ada jugak yang behave. Ada yang ajak bersembang dengan viewer..buat Q&A, ada yang sekadar meluah perasaan, ada yang tengah buat kerja rumah, mengemas, memasak, basuh kain etc...yang tido pun ada. Cuma satu je, yang gila sex buat live tayang batang tu aku boleh faham lagi, yang aku tak faham spesis buat live tayang life memasing tu....perlu ke semua tu?...ekekekeke. But well, akaun diaorang, data phone diaorang...lantak la..siapa aku nak judge artis, ramai peminat kut...ekekekeke 

Bila dah kerap sangat layan live lately ni, kadang-kadang tu aku teringin jugak nak buat live, saja test market...ekekeke..Tapi bila sedar diri tu pemalu dan buruk, so jadi viewer je la. Dalam app ni, yang rajin buat live kebanyakkannya memang sangat friendly and open minded..tanya la apa je, semua diaorang jawab..kira macam tengah borak dengan member. Well, itu untuk yang behave la. Yang gila sex tu tak payah cakap, keje nak melancap depan orang je..semua semata-mata nak cepat naikkan level...tak sempat pancut dah kena banned...HAHAHA! padan muka! So rasanya apps ni takde la seteruk yang aku bayangkan dulu...semua nak buat free show je..tidak. Yang gatal live tengah beromen, melancap tu biasanya sekejap je dah kena banned. Nampak la kat situ admin Blued tak menggalakkan aktiviti sebegitu. Dan percaya lah, korang akan jumpa macam-macam peel pelik PLU dalam app Blued ni...hehe..

Sekarang tengah crush ngan sorang mamat Korea muka iras syafieqkylemira versi putih, tembam dan berjambang. Hari-hari layan live mamat Korea tu..tapi sayang, dah berpunya...huhu. Takpe la, usha live je buat bahan...erkkkkk

If you want something you've never had, 
then you've got to do something you've never done


Monday 17 September 2018

EXPOSE

Hello.......hello.......hello........Tu bukan buang tebiat, tu gema suara yang menggambarkan dunia blog PLU yang kini semakin sepi. Sorang demi sorang undur diri, yang ada pun malas nak update..busy dengan life memasing barangkali. Takpe la, hayat blog PLU ni memang sama macam percintaan PLU...tak kekal lama...erkkk...hahahaha...tapi Kamen Shinobi tak begitu. Selagi aku bernafas dan diberikan ilham, selagi itu aku bertahan..eceh! Lantak la nampak macam syok sendiri sekalipun...huhu

BTW, baru-baru ni heboh couple lesbian kena hukuman sebat lepas kantoi tengah beromen dalam kereta. Padan muka, dah gersang sangat la tu sampai tak sempat check in hotel. Kalau iye pun nak beromen, cari la tempat yang private sikit.

Aku perasan sejak dua menjak ni orang asyik bercerita pasal LGBT. Kalau dulu, isu-isu berkaitan LGBT ni jarang sangat orang nak ambil tahu atau nak bercakap secara terbuka, maklum la issue taboo kut. Jangan cakap kat Malaysia, kat mana-mana ceruk dunia pun sama je. Cuma sekarang dunia semakin maju, pemikiran pun dah semakin terbuka...golongan LGBT ni dah semakin mudah diterima masyarakat..well, itu cerita kat negara luar la.

Tapi lately ni, buka tv, buka twitter, buka fb..almost setiap hari ada je isu pasal LGBT bangkit. Aritu heboh isu pasal pondan masuk toilet perempuan. Mostly insecure risau kena raba, kena rogol etc. Adehh..dah dia pondan, memang tak la dia nak bernafsu dekat perempuan...haihh.. Lepas tu keluar pulak kes pondan rogol budak dalam toilet..pulak dah...hahaha. Aku syak netizen kecoh pasal LGBT lately ni semuanya berpunca dari geng pondan yang gila glamour dan  suka cari publisiti murahan. Lepas tu bila dah jadi perhatian umum, mula la gatal nak berlakon nak menyanyi. Adehh..tak sedar ke suara tu serupa itik tersepit kat pintu? Bukan nak kutuk, tapi hakikat! Aku yang tergolong LGBT ni sendiri pun rasa geli geleman sampai berdiri bulu tengkuk, apatah lagi geng str8. Mustahil netizen tak ambil peduli. Buktinya lagu-lagu merapu geng-geng pondan ni dah jadi viral sekarang ni..

Lagi satu, sekarang ni ramai LGBT activist yang semakin lantang bersuara memperjuangkan human rights and sexuality freedom. Kalau yang ada Twitter dan FB tu mungkin pernah baca macam mana geng LGBT ni berdebat dengan geng straight. Masing-masing dengan hujah masing-masing. Aku yang jadi pemerhati ni senyum je. Ye la, takkan nak support geng straight..dah jadi hipokrit kat situ. Support geng sendiri tak pasal-pasal aku pulak yang kena serang..huhu

Kalau dilihat dari sudut positif aku rasa ada baiknya jugak isu LGBT ni dibangkitkan. Mungkin dengan cara ni geng str8 yang dulu tak faham dan terlalu prejudis, sekarang dah boleh buka mata dan probably boleh ubah persepsi negatif diaorang dekat geng LGBT. Kalau pun tak boleh terima bulat-bulat, sekurang-kurangnya memahami dan mendalami jiwa seorang LGBT, bukannya dikecam membabi buta. Well..mana la tahu satu hari Malaysia boleh jadi negara yang mungkin sedikit lebih open minded macam negara maju lain. Silap-silap kerajaan iktiraf same-sex marrige..pehhh! Confirm masa tu aku jadi orang pertama yang beratur nak register...tinggal tunggu pasangan sign je...ekekekekke

Tapi di suatu sisi pulak aku rasa situasi ni boleh jadi berita buruk buat segelintir geng LGBT. Yang masih in-closet mungkin lepas ni terpaksa lebih berhati-hati, khuatir ada yang menghidu ketidaklurusan..ekeke.. Yang ada plan nak coming out terpaksa cancel plan sebab takut kena judge. Yang dah out mungkin terpaksa hadap caci maki teruk netizen tiap hari, tak pun sampai kena ugut pukul atau bunuh. Tau je la, geng str8 ni ramai yang extreme, guna cara kekerasan kononnya memperjuangkan agama...tapi hakikatnya bertindak berlandaskan emosi semata. LGBT activist tu pulak satu hal, suka sangat cari pasal dengan geng str8...mana tak geng LGBT ni makin dibenci..seolah mencurah minyak dalam api. Stay low-profile dah la.. kalau kena kecam tu tak perlu melatah...bukan tak biasa kena kutuk..dah itu asam garam seorang LGBT..ekeke. Jangan pulak satu hari nanti kerajaan kuatkuasakan undang-undang dekat geng LGBT baru padan muka. Masa tu baru tahu nak menyorok belakang toilet..huhu

Aku curious macam mana lesbian beromen. Kalau gay lawan pedang.. lesbian lawan karipap mungkin? ekekekeke..

In a world where everyone is over exposed, 
the coolest thing you can do is maintain you mystery