Thursday 20 November 2014

5 PERKARA MENAKUTKAN

Countdown lima perkara yang buat aku takut bila bergelar seorang plu.

5. Jatuh cinta-skandal-putus



Aku mungkin antara golongan minoriti dalam dunia plu yang percaya pada gay relationship.

Aku sebenarnya agak geli nak cakap soal cinta. Aku tak pernah bercinta jadi aku tak tahu apa perasaan bila bercinta dan aku tak tahu macam mana rasa sakit bila putus cinta. 

Walaupun aku percaya pada gay relationship tapi aku tak rasa aku senang jatuh cinta. Bagi aku nak sampai ketahap bercinta tu satu proses. Bukan boleh main redah..jumpa sekali terus nak feeling. Lagipun rasanya cinta plu lebih kompleks dan mencabar dari cinta golongan straight.

Aku ada keinginan nak ada couple sendiri. Aku pun nak jugak rasa menyayangi dan disayangi. Tapi rata-rata gay couple susah nak bertahan disebabkan sikap semulajadi lelaki yang adventurous ditambah lagi dengan dunia plu yang terlalu banyak godaan,ramai yang tewas akibat nafsu. Ini yang merisaukan aku. Nafsu beb..mana boleh tahan..Disebabkan nafus hubungan yang indah pada mulanya boleh jadi berantakan kalau salah seorang gagal mengawal nafsu serakah.


4. Salah pilih kenalan/kawan

Aku cuma tahu kewujudan Manjam,PlanetRomeo,Grindr etc. lepas aku habis study di universiti beberapa tahun lepas. Aku tak pernah bersosial dengan mana-mana plu sampai aku kenal Manjam. Dari PlanetRomeo aku berani berkenalan dengan plu yang ada dekat area aku. Melalui Grindr aku mengenali pelbagai ragam plu.

Satu perkara yang aku suka bila berkenalan dengan plu...aku belajar tentang plu lain. Aku sebenarnya tak suka bila meet-up dengan plu dia start bergosip pasal plu lain..tapi aku rasa ada kebaikkan bila berjumpa orang begini. Sekurangnya-kurangnya aku boleh tahu siapa yang layak dibuat kenalan dan siapa yang patut aku elak.

Lagi satu..sepanjang aku bersosial dengan plu banyak cerita negative pasal plu yang aku dengar. Ada yang hilang handphone dan dompet lepas puas sex. Ada yang nak berkawan tapi sebenarnya kaki kikis. Kena tipu pasal status..mengaku single walaupun sebenarnya dah ada tunang atau dah berkeluarga. Macam-macam ada..susah nak jumpa plu yang betul-betul jujur..



Aku sendiri dah ada pengalaman buruk dengan plu,tapi tak seteruk apa yang aku dengar. Aku suka nak berkawan dan terima siapa saja nak berkawan dengan aku tapi perkara begini yang buat aku kekadang teragak-agak nak bersosial dengan plu.


3. Ketagih sex

Bagi aku plu dan free-sex macam dah sebati. Aku pun ada nafsu dan keinginan cuma pendekatan aku mungkin tak macam typical plu yang lain. Mungkin sebab itu golongan straight pandang jijik dengan golongan gay sebab apa yang aku nampak kebanyakkan plu suka bertukar-tukar sex partner.

Cuba belek profile dalam gay apps... kebanyakkannya nak cari sex partner aje. Sejujurnya aku sedikit jijik dengan apa yang aku nampak dan baca. Kadang-kadang terjumpa profile yang terlalu desperate nakkan sex..sampai sanggup tunjuk benda-benda yang tak sepatutnya.



Sex is good, itu aku tak nafikan. Tapi bagi aku cara plu ni nak puaskan nafsu terlalu mudah dan murah. Bertukar gambar..bertukar nombor telefon..jumpa dekat mana-mana..cari hotel..cari tempat sunyi..tak pun nak senang dalam jamban aje...buat projek! Kalau nafsu datang balik..ulang lagi dan cari pulak partner lain. Aku tak nak bersikap judgemental,masing-masing ada pilihan hidup sendiri tapi aku tak sanggup merendahkan diri aku semata-mata nak puaskan nafsu dan aku tak nak jadi macam plu lain yang anggap seks sekadar suka-suka. Sex ni macam dadah,sekali kena nak lagi..dan lagi..dan lagi.


2. Kantoi



Aku tak kisah jadi closeted gay walaupun kadang-kadang teringin nak come out dengan kawan baik aku. Aku masih belum ada kekuatan untuk mendedahkan seksualiti aku. Aku selesa hidup begini. Takde siapa yang tahu seksualiti aku dan semua berjalan dengan normal.

Kadangkala aku terbayang apa yang akan jadi andai suatu hari nanti ada diantara ahli keluarga,saudara mara,member,kawan kepada kawan,bekas classmate tahu siapa aku sebenarnya? Aku pasti situasi biasa akan berubah jadi kekok. Mungkin ada ahli keluarga yang mula jauhkan diri dari aku. Kawan jadi musuh. Saudara mara tak boleh terima dan membenci aku. Forever alone la jawabnya.


1. STD/HIV



Ini ada kaitan dengan nombor 3. Lepas dah jadi sex-addict...peluang untuk terkena penyakit bahaya ni memang cerah.

"Apa susah?pakai aje kondom!Selamat!"

Itu pun kalau kau ingat nak pakai kondom..time nafsu membuak-buak mana ingat dah nak pakai itu ini..sumbat aje..lepas puas baru kau ingat pasal kondom. Baru nak menyesal...

Aku sebenarnya kurang arif pasal dua penyakit ni so tak berani nak ulas panjang lebar..boleh Google sendiri..tapi aku cukup tahu kesan buruk bila dah terkena penyakit membawa maut ni..Aku ada jugak follow blogger HIV+..baca kisah diaorang pun dah cukup buat aku seram. Tak tahu laa macam mana nak teruskan hidup seandainya aku dijangkiti penyakit ni. Nauzubillah..