Monday 28 May 2018

CAMSEX

Title tak boleh blah! ekekeke.. Beberapa hari lepas aku dengan Mr. Dominic Unknown bergurau pasal phonesex. Ala...gurau-gurau kosong je...nothing serious pun. Takde keje aku nak phonesex dengan kanak-kanak ribena..hi Dom! ekekekeke.. Tiba-tiba pulak harini gempar kat social media ada sorang pelakon lelaki ni kantoi tengah camsex dengan perempuan. Aritu si actor sado kantoi terupload gambar terung dalam instastory, kononnya akaun kena hack...alasan cliche..huhu

Well, dalam dunia LGBT pun banyak kes macam ni dan rasanya dah jadi norma. Maklum la masing-masing dah ada smartphone..semua kat hujung jari. Lagipun apps sekarang makin canggih. Kalau dulu boleh chatting je, sekarang dah boleh buat video call, live streaming etc..contoh macam gay app Blued tu. Bukan aku tak tahu ramai PLU kat situ buat free show tayang badan, tayang batang semata nak orang DM dia ajak romen in real life. Tu belum cerita upload video tengah berjimak dalam tumblr, twitter, xtube...erkkk...HAHAHA!

Kadang-kadang aku tak faham dengan segelintir PLU yang suka sangat camsex dengan strangers. Baru kenal beberapa minit dah berani bogel depan orang...huhu. Yang record video tengah romen tu pun satu hal. Buat apa nak record video? Nak buat kenang-kenangan? Nak tunjuk dekat geng PLU kau dah hilang teruna? Nak buktikan kau top paling power? Haihh...

Teknologi makin bekembang, smartphone semakin canggih tapi masalahnya cara pemikiran segelintir manusia ni semakin mundur. Pada aku orang-orang sebegini sebenarnya tak berfikir panjang sebelum buat benda-benda extreme macam tu. Kalau iye pun dah sangap sangat, jumpa je terus skandal tu..tak payah phonesex, camsex etc. Sekarang bukan takat screenshot je, nak record screen pun boleh, siap built in dalam phone lagi. Maunya tengah sedap layan camsex dengan skandal, tanpa sedar korang kena record. Lepas tu skandal tu pulak share dengan member PLU dia. Lepas tu member dia pulak gatal share dalam social media. Lepas tu jadi la macam kes pelakon tu..huhu.

Ala..bukan artis pun..apa nak takut? Ye la, rakyat marhaen siapa nak ambil port. Tapi kena ingat, benda-benda macam ni cepat je tersebar. Makcik pakcik bawang pun dah pandai main FB, twitter. Maunya jiran, member tak pun family sendiri yang nampak..satu hal lagi nak explain.

So, berhati-hati la. Fikir sebelum bertindak dan always alert. Kalau boleh elakkan la camsex, phonesex, live streaming ni semua..walaupun dengan love partner sendiri. Tak payah la record video tengah doggy, cowboy tu semua. Family sendiri pun boleh tikam belakang apatah lagi strangers yang baru kenal dalam gay apps. Rambut sama hitam, unless pakai hair color...ekekeke. Hati dan niat manusia ni susah nak diramal. Kalau jumpa yang pandai makan pandai simpan, takpe la. Tapi kalau jumpa yang kaki pedajal orang, mampos!

Apapun, belum terlambat rasanya aku nak ucap selamat menyambut bulan ramadan, selamat bersahur, selamat berbuka, selamat beribadah, selamat semuanya...hehe. Tahun ni aku berpuasa as a single lagi la nampaknya. Aritu masa tengah bercinta dah pasang angan-angan nak pergi bazar dan berbuka dengan bae...alih-alih, sorang jugak...huhu..Pathetic betul hidup kau Kamen! 

Be careful who you trust,
the devil was once an angel


Monday 14 May 2018

EUROVISION

Kalau kat Malaysia rasanya rata-rata peminat muzik dan hiburan kenal Anugerah Juara Lagu (AJL). Tapi mungkin ada yang tak tahu, kat eropah ada satu program hiburan yang sangat famous dan merupakan festival muzik terbesar di dunia iaitu Eurovision. 

Aku yakin kat sini tak ramai tahu apa tu Eurovision. Senang citer, Eurovision ni macam anugerah juara lagu kat eropah yang diadakan setiap tahun. Cuma bezanya semua lagu yang bertanding dalam AJL lagu-lagu made in Malaysia, tapi dalam Eurovision setiap negara dalam benua eropah akan hantar satu lagu untuk dipertandingkan..so lebih kurang macam sukan olimpik campur juara lagu la..hahaha. Tapi start tahun 2015, Australia dah hantar wakil bertanding walaupun Australia bukan la salah satu negara dalam benua eropah. Pemenang ditentukan berdasarkan undian juri di setiap negara dan undian dari penonton. Dan pemenang untuk tahun ini bakal jadi host atau tuan rumah untuk tahun hadapan dan begitu la seterusnya. Misalnya tahun lalu Portugal menang, so tahun 2018 ni Portugal jadi tuan rumah.

Eurovision sebenarnya dah lama wujud sejak tahun 50an lagi. Nak dijadikan citer, aku ter-discover Eurovision ni secara tak sengaja masa tengah cari lagu dalam youtube 4 tahun lepas rasanya. Untuk pengetahuan, aku sebenarnya suka dengar lagu-lagu negara luar dan yang kurang mainstream..kononnya nak celebrate diversity macam slogan eurovision tahun lepas..hehe. Masa tengah mencari tu aku ternampak thumbnail seseorang berdiri di tengah kepulan awan dilatari langit berwarna biru dan ungu. Curious punya pasal aku klik dan tengok persembahan tu dari mula sampai habis. Serious, aku terpukau..bukan je sebab mamat tu hensem tapi sebab visual, stage, lighting, teknologi yang digunapakai dalam persembahan tu yang pada aku sangat amazing! First class! Kalau nak dibandingkan AJL macam langit dan bumi! Well..ini dia video yang aku maksudkan..



Start dari situ la aku mula cari gali pasal Eurovision ni, last-last jadi peminat tegar. Tiap tahun tak pernah miss. Kebetulan pulak ada live streaming dalam youtube so boleh la layan sampai subuh. Esoknya muka macam zombi sebab tak cukup tido...ekekeke. Bila dah jadi fans ni mesti la ada angan-angan nak datang konsert eurovision tu nak tengok live depan mata..cuma bila tu aku tak pasti...huhu. Kalau nak diceritakan satu persatu fakta pasal eurovision ni banyak sangat, korang google la sendiri..tak pun tengok sendiri performance artis-artis eropah dalam youtube. Sure korang mesti terhibur.

Eurovision ni antara event besar yang LGBT friendly dan sangat sinonim dengan LGBT. Tanya la mana-mana LGBT, mesti tahu apa tu Eurovision. Kebanyakkan fans dan peserta Eurovision pun ramai dalam kelompok LGBT. Bapuk Israel, Dana International pernah join dan menang. Tahun 2014, Austria hantar wakil drag..si Conchita Wurst..pun menang. Tahun ni pulak, Ireland buat persembahan bertemakan gay love..tapi kalah..ekekeke.  Semalam grand final untuk tahun 2018, lagu dari Israel jadi juara. Aku tak berkenan langsung dengan lagu tu..annoying pun ada...hahaha. Personal favorite aku tahun ni lagu dari Czech Republic, Belarus, Austria dan Sweden. Bab live perfomance Moldova yang paling interesting dan kreatif, tapi Cyprus memang pukul habis contestant lain...menangis Beyonce tengok minah tu buat hair flip..hahaha..

Dah cukup pasal Eurovision, terlebih hormon excited mungkin...walaupun lagu favorite kalah..ekekeke. Demam eurovision tak habis lagi ni, asyik duk repeat dalam youtube..huhu. Apa pun, kalau Malaysia join Eurovision, rasanya siapa yang layak jadi wakil? Apa? Siti Nordiana? Lame...ekekeke

When you're happy you enjoy the music. 
But when you're sad you understand the lyrics