Thursday 22 November 2018

CRUSH

Lately ni aku macam tengah angau dekat someone...BJ Gruber. Siapa tu? Well..dia ni pelakon, tak la famous sangat. Dia banyak berlakon untuk web series dalam Youtube..antaranya DaddyHunt the series...dan sekarang aku tengah layan citer The Queens Project. Ramai yang cakap si BJ Gruber ni ada iras-iras Chris Pratt...pelakon Hollywood tu. Well, couldn't agree more. Tapi kalau nak dibandingkan, aku rasa si BJ Gruber ni lagi hot cute dari Chris Pratt..aumm..kira complete package la from head to toe..plus he is gay. Tapi ada jugak yang claim dia ni bisex...ahh lantak la, yang penting jantan..ekekeke.. Rasanya aku dah terjatuh crush kut dekat si BJ Gruber ni..huhu..Crush dekat orang putih...tinggi betul cita-cita Kamen Shinobi...ekekeke


Cakap pasal crush ni, masa kat sekolah menengah dulu aku pernah tersuka dekat sorang senior aku...lelaki obviously. Masa tu aku form 5, crush aku ni lower 6..kiranya dia tua setahun dari aku. Kenapa aku crush dekat dia? Well...sebab dia hensem nak mampos! Dalam ramai-ramai lelaki kat sekolah tu dia seorang je yang berjaya tarik perhatian aku. Maklum la mix blood...so facial features dia agak unik sikit. Hidung mancung, strong jawline, muka manis, tinggi dah tu pengawas sekolah pulak..pehh, aku rasa dia perfect gila masa tu. Bukan setakat perempuan, adik-adik pun menggedik kalau dia muncul..ekekekeke. Tapi aku takde la nak menggedik menggeletis macam diaorang. Aku act chill je, control macho.. dia lalu sebelah aku buat bodoh je...walhal..dag dig dug di dalam dada...wakakaka..Tapi masa tu aku mampu berangan je,perati dari jauh.. memang tak la aku nak approach..aku pemalu kut masa tu..insecure pun iye jugak..sebab ye la..gemuk dah tu selekeh..rasa tak layak je dengan sesiapa. 2 tahun jugak la aku pendam perasaan sampai la dia hilang dari pandangan. Aku dah masuk upper 6, dia plak hilang ntah kemana...sambung study rasanya...dan perasaan tu berkubur begitu sahaja..

Masa kat uni pulak aku ter-crush dekat seorang mamat sado ni. First time terserempak masa aku tengah on the way berjalan kaki ke kelas..mamat ni pulak betul-betul kat depan aku. Terus terkena panahan asmara...hahaha. Waktu tu rasanya first time aku jumpa lelaki sado berkulit cerah...biasa jumpa yang kulit gelap je. Walaupun masa tu tak nampak muka lagi, tengok body pun dah melting..wakakaka..gila gatal...maklum la, taste yang kaki gym..hehe. Seharian angau teringatkan mamat sado tu. Lepas beberapa hari, aku terberselisih lagi sekali dengan mamat sado tu..so dapat la aku tengok wajah dia for the first time. Raut wajah manis, kulit putih gebu, tubuh sasa, dada bidang, pakai spec..dah macam Clark Kent aku tengok. Sejak kejadian tu aku dah aim nak usha mamat ni....ekekeke...well, usha dari jauh je la..segan la nak tegur...again, penakut! So tiap kali balik dari kelas je mata mesti melilau cari mamat tu. Tapi malang, sepanjang 3 tahun aku kat uni aku hanya terserempak mamat tu beberapa kali je..tu pun dari jauh..menyedihkan..huhu

Itu cerita zaman study la..sekarang ni aku dah kurang sikit nak crush-crush ni...errr.. tipu! 3 tahun lepas aku ada post entry pasal CRUSH PETRONAS. Yang ni aku tak tahu apa jadi, dia hilang tanpa dapat dikesan. Sekarang ni pulak aku tengah crush dekat seorang lagi makhluk bertubuh sado...terserempak kat masjid masa solat raya 3 tahun lepas. Dugaan betul..nak hadap Tuhan, tapi terpaksa menghadap makhluk Tuhan paling seksi didepan mata...nasib baik tak dihempap kipas...huhu. Jangan tanya kenapa aku crush dekat lelaki ni...aummm..ekekeke.. Walaupun dia dah agak berusia,dah 4 series rasanya.. tapi still hensem. Raut wajah sejuk mata memandang, manis je orangnya.. ada aura penyayang dan romantik...alahai, so husband material. Tapi sayang..crush aku yang satu ni dah kawen, anak-anak dah besar panjang. Tapi perasaan tak boleh dinafikan, aku excited semacam tiap kali terserempak dengan crush aku yang satu ni, walaupun tak selalu...rasa macam tengah LDR, bila jumpa tu perasaan meluap-luap seolah terlepas segala rindu..eceh! wakakaka..Nak dijadikan cerita, pernah sekali tu berselisih kat town, aku apa lagi excited la.. butterfly in stomach bak kata orang putih..tiba-tiba dia toleh pandang aku lepas tu dia senyum. Alahai, mau tak menggigil lutut, nasib baik tak rebah ditempat kejadian..wakakaka.. Well itu je la kut pengalaman indah aku dengan hot daddy sado ni. Dia senyum pun aku tak tahu pasal apa, aku pakai baju terbalik kut..hahaha.. Kamen..laki orang tu! jangan buat main...ekekeke. Well, tak salah kan admire dari jauh..hehe

Bila dikenangkan balik, rasa menyesal jugak sebab aku tak pernah ambil inisiatif approach crush-crush aku yang dulu..at least cipta kenangan..ni tak habuk pun tarak! Maklum la, dulu Kamen Shinobi ni pemalu sangat orangnya, pendiam pulak tu..mimpi je la dia nak tegur orang dulu..ekekeke. Aku takde keberanian nak tegur orang yang aku suka apatah lagi sampai pegang, peluk, bromance macam orang lain. Waktu tu kalau diberi pilihan, aku lebih rela sky diving sorang-sorang daripada tegur crush-crush aku!

Rasanya itu je la citer pasal crush-crush yang pernah hadir dan tengah on-going. Ada lagi beberapa orang cuma mostly aku anggap as baby-crush je...setakat tersuka sikit-sikit...jumpa lain yang lagi best terus lupa crush lama...dasar mata keranjang. Dah tua kut..dah tak sesuai nak crush-crush ni, patut settle down je terus..hehe..

Why do they call it crush? 
Because that's how you feel when they don't feel the same way in return