Monday 23 March 2015

SUNYI

Beberapa minggu lepas Mr. Unknown ada mention nama aku dalam post beliau...bertanyakan sesuatu:

Aku respek sangat kat Nu’qman Qatadah dengan si Kamen Shinobi ni. Macam mana engkorang berdua boleh bertahan untuk kekal single sampai sekarang ? So far yang aku tahu la. Tak tahu la kalau ada relationship senyap-senyap ke apa. Opss. Soalan tipikal. Tak sunyi ke weyh ?


Sebelum aku start..terima kasih Mr.Unknown kerana kau telah mencetuskan idea untuk aku buat entry ni. Walaupun soalan itu bukan ditujukan khas untuk aku tapi hati tetap tergerak untuk menjawab pertanyaan Mr.Unknown. Ini dia jawapan aku...

Kamen masih single?

Memang betul sampai ke saat aku menaip entry ni aku masih lagi single. Sepanjang hidup aku tidak pernah merasa nikmat ber-couple dengan mana-mana lelaki apatah lagi dengan perempuan...walaupun kalau diikutkan umur aku sekarang memang dah layak dan sepatutnya memiliki pasangan. Kalau korang baca balik entry LATE BLOOMER,aku ada bagitahu yang aku hanya mula explore dan interact dengan plu waktu aku berusia dalam mid 20's. Dekat situ dah nampak yang aku agak terlewat untuk join gay scene ni. Tahun ni dah masuk empat tahun since aku start explore dunia plu..masih agak baru dan hijau lagi. Jadi tak hairan laa kalau aku masih single.

Tak mencari partner?

Aku mengaku aku ada join beberapa gay apps popular dan masih aktif sampai ke hari ini...tapi untuk pengetahuan korang aku join gay apps tu bukan nak cari seks..just nak tambah kenalan..mana tahu ada yang sangkut dan boleh dijadikan kekasih hati...hehe..Dalam gay apps tu aku anonymous..bermaksud aku tak letak gambar muka,so takde yang tahu siapa aku..dan aku pulak jenis yang tak suka send gambar dekat orang lain..so peluang untuk keep in touch dengan plu ni amat tipis sebab diaorang tak suka layan mamat anonymous macam aku..tapi aku tak kisah,aku faham..Yang boleh bertahan beberapa kerat aje dan orang-orang ini laa yang sanggup chat, meet up dan blind date dengan aku. Eleh..kata discreet laa,lelaki dalam almari laa tapi meet up dengan plu jugak..ekeke..aku discreet dengan straight peeps aje,dengan plu aku open sikit tapi masih selective. Aku biasanya ikut naluri..kalau aku rasa mamat tu okay baru aku keluar date dengan dia...kalau hati aku cakap jangan,macam-macam alasan aku bagi...lagipun bahaya kot keluar dating dengan orang yang tak dikenali.

Takde yang sangkut?

Ni kalau aku cakap jangan anggap aku bajet hot pulak....bukan takde yang sangkut dekat aku..memang ada..tapi kalau nak tahu aku sebenarnya susah nak suka apatah lagi fall in love dekat someone. Aku lelaki yang bersikap realistik dan jenis yang hopeful romantic. Aku percaya pada gay love tapi aku tak suka rush into things especially bila melibatkan hati dan perasaan. Aku prefer untuk berkawan dahulu sebelum ke level seterusnya. Hidup ni proses,begitu jugak cinta..bukan boleh main bedal jumpa dua tiga kali terus declare boyfriend. Tapi kebanyakkan yang aku jumpa jenis gelojoh...jauh bertentangan dengan prinsip aku. Ibarat aku nak berjalan tapi diaorang nak berlari..macam mana nak bergerak seiringan? Mungkin disebabkan cara aku yang old school ni tak ramai yang mampu bertahan dengan aku atau anggap aku jual mahal..akhirnya perkenalan yang singkat tu terputus di tengah jalan.

Tak sunyi?

Sejujurnya kehidupan aku sekarang amat membosankan..lagi-lagi tengok bebudak sekarang dah ada partner lagi membuatkan aku sedikit cemburu. Aku boring tapi itu tak bermakna aku kesunyian. Aku single tapi aku tak pernah merasa sunyi sebab aku masih stay dengan family..tak dapat kasih sayang dari seorang partner pun aku tak kisah sebab aku sentiasa dapat perhatian dan kasih sayang dari family aku. Aku faham ada yang duduk bersendirian,jauh dari family..bila time sorang-sorang tu mood jadi lain macam..sangap je...asyik layan perasaan..hahaha..normal laa tu. Dulu waktu tengah study..duduk berjauhan dengan family pun aku rasa macam tu jugak..tapi tak sampai ke tahap nak peluk gomol lelaki..erkkk..Pemikiran aku masih suci lagi masa tu.

Sekarang bila umur dah semakin meningkat..kadang-kadang timbul perasaan nak bermesra dan bermanja dengan partner sendiri..Nak bermesra dengan orang tua memang boleh tapi feel tu tak sama. Chet! bercinta pun tak pernah..tahu pulak feel manja-manja dengan orang tersayang..ekekeke. Tak..maksud aku kalau dengan parents ni terlalu banyak restriction..tak sama macam bila dengan partner sendiri..lebih carefree,tak perlu control..misalnya kalau si dia nakal boleh terus smackdown..kalau dengan parents berani buat? ada pulak nanti kena sumpah jadi peti sejuk..ekekeke..dan bila ada partner sendiri banyak aktiviti boleh dilakukan bersama..so tak laa boring.

Dalam beberapa tahun lepas aku mengaku aku agak desperate mencari seseorang yang boleh dijadikan steady partner..asyik mencuba tapi satu pun tak lekat, siapa tak stress? Lepas tu mula laa fikir negative sampai kadang-kadang jadi low self-esteem..nasib baik under control lagi, tak payah jumpa pakar kaunseling. Tapi sekarang aku lebih suka ambil pendekatan 'relax and just go with the flow'. Pengalaman aku yang sedikit ni banyak mengajar aku untuk lebih mengenali hati dan perangai manusia bergelar lelaki.

Lagipun bagi aku..cinta tak mengenal usia. Takde dalam mana-mana buku cakap kau wajib ada partner sebelum 30..perasaan tu akan hadir bila tiba masa. Tak perlu tergopoh-gapah mencari cinta,biar masa yang menentukan. Aku? Aku tak kisah pun hidup single..aku masih selesa dengan title tu...walaupun jauh disudut hati yang terdalam aku teringin status SINGLE tu bertukar ke TAKEN.


'Being single doesn't mean you're weak
It means that you're strong enough to wait for what you deserve.'

Wednesday 11 March 2015

CATFISH:REALITY

Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak tahu apa benda Catfish ni?Aku bukan nak share resepi ikan keli sebab blog aku bukan blog masakan. Aku sebenarnya nak share salah satu rancangan realiti kegemaran aku..Catfish:The TV Show.

Menurut kamus berbahasa Inggeris setebal 69 inci, Catfish bermaksud..

"A catfish is someone who pretends to be someone they're not using Facebook or other social media to create false identities, particularly to pursue deceptive online romances."

Rancangan Catfish:The TV Show bermula sebagai filem dokumentari sebelum ianya diolah menjadi reality show dengan tajuk Catfish:The Movie. Secara ringkasnya filem Catfish:The Movie mengisahkan seorang jurugambar, Yaniv (Nev) Schulman yang menjalinkan hubungan maya dengan seorang pelukis kanak-kanak bernama Abby dan juga ibu bapa Abby melalui Facebook. Bermula dari situ Nev berkenalan pulak dengan kakak tiri Abby iaitu Megan sehingga menjalinkan hubungan cinta alam maya (online relationship). Suatu hari Nev dan abangnya,Ariel menemui satu video yang mencurigakan di dalam Youtube yang mana membawa mereka untuk menyiasat dan akhirnya merungkai rahsia disebalik pemilik sebenar akaun Facebook yang jugak kekasih online Nev iaitu Megan.

Sejak kejadian itu,Nev dapat idea untuk buat realiti show dengan konsep yang sama untuk membantu orang lain yang terjebak dalam online relationship. Nev dan pembantunya selaku jurukamera,Max Joseph akan menjadi penyiasat  untuk merungkai identiti sebenar si catfish dengan mencari segala bukti yang ada. Selepas semua bukti dikumpul,Nev dan Max akan membawa si mangsa untuk ditemukan dengan si catfish. Tak semua episod dalam Catfish ni berakhir dengan bad ending,ada jugak yang happy ending..bermaksud si catfish tu sememangnya a real person..tapi mostly ramai yang kena kencing..macam si Nev dalam filem Catfish:The Movie.

Max (kiri) dan Nev (kanan)
Kalau nak tengok, tunggu 22 March 2015 ni..channel MTV (Astro 713) akan siarkan Catfish:The TV Show season 4..pukul 8.30 malam.

...

Pertama kali aku menonton Catfish ni aku teringat pengalaman aku kena 'catfish-ed'. Tak 100% sama tapi masih ada kaitan. Apa? Kamen yang dah tua pun kena kencing? Kah kah kah! Tu laa degil tak nak bagi gambar..permintaan berat laa,suka blind date laa..akhirnya makan diri sendiri,baru padan muka!

Kejadian ni berlaku kira-kira 2 tahun lepas..masa tu aku masih agak baru dan sangat aktif dalam PR...bila aku cakap aktif jangan ingat aku aktif cari lubang dan pisang,maksud aku aktif online setiap hari. Biasa laa barang baru,ramai yang nak try..hari-hari dapat mesej jemputan ke hotel..alaa..ajak buat gitu-gitu tu..tapi aku buat tak layan sebab itu bukan tujuan utama aku join PR. 

Dalam ramai-ramai tu aku tertarik dekat satu user yang mesej aku...John. Dia ni misteri sikit..gambar langsung takde. Yang ada cuma physical status dan sikit description ringkas tentang dirinya. Berat,tinggi,umur lebih kurang sama macam aku..kira A laa! Terbaik! Baca pulak description mamat ni..dia pun not into hookups...wow!bonus point.. A++...aku excited nak kenal mamat ni.

Aku dengan John rancak berbalas mesej tapi identiti kitaorang masih rahsia. Dia langsung tak pernah request gambar aku,so aku pun tak berani request gambar mamat ni..hormat privacy masing-masing. Dari segi gaya penulisan orangnya agak berbudi bahasa dan sangat gentleman..dia tak pernah sent perkataan lucah apatah lagi mintak atau sent gambar konek,bontot etc.. Aku dah mula 'suka' dengan mamat misteri ni..dia sangat berbeza berbanding lelaki lain yang selalu mesej aku,kalau tak ajak main...mintak pics konek..macam sial je.

Disebabkan ketinggian dan keberatan..silap..berat kitaorang agak sama aku dah boleh imagine bentuk fizikal John..terus imagine benda-benda nakal..hahaha..maklum laa menepati ciri-ciri yang dicari. Aumm! Ditambah dengan perwatakan John yang cukup menawan..mungkin Prince Charming yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Dipendekkan cerita selepas lebih seminggu berbalas mesej..dia mengajak aku ke rumahnya. Tak fikir panjang..aku terus setuju..mungkin ada potensi untuk kitaorang pergi lebih jauh dari sekadar kawan.

Perasaan sebelum jumpa tu jangan cakap laa...excited,takut,nervous,nak kencing,berak semua ada..tapi aku gagahkan jugak ke rumah mamat ni..rumah dia tak jauh pun..dalam 10 minit perjalanan dah sampai. Sesampainya di destinasi..aku bagi salam depan pintu pagar..takde jawapan...rumah kosong macam tak berpenghuni.."Eh,kena tipu ke aku ni?"..tak puas hati,aku terus mesej mamat ni..suruh dia keluar.

1 minit kemudian...moment of truth....

Seorang lelaki membuka pintu dan berjalan ke arah aku. Berbadan gempal dengan susuk tubuh yang jauh lebih rendah dari aku...hati aku terdetik "kenapa tak macam aku langsung?kenapa rendah?kenapa gemuk?dia ke ni?salah rumah?Ahh..kawan dia kot"..pujuk hatiku.

Aku : emmm..John ada?
Dia : aku laa John..jom masuk..hihi..

Well,Kamen ko dah kena kencing! ku sangkakan Prince Charming rupanya raksasa musuh si Prince Charming..jangan salah faham aku bukan jenis yang suka judge people on looks,tapi waktu tu aku terlalu confused,lost dan blur. Apa yang aku imagine sebelum ni jauh bercanggah dengan apa ada didepan mata aku..Aku tak tahu nak marah ke nak nangis waktu tu..kalau ikutkan hati nak aje aku patah balik ke kereta dan berambus dari situ tapi dah kebetulan bersua muka,nak buat macam mana? Kang tak pasal-pasal dilabel sombong..macam laa aku hot sangat...ekekeke..

Aku tak salahkan mamat ni 100%..mungkin silap aku sendiri yang letak high expectation..belum jumpa dah fikir itu ini..akhirnya diri sendiri kecewa.haih... Sebenarnya ada lagi kisah lanjutan selepas aku di catfish-ed oleh John...mungkin next time aku share..hehe..





Tuesday 3 March 2015

KALI PERTAMA

Jam ditangan menunjukkan pukul 5 petang..."Yes!!dah habis kelas!".. Jadual hari itu sangat padat..kelas dari awal pagi sampai ke lewat petang.

Sama macam hari-hari lain aku perlu berjalan kaki untuk balik ke kolej kediaman. Jarak antara fakulti dengan kolej kediaman tidak terlalu jauh tapi masa memula dulu aku memang tak nafikan..berulang-alik antara fakulti dan kolej kediaman setiap hari adalah perkara yang sangat memenatkan. Syukur..masa berlalu..badan aku mula beradaptasi dengan rutin harian aku.

Sesampainya di bilik...keadaan senyap dan sunyi,tak macam kebiasaannya bila bilik dipenuhi dengan 6 orang lelaki kacak..riuh. Yang ada cuma sorang roommate aku yang sudah pun terlena di atas katil beliau. Roommates lain hilang ntah kemana. Aku terbaring di atas katil melepaskan lelah akibat penat berjalan kaki..tapi keadaan bilik pada petang tu agak panas. Tiupan angin dari kipas siling sangat perlahan...buat aku rasa kurang selesa.

Memandangkan suasana bilik agak lengang aku berpindah dari atas katil untuk berehat di atas permaidani yang roommate aku letakkan beberapa hari lepas. Tenang dan selesa..ditambah pulak kipas siling yang betul-betul berada di atas kepala buat aku terasa bilik itu milik aku sepenuhnya...Aku berbaring di atas permaidani sambil mendengar lagu melalui earphone.

Aku hampir terlena.

BAM! bunyi hentakan pintu buat aku terjaga..Epol dah balik..

Epol : Woi..ko buat pe?
Aku : Huh?
Epol : Ko dengar apa ni? (curi earphone sebelah)
Aku : Eh..ko ni..
Epol : alaaa...saja nak menyebok...lagu apa ni??

Itu laa perangai Epol..selamba dan sedikit annoying..jauh berbeza dengan sikap aku yang lebih cool dan reserved..mungkin disebabkan itu hubungan aku dan Epol kurang rapat jika dibandingkan dengan roommates yang lain.

Aku : Sebok ah!...bagi balik earphone tu.
Epol : Nah..kedekut!....Penat weh...tido best ni..budak lain mana?
Aku : Ntah..keluar kot.

Epol berbaring disebelah aku dengan posisi yang sangat rapat..kalau dilihat secara kasar seolah-olah pasangan gay yang sedang menikmati masa bersama..Sejujurnya aku terasa sedikit kekok.

Epol : ARGHHHH! penat siot..
Aku : Kelas dari awal pagi kot...haih..letih.
Epol : Tu la pasal...emmm,Kamen..kita jarang borak kan?
Aku : Dah ko tanak kawan dengan aku..
Epol : Ishh..ke situ pulak..ko laa,susah sangat ajak borak..
Aku : hahaha..ok ok..

Perbualan terhenti seketika..

Epol : Wey..aku tengok Nita (coursemate kitaorang) tu macam suka kat ko jer...rapat je aku tengok..ada apa-apa eh?
Aku : Ha? merepek!..aku dengan dia kawan je laa..
Epol : Betul laa...aku perasan budak-budak perempuan tu pun macam nak push dia dekat ko. ko tak nak ker?Hahaha...
Aku : Haha..buat lawak!...alaaa...kawan je..aku malas nak couple-couple..

Perbualan terhenti lagi..15 saat kemudian Epol menyambung perbualan...

Epol : Kamen...ko suka perempuan macam mana?
Aku : (gulp....mampus aku nak jawab apa?)...Sebok je nak tau..mana boleh,rahsia!
Epol : Eleh..malu-malu pulak! sharing is caring...citer laa..
Aku : Ntah..Ahhh! aku nak dengar lagu..jangan kacau!..(palingkan muka)
Epol : Ko tak suka perempuan ke? (muka serius)
Aku : HAHAHA (gelak awkward)...Giler! suka laaa bodoh!
Epol : HAHAHA...Habis tu? citer laa..aku boring ni..nak dengar ko citer sebelum aku tido..emmm
Aku : aku suka yang................adeh,sakit perut..aku nak berak!
Epol : Eeee...pegi laa berak..busuk!
.
.
.

Itu cuma alasan semata-mata..hakikatnya aku ingin melepaskan diri dari Epol..lari dari soalan yang mungkin akan mendedahkan identiti aku yang sebenar sekiranya aku meneruskan perbualan dengan Epol.


Kejadian ni berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas,waktu aku tengah study di universiti. Seumur hidup aku tak pernah terfikir ada yang akan bertanya tentang seksualiti aku...itu kali pertama aku ditanya sama ada aku straight atau tidak. Walaupun soalan dari Epol tu bersifat indirect tapi kejadian petang tu betul-betul buat aku terfaktab. Apa agaknya akan terjadi kalau aku mengaku dekat Epol yang aku bernafsu dekat lelaki..bukan perempuan?

Sejujurnya sampai ke saat ini aku masih agak paranoid,bimbang kejadian petang tu berulang kembali..luckily setakat ni takde lagi. Itu yang pertama,tapi mungkin bukan yang terakhir...Gulp! Yang asyik nak tahu aku lurus, bengkok, dua alam, atas, bawah, kiri, kanan kebanyakkannya plu aje..kalau takde pilihan biasanya aku cakap direct je terus sebab diaorang pun sama je macam aku..apadehal?..Tapi nak come out dan berterus terang dekat straight people siapa aku...tak mungkin.

Aku bab menipu orang ni fail sikit sebab aku dididik untuk bercakap jujur..itu yang buat aku lagi paranoid kalau-kalau ada yang start bertanya kenapa aku takde awek..kenapa tak kawen lagi? Adeh...buntu aku nak jawab apa? Mungkin aku kena berlakon sakit perut macam haritu? Taktik cliche..bosan! any idea?..hahaha

(Aku bajet nak buat ayat macam penulis novel,tapi akhirnya..ayat macam gampang..damn! Kamen..ko takde bakat jadi penulis novel!)