Wednesday 30 December 2015

AZAM

Pejam celik dah nak sampai di penghujung tahun 2015..tak lama lagi nak masuk tahun 2016. Cepat betul masa berlalu..sama ada aku yang lalai dengan hal duniawi atau sememangnya jam dunia sekarang semakin pantas berputar..hehe. Well..bila bercakap pasal hujung tahun dan tahun baru, satu benda yang bermain difikiran mesti laa berkaitan dengan azam.

Macam orang lain aku pun ada azam aku sendiri. Tapi biasa laa, aku sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi sebaik-baik perancangan datang dari yang maha kuasa. Mostly azam aku tahun ni takde satu pun yang tercapai..giler sedih! Ntah laa..kalau nak citer azam aku satu persatu sampai besok pun takkan habis. Takpe laa…aku fikir positif aje,mungkin bukan rezeki aku tahun ni.

Dan salah satu azam yang dah bertahun-tahun aku simpan tapi sampai ke hari ini belum lagi tercapai…errr…malu laa pulak nak cakap..well..since aku dah semakin meningkat usia dan sudah terlebih layak untuk bercinta…aku sebenarnya dah lama simpan azam nak ubah status ‘Single’ kepada ‘Taken’..Yer laa, aku pun nak jugak merasa memiliki dan dimiliki seseorang…melayari indahnya alam percintaan..eceh! Well…nampaknya tahun ni aku fail lagi..damn!


Kalau dihitung sudah lebih 5 tahun aku bergelumang dengan dunia PLU. Tahun 2010 adalah titik permulaan aku bersosial dengan orang-orang macam aku..dan salah satu cara adalah dengan join gay apps. Maklum laa, itu aje satu-satunya cara untuk aku mingle dengan PLU sebab tempat aku takde kelab atau gay bar…errr, kalau ada pun aku fikir beribu kali nak masuk!

Sejak aku mula memberanikan diri mingle dengan PLU dan sampai laa ke saat ini.. tujuan aku cuma satu..mencari cinta sejati..Erkk, mungkin agak cheesy dan menggelikan anak tekak,tapi itu laa hakikatnya. Tak macam PLU lain yang join gay apps dan meet up semata-mata untuk mencari kepuasan nafsu sementara..aku memilih untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna dan berharga..well,someone special..significant others..lover..my bae…eceh! ekekeke

Kenapa mencari cinta dalam gay apps? Aku tahu ramai yang menganggap memburu cinta dalam gay apps adalah satu perbuatan yang sia-sia. Yer laa...kalau diikutkan gay apps tu semua dicipta untuk golongan PLU bersosial dan 99% user dalam tu kebanyakkannya cuma nak mencari mangsa pemuas nafsu..seolah-olah ‘pasar manusia’..pilih dan jamah..hehe. Well..orang dulu-dulu kata, kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Setahu aku takde pun halangan untuk golongan 1% macam aku untuk join dan mencari apa yang aku mahu..peluang dah ada,tak salah mencuba bukan? Yer laa, mana laa tahu dalam 1% yang tinggal, ada yang sangkut..eceh!

Tapi mungkin ada betulnya jugak..usaha aku selama ni seolah-olah menemui jalan buntu. Buktinya sampai ke hari ini aku masih berstatus single..ekeke. 5 tahun mencari, satu pun takde yang sangkut! Damn! Jangan kata steady partner..kawan sekepala yang at least boleh di ajak lepak dan berbual tanpa perlu berakhir di ranjang pun aku tak jumpa lagi. Haih..apa laa nasib aku. Orang lain senang-senang aje couple sana-sini..sedangkan aku terkial-kial dalam lautan yang dipenuhi jerung kelaparan. Bila laa agaknya aku nak bertemu dengan ikan dolphin yang comel lagi jinak. Metafora tak boleh blah!

Ntah laa..aku sendiri tak tahu sampai bila aku kena pegang status ‘Single’..umur dah nak masuk 3 series, bercinta pun tak pernah lagi..haih..Forever alone sungguh kau Kamen! Kadang kala ada jugak perasaan give up untuk mencari..yer laa,dah puas mencuba tapi hasil semuanya hampeh. Lagi-lagi sekarang ni makin ramai couple PLU berani tunjuk kemesraan diaorang..bahagia jer aku tengok diaorang semua..lepas tu mula laa cemburu, meroyan sorang-sorang..ekeke. Well..aku belum lagi sampai ke tahap desperate nak ber-couple..dan aku pun tak nak terhegeh-hegeh mengejar status ‘Taken’. Bak kata orang jawa..I’m single and I’m okay!...eceh! Kalau ada..ada laa, kalau takde..cari lagi..hehe.

Apa pun ini entry aku yang terakhir untuk tahun 2015. Aku nak ucapkan tahniah buat korang yang dah mencapai azam masing-masing untuk tahun ini..tak kira laa apa pun. Dan kalau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai..macam aku..hehe..takpe, jangan cepat putus harap. Perbaiki kelemahan dan tingkatkan usaha untuk tahun yang akan datang..kalau Dia izinkan..kebahagiaan dan kejayaan pasti milik kita semua.

Selamat tinggal 2015, selamat datang 2016. Semoga tahun baru yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi bakal memberikan sinar baru dan keceriaan buat kita semua.

Single doesn’t mean you don’t know anything about love,
it just means you know enough to wait for it.

Wednesday 16 December 2015

BLIND DATE

Haihh..ntah kenapa sejak kebelakangan ni aku sedikit malas nak update blog aku. Dulu masa memula start bukan main lagi semangat membuak-buak..idea mencurah-curah..sekarang apa dah jadi? Blog sendiri pun tak reti nak jaga..macam mana laa nak jaga ‘the special one’ nanti…eceh! Well..aku sebenarnya bukan laa malas..idea dan topic sentiasa ada cuma lately ni aku agak sibuk, siang nak urus hal duniawi..malam pulak nak melayan buah hati…errrr...nampak sangat menipu! ekekeke..Maaf laa,aku masih berstatus single dan available..love story aku lambat lagi nak publish..hehe. Alaa..cakap jer laa malas dan takde idea..habis citer..banyak alasan!

Abaikan citer kemalasan..aku sebenarnya nak share sikit pasal blind date. Bila bercakap pasal blind date..siapa pernah blind date? Atau tak pernah langsung keluar dating? Angkat baju tunjuk pusat..ekekeke. Blind date? Zaman sekarang ni ada lagi ker orang blind date? Kuno sungguh! Siapa kata takde? mungkin aku antara orang-orang yang suka dan masih mengamalkan  blind date sampai laa ke hari ni. Dan untuk pengetahuan baru-baru ni pun aku baru keluar blind date dengan seseorang yang aku kenali melalui gay apps.

Kenapa nak blind date? Sekarang kan zaman instagram,whatsapp,wechat…send gambar jer kan senang..takpun video call..kalau hodoh atau tak kena dengan taste tak payah jumpa…buang masa jer blind date ni!

Kalau korang jenis yang sangat memilih tak pun join gay apps semata-mata nak cari sex..aku boleh laa terima dan faham cara pemikiran seperti diatas. Memang tak dinafikan zaman sekarang tak macam zaman dulu..lebih mudah dan praktikal. Kalau someone request gambar, boleh aje snap satu dua selfie lepas tu send..simple dan cepat. Tapi korang kena ingat..semakin canggih teknologi,manusia pun semakin bijak nak menipu..hehehe. Malas laa nak citer panjang lebar..tapi kes-kes catfish..hantar gambar lain,bila jumpa rupa lain dah banyak kali aku dengar. Tak pun dalam gambar nampak aummm!..rasa macam nak gomol pastu simpan dalam peti kaca..tapi bila dah jumpa in-real life, terus rasa geli-geleman..Nak salahkan siapa? Camera360?..ekekeke

Atas sebab itu laa aku lebih selesa blind date dari bertukar-tukar gambar..dan aku sendiri sebenarnya berat hati nak send gambar peribadi aku dekat stranger lagi-lagi mamat-mamat plu dalam gay apps tu semua…seram beb! Tak pasal-pasal nanti aku terkantoi..tak pun gambar aku disalahguna..eceh,bajet hot laa kau Kamen! So salah satu cara untuk diaorang tahu siapa aku adalah dengan keluar blind date..hehe. Lagipun mungkin ini cara aku mendidik jiwa aku untuk tidak terlalu menilai orang berdasarkan rupa luaran semata-mata..yer laa,aku join gay apps tu pun bukan atas niat mencari kepuasan nafsu sementara, just nak cari ‘like-minded' people..siapa tahu dari status ‘kawan biasa’ bertukar ke ‘kawan mengawan’…errrr…maksud aku steady partner! eceh! ..So bagi aku chemistry tu lagi penting dari rupa fizikal.

Mungkin ada yang berpendapat blind date ni selfish..yer laa,seolah-olah aku memaksa orang lain untuk terima aku..begitu jugak sebaliknya. Jujur, aku sebenarnya insecure dan self conscious dengan rupa fizikal aku..dan mungkin atas sebab itu jugak laa aku teramat segan nak send gambar peribadi aku dekat strangers...maklum laa, rupa tak kacak..kalau send gambar nanti sure kena block..ekekeke..Personally bagi aku soal selfish tak perlu timbul sebab biasanya blind date ni dipersetujui kedua-dua pihak..so dekat situ aku assume orang yang sudi keluar blind date dengan aku pun ada mindset yang sama macam aku…bersedia berhadapan dengan sebarang risiko. Suka atau tak, taste atau tidak..soal itu dah jatuh nombor dua..yang paling penting berjumpa secara empat mata..apa yang terjadi selepas tu, serahkan pada takdir. Yer laa, kata tadi nak buat kawan..takkan tu pun nak memilih yang kacak aje..lain laa nak buat steady partner, sure kena cari yang sekufu...hehe

Bila bercakap pasal risiko, aku tak nafikan blind date adalah pengalaman yang sangat menyeramkan. Walaupun aku dah banyak kali keluar blind date,tapi perasaan berdebar tu tetap ada. Yer laa..nak berjumpa dengan seseorang yang aku sendiri tak tahu rupa paras fizikal orang tu..siapa tak gelabah? Mana laa tahu orang yang bakal aku jumpa sebenarnya orang yang sangat aku kenali..mau tak awkward..haha! Luckily setakat ni takde lagi.. Tu belum lagi citer soal perangai dan apa yang bakal terjadi lepas tu..sama ada ‘date’ aku boleh terima aku atau tidak..ntah-ntah kena tinggal camtu aje..haha..giler kejam! Tapi perasaan ‘thrill’ tu sebenarnya yang buat aku 'ketagih' dengan blind date..ntah laa, terasa puas bila segala persoalan aku terjawab depan mata kepala aku sendiri.


Dah nama pun blind date..aku sebagai manusia biasa mesti ada sedikit expectation dan imaginasi aku tentang orang yang bakal aku jumpa. Nak yang macam tu..berharap si dia macam ni..nak yang indah-indah dan sempurna aje. Well…semua tu angan-angan aje. Bila dah bertentang mata..hampa dan kecewa jer rasanya..ekeke. Selalunya macam tu laa..rasanya takde satu pun blind date aku yang mampu buat aku terkesima..haihh..memang susah nak impress Kamen Shinobi! Eleh..ntah-ntah diaorang pun geli dan jijik tengok aku..haha!

Well rasanya itu laa kelemahan ketara blind date..terlalu banyak uncertainty dan persoalan yang aku sendiri gerun nak hadapi..mungkin sebab tu tak ramai berani nak keluar blind date dengan aku..risau aku tak memenuhi apa yang diaorang cari..tak kisah laa..aku faham. Macam aku kata tadi, blind date ni banyak risiko..especially bagi orang-orang yang discreet, suka berangan dan suka expect lebih-lebih..macam aku..Chet! dasar tak sedar diri, ajak orang blind date tapi expectation setinggi langit! Last-last bila apa yang dibayangkan tak sama langsung dengan apa yang muncul depan mata…sendiri sakit hati!ekeke. Itu kebodohan masa silam aku.. sekarang tiap kali aku keluar blind date..aku takde laa nak harap lebih-lebih..imagine yang hodoh-hodoh aje, so takde laa kecewa sangat..hahaha..gurau! Cuma aku selalu berharap ‘date’ aku boleh terima aku seadanya..dan perkenalan tu tak terhenti setakat itu aje.

Niat awal aku nak share sekali pengalaman blind date aku, tapi memandangkan esei aku kali ni dah overlimit..rasanya lebih afdal kalau aku share dalam entry yang akan datang..hehe. Apa pun kalau korang ada pendapat tentang blind date,tak pun pengalaman peribadi..atau nak keluar blind date dengan Kamen Shinobi tinggalkan nombor telefon anda dalam ruang komen dibawah…ekekekeke

Life is like a blind date,
because sometimes you just have to have a little faith