Aku baru baca post 'friend zone'..ko perli aku kan? - silent reader
Haihh..aku tak sangka niat aku untuk berkongsi disalah ertikan. Ini bukan first time aku terkena...dah banyak kali orang komplen. Kongsi cerita pun nak sentap, tak kongsi merengek nak entry baru..apa pun tak boleh! Honestly, bila berhadapan situasi sebegini aku tetiba terfikir nak tutup terus blog ni. Yer laa..aku cipta blog ni semata-mata untuk berkongsi kisah dan pendapat peribadi aku..itu sahaja. Tapi bila ada segelintir pihak yang menganggap aku seolah-olah main cakap belakang, mungkin ada baiknya aku mengundur diri demi memuaskan hati pihak yang telibat...walaupun sebenarnya aku sangat berat hati meninggalkan blog aku yang satu ni..apatah lagi meninggalkan korang semua..huhuhu
Well...keputusan dah muktamad. Ini mungkin entry aku yang terakhir................untuk tahun ini. Maklum laa tak lama lagi nak masuk tahun baru 2017! ekekekekeke...Chet! tajuk nak gempak, intro nak suspen...acah-acah nak merajuk..dasar orang tua attention seeker! Well..apa korang ingat PewDiePie sorang jer kaki troll? ekekeke
Pasal spesis yang kuat sentap tu, aku minta maaf banyak-banyak kalau ada diantara hasil penulisan aku dalam blog ni mengguris perasaan korang...takde niat pun..niat aku satu jer, nak berkongsi...selain mencari cinta sejati...errrr! kantoi! muahahahaha. Korang nak cakap aku perli korang, korang nak sentap..nak terasa..perasaan korang diluar kawalan aku..so pandai-pandai laa korang pujuk diri sendiri. Aku takkan mampu puaskan hati semua pihak. Aku disini sekadar meluahkan isi hati dan buah fikiran. Walau apa pun yang terjadi, takde siapa pun yang mampu menggugat niat aku untuk terus menulis dan berkongsi, melainkan line internet kena potong sebab tak bayar bil...hehehe.
Tapi kalau aku ambil keputusan mengundur diri dari dunia blog ni, rasanya ada tak yang buat petisyen, tak pun mogok lapar..merayu minta aku jangan berhenti menulis...ekekekeke. Berangan jer laa ko Kamen! Silap-silap jadi macam MAMAT...konon nak pencen, tup-tup muncul balik...ekekekeke..Hi Mamat!!!
Bercakap pasal tahun baru, tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. So apa yang terjadi dalam hidup Kamen Shinobi sepanjang tahun 2016? Well..kalau diimbas balik, tak banyak pun yang berubah. Sejujurnya tahun 2016 aku anggap sebagai tahun air mata..erkkk..dah tua bangka pun masih nak merengek. Well..untuk pengetahuan, Kamen Shinobi ni luaran jer nampak ganas, tapi jiwanya sangat sensitif...eceh! tak boleh blah.. Aku sendiri tak menyangka tahun 2016 ni aku banyak menitiskan air mata jantan, mostly berpunca daripada isu peribadi dan masalah-masalah duniawi yang tidak dapat dielakkan..tapi syukur laa, setakat ni semuanya masih lagi terkawal. Well...manusia mana yang tak lepas dari masalah?
Tu belum masuk bab azam yang dah lama aku simpan, tapi sampai sekarang belum tercapai lagi. Kadang-kadang tu bila tengok hidup orang lain bahagia, senang lenang, hidup seolah tiada masalah..sedangkan aku dekat sini masih terkial-kial berhadapan dengan macam-macam cabaran hidup..mula laa rasa cemburu tak bertempat, rasa down, insecure, rasa nak give up etc..sedar tak sedar air mata jantan mengalir..huhuhu. Ntah laa, mungkin Tuhan ada surprise untuk aku kut..siapa tahu? hehehe...Chet! sendiri merajuk, sendiri pujuk. Maklum laa..aku still single lagi, siapa laa yang sudi nak pujuk?...ekekekeke
Apapun, buat korang yang berjaya mengharungi tahun 2016 dengan senyuman..aku ucapkan tahniah. Dan buat korang yang kurang bernasib baik tu..tak kira laa tengah menghadapi musibah, azam tahun ni tidak kesampaian, gaduh besar dengan bf, putus cinta etc..anggap laa ujian dan dugaan tu hadir untuk mematangkan diri. Semoga tahun baru 2017 yang bakal tiba tak lama lagi akan membawa sinar kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita semua.
When the world says GIVE UP,
Hope whispers..TRY IT ONE MORE TIME.