Tuesday 27 January 2015

PERMINTAAN BERAT

Tahun 2009 aku beranikan diri join app plu..dan sampai sekarang aku masih lagi aktif,cuma aku tak seaktif masa memula dulu. Tujuan aku bukan nak cari sex..aku just nak cari like-minded 'friends'. Aku pernah bagitahu sebelum ni aku masih in the closet dan sangat discreet. Aku tak pernah pun tunjuk muka aku dalam mana-mana app plu. Kiranya dalam tu aku jadi lelaki misteri..hehe..Aku lagi suka letak pics yang aku cilok dari internet..tak main ler pics mamat 6 pax tunjuk spender..tu desperate sangat dah tu!haha.. Aku prefer letak something yang boleh bagi hint tentang aku.hehe..

Siapa ituuuu??Cuba tekaaa~

Habis tu macam mana orang nak tahu rupa sebenar aku kalau gambar pun takde? Kalau kau discreet macam aku..aku yakin dan pasti kau pernah lalui situasi begini..


Machomen : Hi..boleh kenal?
Kamen : Hi..boleh aje..saya Kamen.
Machomen : Hi Kamen..saya Machomen..I like your profile..interesting.
Kamen : Hehehe..thank you.
Machomen : errmmm...ada pic tak??

ARRGGGHHHH....aku benci bila berdepan moment begini..spoil betul! Lagi tak boleh blah kalau yang request tu pun discreet macam aku jugak. Kalau aku ada teleportation power nak aje aku muncul depan dia sambil buat muka hodoh.."CAK!!!SURPRISE!!!".hahaha. Biasanya permintaan begini akan ditolak mentah-mentah. Lepas tu bila dia tak puas hati..dia start ceramah aku.....

Machomen : Apa masalahnya kau send gambar dekat aku? Aku gay..kau gay..dalam ni semua gay!merepek la kau ni!Blah la!

Aku ada alasan tersendiri kenapa aku memilih untuk jadi sangat discreet dan mysterious. Sebab utama..aku tak nak jadi macam Wan. Siapa yang dah baca entry Wan faham ler apa yang aku maksudkan. Aku tak nak kantoi..bahaya beb. Masa aku memula join app plu pun ramai yang dah terkantoi. Dari situ aku dapat tahu bekas cikgu,schoolmate,kawan,jiran aku gay..sebab diaorang jenis open. 

Memula rasa kelakar tapi lama-lama kesian pulak..dulu cover baik punya..tapi last-last kantoi jugak. Hahaha. Cuba bayangkan aku di tempat diaorang..malu beb. Biasanya bila dah kantoi orang akan judge dan fikir bukan-bukan pasal kau. Aku rasa ramai tahu..majoriti yang join Grindr,PR,Hornet tu semua sebab nak cari sex partner aje..tapi bukan semua. Still..tempias tu tetap kena dekat aku.

Lagi satu rasanya aku ada masalah self-concious..semua ni berpunca dari kesilapan aku sendiri..Dipendekkan citer, satu hari tu aku terlalu desperate sebab aku teramat lonely waktu tu..aku terbagi (tanpa berfikir panjang) Facebook personal aku dekat seorang plu sebab aku nampak mamat ni macam boleh dipercayai dan boleh dibuat kawan. Giler betul! Ntah setan mana hasut aku sampai jadi bodoh macam tu sekali. Akhirnya mamat tu ignore aku. First time dalam hidup kena reject bulat-bulat..giler sadis perasaan masa tu.
 
Hodoh sangat ke aku???

Tak! aku tak nangis..cool je. Mungkin aku bukan taste mamat tu agaknya..biasa laa,taste masing-masing..Pepatah Brazil(merapu) berkata 'Beauty lies in the eyes of the beholder'. Betul..tapi tak banyak sikit mesti kau terasa bila someone reject kau. Sebelum ni kau confident..tapi bila orang lain pandang kau sebelah mata pun tak..confirm lepas tu kau rasa down dan insecure. Nak regain balik confidence memang boleh..tapi bukan senang beb..ambil masa.

Sejak peristiwa kena reject tu aku terus jadi trauma..Kalau someone mesej aku lepas tu request tunjuk gambar..aku diam aje,tak pun tanya soalan lain.Hahaha..Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Pujuk ler berapa kali,aku takkan bagi..Mostly ramai yang give up lepas tu..haha..Rasanya aku tak rugi apa pun kalau aku stay in closet,discreet and mysterious..perasaan dan privacy aku lagi penting. Dan aku sendiri pun tak pernah nak request gambar orang lain sebab aku hormat privacy diaorang. Lagipun aku tak nak biasakan diri menilai orang berdasarkan rupa semata-mata...interaction,personality dan chemistry lagi penting bagi aku.

Kalau dibagi pilihan..aku sebenarnya sanggup blind date..tak pun kalau jauh sangat Skype aje daripada bertukar-tukar gambar. Bagi aku aktiviti bertukar-tukar gambar ni tak relevan,vague,tricky,takde mutual agreement,senang ditipu dan menipu,risky....tapi masih diamalkan..tak faham aku!

Ya..Kamen bukan aje self-concious tapi ada trust issue..Teruk betul kau Kamen..sape ler sanggup nak dekat dengan kau?Sape nak blind date dengan aku..tunjuk gigi..hahaha...

Thursday 15 January 2015

GAY vs PLU

Honestly, dulu aku tak tahu dari mana asal usul perkataan People Like Us (PLU).Yang aku tahu..gay,homo. Orang cakap "plu tu gay ler,tu pun tak tau?!"..so,aku ikutkan aje.

Baru-baru ni saudara Nu'man post topik pasal RELATIONSHIP..satu topik yang sangat menarik bagi aku sebab aku memang peminat tegar bab-bab gay relationship..aku suka baca pandangan lelaki gay pasal gay relationship. Walaupun kadang-kadang bercanggah dengan pendapat peribadi aku,tapi aku takde hak nak pertikaikan..masing-masing punya pendapat..



Lepas di tilik satu persatu komen dalam entry saudara Nu'man,aku terbaca satu komen dari adik (erk....geli tekak panggil orang adik,especially lelaki..hahaha)..Mr. Nov..ini bait komen beliau..

"Bagi aku plu dan gay ni 2 perkara berbeza. Plu adalah mereka yang openly gay bergaul bebas sesama mereka. Manakala gay peeps adalah mereka yang discreet. Masih ada ego menyembunyikan sisi gelap diri. Gay peeps will definitely not the one looking for random sex, instead looking for some guy berjalan seiringan, sekurangnya beban tak tertanggung tu dapat di kurangkan. Maaf, i don't really trust pada mereka yang bebas proudly living as gay who called themselves as Plu."

Buat aku terfikir sekejap..apa beza gay dan plu?

Aku bukan nak menidakkan apa yang Mr.Nov cuba sampaikan,itu pendapat peribadi beliau. Again, siapa aku nak nak pertikaikan pendapat orang lain..dah nama pendapat..masing-masing punya pasal ler kan?

Bagi aku personally, aku tak nampak beza antara plu dan gay..Kadang-kadang aku teragak-agak jugak nak sebut plu ke..nak sebut gay? Sejujurnya..bunyi gay sedikit kasar bagi aku..sebab tu aku lebih suka sebut plu..tapi kadang-kadang aku tak kisah pun nak sebut mana-mana..main bedal aje..

Pandangan aku..bila kau gay..kau automatik jadi plu. Bebalik pada komen Mr. Nov..


plu = open,bergaul bebas, looking for sexmate
gay = discreet, looking for soulmate

Aku gay dan aku discreet. Tapi aku tetap seorang plu walaupun aku tak bergaul bebas dan nak kenal someone sebab nak sex aje. Bagi aku..bila kau gay,automatik kau seorang plu. PLU ni sebenarnya lebih kepada istilah universal macam LGBT..Gay tu plu,bisexual tu plu,lesbian pun plu..lelaki bisexual bukan gay tapi dia tetap plu.

Gay pulak istilah untuk sexual orientation..lelaki yang bernafsu kepada lelaki..bukan sebab dia open atau in the closet atau pasal dia nak cari soulmate atau sexmate.

Konklusi..kau gay,kau plu..kau plu tapi kau boleh jadi sama ada gay,bi atau trans. Apa yang kau cari dan buat belakang orang..itu lain cerita.

Maaf Mr.Nov kalau post ni menyinggung pendapat kau,tapi aku just nak share pendapat aku. Peace..jangan marah,nanti cepat tua..kau muda lagi kan?AUMMM! ekekekeke....

Monday 12 January 2015

OUT OF THE BLUE

Pernah tak kau mengalami situasi..orang yang dah lama tak contact kau tiba-tiba contact kau balik?

Kejadian ni berlaku baru-baru ni..Begini ceritanya.


Setiap kali bangun pagi perkara pertama yang aku buat..check handphone. Mana ler tahu ada mesej atau missed call. Aku jenis tido mati,setakat ringtone mesej tu memang aku takkan terbangun punya.


1 NEW MESSAGE!

"Arghhhh! sms iklan lagi..."

Tap.


"Hi...apa khabar.kat mana sekarang?" - Im / 013 - xxxxxxxx

Aku tengah mamai lagi masa tu..kepala pun slow dan blur. Lepas baca sms tu automatik jadi segar. "Biar betik dia ni mesej aku?..Out of the blue pulak tu!".. Tapi sebab aku baik..aku layankan aje.



Siapa Im?(bukan nama sebenar)


Aku kenal Im tahun 2012..dia antara plu terawal yang aku kenal sejak aku join Biggercity,social site plu untuk chubby-chaser yang pertama sekali aku join sebelum aku kenal PR,Grindr,Growlr. Macam biasa..dari teguran ringkas 'Hi' dalam BC...bertukar kepada casual chatting dalam Yahoo Messenger a.k.a YM.


Aku dan Im tak pernah berjumpa,sekadar chatting dalam Yahoo Messenger. Masa tu Whatsapp,Wechat belum ada lagi. Aku pun belum mampu beli smartphone, masih setia dengan Sony Ericsson buruk aku dari zaman universiti.


Lepas dapat sms dari Im,aku terus buka chat history Yahoo Messenger. Lama siot aku tak buka YM..zaman sekarang mana ada dah orang pakai YM. Baca balik chat aku dengan Im dalam YM buat aku terkenang balik kisah lama. Boleh tahan miang jugak aku masa tu. Macam desperate pun ada. Haha..Lagipun Im menepati citarasa aku..itu yang jadi gatal. Tak cukup chatting dia nak call aku pulak. Aku tak suka bagi nombor telefon dekat orang yang aku tak kenal,lagi-lagi plu..tapi sebab dia taste aku,aku relakan aje.


Aku dengan Im chatting dan call dalam beberapa bulan lepas tu kitaorang lost contact. Takde gaduh takde apa...terputus macam tu aje. Masa chatting dalam YM pun,dia ni macam biskut..sekejap ada sekejap hilang...lepas tu dia hilang terus. Aku pulak jenis yang tunggu orang mesej/call..baru aku layan. Nombor telefon Im aku masih simpan tapi aku tak pernah pun mesej atau call dia..malas nak kacau. Aku pun tak tahu apa perkembangan Im lepas kitaorang lost contact. Cari dalam Whatsapp pun tak jumpa (kalau ada pun aku takkan tegur..segan beb)


Im hantar sms dekat aku beberapa hari lepas betul-betul buat aku terkejut. Aku tahu mungkin perkara ni normal dan simple bagi sesetengah orang,tapi 3 tahun lost contact tiba-tiba muncul balik..3 tahun bukan 3 hari. Siapa tak pelik?


Bila jadi perkara pelik begini aku start fikir bukan-bukan..


Minggu lepas aku tukar gambar dalam Whatsapp. Sebelum ni aku just letak gambar quotes,tak pun gambar haiwan. Bila rasa diri makin hensem,baru ada semangat nak letak gambar sendiri. Hahaha..Time kitorang berbalas sms baru-baru ni..aku acah-acah tanya Im..ada Whatsapp ke tak sebab aku tak nampak dalam contact list aku (saja buat bodoh..). Tak lama lepas tu Im sms dekat aku nombor Whatsapp baru dia...Patut ler aku tak jumpa Im dalam contact list Whatsapp aku sebab dia register guna nombor baru. Aku buat hipotesis ada kemungkinan Im stalk aku dalam Whatsapp sebab dia masih simpan nombor aku. Maybe dia segan nak tegur aku dalam Whatsapp,dia test the water dulu tegur pakai sms..hehe..Tak tahu ler betul ke tak teori aku ni..Kena stalk tu..hahaha..giler ah!


Sekarang aku layan Im macam biasa aje,macam kawan-kawan. Dia mesej baru aku balas. Tak gatal-gatal dah macam dulu. Dulu aku terhegeh-hegeh suka dekat dia walaupun tak pernah berjumpa. Dulu Im pandai main tarik tali. Aku pulak macam bertepuk sebelah tangan sebab dulu aku bodoh..aku takde pengalaman dengan plu lain,aku tak tahu niat Im..Sweet talk sikit aku dah cair. Siapa tak cair beb orang yang kau suka sweet talk dekat kau?


Sekarang Im muncul balik dalam hidup aku,aku tak tahu apa nak expect..aku tak tahu apa niat dia datang balik dekat aku selepas dia lupakan aku selama 3 tahun.