Tuesday 24 November 2015

RAHSIA

Baru-baru ni heboh dalam media sosial..seorang ikon fitness lelaki kantoi tengah bermesra dengan seorang mak nyah. Perghhh! giler laa..dapat pelukan dan cumbuan mamat sado, shirtless pulak tu..gigit jari laa mak nyah-mak nyah lain..ekekeke.. Eleh..cemburu laa tu! Ahh...aku tak hairan pun..eceh!ekeke

Ikon fitness? Mak nyah? Siapa diaorang ni? Jujur aku sendiri tak kenal siapa dua entiti ni..hahaha. Well..aku sebenarnya bukan kaki gosip. Citer artis-artis popular pun aku jarang nak ambil tahu..diaorang nak kahwin,bercerai,buat anak,tambah bini,tambah suami..ahh lantak laa..apatah lagi kisah 'artis media sosial'..nak follow Instagram, Twitter atau Facebook diaorang...memang tak laa! buat semak feed aku aje..ekekeke.

Aku sebenarnya tak berminat nak follow citer-citer gosip murahan sebegini..lagipun pada aku diaorang berdua bukan sesiapa..tak penting pun dalam hidup Kamen Shinobi. Tapi memandangkan kes ni agak unik dan aku pulak jenis yang cepat curious..aku cuba jugak untuk ikut perkembangan kes ni. So kalau ada masa aku ada jugak stalk Instagram kedua entiti ni sambil baca forum gosip..so macam-macam maklumat aku dapat..hehe

Berbalik pada kisah kedua entiti ni..bila dah kantoi macam-macam laa cerita dan alasan dicipta. Tu belum masuk kutukan dan makian netizen..aku yang baca pun rasa seram, apatah lagi si empunya diri..bermati-matian mempertahankan diri. Aku sebenarnya lebih kesiankan si mamat tulen berbanding si perempuan jadian. Eleh..rupa elok boleh laa simpati, kalau rupa buruk nak mampus..sure kena maki..ekekeke. Maaf...mamat tu bukan taste aku..so aku pass kat korang..ekekeke. Ntah laa..aku rasa cara mamat tu terkantoi terlalu sadis..ibarat menconteng arang ke muka sendiri.. Yer laa sepanjang aku stalk Instagram mamat tu nampak aje straight as arrow..tapi hakikatnya memiliki kecenderungan yang amat luar biasa..ekeke. Sure ramai gadis tulen makan hati lepas dapat tahu lelaki pujian diaorang hanya berminat dekat gadis jadian. Kesian..muda-muda lagi dah ada bad reputation.


Aku sendiri tak berani nak conclude apa-apa tentang kes ni sebab aku tak tahu hujung pangkal citer kedua entiti ni..siapa betul,siapa salah..siapa mangsa,siapa pemangsa..lantak diaorang, jangan kacau hidup aku dah ler..errr..aku takde kaitan dengan ini cerita..hahaha.

Dulu pun ada jugak kes PLU terkantoi macam ni..tapi melibatkan dua lelaki tulen,bukan mak nyah..hahaha. Kalau tak silap aku mamat tu DJ radio paling famous dalam Malaysia. Aku sendiri pun curious apa jadi dengan mamat tu..setahu aku lepas gambar mesra diaorang tersebar ke alam maya, dia terus menghilangkan diri sampai laa ke hari ini. Well..biasa laa, bila dah popular dan dikenali ramai, citer-citer 'dark side' sepatutnya disimpan sebaik mungkin..tapi bila dah tersebar, sure perasaan malu menguasai diri.

Bila bercakap pasal kantoi, mujur laa sampai ke hari ini aku tak pernah lagi terkantoi dengan sesiapa..ntah laa, aku sendiri tak pasti ada ker tak yang dapat hidu ketidaklurusan aku...harap-harapnya takde laa..hehe. Well..aku pasti korang yang masih stay in the closet ada harapan yang sama macam aku..sebolehnya-bolehnya tak nak kantoi dengan sesiapa,especially dekat orang-orang yang rapat dan dikenali...yer laa, tak semua boleh terima. Kalau ada yang boleh terima pun belum tentu rahsia yang dikongsi tu boleh disimpan dengan baik..Maklum laa, mulut dan kelakuan orang lain susah nak dikawal. Tak pasal-pasal rahsia berdua jadi viral satu dunia sebab perangai manusia yang tak reti jaga rahsia orang lain.

Kalau diimbas balik aku pernah aje berjumpa dengan spesis PLU yang tak pandai simpan rahsia. Dipendekkan citer, aku kenal seorang mamat ni melalui PR..tak lama lepas tu mamat ni ajak aku keluar lepak dan makan..saja nak berkenalan lebih rapat. Dan macam biasa laa bila bersua-muka macam-macam topik dibualkan. Tapi bila dah takde topik nak dibualkan..mamat ni mula laa bergosip dan sibuk bercerita hal perihal PLU lain yang dia dah pernah jumpa sebelum aku...luar dan dalam! Pergh!..tak sangka muka aje elok...tapi mulut mengalahkan perempuan..baru nak ngorat tetiba turn off! hahaha.. Since masa tu aku masih noob..maklum laa baru berjinak-jinak nak bersosial dengan PLU..so aku layankan aje laa semua citer mamat tu sebab dia ni kira otai jugak dalam dunia PLU...ntah betul atau tak apa yang aku dengar, dia aje yang tahu.

Sejak kejadian tu aku terus trauma dekat PLU yang terlalu open especially yang bermulut tempayan..hahaha.. Ntah laa..aku tak kisah pun nak berkawan dengan sesiapa, tapi bila dah jadi macam tu, aku selalu terfikir kalau aku teruskan berhubung dan bercerita tentang hal-hal peribadi aku dekat orang-orang yang tak reti simpan rahsia macam mamat tu..ada kemungkinan aku jugak bakal menjadi mangsa. Yer laa..kalau dia boleh buat dekat orang lain,kenapa dia tak boleh buat dekat aku? Tak pasal-pasal rahsia besar aku terbongkar disebabkan mulut orang lain..erkkk.

Tu belum lagi kes PLU yang suka berdendam. Masa memula kenal elok aje berkawan,tak pun couple..tapi lama kelamaan bila dah tak sebulu lepas tu clash..habis segala rahsia dibongkarkan sebab tak puas hati dan perasaan dendam. Bukan aku tak pernah dengar kes-kes sebegini. Haih..macam-macam hal laa.

Aku sebenarnya cukup selesa dengan keadaan aku sekarang..stay in the closet, discreet..takde siapa pun tahu orientasi aku kecuali orang-orang yang memang dah tahu siapa aku. Tapi jauh disudut hati, aku pun macam orang lain jugak..teringin nak ada geng-geng PLU tempat aku bercerita dan berkongsi hal-hal yang tak mungkin aku kongsi dengan member straight..di mana aku boleh jadi diri sendiri. Tapi since terlalu banyak kes-kes PLU terkantoi dan dikantoikan..ditambah lagi dengan pengalaman silam aku dan penceritaan orang lain..rasanya ada baiknya aku stay in the closet dan limit-kan diri aku dari terlalu bergaul dengan PLU. Mungkin blog ni aje laa 'kawan' terbaik aku buat masa ni..nak cari geng PLU yang totally discreet macam aku, apatah lagi yang decent dan pandai simpan rahsia bukan senang. Haihh..macam mana laa aku nak jumpa someone special kalau asyik trauma dengan perkara-perkara sebegini..forever alone laa kau Kamen!

There are two kinds of secrets,
Those we keep from others and the ones we hide from ourselves.

Sunday 8 November 2015

PRIVATE AND CONFIDENTIAL

Sudi tak video call dengan aku?
Nak add FB boleh?
Apa nama sebenar Kamen Shinobi?


Pergh! Demanding sungguh silent reader aku ni..kalau macam tu,alang-alang baik jumpa aku terus. Bukan setakat rupa atau nama..silap-silap alamat rumah pun aku bagi..so senang kalau nak kirim hadiah..ekekeke. Haihh..macam-macam permintaan silent reader aku ni...kadang-kadang serba salah dibuatnya..nak dedahkan identiti aku atau terus berahsia? Tapi biasa laa, Kamen Shinobi berahsia orangnya..akhirnya aku cuma mampu jawab...

Nanti laa..
Tak boleh!
Rahsia..

Cuba laa berapa kali pun, jawapan aku tetap sama...ekeke. Aku harap orang-orang yang cuba nak korek rahsia aku mampu bersabar dengan tahap kedegilan aku..walaupun aku tahu ada yang dah start bengang dengan perangai aku yang kuat berahsia ni. Well...itu laa Kamen Shinobi.


Ramai yang kenal aku tahu aku tak banyak cakap, nak dekat pun susah..tanya sepatah,jawab sepatah. Tapi itu dulu laa, sekarang aku dah tua..dah tak sesuai nak malu-malu lagi. Kadang-kadang kalau kena dengan tempat dan masa, aku boleh jadi peramah dan tak tahu malu..tanya sepatah, aku jawab berpatah-patah...hehe. Still perangai aku yang pemalu dan tak banyak cakap ni kira dah jadi trademark aku. Dan aku mengaku aku seorang yang sangat berahsia...mungkin pengaruh dari sikap aku yang tak suka share apa-apa berkait soal peribadi.
 
Dalam kehidupan aku sendiri aku jarang meluahkan perasaan..mostly aku lebih suka pendam dari bercerita dekat orang lain..especially kehidupan aku sebagai seorang lelaki gay. Aku dikelilingi golongan straight dan aku tahu diaorang takkan faham gaya hidup aku sebagai seorang lelaki gay. Sebab tu aku memilih untuk meluahkan semuanya melalui blog di mana aku boleh jadi someone yang 'anonymous'..so takde orang boleh judge aku.

Masa aku memula start blog ni dulu aku dah berazam yang aku takkan dedahkan identiti aku especially dekat silent reader atau non-blogger..sebab aku tak nak orang judge aku berdasarkan penceritaan aku dalam blog ni. Ntah laa aku rasa terlalu awkward untuk aku dedahkan diri aku lepas aku dah ceritakan semua kisah-kisah peribadi aku dalam blog ni. Tapi kadang-kadang aku ada jugak terfikir nak meet-up secara personal dengan blogger PLU...keluar lepak, makan-makan, habiskan masa bersama..lebih kurang macam blogger reunion versi PLU..eceh. Rasanya takde masalah kalau nak dibandingkan dengan non-blogger sebab masing-masing dah tahu kisah peribadi masing-masing..kira adil laa..hehehe.

Aku sebenarnya tak kisah kalau ada yang nak ajak chatting atau sekadar borak-borak kosong..tapi bila dah sampai ke tahap nak tahu diri sebenar Kamen Shinobi..aku agak berat hati untuk penuhi permintaan itu. Bagi aku mendedahkan identiti sebenar ni ibarat proses coming out as gay, dan aku rasa korang sendiri tahu bukan senang nak coming out...terlalu banyak kebarangkalian yang bakal jadi..sama ada diterima atau dibuang jauh-jauh. Syukur laa kalau ada yang sudi menerima diri aku seadanya..tapi macam mana kalau aku di-reject macam tu aje? Sia-sia aje laa aku bongkarkan rahsia aku sendiri...silap-silap aku terus tutup blog ni since ada yang dah tahu siapa aku..haihh..

Tu belum lagi cakap pasal perangai PLU..

Mungkin ada yang tak tahu aku start explore dunia PLU masa umur aku dalam mid 20s. Kalau dihitung baru beberapa tahun aku bergelumang dalam dunia PLU..tapi perjalanan aku yang singkat ni banyak mengajar aku untuk tidak terlalu mudah mempercayai golongan PLU especially dalam alam maya ni. Sepanjang aku bersosial dengan PLU, macam-macam jenis perangai aku dah jumpa..mostly tak boleh pakai...hampeh! Well..itu laa akibatnya kalau mencari kenalan dalam hook up apps..ekekeke

Aku tahu mungkin ada yang kata "Tak semua PLU sama". Ada betulnya..tapi pengalaman buruk aku sebelum ni sedikit demi sedikit mencalarkan kepercayaan aku pada golongan PLU. Kadang-kadang aku cuba jugak untuk loosen up dan jadi open minded...at least bagi peluang untuk orang lain mengenal aku..tapi tiap kali aku cuba, ada aje suara berbisik untuk aku lupakan hasrat itu. Ntah laa..mungkin aku masih dibayangi trauma masa silam...risau kepercayaan aku dikhianati sekali lagi.

Aku sendiri tak tahu sampai bila aku perlu bersikap prejudis dengan golongan PLU. Kadang-kadang aku sendiri tertanya ada lagi ker PLU yang 'decent' dalam dunia ni? Buktinya sampai ke hari ini aku masih solo...jangan kata boyfriend...gay friend pun aku takde. Forever alone sungguh kau Kamen!

Apa pun aku nak minta maaf dekat silent reader aku atau sesiapa sahaja yang berkaitan kalau selama ni ada yang rasa aku sangat susah untuk didekati..anggap aje laa itu sebahagian dari personaliti aku..hehe. Aku harap entry ni boleh buat korang lebih memahami isi hati seorang insan maya bernama Kamen Shinobi. 


(First time bercakap dengan silent reader..rasa macam nak meletup jantung..ekekeke)