Monday 21 September 2015

ANNIVERSARY

Setahun sudah berlalu,
September muncul kembali,
Dengan kehangatan semalam...

Eceh...suara macam katak puru ada hati nak menyanyi...dah laa lirik sesedap rasa jer tukar..ekekeke

Harini 21 September, genap laa setahun aku bergelar blogger dan pemilik blog LelakiDalamAlmari ni. Pantas betul masa berlalu! Aku start buka blog ni pada tarikh yang sama tahun lalu...masih dengan nama samaran yang sama,Kamen Shinobi...dan masih dengan title blog yang sama...LelakiDalamAlmari.

Masa aku memula start buka blog ni,niat aku satu aje. Aku cuma nak share kisah dan pendapat peribadi aku sebagai seorang lelaki gay. Aku tak pernah berharap pun ada yang baca post aku apatah lagi berhubung dengan PLU diluar sana. Sekadar meluahkan apa yang terlintas difikiran, itu pun dah cukup puas bagi aku..lantak laa blog aku tenggelam dalam jutaan blog lain..aku tak peduli. Kiranya aku anggap blog aku ni sebagai ruang untuk aku melepaskan apa selama ni terbuku didalam dada..eceh! Yer laa..nak citer dekat family,kawan-kawan tentang 'sisi gelap' aku sebagai seorang lelaki yang 'abnormal' dimata masyarakat..benda tu mustahil. So aku ambil inisiatif untuk buka blog sendiri. Jadi insan 'anonymous' di alam maya untuk berkongsi kisah realiti hidup aku sebagai seorang lelaki gay.

Kalau tak silap aku, Mr. Dominic Unknown orang pertama yang tinggalkan komen dalam blog aku..hehe. Perasaan aku masa tu bercampur baur..risau ada,happy pun ada. Yer laa, masa tu aku noob lagi dalam dunia blogging ni, bahasa dan susunan ayat pun masih tunggang langgang. Nak dibandingkan dengan blogger otai, macam langit dengan bumi. Kadang-kadang aku tergelak bila baca balik post lama...ayat ntah pape jer...fail! hahaha..Maklum ler,orang bukan asal KL tapi bajet nak cakap KL. Risau jugak reader tak faham apa yang aku cuba sampaikan,tak pun dalam diam gelakkan aku...erkkk! Tapi pada masa yang sama aku rasa seronok sebab at least ada jugak orang sudi luangkan masa baca post dalam blog aku..hehe

Masa berlalu...satu persatu komen ditinggalkan..dan dari situ laa aku mula berkenalan dengan blogger yang 'sealiran' dengan aku. Tak sangka ramai yang sekepala dengan aku..ekekeke. Sejujurnya aku rasa seronok sebab aku rasa aku tak bersendirian. Walaupun tidak pernah bersua muka di alam realiti dan masing-masing masih dalam status 'anonymous' antara satu sama lain..tapi aku dapat rasa keseronokan berkenalan dengan blogger-blogger 'sealiran' dengan aku di alam maya ni. Tu belum masuk silent reader,peminat,secret admire...errrr...ada ker?ekekeke..Berangan jer laa ada secret admire! Tipu laa kalau aku kata takda silent reader yang cuba mengorat Kamen Shinobi...erkkkk!hahahaha...tak habis-habis berangan!

Sampai bila aku nak ber-blogging? Well..selagi aku masih dikurniakan kesihatan dan idea untuk menaip..selagi tu laa blog LelakiDalamAlmari ni wujud di ruang maya. Aku sendiri pun tak pasti sampai bila aku nak berhujah pasal dunia PLU..mungkin bila dah jumpa steady partner suatu hari nanti..topik dalam blog aku ni mungkin lebih ke arah 'our love story'...eceh! tak pasal-pasal ada yang muntah pelangi baca post aku nanti...ekekeke

Apa pun,terima kasih kepada korang semua..tak kira laa korang blogger atau silent reader sebab sudi luangkan masa singgah dan membaca nukilan dalam blog aku yang tak seberapa ni. Aku sangat hargai jasa baik korang semua. Jangan takut dan segan kalau nak tinggalkan komen atau kritikan..tak pun bagi idea untuk post akan datang..hehe. Takda siapa pun kenal..unless korang gatal letak pic muka korang..ekekeke. Komen baik atau buruk,aku cuba terima dengan hati terbuka. Kalau ada post aku sebelum ni yang menyinggung perasaan sesiapa...aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki. Apa yang aku share dalam ni hanya laa pendapat peribadi dan buah fikiran insan gay bernama Kamen Shinobi.



Tuesday 15 September 2015

NGORAT

Baru-baru ni seorang silent reader blog aku bertanyakan sesuatu...

"Macam mana kau tahu kau nak serius?
I mean kalau orang mengorat kau,apa reaksi kau?"

Sejujurnya bila ada yang bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan hati dan perasaan sebegini, aku sendiri takda jawapan muktamad. "Bila kau nak bercinta? Bila kau rasa kau nak berkapel? etc..." Well...bagi aku soal hati dan perasaan terlalu subjektif. Masing-masing ada 'time' diaorang. Aku? aku masih solo..so kiranya 'time' aku belum sampai lagi laa. Lagipun takda dalam mana-mana buku atau teori menyatakan lelaki wajib bercinta sebelum umur 30 tahun..tak pun aku bakal jatuh cinta pada hari Deepavali nanti. Again semua tu bergantung pada takdir. Selagi 'time' aku untuk berkapel,bercinta,in-relationship belum sampai,selagi tu laa Kamen Shinobi tetap berstatus single and available..hehe

Berbalik pada reaksi aku bila di-ngorat?

Siapa tak suka di-ngorat? Lagi-lagi kalau si pengorat tu taste aku..confirm cair. Silap-silap aku aku yang ngorat dan terkam dia dulu..aum! ekekeke. Hari ni ngorat, esok declare couple..eceh! Gelojoh sungguh. Mimpi jer laa kau Kamen...ada hati nak mengorat! Baru say 'Hi' terus kena block..ekekeke.

Ntah laa..aku sendiri tak tahu macam mana respon aku bila di-ngorat...siapa laa nak mengorat aku? Tapi kalau ada yang cuba mengorat, mungkin aku buat-buat jual mahal..ibarat jinak-jinak merpati,makin dekat makin Kamen lari..eceh! Tak pun, aku blushing sambil buat muka paling cute...ekekeke..lagi tak bleh blah! Ntah..respon aku mungkin berbeza mengikut situasi dan siapa yang mengorat aku.

Tapi macam mana kalau yang mengorat tu bukan taste aku? Well kalau jadi macam tu aku takda laa terus reject,tu kejam sangat. Maybe aku akan bagi peluang untuk cari chemistry..mana laa tahu ada jodoh. Tak salah kan bagi peluang dekat orang lain? Tapi kalau sudah terang lagi bersuluh kau bukan type yang aku suka..usaha tu kena lebih sikit laa..eceh! Berangan prince charming laa kau Kamen! Siapa tahu..orang yang aku tak suka,tak bernafsu,rasa seram jer nak dekat..last-last orang tu laa yang sudi berkongsi susah senang hidup bersama, yang mampu sayang aku macam dia sayangkan nyawa dia sendiri...pergh! melting...


Bercakap pasal flirting, dalam dunia yang serba canggih sekarang ni aktiviti ngorat-mengorat pun ikut berubah. Kalau 10-20-30 tahun dulu, nak mengorat kena nampak depan mata baru ada feel nak mengorat. Yer laa dulu gay apps,social media,messaging app pun belum wujud lagi..kalau ada pun,access terhad.

Dulu sebelum adanya Grindr,Facebook etc macam zaman sekarang..mostly PLU berkenalan dalam chat room macam Yahoo Messenger,MSN,ICQ etc..tu kalau tak silap aku laa. Nak tengok gambar pun susah..so nak tak nak terpaksa meet-up in real-life kalau nak tahu rupa masing-masing..kira macam blind date laa. So kalau kena dengan taste,baru boleh mengorat lebih-lebih.

Beza dengan zaman sekarang,nak mengorat bila-bila pun boleh. Maklum laa semuanya dihujung jari. Bukak jer Grindr,Instagram,Wechat etc..terjumpa pulak profile mamat taste, terus boleh mengorat. Kadang-kadang tak sedar masing-masing kaki penipu dan ditipu. Dalam profile muka jambu,badan ketak 6 pax..tapi bila jumpa in real life baru tahu masing-masing rupa macam jambu batu, 6 pax hilang ntah ke mana..yang ada 1 pack jer..hehe. No offense, boroi itu seksi...aum!

Well itu laa masalah online dating atau flirting lagi-lagi sebelum meet-up. Yer laa mengorat di alam maya ni tak sama macam mengorat in-real life..tak nampak body language,gesture,vibe diri masing-masing. Tu belum lagi masuk soal kejujuran dan keikhlasan. Kadang-kadang si pengorat just nak test market..kena plak yang di-ngorat tu jenis cepat cair..sure terlentok dengan sweet talk si pengorat. Kadang-kadang ada jugak yang di-ngorat tu sebenarnya just being friendly dekat si pengorat..risau si pengorat kecik hati kalau tak dilayan..last-last si pengorat tu ter-feeling yang di-ngorat tu syok dekat dia.

Haih...complicated sungguh!

Sebab itu laa kalau ada pilihan aku lebih prefer untuk meet-up in real life, tak pun sekurang-kurangnya tahu rupa paras fizikal sebenar seseorang sebelum mengorat dan di-ngorat. Blind date sekali pun aku tak kisah..taste atau tidak tolak tepi..yang penting aku nampak depan mata aku. Kalau setakat terjumpa di alam maya,chatting sehari dua,sweet talk lepas tu nak feeling cloud nine..itu bukan aku. Bagi aku mengorat di alam maya terlalu 'vague' dan banyak risiko. Yer laa, bab mengorat ni banyak bermain dengan perasaan..salah percaturan,ada yang sakit nanti..lepas tu baru tahu menyesal.

Errr...macam susah jer nak ngorat Kamen Shinobi...ekekeke. Alaa,tak susah mana pun. Aku tak perlukan sweet talk macam orang lain atau hadiah mahal semata-mata nak impress aku. Just be yourself..itu aje rahsianya. Tak perlu terhegeh-hegeh macam desperado kekurangan kasih sayang..ekekeke. Chill and relax jer,kalau dah jodoh takkan ke mana..eceh!

Apa pun..be careful. Flirting memang best..tapi sometimes kena jugak be realistic. Kaji dulu keadaan sebelum proceed to the next level. Siapa lagi nak jaga hati dan perasaan kalau bukan diri sendiri?

Action speak louder than words.
So believe what you see and f*ck what you heard.


Sunday 6 September 2015

SAYANG : 1 TAHUN

JANUARI 2012

Di suatu malam yang dingin..

1 New message!

Guy69 : Interesting profile...boleh berkenalan? 

Siapa pulak ni? Gambar profile pun takda. Tinggi,berat,umur...erkkk! Ni kalau aku layan nanti sure gatal request nak tengok gambar aku...lepas tu blah sebab tak taste. Dasar lelaki PLU...haihhh...

Ahhh..lantak laa! Dah orang ajak berkenalan,tak layan nanti dia kata aku sombong plak. Pepandai laa aku adjust situasi nanti. Lagipun mana laa tahu profile misteri ni jodoh aku...eceh!

Aku : Boleh.
Guy69 : Awak ada Skype? Jom chat dekat sana nak?
 
Aku : Ok. ID Skype?


......


Mike : Terima kasih sudi add. BTW panggil aku Mike.
Aku : Ohh Mike..aku Kamen. Selamat berkenalan.


...Selang beberapa jam... 


Mike : Hehe...Kebetulan kita chatting dalam ni, video call nak? Teringin nak tengok rupa sebenar encik Kamen. 

Gulp! video call? Adeh..kau ni dah kenapa Mike? Baru chatting beberapa jam dah gatal nak tengok muka aku. Bukan hensem mana pun. Sure nanti lepas tengok muka aku kau dah tanak layan aku dah. Confirm!

Lagipun aku tanak kantoi. Mana laa tahu kau sebenarnya classmate aku dulu yang tengah menyamar..tak pun lecturer aku masa study di uni dulu..lagi parah kalau kau ahli keluarga aku sendiri!erkkk..mampus kalau kantoi! Online dating ni bukan boleh percaya sangat!

Ahhh! kalau video call mesti nampak muka masing-masing. Kalau dia nampak muka aku,aku mesti nampak muka dia jugak. So takda rahsia lagi. Masing-masing dah kantoi..haha..Kenapa nak gelabah sangat? Gamble jer laa...


Aku : Ok..call laa...
Mike : Haaaa...macam ni baru best! Masing-masing nampak muka. Takda laa macam borak dengan hantu.
Aku : (senyum awkward)
Mike : Kenapa muka ketat ni? senyum laa sikit!


Giler! aku tengah nervous kau nak aku senyum plak. Bukan selalu aku video call dengan strangers..nak-nak pulak dengan PLU...awkward habis! Kalau chatting bukan main rancak,dah nampak muka masing-masing automatik otak jadi blank..mulut,jari aku semua jadi kaku. Apa pun, tahniah Mike...kau orang pertama dalam Malaysia dan orang kedua dalam dunia yang tahu aku gay!

First impression? Mike biasa sahaja orangnya. Aku dah agak dia bukan type aku. eceh! macam laa aku hot sangat..ekekeke. At least dia jujur walaupun pada mulanya discreet. Luckily Mike bukan kenalan dan bukan juga ahli keluarga aku. Kalau kantoi mana nak letak muka?

Tapi Mike.....errr....really?

....7 hari berlalu....


Mike : Hi awak. Abang rindu nak tengok senyuman awak
Aku : Baru chat semalam dah rindu?hehe
Mike : Itu semalam laa sayang..sekarang abang rindukan awak!
 
Aku : Yer laa..tunggu jap.


...Hari-hari berikutnya...

Mike : Awak! kenapa lambat sangat online?
Aku : Ada keje tadi..sorry.
Mike : Dah settle? Jom video call! Rinduuuu~


Aku pun tak faham apa yang Mike nampak dekat aku. Nak kata aku comel?...errr...Nak kata aku kacak lagi laa tak masuk akal. Tapi hampir setiap hari Mike ajak aku chatting dan video call sama..walaupun takda benda sangat nak diborakkan. Aku tengok Mike, Mike tengok aku...hahaha. Kadang-kadang sampai tetido depan video cam..macam tu laa setiap hari.

Mike ikhlas atau saja nak being nice dekat aku? Atau aku yang baik sangat layan perangai dia ni walaupun aku tahu siapa Mike sebenarnya. Kamen...kau dah tahu siapa Mike, jangan bermain dengan api.

Tapi salah ker aku layan dia macam manusia biasa? Tak salah kan?


...Hari berganti minggu berganti bulan...
 

Mike : Boleh awak janji sesuatu dekat abang?
Aku : Apa dia?
Mike : Awak janji jangan lupakan abang kalau awak dah jumpa someone nanti?
Aku : Yer..saya takkan lupakan abang.
Mike : Abang sayangkan awak. Awak selalu dalam hati abang.
Aku : (smiley)
Mike : (smiley)


_______


JUN 2012

Aku : Ha! Buat apa dalam PR? Cari lain! Kantoi!
Mike : Takda laa..saja. Cemburu laa tu!
Aku : Tak cemburu pun..siapa laa saya ni.
Mike : Sayang..abang tak akan lupakan awak!
Aku : Tipu!
Mike : Yer laa..abang delete akaun PR. Tengok ada lagi tak?
Aku : (seriously?)


Eleh Kamen..macam laa kau tak cari lain! Kau pun sama macam Mike. Dah ada Mike depan mata pun kau masih aktif dengan gay site kau..sibuk keluar dating dengan lelaki lain. Dasar lelaki..tak pernah cukup dengan satu!

Tapi siapa aku di hati Mike? Dia selalu sweet talk aku, selalu manjakan aku..tapi kenapa masih nak cari lain? Aku tak cukup bagi dia?

Ahh! Kalau dia boleh buat,kenapa aku tak boleh? Itu kan hak masing-masing. Lagipun aku tak pernah pun declare apa-apa dekat Mike..dia jer yang lebih-lebih. Aku bukan hak mutlak Mike...kenapa aku nak cemburu?

Aku jatuh hati dekat Mike?

Ahh sudah! Kamen..jangan jadi bodoh,jangan cepat termakan sweet talk Mike. Manis hanya di bibir, tapi di hati siapa tahu?


_______



OGOS 2012

Mike : Kalau laa awak ada dekat sini,abang takkan cari lain.
Aku : (smiley)
Mike : Kenapa awak jauh?Arghhhhh!
Aku : Ntah...bukan jodoh kot. hahaha
Mike : Haish..abang serius ni!

......

Mike : Awak! jom video call..abang nak bagi surprise dekat awak.
Aku : Ok..tunggu jap.
 
Mike : "If you’re not the one then why does my soul feel glad today..If you are not mine would I have the strength to stand at all..la...la...la..."
Aku : (senyum)
Mike : Hahaha..malunya! Tak pernah abang buat macam ni..nyanyi depan orang..nangis pulak tu...Haish, malu!
Aku : Dah jangan nangis.

Buat pertama kali dalam hidup aku seorang 'stranger' bernama lelaki menitiskan air matanya di hadapanku. Terasa janggal...tapi sebagai seorang manusia yang ada hati dan perasaan, sejujurnya aku turut terkesan.

Walaupun usia perkenalan aku dan Mike masih terlalu hijau dan belum berkesempatan bertemu di alam realiti, setiap kata-kata, perlakuan dan perbuatan Mike di alam maya buat aku rasa istimewa...terlalu istimewa. Satu perasaaan yang belum pernah aku rasa sebelum ini.

Tapi Mike....haih...

Kamen..tolong jangan jatuh hati dekat Mike!


......

NOVEMBER 2012

Mike : Awak sayangkan abang?




-BERSAMBUNG-

(SAYANG : 2 TAHUN)


---------

Mulanya aku takda niat langsung nak post citer perbadi aku,especially kisah aku yang satu ni sebab bagi aku terlalu cheesy dan terlalu personal..dan mungkin mengundang stigma. Tapi recently aku tetiba ubah fikiran dan tergerak hati nak share...mana laa tahu boleh jadi pengajaran buat orang lain. So...enjoy! Jangan muntah hijau dah ler...ekekekeke