Wednesday 21 December 2016

GOODBYE

Aku baru baca post 'friend zone'..ko perli aku kan? - silent reader

Haihh..aku tak sangka niat aku untuk berkongsi disalah ertikan. Ini bukan first time aku terkena...dah banyak kali orang komplen. Kongsi cerita pun nak sentap, tak kongsi merengek nak entry baru..apa pun tak boleh! Honestly, bila berhadapan situasi sebegini aku tetiba terfikir nak tutup terus blog ni. Yer laa..aku cipta blog ni semata-mata untuk berkongsi kisah dan pendapat peribadi aku..itu sahaja. Tapi bila ada segelintir pihak yang menganggap aku seolah-olah main cakap belakang, mungkin ada baiknya aku mengundur diri demi memuaskan hati pihak yang telibat...walaupun sebenarnya aku sangat berat hati meninggalkan blog aku yang satu ni..apatah lagi meninggalkan korang semua..huhuhu

Well...keputusan dah muktamad. Ini mungkin entry aku yang terakhir................untuk tahun ini. Maklum laa tak lama lagi nak masuk tahun baru 2017! ekekekekeke...Chet! tajuk nak gempak, intro nak suspen...acah-acah nak merajuk..dasar orang tua attention seeker! Well..apa korang ingat PewDiePie sorang jer kaki troll? ekekeke

Pasal spesis yang kuat sentap tu, aku minta maaf banyak-banyak kalau ada diantara hasil penulisan aku dalam blog ni mengguris perasaan korang...takde niat pun..niat aku satu jer, nak berkongsi...selain mencari cinta sejati...errrr! kantoi! muahahahaha. Korang nak cakap aku perli korang, korang nak sentap..nak terasa..perasaan korang diluar kawalan aku..so pandai-pandai laa korang pujuk diri sendiri. Aku takkan mampu puaskan hati semua pihak. Aku disini sekadar meluahkan isi hati dan buah fikiran. Walau apa pun yang terjadi, takde siapa pun yang mampu menggugat niat aku untuk terus menulis dan berkongsi, melainkan line internet kena potong sebab tak bayar bil...hehehe.

Tapi kalau aku ambil keputusan mengundur diri dari dunia blog ni, rasanya ada tak yang buat petisyen, tak pun mogok lapar..merayu minta aku jangan berhenti menulis...ekekekeke. Berangan jer laa ko Kamen! Silap-silap jadi macam MAMAT...konon nak pencen, tup-tup muncul balik...ekekekeke..Hi Mamat!!!

Bercakap pasal tahun baru, tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. So apa yang terjadi dalam hidup Kamen Shinobi sepanjang tahun 2016? Well..kalau diimbas balik, tak banyak pun yang berubah. Sejujurnya tahun 2016 aku anggap sebagai tahun air mata..erkkk..dah tua  bangka pun masih nak merengek. Well..untuk pengetahuan, Kamen Shinobi ni luaran jer nampak ganas, tapi jiwanya sangat sensitif...eceh! tak boleh blah.. Aku sendiri tak menyangka tahun 2016 ni aku banyak menitiskan air mata jantan, mostly berpunca daripada isu peribadi dan masalah-masalah duniawi yang tidak dapat dielakkan..tapi syukur laa, setakat ni semuanya masih lagi terkawal. Well...manusia mana yang tak lepas dari masalah?


Tu belum masuk bab azam yang dah lama aku simpan, tapi sampai sekarang belum tercapai lagi. Kadang-kadang tu bila tengok hidup orang lain bahagia, senang lenang, hidup seolah tiada masalah..sedangkan aku dekat sini masih terkial-kial berhadapan dengan macam-macam cabaran hidup..mula laa rasa cemburu tak bertempat, rasa down, insecure, rasa nak give up etc..sedar tak sedar air mata jantan mengalir..huhuhu. Ntah laa, mungkin Tuhan ada surprise untuk aku kut..siapa tahu? hehehe...Chet! sendiri merajuk, sendiri pujuk. Maklum laa..aku still single lagi, siapa laa yang sudi nak pujuk?...ekekekeke

Apapun, buat korang yang berjaya mengharungi tahun 2016 dengan senyuman..aku ucapkan tahniah. Dan buat korang yang kurang bernasib baik tu..tak kira laa tengah menghadapi musibah, azam tahun ni tidak kesampaian, gaduh besar dengan bf, putus cinta etc..anggap laa ujian dan dugaan tu hadir untuk mematangkan diri. Semoga tahun baru 2017 yang bakal tiba tak lama lagi akan membawa sinar kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita semua.

When the world says GIVE UP,
Hope whispers..TRY IT ONE MORE TIME.

Sunday 4 December 2016

FRIEND ZONE

Dalam entry lepas aku ada sebut pasal friend zone. Sejujurnya aku sangat tertarik dengan istilah ni..mungkin aku dah selalu sangat berdepan dengan situasi friend zone kut...tu yang rasa semacam dekat dihati jer tu.

Cakap pasal friend zone ni, aku teringat sorang silent reader pernah tanya aku..

"PLU ni boleh jadi kawan ke?"

Masa tu tetiba terfikir, iye tak iye jugak.. Yer laa, bukan kah jantan PLU ni gelojoh..pantang jumpa entiti bernama lelaki, lagi-lagi kalau dah tahu geng sekapal, terus bawa balik masuk bilik...ekekeke. Well, jantan gila seks jer yang macam tu, jantan baik macam Kamen Shinobi takkan sesekali mencabul kehormatan jantan lain..melainkan sudah sah bergelar suami-suami...aumm! tak boleh blah angkat bakul sendiri...mampos lepas ni kena kecam...ekekeke.

Berbalik pada topik friend zone, sebelum aku membebel lebih panjang pasal topik ni, mungkin lebih afdal aku terangkan sikit maksud istilah friend zone..in-case ada yang blur atau tak tahu apa benda friend zone ni. Menurut kamus bersumberkan google..

"friend zone is a situation in which one member of a friendship wishes to enter into a romantic or sexual relationship, while the other does not"

Kalau tak faham boleh google translate. Well, senang citer friend zone ni lebih kurang macam cinta bertepuk sebelah tangan laa...atau cinta tak berbalas..ataupun lebih tepat lagi..rejection secara halus...ekekeke.. Misalnya korang suka dekat seseorang, tapi the other side cuma anggap korang tak lebih dari seorang kawan..so secara automatiknya korang dah kena friendzoned. Tak kira laa mana-mana sexuality pun, istilah friend zone ni memang wujud..ada lelaki friend zone perempuan, ada perempuan friend zone lelaki, lelaki friendzone lelaki..etc..mostly sebab takde mutual feeling. Personally pada aku, terma friend zone ni boleh digunapakai tak kira laa korang dah kenal bertahun atau baru kenal semalam...asalkan ada unsur 'rejection' dan 'friends only' dari sebelah pihak...aku tetap anggap itu sebagai friend zone.


Well, banyak sebab sebenarnya kenapa korang kena friendzone. Antaranya :

Tak hot - 'Aku tak kisah pasal rupa, asalkan dia baik'..Bullcrap! Aku rasa jantan PLU antara makhluk yang paling cerewet nak pilih partner kalau nak dibandingkan dengan jantan straight. Kalau tak cerewet mana mungkin Kamen Shinobi masih single...ekekekeke. Walau baik macam mana pun perangai korang, cukup segala-galanya..kalau korang tak menepati piawaian, tak menggiurkan lagi merangsangkan..jangan harap laa si dia berselera nak jadi buah hati korang.

Perangai - Korang pengotor, korang suka gelak macam setan depan public, korang hambar, korang bossy, korang kedekut, korang suka marah tak tentu pasal..etc. Pada dia..setakat nak buat teman lepak sekali-sekala, teman borak dalam wechat.. boleh laa kot..dia bukan nak hadap muka korang hari-hari pun. Tapi kalau nak jadikan korang steady partner...rasanya mati hidup balik pun si dia tak sudi...ekekeke

Dia straight - Yang ni make sense laa. Korang pun tahu sexuality tak boleh diubah-ubah...sama macam korang, sampai bila-bila jadi peminat pisang tegar...ekekeke. Memang tak laa si dia nak jatuh cinta dengan pisang korang. Haihh..aku pun tak faham kenapa korang beriya nak confess perasaan  dekat jantan straight sedangkan ramai lagi jantan PLU yang single and available dekat luar sana yang terkapai-kapai mencari cinta sejati..huhuhu

Not into relationship - Tidak semua jantan PLU itu percaya pada cinta sejenis. Ada jenis asal dapat romen sekali-sekala pun dah cukup...no string attached. Pada dia bercinta sesama sejenis ni takkan kekal lama dan menyusahkan. So buat apa dia nak bercinta kalau romen pun boleh membawa bahagia? Tak pun si dia masih trauma dengan kisah percintaan silam..maklum laa baru putus cinta. So no more love...friends only.

Gelojoh - Tidak semua jantan PLU yang mencari cinta tu senang untuk jatuh cinta. Ada yang nak kenal hati budi dulu, ada yang nak kenal dengan bakal mertua dulu...ekekeke..dan semua tu perlukan masa. Tapi korang baru kenal 2 minggu dah gatal nak confess perasaan, tak pun terus ajak romen..nampak sangat gila seks..mana tak kena friendzoned? ekekeke

Well..punca friend zone ni sebenarnya terlalu subjektif..dan setiap orang yang mengalami situasi ni ada sebab-sebab tersendiri kenapa mereka mem-friend zone-kan dan di-friendzoned-kan...adeh! habis rosak bahasa Melayu! hahahahaha...Kalau nak listkan semua sampai besok pun entry ni takkan habis...well, kalau korang nak tambah sendiri pun boleh..hehehe. 

So apa nak buat lepas kena friendzoned? Well, korang ada dua pilihan..

Stay out - Delete nombor telefon, unfollow social media, buang hadiah masuk dalam tong sampah etc. Senang citer buang segala kenangan yang mengingatkan korang pada si dia..totally move on..eceh! Pada aku langkah ni lebih sesuai diamalkan untuk spesis yang kuat sentap..ekekeke..maklum laa kena reject, malu beb! Kalau boleh nak pindah planet marikh terus. Ataupun spesis yang tak kisah hilang kawan..kononnya independent. Rasanya proses nak move on ni mungkin jadi lebih mudah kalau perkenalan tu masih terlalu baru..so kalau korang nak bawa diri atau nak putuskan hubungan pun, kurang sikit rasa bersalah tu.

atau..

Stay in - In-case korang terlalu sayangkan persahabatan tu..korang boleh laa tebalkan muka, teruskan berhubung dengan jantan yang dah friendzoned-kan korang...hehehe. Pada aku tak salah pun..asalkan korang tak expect lebih-lebih dan korang ikhlas untuk terus berhubung macam biasa. Mana laa tahu, mula-mula si dia anggap korang kawan..lama-lama jadi 'kesayangan'. Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia...eceh! So pandai-pandai laa korang adjust..

Apa pun, tak kisah laa korang kena friendzoned sebab korang tak perfect..kena reject sebab perangai korang yang kurang menarik, sekurang-kurangnya korang berani confess perasaan korang...dan paling penting korang jadi diri sendiri. Pada aku itu lebih baik daripada berpura-pura semata-mata kononnya nak impress orang lain..memula jer tunjuk perangai baik, dah declare baru nak tunjuk perangai busuk..lepas tu bila dah tak sehaluan, start gaduh lalu clash...Haihh...no wonder laa kenapa ramai PLU lagi-lagi yang single, available dan hot takut nak bercinta. Sudahnya yang single terus single, yang suka beromen makin puas beromen...ekekekeke

We fear rejection, want attention, crave affection
and dream of perfection

Saturday 12 November 2016

RECONNECT

Tut..tut..
1 New message

Anon : Hi awak
Aku : Hi..sape ni?
Anon : Ini abang laa

Erkkk...sudah lebih setahun aku meninggalkan entiti ni..lari dari masalah, lari dari kekusutan...konon nak lupakan kisah lama..tapi ntah apa mimpi dia tetiba muncul balik dalam hidup aku? Jujurnya lepas aku tinggalkan dia, aku lebih bahagia.. tapi ada masa-masa tertentu perasaan rindu tu tetap datang menyapa...terkenangkan memori silam..walaupun hubungan kitaorang hanya bercambah di alam maya. Dan saat aku menaip entry ni, aku sebenarnya tengah menahan sebak...tahan air mata, air hidung dari meleleh keluar..tapi last-last melimpah jugak..damn! Aku sendiri tak faham kenapa aku tetiba nak berdrama air mata..Kamen, jantan menangis buruk!...Lantak laa, dah memang buruk pun..huhuhu

Well...mungkin ada yang tertanya-tanya, siapa 'si dia' tu? Kalau korang belek entry belakang, aku dah pernah ceritakan kisah aku dan 'si dia' dalam entry INI..so kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila laa baca entry tersebut..tak banyak..ada 3 part jer...hehehe.

Cakap pasal rujuk ni, aku rasa couple yang dah breakup jer selalu nak rujuk balik. Yer laa, kalau tak couple macam mana nak rujuk? hehe. Tapi tak semestinya couple yang dah clash jer boleh rujuk balik, ada jugak yang mungkin baru pasang hajat nak bercinta tapi tak kesampaian..well, contohnya takde mutual feelings..pun boleh rujuk jugak..atau dalam konteks ni term 'reconnecting' mungkin lebih sesuai digunakan...ayat skema! Yer laa..dunia PLU ni bukan besar mana pun..pi mai pi mai tang tu jugak. Pusing kanan, jumpa balik ex-boyfriend...pusing kiri, jumpa balik ex-skandal...errr..boyfriend dengan skandal ada beza ke?


Well..kisah broken couple yang rujuk balik ni agak jarang aku dengar..lagi-lagi dalam kalangan PLU, tapi tak bermakna tak wujud langsung. Dulu masa memula bercinta bukan main lagi. Mintak apa pun mesti dapat..lagi-lagi yang 'itu' tu..laju jer..ekekeke. Itu dulu laa waktu hangat bercinta, tapi bila dah sampai kat tengah-tengah hubungan tu semakin hambar, bosan barangkali..so nak tak nak terpaksa curang, cari pisang baru..maklum laa dah muak telan pisang lebam..last-last kantoi, gaduh lalu clash...cliche..ekekeke.. Tapi percaya laa...marah,merajuk,benci macam mana sekali pun..aku yakin dekat hati tu pasti masih ada rasa cinta dan sayang...eceh! Macam ada pengalaman jer Kamen ni...errr..no komen! ekekekeke

Dan bila perasaan tu semakin membuak-buak, tu yang nak rujuk balik dengan ex-boyfriend tu. Pada aku nak rujuk balik tu tak salah pun. Yer laa, kalau cinta dan sayang tu masih terlalu kuat untuk dilepaskan..dan dua-dua pun masih single and available...why not? Cuma kadang-kadang tu ada jugak yang dah ada boyfriend baru tapi still menggatal nak rujuk balik dengan ex-boyfriend lama..konon nak buat kawan. Well, setakat nak berkawan dengan ex tu takde hal pun, tapi kalau ada agenda nakal disebalik niat nak berkawan tu..aku rasa baik move on jer laa. Tak pasal-pasal title 'berkawan' bertukar jadi 'kawan mengawan'..macam mana boyfriend baru tak cemburu?

Tu pasal broken couple yang nak rujuk balik. Ada jugak kes PLU yang tak jadi nak couple tapi cuba untuk reconnect balik sebab kononnya terlalu sayangkan hubungan persahabatan yang dibina...ni kes friendzone laa ni..hehehe. Again..situasi tipikal dalam dunia PLU.

Pada aku nak reconnect balik lepas kena friendzoned tak pun lepas friendzone-kan seseorang boleh jadi sangat complicated dan sangat awkward. Well, aku bercakap dari pengalaman sendiri..siapa friendzoned siapa? PM aku kalau nak tahu...ekekeke..Yer laa..cinta tak berbalas, kena reject..siapa tak malu? siapa tak sentap? siapa tak sedih? Yang jadi mangsa friendzone tu mesti rasa malu nak berhadapan dengan realiti. Tu yang ada kes tetiba menjauhkan diri tu, lama kelamaan terus ghaib dari radar..mesej tak reply, call tak angkat..nampak sangat yang kena reject tu tengah berjauh hati. So bila berdepan dengan spesis sensitif sebegini, tak banyak yang boleh dilakukan, redha jer laa...dah orang tak nak kawan, nak buat macam mana lagi? Siapa suruh jual mahal? ekekekeke.. Unless yang kena reject tu spesis jiwa kental, setakat friendzone hal kecik jer pada dia. Eleh, ntah-ntah masuk bilik terus meroyan sorang-sorang..bajet kental konon..chet! Percaya laa, friendzone sucks..tapi pada aku kalau ada niat nak reconnect balik dan teruskan berkawan macam biasa, mudah jer sebenarnya...lower the expectations dan elakkan dari memberi harapan palsu...eceh! Lagipun cikgu pernah pesan..berkawan biar beribu, kalau si dia reject, ramai lagi yang menunggu kat luar sana....termasuk aku...ekekeke

Rasanya cukup laa setakat ni dulu..air hidung tak habis meleleh lagi ni..nak bersihkan jap..ekekekeke. So korang ada cerita atau pendapat peribadi berkaitan dengan topik ni? Sudi-sudikan laa share dalam ruangan komen dibawah.

Anon : Awak masih marah kat abang?
Aku : Ntah laa.....
Anon : Hmmm :(

Though no one can go back and make a brand new start,
anyone can start from now and make a brand new ending.

Monday 17 October 2016

SELF-ACCEPTANCE

Baru-baru ni heboh dalam social media..sepasang gay couple dekat Indonesia kena cekup pihak berkuasa tempatan akibat melakukan perbuatan tidak senonoh...alaa, kissing jer pun! ekekekeke. Tu laa, siapa suruh gatal sangat upload gambar intim tu dalam social media..konon nak bagitahu satu dunia yang korang tengah berbahagia..chet!

Aku kadang-kadang tak faham dengan sikap segelintir gay especially dekat nusantara ni. Diaorang lupa agaknya yang diaorang tu duduk dalam negara yang mengamalkan adab dan budaya ketimuran yang tinggi. Yer laa, sedangkan Che Ta dengan Zain yang dah sah tu tayang gambar tengah lip locking pun boleh kena kecam...inikan pula gay couple..mau tak kena maki? Haihhh..diskriminasi sungguh...ekekekeke

Tapi satu jer laa yang aku kagum dengan gay-gay zaman sekarang ni..muda-muda lagi dah boleh terima diri tu gay..siap boleh in-relationship lagi..pastu tayang muka puas lepas romen dengan kesayangan dalam FB, Twitter, Insta dan sebagainya...ekekeke. Sedangkan aku dah nak menopause baru terhegeh-hegeh nak accept sexuality aku. Tu belum masuk bab terhegeh-hegeh cari pasangan...desperate sungguh laa ko Kamen. Well...perkara baik tak elok tunggu lama-lama bukan? ekekekeke...

Cakap pasal self-acceptance ni..aku yakin dan pasti korang pernah tak pun mungkin sedang mengalami situasi 'denial'...denial yang korang tu gay..bukannya straight. Well...aku pun macam korang jugak..pernah mengalami situasi sebegitu especially masa zaman muda remaja tidak lama dahulu..


Dulu..masa kat sekolah menengah, aku dah mula perasan yang aku tak minat langsung tengok perempuan. Masa tu cikgu yang paling hot kat sekolah aku, cikgu Chia..masuk kelas pakai baju ketat, tayang lurah dendam putih melepak, tayang betis gebu..pada aku biasa-biasa jer..rasa macam tengah tengok pokok kayu bergerak..takde feel langsung! sedangkan budak lelaki lain dah menggelupur tahan klimaks...ekekeke. Lepas tu mula laa terfikir "Kenapa aku macam ni?". Tapi biasa laa budak-budak lagi...masih naif...lagipun waktu tu otak aku masih suci lagi, nak maki orang sampai sebut perkataan lucah pun rasa berdosa giler waktu tu...apatah lagi nak fikir benda-benda lucah macam budak-budak lain..takut balik sekolah kena panah petir..ekekekeke. So aku biarkan andaian itu berlalu pergi..dengan harapan perasaan tu beransur hilang. 

Waktu berlalu..still, perasaan tu masih melekat dalam sanubari aku. Dan sejak aku kenal apa itu internet, google, etc..aku mula sedar yang aku memang takde perasaan langsung dekat entiti bernama perempuan. Yer laa...lelaki 'normal' sibuk cari gambar vagina, boobs etc..aku sibuk cari gambar lelaki shirtless...hahahaha..sampai laa ke tahap bernafsu tengok body lelaki especially yang katang lagi sado...aummm!

Masa kat universiti aku dah slowly terima yang diri aku tak macam lelaki 'normal' lain. Aku hanya tertarik pada lelaki..sexually and emotionally..atau dengan erti kata lain..aku gay. Cuma waktu tu aku masih rasa kekok declare diri aku gay..rasa something wrong somewhere jer. Tapi yer laa, aku masih dalam proses menerima diri aku seadanya..so ada masa-masa tertentu aku tetap mempersoalkan "kenapa aku jadi gay?".."kenapa aku tak straight macam kawan aku?"..dan kadangkala berharap perasaan sukakan lelaki tu hanya fasa sementara..mana laa tahu, esok lusa tetiba tersuka dekat perempuan pulak. Well..semua tu hanya angan-angan kosong..hakikatnya, sekali gay..selamanya gay...ekekekeke.

Well...itu kisah lama..fasa denial, konon berharap nak jadi straight dah pun berlalu. Sekarang ni aku dah semakin selesa dengan sexuality aku.. I'm gay and it's okay..mampos!..sure blog ni jadi viral lepas ni...wakakakaka..'Selesa' dalam konteks ni bermaksud aku menerima sepenuhnya siapa diri aku..sexual identity aku. So takde lagi istilah denial..acah-acah nak jadi straight..semua tu dah hilang..aku gay..full stop! Tapi selesa macam mana pun, takde laa sampai nak coming out dekat family dan kawan-kawan...sambil kibar bendera pelangi ronda keliling kampung...tu kerja gila! Tak pasal-pasal kena rejam beramai-ramai...hahahaha...stay low-profile, itu lebih afdal. Hanya orang-orang yang terpilih jer berhak tahu...eceh! Yer laa..dah tua, tak lama lagi nak menopause..takkan nak hidup dalam denial lagi? Depan member acah-acah ngorat aweks...padahal belakang member, stalk jantan dalam Instagram sampai menjejeh air liur tu..ekekeke. Lagipun tengah berangan nak cari life partner..kalau diri sendiri pun susah nak terima, macam mana nak terima dan hidup bersama dengan orang tersayang? eceh!

Well..boleh dikatakan proses menerima diri aku sebagai seorang lelaki gay agak mudah..walaupun agak terlambat. Yer laa, sepanjang hidup aku tak pernah pun rasa stress memikirkan kenapa aku memiliki naluri sebegini. Aku lebih banyak mencari jawapan dan memperbanyakkan bacaan berkaitan dunia LGBT..instead hidup dalam depression, kemurungan sampai meroyan macam sesetengah gay yang masih denial dan masih tercari-cari sexual identity diaorang..kadang-kadang tu ada yang sampai terfikir nak bunuh diri sebab tak tahan berperang dengan perasaan sendiri..haihh..

Apapun, buat korang yang mungkin masih dalam fasa 'denial'...aku nasihatkan chill jer..take your time. Ia mungkin phase...atau korang memang dah ditakdirkan jadi gay sepanjang hayat macam aku...ekekeke. Bagi aku tak guna stress memanjang memikirkan benda-benda diluar kawalan macam sexuality ni...apatah lagi sampai nak bunuh diri. Orang pendek akal jer sanggup bunuh diri. Aku yakin korang tak sebodoh itu. Setiap kejadian tu pasti ada sebab dah hikmah disebaliknya bukan? So..sayangi laa diri korang seadanya. Bahagia tu luas..bahagia ada dimana-mana..bahagia boleh dicari..asalkan korang tahu jaga diri...pasti semuanya baik-baik saja.

Some people try very hard to impress others
but in the bargain lose their own identity

Sunday 25 September 2016

TWO YEARS LATER

Pejam celik dah dua tahun blog ni bernyawa..sampaikan aku sendiri terlupa tarikh aku start buka blog ni..21 September 2014. Bila dah tersedar baru nak menggelabah buat entry ni...ekekeke..alaa..lewat beberapa hari jer..hehehe.

Mungkin ada yang perasan lately ni aku dah jarang update...eleh, macam laa ada yang ambil kisah. Bukan nak bersara apatah lagi sibuk bercinta...maklum laa, Kamen Shinobi jantan tua lagi tak laku...cuma..ahhh! malas laa nak citer...ekekekeke. Idea, topik dan cerita peribadi masih terlalu banyak yang belum diluahkan, semangat untuk berkongsi masih terlalu menebal..tapi ntah laa..mungkin ini petanda awal andropause? Merapu jer laa ko Kamen.

Well..apa yang terjadi sepanjang 2 tahun bergelumang dalam dunia blogging? Tipu laa kalau aku kata takde perubahan..cuma yang tak berubah status aku jer..masih single and available..haihhh....



Sepanjang 2 tahun aku hadir dalam dunia maya sebagai Kamen Shinobi..ada laa beberapa orang yang cuba mendekatkan diri..konon nak berkenalan. Kalau dulu aku nekad tak nak berhubung dengan sesiapa...maklum laa paranoid..takut pecah lubang..takut kantoi gay. Tapi bila difikirkan balik, tak salah pun aku sebagai blogger berinteraksi dengan followers dan pembaca blog aku...mana laa tahu ada dikalangan pembaca blog aku ni jodoh yang dicari-cari selama ini..eceh! So, slowly aku mula dedahkan cara untuk orang-orang yang terpilih ni contact aku secara personal. Memula sembang kosong dalam chat apps...kemudian berhubung melalui panggilan suara...sampai laa ke tahap meet up secara personal. Kiranya..identiti blogger bernama Kamen Shinobi bukan lagi rahsia besar bagi sesetengah orang.

Dan dari situ, bermula laa bermacam-macam episod dan drama yang aku sendiri tidak menjangka. Well..hidup ni kan penuh kejutan..macam tu jugak laa perjalanan hidup aku. Walaupun kadang-kadang tu terasa sedikit menyesal sebab dedahkan identiti yang sepatutnya menjadi rahsia..tapi bila difikirkan balik, nasi dah pun jadi bubur..lagipun aku sendiri yang buat keputusan untuk expose diri aku...so lantak laa...ekekekekeke. Syukur laa..aku masih hidup aman dan tenteram sampai ke hari ini walaupun dah ada di luar sana yang dah tahu siapa insan disebalik pemilik nama Kamen Shinobi ni..hehehe. Dan aku berharap orang-orang yang terpilih tu tidak mengecewakan aku..well, anda tahu siapa anda..aku tahu korang memang baik..hehehe

Apapun, aku tidak keberatan seandainya ada yang cuba nak approach aku. Tak pun cuba untuk membongkar identiti Kamen Shinobi. Aku sentiasa menyambut salam perkenalan dari korang dengan tangan terbuka..orang tua selalu pesan..berkawan biar beribu. Cuma satu jer nasihat aku..Kamen Shinobi ni ibarat jinak-jinak merpati...ekekekeke..kesungguhan dan kesabaran harus ada...ditambah dengan kata-kata hikmat dan pujuk rayu tanpa henti..nescaya Kamen Shinobi milik korang yang terpilih...erkkkk...hahahaha!

Well...rasanya cukup laa setakat ni aku berangan..acah-acah blogger gay pujaan ramai..walaupun hakikatnya di dunia nyata tiada siapa pun ingin memandang walau hanya sebelah mata..apatah lagi di alam maya, sure ramai yang menyampah..ekekekekeke

Terima kasih rakan-rakan blogger lain...terima kasih followers...terima kasih silent reader..terima kasih stalker..terima kasih anonymous..terima kasih buat semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen dalam blog aku. Andai ada tersilap kata..gurau terlebih..ternakal..termengutuk..terpeluk..teraba..terselak..erkkk..harap dimaafkan. Segala kritikan dan saranan sangat dialu-alukan..tapi kalau nak hantar rombongan menyunting hati yang sunyi ni lagi afdal...ekekekeke

Experience is a cruel teacher,
It gives a test before presenting the lesson.



Saturday 20 August 2016

I LOVE YOU

Korang yang tengah bercinta tak pun pernah bercinta mesti pernah sebut ayat keramat ni bukan? sebagai bukti yang korang betul-betul adore..sayang..cinta mati dekat pasangan korang. Tak pun masa nak confess perasaan dekat seseorang.

Well, mulanya aku tak nak share story ni sebab terlalu cheesy..dikhuatiri ada yang demam seminggu lepas baca kisah aku yang satu ni..tapi aku ubah fikiran di saat-saat akhir..lantak laa orang nak kata apa, yang penting lepas hajat...hahahahaha..eleh, banyak laa ko punya saat-saat akhir Kamen!

Ceritanya bermula begini,

Baru-baru ni member aku ajak aku keluar lepak..aku letak nama member aku Samad. Samad ni member lama aku, kitaorang kenal sejak dari sekolah menengah lagi. Dipendekkan citer, Samad ajak aku window shopping..saja cuci mata sambil berangan dekat shopping mall tempat kitaorang lepak. Aku macam biasa laa, layankan jer permintaan member lama aku ni. Tetiba Samad cakap dekat aku dia nak masuk satu kedai pakaian ni..again, aku macam lembu kena cucuk hidung..ikut jer mana Samad pegi.

Masuk jer kedai tu, kitaorang disambut oleh seorang budak penjaga kedai lelaki. Memandangkan aku takde niat nak beli baju baru, aku cuma belek-belek baju yang ada..mana laa tahu ada yang terberkenan. Samad pulak excited keluar masuk fitting room.

Sejak mula aku menjejakkan kaki dalam kedai tu, aku dah lama perasan budak penjaga kedai lelaki ni asyik pandang aku. Aku pun tak faham apa masalah budak ni..mungkin dia syak aku nak mencuri..tak pun dia taste dekat aku? erkkk..giler perasan! hahahaha.. Dan sejak dari mula aku terpandang budak lelaki ni..aku feel something wrong somewhere..well, gaydar..ekekekeke. Korang pun faham macam mana gaydar berfungsi bukan? Tapi aku buat bodoh jer, gaydar aku kadang-kadang bukan betul sangat pun..maklum laa gaydar made in China...ekekekeke

Masa tengah tunggu Samad try baju, budak penjaga kedai ni datang mendekati aku..

Budak : Hi..tak nak cuba?
Aku : Errr..takpe. Baju banyak lagi kat rumah.
Budak : Ohh..saya Ray (hulur tangan nak bersalam)
Aku : Hi Ray, saya Kamen

Masa memula nampak budak penjaga kedai ni aka Ray, aku tak rasa apa pun..maklum laa bukan taste..perasan hot jer laa ko Kamen! ekekeke.. Well, tipu! sejujurnya aku agak tertarik dengan budak Ray ni walaupun dia bukan type aku..hehehe. Korang mesti nak tahu Ray ni macam mana orangnya? Untuk buat korang berimaginasi nakal...Ray berusia dalam lingkungan awal 20-an..berketinggian lebih kurang 170cm, warna kulit sawo matang, rambut hitam, lurus dan lebat, tidak bermisai mahupun berjambang..memiliki bentuk dan features wajah melayu asli..agak manis orangnya. Susuk tubuh badan Ray tidak kurus, tidak terlalu gemuk...sedang-sedang elok dan huggable..part tu aku paling suka..aumm! hehehehe. Ray berperwatakkan sopan tapi bukan lembut dan sangat pemurah dengan senyuman.

Memandangkan Samad terlalu sibuk shopping baju, aku dah jadi serupa patung terbiar dalam kedai tu. Mujur ada Ray...so aku habiskan masa bebual dengan budak Ray ni. Walaupun Ray bukan type aku tapi Ray memiliki attitude dan personaliti yang sangat menarik..dah laa manis, easy going pulak tu..alahai perfect! tetiba pulak pankreas ni bergetar laju...nak jer rasanya melamar Ray jadi penghuni hati yang kosong ini..eceh! Berangan jer laa kau Kamen..silap-silap Ray tu straight as arrow, siap dah ada girlfriend lagi..menangis tak berlagu kau Kamen!

Ray : Boleh share nombor? Aku suka borak dengan kau
Aku : Boleh.

Dan moment indah antara Kamen dan Ray pun bermula......

Dipendekken citer, masa berlalu...aku sekali lagi singgah jumpa Ray kat tempat sama. Haihh, nampak sangat aku dah naik angau dengan budak ni...dulu konon tak taste, sekarang tetiba tersuka tanpa sengaja...eceh! Adakah Kamen Shinobi sedang di lamun cinta? mungkin..ekekeke..walaupun sebenarnya aku masih clueless dengan orientation Ray...maunya budak Ray tu dah ada girlfriend...adeh..musnah harapan! Tapi bak kata orang Jepun, just go with the flow...so aku layankan jer laa budak Ray ni..hehehehe
Tetiba...

Ray : Kamen, aku ada benda nak cakap..
Aku : Apa dia?
Ray : I love you! (bisik)
Aku : Ha? (sambil buat muka pelik)
Ray : I love you (senyum)
Aku : ???


Masa tu aku cuma mampu terdiam...unsangkarable! hahahaha..Tapi aku pun pelik jugak, apa giler budak Ray ni? Takkan laa baru kenal dah cakap "I love you".. gelojoh sungguh! Eleh...terus terang jer laa Kamen, kau sebenarnya suka bila Ray confess perasaan dia kat kau kan? Kalau boleh nak ajak Ray tu kawen lari terus...hahahahaha. Tiba-tiba...

Tutt....tutt...

Incoming message - Samad

Damn! kacau betul laa Samad ni..aku baru nak ber-Dilwale dengan Ray, dia sibuk ajak aku lepak. Memandangkan Kamen Shinobi tidak suka mengecewakan orang lain..permintaan Samad aku penuhi. Tapi apa jadi dengan budak Ray? Well...kejap lagi aku sambung. Aku bergegas menuju ke tempat yang dijanjikan Samad.

Aku : Dah lama sampai?
Samad : Baru jer...ko duduk aku beli makanan
Aku : Takpe...biar aku pegi beli
Samad : Ok..

Tempat kitaorang lepak tu bersebelahan dengan pasar malam. So, aku dengan penuh bersemangat berlari-lari anak keliling pasar malam tu..maklum laa, nak cari makanan yang paling best, lagi pun kawasan tu agak luas..kalau catwalk serupa model spender Calvin Klein, mau mati kebuluran Samad tunggu aku...hahahaha. Beberapa minit kemudian, aku patah balik ke tempat kitaorang lepak tadi...namun, yang tinggal hanya sekeping nota bertulis...

"Kamen, aku balik dulu..sejam aku tunggu ko tak datang - Samad"

Erkkk...sejam? Tapi rasanya baru beberapa minit aku tinggalkan Samad..mustahil. Tidak lama kemudian, terdengar sayup-sayup bunyi yang agak biasa aku dengar. Namun semakin lama, bunyi tu semakin kuat dan agak menganggu. Lalu, perlahan aku membuka mata dan.....

Akhirnya aku terjaga dari lena..aku dapati alarm handphone berbunyi tanpa henti memecah suasana hening pagi..Chet! aku mimpi rupanya!...Ray? dia cuma watak mainan setan dalam mimpi aku....damn!

Sekian..kisah mimpi aku beberapa hari lepas..ekekekekekekekeke. Well, ini cerita real..bukan rekaan ataupun khayalan semata-mata. Dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga saat Ray membisikkan "I love you" dekat aku..it was so real and vivid.

Haihh..sedih betul hidup kau Kamen..tak dapat bercinta di alam nyata, dalam mimpi pun jadi laa. Seumur hidup, ini first time aku dapat mimpi sebegini..kalau mimpi basah tu dah biasa sangat...errrr...hahahahaha! Tapi adakah mimpi tu satu petanda Kamen Shinobi bakal bertemu dengan seseorang yang mampu menggetarkan pundi kencing dan juga organ-organ pembiakan yang lain atau hanya sekadar rintihan jiwa yang terlalu dahagakan cinta manusia...eceh!

Dreams are more real than reality itself,
they're closer to the self


Friday 5 August 2016

CERITA RAYA SAYA

Title dah serupa karangan budak tadika...ekekeke..Haihh..agak lama jugak aku menyepi..maklum laa, sibuk beraya..raya kan sebulan..hehe! Eleh...nampak bebeno menipu, cakap jer laa terus terang Kamen, ko dah takde bahan nak story. Nampak sangat blog ni semakin hambar, sehambar tuan empunya blog jugak. Nak ucap selamat hari raya, bulan syawal dah berlalu..tunggu raya haji jer laa. Silap-silap raya haji nanti aku buat ucapan melalui video..konon nak  buat pendedahan exclusive...habis terbongkar segala identiti..wakakakaka..mintak dijauhkan!

Memandangkan aku dah agak lama menyepi, aku nak share sikit citer pasal raya baru-baru ni. Well, sebenarnya takde benda menarik pun yang berlaku..sama jer macam tahun-tahun sebelumnya...maklum laa masih kepunyaan parents..eceh! Lain laa kalau hati ni sudah miliki, mau muntah pelangi korang baca kisah raya Kamen Shinobi bersama insan tercinta..muahahahaha..

Kalau nak citer pasal baju raya, tahun ni aku cuma sediakan sepasang baju melayu cekak musang berwarna...rahsia...lengkap dengan samping berwarna...pun rahsia...ekekeke. Kalau korang nak tahu, kitaorang sekeluarga tak pernah pun amalkan konsep warna sedondon ni..ikut citarasa masing-masing nak pakai warna apa pun..lantak laa, yang penting masing-masing nampak cantik dan bergaya di hari raya..eceh! Tapi yang aku perasan raya tahun ni trend lelaki pakai jubah dan kurta. Aku memula niat nak join the club..konon nak nampak up-to-date dengan peredaran fesyen semasa..tapi memandangkan harga jubah yang aku suka semuanya mahal mencekik, aku terus lupakan niat murni tu...membazir kan amalan syaitan..hehe.

Pagi raya macam biasa laa bersiap nak pegi ke masjid menunaikan apa yang patut dilakukan sebagai sorang muslim yang bertakwa...eceh, acah-acah ustaz songsang laa ko Kamen! Masa tengah sarung baju melayu berwarna rahsia tu, tetiba pulak hati ni terdetik 'Bila laa dapat merasa beraya dengan the special one'...lepas tu mula laa berangan...

Bee : Sayang dah siap? jom g masjid sesama.
Aku : Jap! tengah sarung boxer ni!
Bee : Jangan lupa pakai baju melayu kaler sama dengan Bee tu yer..jap lagi Bee datang jemput sayang.

Alahai..berangan jer laa ko Kamen! Nak pakai sedondon konon. Tak pasal-pasal dekat masjid nanti ada pulak yang bertanya "Bila masa mak kamu ambil anak angkat?". Haru aku nak menjawab..hahahaha. Well, korang yang dah berpunya tu seronok laa beraya dengan buah hati tersayang..makan lemang dengan rendang siap bersuap. Orang single macam aku, lepas balik masjid melantak sorang-sorang...nak tunggu orang suapkan rendang? dalam mimpi jer laa! Takkan laa nak mintak parents tolong suapkan...forever alone sungguh..hahahaha!

Raya tahun ni aku rasa seronok sikit sebab tak ramai yang bertanya soalan-soalan cepumas lagi menyakitkan ulu hati..."Bila nak itu, bila nak ini?"..haih..naik muak setiap tahun soalan sama. Mungkin..makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bertandang ke rumah aku haritu dah biasa nampak aku merayau sorang-sorang tanpa teman..Nampak sangat Kamen Shinobi jantan tak laku..wakakakaka. Tak pun diaorang dah malas nak ambil kisah pasal private life aku...atau mungkin jugak diaorang dah tahu aku gay? erkkk...

Tapi yang tak best-nya ada pulak yang cakap aku dah kurus! Chet! Panas pulak telinga bila dengar, sia-sia jer aku main besi sampai keluar peluh jantan..konon nak besarkan badan jadi sado, tapi hasilnya?..haihh.. Eleh..kalau setakat angkat dumbbell 5kg, 2 rep dah gigil, sampai kiamat pun takkan sado macam Jay Cutler...ekekeke. Cakap pasal badan, sejak start bulan puasa haritu sampai laa sekarang, selera makan aku semakin bertambah...nak kata tengah bahagia bercinta, mustahil. Aku pun tak tahu kenapa mulut ni asyik nak menguyah 24/7. So semalam aku try timbang berat badan. Sebelum puasa berat aku maintain 70kg, tapi semalam dah naik 3kg...wakakakaka! Patut laa badan rasa gelebeh semacam. Ahh..lantak laa, kalau tak dapat body macam Zac Efron, dapat body chubby macam Jack Black pun dah cukup....hahahahaha..alergik dengan perkataan 'kurus'. Mintak-mintak tahun depan ada yang cakap "Eh, ko dah gemuk...makin comel"...wakakakaka...giler perasan!

Hari raya ke-5 haritu aku ikut family aku pegi beraya dekat rumah kawan lama parents aku. Macam biasa laa, golongan senior jer yang rancak berborak, golongan muda macam aku pulak rancak menguyah dan menghabiskan makanan yang terhidang...hahahaha! buruk betul perangai ko Kamen. Dah selesai melantak kat rumah orang, tengah bersalaman nak balik tu.. tuan rumah hulur sampul duit raya dekat aku. Rezeki aku kot haritu, dah tua bangka pun masih dapat duit raya. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku dapat duit raya...tetiba terasa macam kanak-kanak ribena walaupun sebenarnya ribena yang dah expired. Well, duit raya yang aku dapat tu takde laa banyak mana, cukup setakat buat beli durex play perisa strawberry sebotol....errrrr....wakakakakkaa

Well, cukup laa setakat ni..dah panjang sangat aku merapu. Siapa nak sisa kuih raya buatan air tangan Kamen Shinobi..angkat kaki tayang paha. Stok ada banyak lagi, semua sedap-sedap belaka. Tinggalkan alamat rumah dan nombor telefon dalam ruangan komen di bawah untuk urusan penghantaran...ekekekeke

The moments may have ended,
But the memories last forever.

Tuesday 14 June 2016

RAMADAN YA RAMADAN

Tajuk cliche...ekekeke. Pejam celik..bangun tido..sahur berbuka..hari ini dah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa. Mungkin belum terlambat lagi rasanya aku nak ucap selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan blogger dan pembaca blog aku..eceh! berangan ramai peminat..ekekeke

Bila dah masuk bulan ramadan ni, kena laa kurangkan sikit aktiviti mengumpat dan mengata mahupun bercakap dan melihat benda-benda yang tak sepatutnya..bajet macam ustaz..ustaz songsang! muahahaha. So untuk menghormati bulan ramadan yang mulia ni dan memandangkan aku dah agak lama menyepi..aku nak share sikit citer berkaitan bulan ramadan. Anggap laa post ini sebagai buah tangan istimewa buat semua pembaca yang sudah terlalu lama menanti update terbaru dari Kamen Shinobi...wakakakakaka. Giler perasan lagi memualkan.

Bercakap pasal bulan ramadan dan puasa..kalau tak silap, aku mula start berpuasa masa umur aku 10 tahun..masa tu aku darjah 4. Biasa laa, takkan dah nak baligh tak reti-reti lagi nak puasa..ekekeke. Tapi yer laa...masa tu aku berpuasa bukan atas sebab tuntutan agama..tapi sekadar nak dapat duit...hahahaha! 


Dulu, parents aku didik aku untuk berpuasa melalui duit. Dipendekkan citer sekiranya aku mampu bertahan dari makan dan minum atau dengan kata lain berpuasa penuh pada hari itu..parents aku bagi seringgit sehari sebagai upah. Tapi kalau pecah puasa, tak dapat apa-apa laa..hehehe. Well..siapa tak nak duit? Dah laa masa tu aku tengah ketagih beli mainan..kalau boleh tiap minggu nak beli mainan baru. So kalau nak dapat duit, aku kena laa ikut berpuasa dalam bulan ramadan. Tapi biasa laa, budak-budak baru nak belajar berpuasa...kadang-kadang tu aku cuma mampu bertahan sampai tengah hari..lepas tu mula laa merengek kelaparan...hahaha. Tak pun curi-curi minum air masa tengah mandi lepas balik sekolah..lepas tu claim kat mak bapak duit..konon puasa penuh hari itu. Buruk betul perangai ko Kamen...kecik-kecik dah mata duitan. Nak dapat seringgit punya pasal sampai sanggup tipu orang tua...ekekekekeke

Masa memula belajar nak puasa, total collection aku hujung bulan tak banyak pun..dapat laa dalam RM5 ke RM10..ekeke...tu pun dah happy. Cukup laa nak beli Tora, Dingdang dan stok jajan untuk beberapa minggu. Tapi semakin aku meningkat dewasa, total collection aku slowly bertambah saban tahun..dari RM5 ke RM30. Dapat RM30 tu bermakna aku dah mampu berpuasa penuh selama sebulan. Kalau tak silap, aku start puasa penuh masa form 2. Dan lagi best kalau aku puasa penuh sebulan, parents aku bagi duit bonus. Tu belum masuk duit raya lagi...mau tak happy? Kecik-kecik dah pegang duit banyak. Tapi yang tak bestnya... adik beradik pow duit aku beli majalah ujang edisi bumper raya..damn!

Bila dah besar, dah tahu hukum, dah tahu rasa malu kalau tak puasa..aku dah stop mintak upah. Nampak tak, Kamen Shinobi sebenarnya anak yang sangat baik..tak boleh blah puji diri sendiri!muahahaha.. Yer laa, ketiak dah tumbuh bulu..takkan nak mintak upah lagi? So pepandai laa ikhlaskan diri untuk berpuasa..eceh! Setakat ni aku tak pernah lagi ponteng puasa apatah lagi curi-curi makan dekat mana-mana fastfood...ekekeke. Tak kira laa lapar atau dahaga mana sekalipun, aku tetap maintain steady..eceh! Malu kot..badan sado tapi ponteng puasa...errr...sado tang mana aku tak pasti..sado kat perut kot..wakakakaka. Lagipun, nikmat bila berbuka tu sebenarnya lagi hebat bila tengah kebulur dan dahaga nak mati....kadang-kadang lagi hebat dari klimaks di ranjang...erkkk!

Sebenarnya banyak lagi aku nak citer berkaitan bulan ramadan..tapi orang kata bila tengah berpuasa tak elok banyak bercakap..lagipun mulut tengah kering dan busuk..dikhuatiri ada yang sesak nafas lalu pengsan..hahahaha! Apapun, sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Sebelum mengundur diri, sedikit pesanan..kalau pegi bazar ramadan, usha makanan takpe tapi jangan usha jantan. Mentang-mentang laa bazar ramadan tu sesak...time tu laa nak main gesel-gesel dengan jantan...ekekekekeke.


Empty your stomach, to feed your soul

(masuk tahun ni dah dua tahun crush sado tak meniaga. Terus takde mood nak pegi bazar ramadan. Tak selera nak beli makanan dekat makcik muka ketat...ekekekeke)


Monday 16 May 2016

CIKGU

Bukak tv..drama pasal cikgu. Tengok news..pun citer pasal cikgu. Dah kenapa harini semua duk sanjung guru-guru dekat Malaysia ni? Chet! Nampak sangat Kamen Shinobi pelupa orangnya! Maklum laa, dah bertahun meninggalkan zaman persekolahan...tarikh hari guru pun aku dah malas nak amek port. Muka bekas cikgu sendiri pun aku dah ingat-ingat lupa..ntah-ntah cikgu sendiri lalu sebelah pun aku tak kenal..silap-silap pernah berskandal dengan cikgu sendiri pun aku tak perasan...erkkk...Teruk sangat penyakit Alzheimer ko ni Kamen! ekekeke.

Bila bercakap pasal guru..tetiba terasa nak balik ke alam persekolahan. Yer laa, waktu tu tak payah fikir pasal hal-hal duniawi macam sekarang ni. Keje cuma pegi balik sekolah, dengar cikgu membebel sorang-sorang kat depan, siapkan keje sekolah yang cikgu bagi...haih, senang betul hidup waktu tu..walaupun kadang-kadang liat nak pegi sekolah apatah lagi nak siapkan keje sekolah..ekekekeke. Well, setakat yang aku ingat, aku tak pernah lagi ponteng sekolah apatah lagi sampai kena denda sebab tak siapkan keje sekolah. Eleh..nampak bebeno menipunyer! HAHAHAHA!

Nak dijadikan citer, waktu aku di sekolah menengah tak lama dulu..eceh!..ada seorang cikgu lelaki ni..aku namakan Cikgu Daud..beliau mengajar subjek sejarah. Cikgu Daud ni agak sopan orangnya. Well..if you understand what I mean..hehe.. Tapi ntah kenapa dalam ramai-ramai student dalam kelas tu, aku sorang jer yang selalu kena marah dengan Cikgu Daud ni..kononnya aku selalu lost focus bila beliau mengajar. Aku bengang jugak laa bila selalu sangat dimalukan depan classmate lain. Yer laa, dah beliau mengajar subjek paling membosankan atas muka bumi ni..mau aku tak tertido dalam kelas. Tu laa, tido lagi..padan muka kena marah. Sampai ke satu tahap aku seolah berdendam dengan Cikgu Daud dan sangat benci dengan subjek sejarah...mujur tak fail exam..ekekeke. Kadang-kadang tu nak jer aku terjun keluar dari tingkap tiap kali Cikgu Daud masuk mengajar.




Dipendekkan citer, lepas aku habis sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran ke universiti..aku dah lost contact dengan semua bekas cikgu aku..termasuk laa Cikgu Daud..walaupun waktu tu masing-masing dah ada FB etc. Konon nak move on dan mulakan hidup baru sebagai sorang siswa..eceh!

Kalau korang baca balik entry aku yang lepas, aku ada citer yang aku hanya discover dunia PLU lepas aku habis universiti. So lepas graduate aku mula berkenalan dengan Planet Romeo (PR). Biasanya kalau korang install benda-benda camni, korang mesti cari PLU yang ada berdekatan dengan area korang bukan? Atas tujuan apa? Korang sendiri pun tahu...hehe

Well, di sini laa citer bermula. Dipendekkan citer lagi, waktu aku tengah scroll profile PLU dalam Planet Romeo tu, maklum laa..batak! aku terjumpa satu profile ni. Orang kata dunia PLU ni kecik..well, memang betul pun. Sebab profile yang aku jumpa tu sebenarnya milik Cikgu Daud. Terbeliak biji mata aku tengok gambar Cikgu Daud ber-posing maut tepi kolam..siap upload gambar close up pisang emas lagi..nasib baik tak selera, kalau tak..aumm! hahahaha! Macam-macam jugak laa citer aku dengar pasal Cikgu Daud dari mulut-mulut PLU. Mulanya aku tak nak percaya..yer laa, takkan laa pendidik nak jadi camtu...tapi Cikgu Daud pun manusia biasa..ada nafsu dan kemahuan. Tak tahu laa pulak kalau diaorang tipu aku. Tapi aku takde laa terkejut beruk bila dapat tahu Cikgu Daud gay sebab dari dulu lagi aku dah boleh sense something wrong somewhere dekat Cikgu Daud ni..tapi aku masih clueless. Maklum laa waktu sekolah dulu aku masih lagi noob pasal dunia LGBT. Lepas kejadian Cikgu Daud terkantoi tu aku dah kurang sikit bermain dengan PR..hahaha..yer laa, maunya aku ter-blind date dengan Cikgu Daud...aku pulak yang kantoi! dah laa pemalas, gay in the closet pulak tu! hahahahaha

Semenjak aku berkecimpung dalam arena LGBT, ada laa beberapa kali aku bersua muka, keluar dating, menjalinkan hubungan..errr..dengan PLU yang bertugas sebagai guru..dan paling menarik ada jugak yang mengajar kat sekolah aku dulu..hehehe. Tapi biasa laa dalam dunia PLU ni, manusia datang dan pergi...so kebanyakkan dari diaorang dah pun jadi sejarah dalam hidup aku. Nampak sangat Kamen Shinobi tak laku...wakakaka! Dan, kalau korang nak tahu..aku sebenarnya pernah kantoi dengan bekas cikgu aku sendiri..damn! Well..nak citer sekarang panjang sangat laa pulak. Tunggu entry akan datang..hehehe

Apapun..selamat hari guru buat semua warga pendidik di Malaysia...especially pembaca blog aku yang bergelar seorang guru. Eleh...macam laa ada guru nak baca blog caca marba ni...tapi kalau ada, PM tepi. Keutamaan akan diberi kepada guru lelaki yang single, macho dan hensem...ekekekeke

A good teacher is like a candle.
It consume itself to light the way for others.

Wednesday 27 April 2016

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Haihh...ntah kenapa lately ni tetiba jer jiwa ni terlalu merindui 'seseorang'. Dan bila perasaan rindu tu menyapa..mula laa layan perasaan sorang-sorang. Damn! lembik sangat laa kau Kamen! Adakah Kamen Shinobi sedang merindui bekas kekasih? erkkk...sejak bila kau bercinta ni Kamen? Tak pernah citer pun...hehehe..

Well..manusia boleh berubah bukan? Dan orang kata perubahan tu bagus..lagi-lagi kalau berubah ke arah kebaikan. Kalau dulu perangai tak ubah macam iblis..tapi sekarang tetiba berubah jadi serupa malaikat..alhamdulillah..mujur ada pamoga..ekekeke! Tak pun dulu selekeh..ketiak,mulut,kaki,tangan semua bau kambing. Tapi lepas kena tegur baru ada kesedaran nak jaga kekacakan diri..well, siapa yang tak suka pada perubahan?

Tapi bukankah setiap manusia tu berbeza. Kadang-kadang ada jugak yang berubah ke arah yang kita sendiri rasa kurang best, susah nak terima, terasa janggal..dan berharap semuanya kembali kepada keadaan sediakala. Errr....apa yang kau merepek ni Kamen?

Well..aku sebenarnya nak cakap sikit pasal situasi tipikal yang selalu terjadi sebelum dan selepas ber-couple. Errr..adakah ini petanda hati Kamen Shinobi kini sedang berbunga-bunga? Ahhh! mengarut!..ekekeke. Untuk pengetahuan korang, post ni dicipta sekadar untuk suka-suka jer..tapi kalau ada yang terasa tu, anggap jer laa satu kebetulan...ekekeke


******

DULU

Tom : Hi!
(1/2 jam kemudian)
Jerry : Hi..sorry, tak perasan awak mesej
Tom : Yeke? It's ok. No biggie.

SEKARANG

Tom : Awak!
(10 minit berlalu)
Jerry : Ada apa?
Tom : Kenapa lambat sangat reply? Dari tadi I tunggu. Ingat I ni tunggul?

Masa memula kenal dulu..Tom laa manusia yang paling penyabar dimata Jerry. Kalau tengah chatting tu, Tom tak kisah pun kalau Jerry lambat reply, Tom redha jer walaupun terpaksa menunggu berjam-jam. Kalau tak dapat reply on time, mula laa si Tom resah gelisah...lepas tu gelabah spam si Jerry. Dan bila Jerry reply...Tom laa insan paling gembira atas muka bumi ni. Itu dulu...tapi sekarang jangan kata sejam, Jerry lambat reply seminit pun sure Tom mengamuk...lepas tu tak sah kalau tak perli si Jerry. Kalau dulu Tom rajin spam si Jerry, tapi sekarang nak contact si Jerry pun ikut mood. Kadang-kadang Jerry hantar mesej harini, lusa baru si Tom reply..maklum laa, Tom kan sibuk orangnya..tapi yang peliknya masa nak mengorat si Jerry, boleh pulak si Tom berkepit dengan handphone tu 24 jam.


***

DULU

Jerry : Awak tak keje ker esok? Kan dah lewat malam ni?
Tom : Keje..U? 
Jerry : I cuti..tido lambat pun takpe
Tom : I tunggu U tido dulu baru I tido. Ok?

SEKARANG

Jerry : Petang tadi I..bla bla bla...
Tom : Yeke? I penat nak tido. Jangan kacau.

Masa zaman Tom nak mengorat Jerry dulu..dia laa manusia paling sweet. Kalau boleh nak bersembang dengan Jerry 24 jam. Kadang-kadang tu Tom sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak temankan malam-malam Jerry. Tom tak kisah pun kalau mata tu dah serupa panda...tak pun lambat masuk kerja keesokan harinya sampai kena marah dengan boss..asalkan dapat berborak dengan Jerry sampai ke subuh. Itu dulu..tapi sekarang, jangan kata nak ajak sembang sampai lewat malam..Jerry nak ajak pillow talk pun macam-macam alasan si Tom ni bagi..penat laa, mengantuk laa, takde mood laa..laju jer nak membuta. Padahal bukan nak membuta pun. Silap-silap Tom sebenarnya nak curi masa layan skandal lain? erkkk...kesian Jerry diduakan dalam diam..ekekekeke


***

DULU 

Jerry : Sorry awak.
Tom : Eh..takpe laa..I tak kisah pun
Jerry : Betul?
Tom : Betul..jangan risau. I ok. Salah I jugak..bla bla bla..

SEKARANG

Jerry : I kecewa dengan U
Tom : Eleh...asyik I jer yang salah! U pun salah! BLA BLA BLA!
Jerry : Jangan call I !
Tom : Whatever.

Dulu..masa Jerry mula mengenali Tom..Tom laa manusia paling understanding dimata Jerry. Jangan kata nak tinggi suara, nak tengok Tom marah pun susah. Dan bila situasi tetiba jadi out of control..mula laa si Tom gelabah minta maaf dekat si Jerry sampai sanggup buat itu ini konon nak memujuk si Jerry yang tengah berkecil hati. Mengada betul Jerry ni! ekekeke. Itu dulu...tapi sekarang, Jerry buat silap sikit pun, si Tom dah buat perangai serupa singa lapar. Kadang-kadang tu salah sendiri pun si Tom buat-buat tak nampak..pastu boleh pulak salahkan si Jerry. Tu belum masuk bab mengungkit..habis segala rahsia, dendam kesumat yang terbuku dihati si Tom tu diluahkannya. Dulu, tiap kali Jerry merajuk, si Tom laa jadi tukang pujuk..tapi sekarang Jerry merajuk seminggu pun belum tentu si Tom nak pujuk. Silap-silap makan hati berulam jantung sampai clash.


***

DULU

Jerry : Awak...I rasa tak sedap badan.
Tom : OMG..U ok tak tu? Patut laa I rasa berdebar jer tadi.
Jerry : Sakit kepala rasa nak muntah
Tom : OMG! OMG! Jap lagi I datang bawak panadol. Tunggu tau!

SEKARANG

Jerry : I sakit kepala
Tom : Makan panadol.
Jerry : Panadol habis..belikan untuk I
Tom : Mengada laa U ni...nanti laa!

Masa Tom nak mengorat Jerry dulu, Tom laa manusia paling caring di mata si Jerry. Jerry belum mengadu sakit lagi Tom dah boleh sense something wrong somewhere...konon ada psychic power..lepas tu mula laa si Tom ni gelabah tak tentu pasal. Sampai sanggup berhujan dan berpanas semata-mata nak belikan ubat dan makanan untuk si Jerry..jaga makan pakai si Jerry sampai sembuh. Itu dulu...tapi sekarang Jerry baru mengadu sikit, si Tom dah kata si Jerry mengada-ngada. Bila Jerry mengadu sakit, jangan kata nak belikan ubat, silap-silap Jerry mati sorang-sorang dalam rumah pun Tom buat tak peduli.


***

DULU 

Tom : Awak suka makan apa?
Jerry : Keju
Tom : Interesting! Awak tahu tak...bla bla bla..

SEKARANG

Jerry : I nak keluar shopping cari keju
Tom : K....
(krikk...krikk...sampai besok)

Masa memula kenal dulu, tiap kali Tom ajak Jerry berborak..mesti ada jer topik yang nak disembangkan. Kadang-kadang hal-hal bodoh pun boleh jadi topik perbincangan antara si Tom dan si Jerry. Bergurau senda, bergelak ketawa sampai tak sedar masa berlalu. Bagi Jerry, Tom laa teman bersembang paling best waktu tu. Itu dulu...sekarang Tom tetiba jadi hambar. Jerry tanya satu, Tom jawab satu..takpun Jerry tanya berjela, si Tom cuma balas satu huruf. Dan kadang-kadang bila Jerry tengah ada mood nak ajak Tom bersembang, si Tom pulak sibuk buat itu ini, tak pun buat-buat sibuk. Lepas tu layan si Jerry macam tak wujud..mau tak makan hati si Jerry tu?ekekeke

******

Well..itu antara contoh perubahan yang berlaku sebelum dan selepas ber-couple. Ini baru sikit, sebenarnya banyak lagi contoh lain. Korang yang pernah couple mesti pernah mengalami situasi sebegini. Dan korang yang tengah in-love sekarang ni..beware. Masa memula kenal memang laa semuanya manis..semuanya nampak perfect dimata. Maklum laa baru nak melayari bahtera berumah tangga...ekekeke..orang kata 'honeymoon phase'. Tapi bila honeymoon phase tu hampir sampai ke penghujung...sedikit demi sedikit sure korang akan nampak true color pasangan korang..tunggu masa jer nak tayang perangai busuk..ekekeke

Siapa yang nak pasangan diaorang berubah? Especially kalau perubahan tu menyakitkan hati...it sucks! Eerrr...ada pengalaman ke Kamen?! ekekeke..abaikan! Kalau boleh nak sweet muwit sampai bila-bila...macam waktu memula kenal dulu. Masa zaman mengorat dulu..dia laa intan, dia laa payung, dia laa my sweet lollipop..sekarang buat hal sikit pun rasa nak ikat dekat pokok, sumbat mulut dengan lollipop pastu libas dengan payung...ekekekeke

Biasa laa tu..kehidupan ni suatu realiti..dan kalau nak hidup ber-couple pun kena laa jadi realistik jugak. Yang manis dan indah tu dalam novel dan drama ciptaan manusia jer. Hidup ber-couple ni bukannya senang..maklum laa, karakter masing-masing tak sama..yang sama cuma rasa cinta..eceh! Kalau tak kena gaya..hal kecil pun boleh jadi isu kalau tak tahu handle situasi..silap-silap, baru couple sebulan terus clash...lepas tu meroyan macam orang mati kucing.

Apapun, kalau nak relationship korang bertahan lama, belajar laa terima perangai busuk pasangan korang dengan hati terbuka. Tapi kalau dah hari-hari tunjuk perangai busuk, mungkin ada something wrong dalam relationship korang. Solusinya? Pandai-pandai laa korang settle sendiri. Kalau susah sangat, mintak cerai jer, cari yang baru...ekekekeke.


Maybe sometimes people did not actually change,
maybe you just never knew who they really were.