Wednesday 27 December 2017

BITTERSWEET

Kurang seminggu lagi dah nak masuk tahun 2018. Cepat betul masa berlalu..rasa macam baru je semalam aku dengar budak-budak main mercun pop-pop depan rumah celebrate tahun baru. Teringin nak tengok bunga api tapi takde teman..so malam tahun baru stay rumah je la. Rasanya tahun ni pun sama jugak..huhu

Kalau nak diimbas balik apa yang jadi sepanjang tahun 2017 ni, rasanya takde apa pun yang menarik..well, sort of la. Sebenarnya hidup Kamen Shinobi ni takde la interesting mana..umpama lukisan hitam putih, takde warna...rutin yang sama ditempuh setiap hari. Mungkin agak boring di mata orang lain..tapi itulah hakikatnya.

Sampai la beberapa bulan lalu aku berkenalan dengan seseorang dan aku dibawa ke satu dunia yang penuh warna warni..satu pengalaman baru yang sangat indah. Namun, perjalanan yang indah tu tak kekal lama pun. Orang yang membawa aku ke dunia penuh warna tu jugak yang akhirnya menghumban aku ke dalam dunia yang sangat kelam. Boleh baca entry GAME OVER sebelum ni kalau nak tahu cerita sebenar. Dulu, aku selalu memperlekehkan orang yang sedang berada dalam situasi aku sekarang..aku anggap diaorang lembik...putus cinta macam esok nak mati. Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri..baru la aku faham rasa sakit tu macam mana..

Jujur..sampai ke hari ini aku masih belum mampu nak move on walaupun dah 2 bulan kejadian hitam tu berlalu. Jiwa aku masih lagi berkecamuk..sekejap rasa marah, sekejap rasa rindu..feel totally lost and confused. Kadang rasa sedih sampai tak sedar air mata mengalir mengenangkan diri diperlakukan sebegitu...dah serupa orang hilang akal. Sampai satu tahap aku seolah trauma nak percaya dekat PLU..apatah lagi sampai nak berkongsi hati dan perasaan. Haihh..susah sebenarnya nak move on ni. Ni baru beberapa bulan menyemai perasaan dah jadi macam ni, kalau dah bertahun bercinta tak tahu la apa jadi..huhu..

Well...ini entry terakhir untuk tahun 2017. Aku nak minta maaf kalau lately ni aku menghilangkan diri. Aku tahu ada yang cuba nak contact aku, tapi maaf la..aku takde niat pun nak ignore korang. Pasal aku tak perlu la dirisaukan, aku baik-baik je...cuma buat masa ni aku nak bersendiri. Tak perlu tunggu aku muncul, buang masa je...elok korang buat hal masing-masing. Bila gelora jiwa aku dah reda, aku sendiri yang datang cari korang. Terima kasih yang sudi baca dan tinggalkan jejak dalam blog ni. Maaf kalau ada antara entry aku sebelum ni yang menyinggung dan mengguris perasaan sesiapa.

Selamat tinggal 2017. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang tercipta. Tahun aku belajar dan merasai nikmat bercinta walaupun hanya sekejap..dan tahun yang sama aku belajar menempuh seksanya putus cinta..huhu. Rasanya bakal jadi antara tahun yang paling diingati dalam diari hidup Kamen Shinobi. Selamat datang 2018..please be nice to me..

Life sure has a cruel way of showing us how good it can be


Thursday 2 November 2017

GAME OVER

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari...

Siapa menyangka kisah cinta pertama Kamen Shinobi hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja...dan berakhir begitu tragis. Aku tidak menyangka orang yang mulanya mengagungkan aku ibarat raja, akhirnya menganggap aku tak ubah seperti sampah yang boleh di buang sesuka hati. Aku tidak menyangka insan yang aku anggap istimewa rupanya hanya seorang pendusta bicara. Tu la Kamen, berlagak sangat bagitau satu dunia konon dah 'taken'...huhuhu

Haih...ntah di mana silapnya..

Permulaan aku dan si dia terlalu sempurna..ibarat kisah dongeng songsang..mungkin juga too good to be true. Walaupun baru berjumpa, tapi terasa seolah sudah berkenalan terlalu lama. Aku dan si dia ada persamaan yang begitu ketara..chemistry kitaorang sangat kuat. Jarang sekali aku merasakan perasaan sebegitu. Si dia lain dari yang lain..sangat unik dan istimewa..itu la impresi saat kali pertama aku bertemu si dia..

Tanpa berlengah, kitaorang memulakan langkah mencuba untuk menyelami hati masing-masing. Terlalu banyak yang kami kongsikan...dari hal-hal peribadi sampai la ke hal-hal yang berkait dengan soal hati dan perasaan.

Dia : apa yang U takut bila in-relationship?
Aku : selain partner I curang, I paling takut dia berubah sikap, jadi lain...tak sama macam I kenal dia masa memula dulu..

***

Pada awalnya, si dia agak ragu untuk melangkah ke fasa yang lebih serius. Yer la, mungkin masih trauma di curangi bekas kekasih. Dan aku sendiri merasakan kitaorang agak terburu-buru. Wujud ke cinta pandang pertama? Tapi siapa tahu, mungkin ini yang dinamakan jodoh. Atau mungkin aku sememangnya dah bertemu 'soulmate' yang aku cari selama ni? Takpe la...just go with the flow..mungkin ada bibit cinta bakal menyusul..

Ntah apa yang sudah merasuk si dia, pelbagai cara dilakukan semata-mata untuk meyakinkan aku yang si dia sudah bersedia menempuh hidup bersama sebagai sepasang kekasih. Kalau aku jadi dia, sure aku dah surrender awal. Kamen...dia serius tu nak jadikan kau love partner dia...getus hatiku. Sejujurnya aku agak ragu dengan tindakan si dia..seolah ada helah tersembunyi. Dan aku pun sebenarnya masih keliru dengan perasaan aku sendiri..walaupun pada dasarnya aku sudah mula menaruh hati. Tanpa aku sedar, perlahan-lahan hati aku mula terbuka untuk menerima si dia..mungkin kerana kesungguhannya yang tidak pernah mengenal erti putus asa..

***

"Sweetheart...I love U"

Sepanjang aku rapat dengan si dia, jujur...aku sangat bahagia. Aku sangat yakin si dia ikhlas menerima aku seadanya..begitu  juga sebaliknya. Pada aku si dia begitu sempurna dan terlalu istimewa. Segala tindak tanduk si dia, sedikit pun tidak pernah menimbulkan perasaan curiga. Si dia terlalu telus dan jujur...segala aktiviti yang dilakukan mesti report kat aku dulu, kononnya tak nak aku curiga. Setiap hari bertanyakan perihal kehidupan aku, selalu menasihati aku...siapa tak jatuh hati? Siapa tak suka rasa disayangi? Sampaikan aku sendiri terikut-ikut dengan cara si dia. Tu belum citer moment indah yang kitaorang lalui bersama. Tak perlu la aku kongsikan di sini, biarla jadi memori kitaorang berdua sahaja.

"Sweetheart...jom kawen!"..si dia berseloroh..

Hubungan aku dan si dia baik-baik sahaja. Setiap detik aku bersama si dia bagai satu mimpi jadi realiti. Takde langsung istilah terasa hati walaupun masing-masing kuat menyakat. Malah, kitaorang lebih suka bersikap sebegitu..seakan-akan sahabat akrab...walaupun pada hakikatnya ada kasih yang bersemi di hati masing-masing..

***

Well...hubungan mana yang tidak dilanda badai. Pernah juga beberapa kali si dia minta putus sehingga menitiskan air mata dek sikapnya yang terlalu cemburu buta...masih trauma barangkali. Tapi setiap kali tu jugak la pujuk rayu dan kata maaf menjadi pengubat luka antara kami berdua. Dan kisah ini diteruskan seolah tiada apa yang berlaku..

Hari berganti minggu berganti bulan..

Perlahan-lahan aku dapat rasa perubahan dalam diri si dia. Gurau senda, kata-kata manis sudah jarang sekali aku dengar...jumpa pun dah tak kerap macam dulu...beribu alasan si dia bagi untuk mengelak. Seringkali hilang ntah ke mana tanpa khabar berita..dia hidup atau mati pun aku tak tahu. Handphone yang dulu siang malam berbunyi tanpa henti, akhirnya terbiar sepi.

Sampai ke satu tahap, si dia mula membelakangkan aku. Aku diabaikan tak ubah macam peminta sedekah. Kamen..your greatest fear become reality! Dulu aku dan si dia macam belangkas...tapi sekarang tak ubah macam orang asing. Perasaan cemburu, curiga, resah, marah, sedih, kecewa mula menguasai diri. Macam-macam teori aku cipta di benak fikiran, hampir naik gila aku dibuatnya. Tapi aku hanya mampu bersabar dan cuba memujuk hati sendiri. Aku tidak mahu memulakan sengketa..

Semakin hari si dia semakin mencabar kesabaran aku. Aku dah tak tahan dengan sikap si dia yang tiba-tiba berubah dingin. Mesej tak reply, call kena reject...bukan sekali dua si dia bersikap sebegitu. Mana hilangnya si dia yang aku kenali dulu? 

Satu hari aku tergerak hati nak siasat punca sebenar si dia berubah sikap. Nak tak nak aku terpaksa install balik gay app tempat pertemuan pertama kitaorang..walaupun masing-masing sudah membuktikan dan berjanji untuk tinggalkan semua itu..sebagai tanda setia. Takpe la, janji tolak tepi demi mencari jawapan pasti..

Segala persoalan akhirnya terjawab..si dia terjerat dalam perangkap aku. Kata hati aku selama ni tak salah..memang benar si dia sudah berubah hati. Terlalu banyak bukti terhidang di depan mata untuk si dia nafikan. Luluhnya perasaan bila si dia cuba menggoda persona yang aku cipta...pakai barang ihsan aku pulak tu! how dare he! terasa dunia ni gelap seketika. Baru beberapa bulan bersama, si dia sudah lupa pada janji. Aku tak sangka orang yang selama ni aku anggap jujur dan setia sanggup memburu jantan lain diluar pengetahuan aku. Mana pergi janji-janji manis kononnya setia pada yang satu? Mana hilangnya trauma pernah dicurangi bekas kekasih? Apa erti tangisan seolah tidak rela hubungan ini berakhir? Aku sangat keliru..

Aku : sampai hati U..
Dia : Umm...who are you?

Kau memang bodoh Kamen...bodoh sebab terlalu percayakan dia. Bodoh sebab selalu bagi si dia peluang sedangkan dah banyak kali si dia kantoi tipu kau! Kau lemah bila si dia meratap hiba...lalu kau hulurkan kemaafan...demi menjaga hubungan yang dibina. Kau lupa? Once a liar always a liar..

Jujur..aku sangat kecewa dan keliru dengan apa yang dah jadi. Si dia memilih untuk melarikan diri dari berdepan dengan aku...atau sekurang-kurangnya bagi aku penjelasan. Tapi apa yang buat aku semakin ralat, si dia berubah hati bila aku dah terlanjur sayang pada si dia.

Sampai ke saat aku menulis post ini, si dia hanya mendiamkan diri...

It's not the goodbye that hurt, 
but the flashback that follow


Thursday 21 September 2017

THREE

Haihhh..apa la nak jadi dengan blog ni. Sejak-sejak dah 'berpunya' ni makin liat nak update...apatah lagi nak jenguk blog orang lain..huhu. Maaf la kalau ada yang merindu...hahaha..giler perasan! Takde niat pun nak mendiamkan diri..cuma terlalu sibuk dengan kehidupan peribadi. Eleh...alasan je tu! Siang malam berkepit dengan orang tersayang mana nak ada masa! ekekeke..Kalau dulu masa zaman bujang lain citer la, ada masa terluang je sure buka blog. Tapi sekarang bila dah ada 'komitmen' lain, memang susah nak cari masa nak update. Ni pun sempat curi masa sementara tunggu bae datang pick-up nak keluar dating...ekekeke

Dulu masa zaman bujang, satu benda yang aku perasan bila blogger ni tengah kemaruk bercinta..memang payah nak update blog. Kadang-kadang tu aku pelik jugak, takkan la duk berkepit 24 jam dengan orang tersayang sampai takde masa langsung nak update blog...last-last bila takde bahan nak dibaca, aku cari 'bahan' lain...erkkkk..Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, baru la aku faham punca blogger ni liat nak update entry baru..huhu

Pejam celik harini dah masuk 3 tahun blog ni bernyawa...walaupun ibarat hidup segan mati tak mau. Tak kisah la hidup ke mati, asalkan dapat rebah didakapan bae pun dah cukup...wakakaka. Sure ada yang muntah darah! Tak habis-habis bragging pasal dia punya bae...macam la dia sorang je yang bercinta dalam dunia ni! huhuhu

Abaikan soal bae...well, sejak dua menjak ni aku perasan ramai rakan blogger dah mula menghilangkan diri. Ada yang dijemput Ilahi, ada yang pencen awal, ada yang tenggelam timbul, ada yang tetiba jadi straight..ekekeke. Tapi boleh dikatakan tahun ni blog PLU agak hambar dan tak semeriah macam tahun-tahun sebelumnya.

Apa perkembangan terbaru setelah 3 tahun bergelar pemilik blog LelakiDalamAlmari ni? Well..takde benda baru pun yang aku nak kongsikan. Selain semakin meningkat usia dan berat badan yang kian bertambah, sekarang ni aku tengah rapat dengan seseorang...or should I say, I'm taken..hehe. Rasanya tak perlu la aku citerkan siapa 'si dia' dan perkembangan kisah aku dan 'si dia'..sebab masih terlalu hijau untuk dihebohkan..cukup la sekadar korang tahu setakat ni kitaorang baik-baik saja..dan sangat bahagia..hehe..

Apa pun, terima kasih banyak-banyak dekat followers dan readers yang masih setia membaca dan menunggu entry baru dalam blog usang ni..anda tahu siapa anda..hehe. Kalau nak diikutkan banyak aku nak kongsi, tapi lately ni kehidupan aku agak chaotic, mana nak fokus dengan personal life...mana nak jenguk blog ni lagi...huhu. Maafkan diri ini seandainya sepanjang tahun ni, dan sepanjang aku hadir di alam maya ini..ada yang terasa hati, terguris perasaan dengan entry aku yang sebelum ni. Kalau nak hantar rombongan meminang...maafla, hati ini dah pun selamat disunting jejaka idaman...giler poyo! hahaha!


As we grow up we realize 
it become less important to have more friends
and more important to have real ones

Sunday 6 August 2017

LEAP OF FAITH

Take a leap of faith with me
If you believe honestly
That I am yours and you are mine
I know you’re scared, and so am I

Sungguh..aku tidak pernah menyangka ianya terjadi secepat ini. Bimbang?..jujur, aku teramat bimbang. Kamen, ini kerja gila! mungkin. Namun disebaliknya terselit secebis keyakinan yang tidak pernah kurasakan sebelum ini.

‘Cause I know that love can be so strong
And yet so frail
And there ain’t no guarantee
That you and me won’t fail

Siapakah dia? Kenapa Tuhan hadirkan si dia didalam hidupku? Adakah Tuhan ingin menguji..atau sememangnya Tuhan mengizinkan aku untuk merasakan nikmat indah ini..sama seperti insan-insan lain. Sungguh aku keliru..namun aku teramat bersyukur dengan apa yang kurasakan diketika ini.

But I’m dying to try, I’m dying to try
I’ll keep you safe in my arms
Build a bridge to your heart every day

Seringkali aku menatap dicermin...ntah apa yang dilihatnya pada diriku? Si gagak tua yang tidak punya apa-apa..hanya seketul hati yang mampu dikongsi. Mana mungkin si merak kayangan ingin menyunting hati si gagak hitam. Ahh..semua tu hanya helah...semua ni hanya mimpi. Namun..seringkali itu juga ditepisnya segala keraguan...kerana hatinya sudah memilih......

I’ll give you it all, but I’m not gonna lie
‘Cause no one can promise
That love will ever learn how to fly
Will ever learn how to fly, oh…

***

Acah-acah ayat puitis..tapi hampeh! Kamen, kau memang takde bakat jadi penulis! Dah la copy paste lirik lagu mamat suara kepit...nasib baik hensem! ekekeke..

Maaf la kalau entry ni agak cheesy dan memualkan. Aku takde niat pun nak mengembar-gemburkan hal peribadi apatah lagi bermegah-megah dengan apa yang aku lalui saat ini..sekadar ingin meluahkan rasa hati..sebagai tanda untuk di kenang dikemudian hari...itu je..hehe


Dia : Awak..nak jumpa!
Aku : Dah kenapa hari-hari nak jumpa?
Dia : Rindu dengan gagak tua
Aku : Chet!



Faith is taking the first step
even when you can't see the whole staircase


Saturday 15 July 2017

ANONYMOUS

pergh ilmu pasal gay penuh di dada korang ni..mcm setan..ilmu pasal malaikat maut ke..alam barzakh ke korg tau tak..ce share sikit bab kematian..
apa2 pun klau aku jumpa geng2 gay ni, konpom aku lyn mcm sampah je..xde rasa malu langsung korg ni.sama mcm sampah.
lumrah dijadikan lelaki ntk prempuan prempuan ntk llaki..yg korg nk jadi xnormal ni apehal ha setan..xtakut masuk kubur ke..geram btul aku nengok korg ni, nk kena bagi flying kick free baru jd normal balik korg ni - anonymous


*****

Well..itu antara komen yang baru-baru ni ditinggalkan dalam entry GAY VS PLU...entry yang mencatat hit paling tinggi dalam blog aku...eceh! Thanks to Mr Dominic Unknown yang inform aku pasal benda ni..kalau tak sampai raya haji aku tak perasan ada orang tengah meroyan dalam blog aku..ekekeke. Sebagai tanda terima kasih, nanti redeem beras kat kaunter khidmat pelanggan Tesco yang berhampiran yer Dom! ekekeke

Masa memula aku start blog ni, aku memang dah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku..well, komen-komen negatif dari haters dan homophobes. Al maklum la, aku mostly bercerita pasal kehidupan peribadi aku sebagai seorang lelaki gay. Nak tak nak isi dalam blog aku kebanyakkannya menjurus kepada hal-hal LGBT...yang bukan semua orang boleh faham dan sememangnya sangat susah untuk diterima. Kalau dulu aku boleh la relax sebab komen-komen dari 'anonymous' memang takkan masuk..kiranya followers je boleh tinggalkan jejak..so senang sikit nak monitor siapa yang berani nak nakal-nakal dengan aku..hehe. Sampai la ada silent reader merayu..kononnya teringin nak tinggalkan komen, tapi malas nak register account...alahai, mengada sungguh! ekekeke.. So nak tak nak aku terpaksa buka pintu blog ni seluas-luasnya..dan secara tak langsung bagi peluang luas kat haters dan  homophobes serang aku. Well, takpe la...demi peminat, Kamen Shinobi sanggup hadap semua itu...berangan ada peminat..geli!. Lagipun, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...mana la tahu tetiba terjumpa jodoh dalam ruang komen...eceh!

Sejujurnya aku tak kisah sangat pun kalau ada atau tak yang nak tinggalkan komen. Nak bagi pendapat, nak kutuk, nak kritik..nak mengorat pun boleh! hahaha! Blog ni sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja...so terpulang..nak tinggalkan jejak atau jadi silent reader je. Aku sangat menghargai budi baik korang yang sanggup meluangkan masa membaca nukilan dalam blog picisan ini.

Rasanya dah berkali-kali aku katakan, blog ni aku cipta sebagai medium untuk aku bercerita sisi hidup aku sebagai sorang lelaki gay...yang rasanya in real life orang sekeliling aku takkan sesekali boleh terima. Cuma aku tak faham dengan sikap segelintir pembaca lagi-lagi yang berselindung disebalik nick 'anonymous' ni..walaupun benci tahap maksima, tapi tetap nak singgah, baca blog 'sampah' macam blog aku ni...dan yang paling kelakar siap meroyan seolah aku dah mencabul kehormatan beliau..huhu. Kalau berani sangat kenapa tak letak nama penuh..kalau boleh letak gambar sekali..takut kantoi baca blog gay ler tu! muahahaha.. Aku sebenarnya malas nak ambil pusing dengan komen-komen berunsur provokasi sebegini. Segala komen atau kritikan membina akan aku ambil sebagai iktibar, yang tak penting aku pandang sebelah mata je...because haters gonna hate...tu kata Taylor Swift..hehe. Kenal pun tak, jumpa apatah lagi..siapa mereka yang juga manusia biasa seperti aku nak tentukan hidup mati, dosa pahala, syurga neraka orang lain? huhu.. Kata la apa saja, semua tu takkan sesekali mematahkan semangat aku untuk terus berkarya. Blog ni tetap akan bernyawa selagi tuan empunya diberikan nafas dan idea untuk menulis.

Apa pun, again..thanks to Mr. Dominic Unknown..beras jangan lupa! ekekeke. Dan untuk anonymous, haters dan homophobes sekalian, terima kasih juga sebab sudi singgah, tinggalkan jejak dan bagi aku idea nak buat post dalam blog 'sampah' ni...kalau tak, hambar serupa gurun pasir je blog ni tanpa entry baru...ekekeke. Kalau terjumpa mana-mana gay tak payah nak tunjuk samseng sangat...kitaorang pun manusia biasa jugak..beza naluri je..bukan lipas atau nyamuk yang boleh dipijak dipukul sesuka hati. Nak flying kick sekalipun takkan mampu mengubah hakikat yang kitaorang hanya attracted dekat lelaki..dah hal tu takkan berubah selagi nafsu dan hati ni tak dipalingkan supaya menyukai dan mencintai kaum hawa dengan ikhlas dan sepenuh hati...zahir mahupun batin. Doakan yang baik-baik je dah cukup. Spread love, not hate..stop child abuse...ekekeke

Don't judge my path if you haven't walk my journey

Sunday 2 July 2017

EID MUBARAK

Makan tido makan tido..tak sedar dah masuk seminggu kita dalam bulan syawal. Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucap Selamat Hari Raya. Acaner raya korang? seronok balik kampung? ke mereput kat rumah macam aku...ekekekeke. Maklum la, orang takde kampung...atok nenek sedara mara semua duduk dekat-dekat sini je. Nak balik kampung buah hati, buah hati belum lahir lagi..huhu..so beraya dengan family je la jawabnya..pun seronok jugak...hehe

Haihh..ntah kenapa bila semakin menganjak ke usia emas ni, semakin kurang feel nak beraya..rasa hambar semacam. Lagu-lagu raya pun dah tak bagi kesan sangat kat aku. Adakah ini normal? huhu..Tipu la kalau aku langsung takde mood nak beraya..cuma level keterujaan tu dah tak macam dahulu lagi. Rindu nak merasa balik suasana raya macam zaman budak-budak. Siang kutip duit raya..malam main bunga api dengan jiran sebelah..lompat-lompat macam beruk..lepas tu battle bunga api siapa paling banyak...haha..memories. Tapi sejak semua dah pandai buat haluan masing-masing, semua tu dah tinggal kenangan. Adeh..tetiba nak bernostalgia di aidilfitri...ekekeke

Tahun ni macam biasa la, aku cuma sediakan sepasang baju melayu berwarna alam semulajadi...eceh, hint tak boleh blah! nak tahu, PM tepi. Konon ikut konsep back to nature..ekekeke. Cakap pasal baju melayu ni, aku jarang tempah kat tailor..beli yang dah siap je. Lagipun family aku tak pernah ikut konsep baju sedondon atau boria macam family lain. Ntah la, rasa kelakar je baju semua sama warna...ekekeke..no offense! Tapi aku kecewa sikit sebab memula niat tahun ni nak bergaya dengan baju melayu warna kelabu asap, tapi semua tempat aku pegi, yang tinggal stok saiz twink..yang sado macam aku semua dah habis..huhu. So redha je la pakai warna-warna alam semulajadi..asalkan tak bogel di pagi raya...erkkk


sayu~ hati ini makin sayu~

Sepanjang seminggu dalam bulan syawal ni, aku banyak duduk rumah je..mereput depan tv...tunggu, sambut, layan tetamu datang ke rumah. Bila lapar, terus masuk dapur cari makanan untuk diratah sepuasnya. Family ajak ziarah rumah sedara mara, aku follow je..walaupun sebenarnya malas. Well...Kamen Shinobi memang tak banyak karenah..seorang yang sangat flexible dan sangat senang dijaga...pun takde yang sudi..huhu

Honestly, suasana hari raya tahun ni agak hambar sedikit. Apapun, aku seronok sebab tahun ni takde sorang pun, except member rapat aku..tanya soalan-soalan cliche. Well, soalan-soalan berbaur peribadi yang kadang-kadang boleh buat aku rasa nak mencarut..hahaha! Tak macam tahun-tahun lepas...dah macam kaset nak rewind jawapan..huhu. Kadang-kadang tu rasa macam nak transform jadi sofa bila ada yang tanya macam-macam kat aku. Tapi tahun ni pelik sikit..makcik, pakcik, sedara mara, jiran-jiran aku mostly ajak bersembang topik-topik ringan..tak pun mengumpat..ekeke..paling kurang pun setakat salam, senyum dan blah. Takde sorang pun menyibuk hal peribadi aku. Walhal mental awal-awal dah ready nak menghadap dan menangkis soalan-soalan cepumas. Syukur..tahun ni aku selamat..hehe. Nampak sangat diaorang dah boleh agak jawapan aku...ekekeke. Yer la, dah tanya soalan cliche, dapat jawapan cliche. Lain kali cuba tanya.."kenapa bumi bentuk bulat?"...tak pun main teka teki..seronok sikit...ekekeke. Tapi bila takde yang bertanya pasal perkembangan aku, rasa insecure dan terabai la pulak..adeh...Mengade je la kau Kamen..tanya salah, tak tanya salah!

Cukup la setakat ni..takde bahan nak story lebih-lebih. Nak share kisah raya aku dan si dia..eceh..macam aku kata tadi, si dia belum ditemui lagi...sesat kat mana aku pun tak tahu..huhu. Again..Selamat Hari Raya Aidilifitri...maafkan segala salah silap, terkasar bahasa, tergurau lebih, termengorat...atau mungkin ada yang terguris, tersentap dengan post aku sebelum ni...aku menghulurkan sepuluh jari memohon duit raya kemaafaan dari korang semua yang membaca.

Aku : I pakai baju melayu hitam, U pakai putih..
Bae : kenapa tak sedondon?
Aku : sebab U and I macam yin and yang..saling melengkapi..
Bae : banyak la! macam taik cicak je..

(kita sambut raya, geng LGBT kat barat sana sambut Pride Month...Teringin nak pegi cuci mata..ekekeke)

There are exactly as many special occasions
in life as we choose to celebrate


Sunday 28 May 2017

BAZAAR RAMADAN

Jam baru menunjukkan pukul 1 tengah hari, tapi perut dah start pasang lagu dubstep..petanda lapar! hahaha! Apa la nak jadi dengan Kamen Shinobi ni, dah tua bangka tapi perangai macam budak baru belajar nak puasa..huhu. Biasanya waktu macam ni aku tengah sedap melantak. Lepas tu disambung dengan manis-manisan dan jajan...alahai..mana tak perut tu makin membulat! ekekeke..Tetiba pulak makanan kena catu..mau tak terperanjat perut tu.

Sebelum aku start membebel, selamat berpuasa buat korang semua yang tengah berpuasa. Yang tak puasa tu, tak nak kawan! ekekeke. Haih..nampaknya tahun ni puasa sorang-sorang lagi. Dah lama sangat pegang title single..buat apa pun semua sorang-sorang..sedih sungguh hidup seorang Kamen Shinobi..huhu. Yer la, kadang-kadang tu aku teringin jugak nak jalan-jalan kat bazaar ramadan dengan buah hati..sambil pegang tangan. Makcik jual kuih jeling je kat kitaorang...cemburu la tu!

Bae : sayang nak berbuka apa ni?
Aku : rasa macam nak makan kuih koci
Bae : makcik, bagi saya semua kuih koci ni...dengan bekas dia sekali saya nak beli!

Sampai macam tu sekali dia punya caring...nak aku kena diabetes ke apa?! huhu. Cakap pasal bulan ramadan ni, satu benda yang paling famous dan sinonim dengan bulan ramadan dah tentu la bazaar ramadan. Sebagai sorang pencinta makanan, bazaar ramadan ni dah kira syurga buat aku. Yer la, bukan setakat boleh usha macam-macam juadah dan makanan yang tersedia..sambil-sambil tu boleh jugak cuci mata melihat keindahan ciptaan Tuhan..macam-macam bentuk, saiz dan warna ada...aum! Kadang-kadang tu sampai lost focus dibuatnya...nak pilih makanan ke nak pilih buah hati..errrr..wakakaka...desperate sungguh! Aku single lagi, boleh dimaafkan. Ni tak, buah hati ada kat sebelah, tapi main gesel-gesel dengan mamat ensem kat bazaar tu...apa cerita?



Tapi satu je la yang aku kurang gemar dekat bazaar ramadan ni. Selain penuh sesak dengan manusia, kadang-kadang tu tengah syok usha-usha jantan juadah berbuka, ada pulak spesis kurang kesedaran sivik...suka hati nenek moyang dia melantak kat tengah-tengah lautan manusia yang tengah berpuasa. Biasanya yang non-muslim je berani buat perangai macam ni..no offense. Aku tahu, ini attitude problem..takde kaitan dengan soal perkauman...so chill! Tapi kalau iye pun tengah lapar, cari la port lain...respect la sikit kat orang yang tengah menahan haus dan lapar. Spesis ni kalau lalu tepi aku, memang aku jeling je sampai tersedak.

Biasanya kalau ke bazaar ramadan, juadah berbuka yang wajib dibeli sudah tentu la kuih muih. Aku memang hantu kuih melayu..kalau boleh nak dapat partner yang pandai buat kuih melayu..bukan setakat pandai buat kek atau pastri je. Kalau dapat memang aku sayang dia ketat-ketat! hehe. Tapi bila dah ada kat bazaar ramadan, nafsu memang susah sikit nak control...errr..nafsu nak melantak..nafsu lain nanti aku citer! ekekeke. Maklum la tengah kebulur, semua nampak sedap..walhal hakikatnya tak sedap mana pun. Sedar tak sedar tangan dah penuh, beli macam nak buat stok berbuka sebulan. Alih-alih yang tak habis masuk tong sampah...adeh!

Tahun ni aku dah pasang azam nak cuba kurangkan ke bazaar ramadan. Bosan la pergi sorang-sorang...rasa forever alone sungguh! huhu. Lagipun aku tengok harga makanan dekat bazaar makin mahal, dah tu portion makin kecik..tak berbaloi langsung! Masak sendiri lagi bagus. Eleh, padahal suruh mak masak...aku tolong habiskan je..ekekeke

Again..selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa buat semua yang membaca. Elakkan pembaziran makanan. Puasa sebulan, tak dapat hari ini, besok boleh beli. Pesan untuk diri sendiri jugak..hehe. Jap lagi aku nak gerak ke bazaar ramadan..nak cari kekasih makanan untuk berbuka. Ada sesiapa sudi temankan? Chet! cakap tak serupa bikin! ekekekeke

Throwing away foods is like stealing from the table 
of those who are poor and hungry.

Sunday 7 May 2017

TRUST

Aku baru perasan bulan April lepas takde new post..adeh! Almaklum la, busy! bukan busy bercinta, tapi busy dengan kehidupan peribadi. Haihh..apa la nak jadi dengan blog ni..semakin hari semakin hambarudin..mungkin petanda awal Kamen Shinobi bakal bersara dari dunia blogging? Well, aku muda lagi, takkan dah nak bersara...hehe. Lagipun aku tak sampai hati nak kecewakan peminat tegar blog Lelaki Dalam Almari ni..sure ramai merindu bila aku dah takde nanti..hahahaktuih!

Abaikan intro syok sendiri tadi. Baru-baru ni aku plan nak keluar beli barang..tetiba kereta pulak meragam. Nasib baik kat rumah lagi, kalau meragam kat tengah jalan...mampos! So aku panggil sorang pomen ni..aku letak nama pomen ni Hamid. Masa memula Hamid diagnose, dia kata kos repair tak mahal sebab minor problem je..fuh! lega..sambil urut dada berbulu...ekekeke. Tapi bila sampai bengkel lain pulak citernya. Tetiba Hamid bagitahu ada major problem, so banyak la nak kena bayar. Berapa banyak?...tak payah la aku kongsi kat sini, tapi rasanya cukup kalau nak pergi bercuti 2-3 hari kat oversea..siap boleh shopping sakan sampai muntah! Damn! Dah la aku tengah nak save duit..tetiba kereta buat hal..mau tak murung seminggu! huhuhu

Sebenarnya Hamid ni dah beberapa kali repair kereta aku..kiranya kitaorang memang dah kenal..cuma tak rapat sangat, kenal gitu-gitu je. Tapi ntah kenapa kali ni aku rasa tak sedap hati..rasa curiga semacam. So aku pegi ambush bengkel Hamid. Bila sampai kat sana, aku tengok kereta aku langsung tak berusik. Tadi kata dah siap check semua, satu skru pun tak tanggal lagi apa citer ni?! Peh! gila tak sakit hati.. aku syak Hamid ni pakai ilmu hitam..tak pun ada psychic power. Chet..apa dia ingat aku noob sangat kot pasal kereta ni?! Bila aku tanya...tergagap-gagap dia menjawab.


Tapi nak buat macam mana, kereta aku dah tersadai kat situ. Takkan nak tolak sorang-sorang cari bengkel lain. Nak melawan, dia lagi expert dari aku...maklum la katanya dah repair beratus-ratus kereta, setakat problem kereta aku celah gigi dia je..chet! berlagak! Nak tak nak aku terpaksa repair kat bengkel Hamid tu jugak. Dah tu, nak repair bukan sekejap, mau sehari suntuk. Memang tak la aku nak tercongok kat situ...dengan panas terik membahang, tu belum masuk hati aku yang tengah panas membara! Apa-apa pun aku terpaksa letak 100% kepercayaan dekat Hamid..walaupun aku syak kali ni Hamid cuba nak sembelih aku.

Honestly, aku dah susah nak percaya dekat mana-mana bengkel kereta sejak ada pengalaman hampir kena tipu tak lama dulu. Nak dijadikan citer, aritu kereta aku ada problem. So aku pegi satu bengkel ni, tauke ni mintak RM200..peh! bapak mahal! masalah kecik je kot! So cancel, aku cari bengkel lain. Tauke bengkel sebelah mintak RM20 tukar plastik..problem settle! Nampak tak perbezaan kat situ? Sebab tu, aku nasihatkan korang yang dah ada kenderaan sendiri tu, kalau boleh belajar sikit-sikit pasal kenderaan korang...jangan tahu reti nak bawak je. Ni tak, nama je jantan..tukar tayar pun tak reti! So bila korang ada ilmu, tak la nampak noob sangat..diaorang pun tak berani nak sembelih korang. Apa pun jangan serah bulat-bulat dekat pomen atau bengkel..unless korang anak tauke beras tak pun dah jadi jutawan..hehe. Ye la, orang bisnes mana tak mau untung..rosak sikit, tapi repair macam-macam..yang korang buta-buta bayar sampai beribu..padahal tak sampai beratus pun.

Berbalik pasal kereta aku, semua masalah dah settle. Cuma part nak bayar tu je gigil sikit..huhu..rabak! Tapi sampai sekarang aku masih ralat. Aku cuba tak nak buruk sangka, tapi ye la..pengalaman hampir kena tipu tu buat aku fobia sampai ke hari ini. Lagipun Hamid buat keje belakang aku..tak macam sebelum-sebelum ni. Lagi satu benda tu pulak tersorok kat dalam..so makin bertambah-tambah la curiga tu. Takkan aku nak godek..nak tengok balik betul ke tak pasang spare part baru..nanti tak pasal-pasal masalah lain pulak timbul. Haih..baru repair kereta dah menggelabah, tak tahu la macam mana bila tengah bercinta nanti..Kamen ni mesti kuat cemburu kan? errr...no komen....ekekeke

Cakap pasal trust issue ni, aku mengaku aku memang ada masalah mistrust lagi-lagi dekat stranger especially orang-orang yang cuba nak dekat dengan aku di alam maya ni..eceh! acah-acah ramai peminat..ekekeke. Sebenarnya dah memang sifat azali aku susah nak percayakan orang..cuma sejak aku start kenal-kenal dengan PLU ni..makin teruk jadinya.

Dulu, biasa la..masa zaman-zaman noob, kena sweet talk sikit dah cair..padahal orang tu bukan serius mana pun...yang aku pulak perasan kononnya orang tu dah kemaruk dekat aku. Alih-alih  orang yang buai aku dengan kata-kata manis tu jugak la yang simbah racun dalam hati aku...eceh! dramatik sungguh..ekekeke. Well, ada manusia bila nak sesuatu, kadang-kadang lembut gigi dari lidah..yang aku pulak bangang sangat percaya bulat-bulat..huhu. Tu belum masuk kes kena tipu..kena catfish dalam gay apps, kena main..errrr...dipermainkan. Ada tu kononnya nak kenal lebih rapat...alih-alih dia keluar dating dengan jantan lain..hampeh! Ada pulak kes bila aku dah terbuka hati open up pasal diri aku..walaupun hakikatnya aku masih dalam keadaan trauma...hujungnya aku tetap dikecewakan..huhuhu

Apa yang jadi dekat aku sebelum ni takde la teruk sangat..rasanya ada yang lagi tragik..tapi tetap bagi kesan dekat aku...lagi-lagi dalam misi aku memburu cinta hati..eceh! Ada yang kata aku terlalu secretive..ada yang kata aku jual mahal..susah nak didekati etc. Haihh..siapa la aku nak jual mahal..huhu. Dalam hal-hal berkait dengan hati ni, aku sentiasa berpegang pada prinsip "action speak louder than words". Setakat manis di mulut..tu semua taktik basi, aku dah lali. Chet! bajet hot stuff! ekekeke..So jangan tanya kenapa sampai sekarang aku masih single dan available..hehe. Padan muka..orang ajak berkawan je pun, bukan ajak romen! hahahaha! Well..aku belum lagi sampai tahap serik..mungkin paranoid sikit je. Rasanya tak adil aku menghukum orang lain disebabkan masa silam aku. Aku hanya perlukan masa dan usaha lebih sedikit berbanding orang lain...itu je. Well..bukan senang nak jinakkan Kamen Shinobi...tapi bila dah jinak, sure takkan menyesal....hahahahaktuih!

Cuma ada kalanya aku selalu mempersoalkan sama ada aku sebenarnya mampu atau bersedia untuk serious relationship. Ye la, setahu aku dalam mana-mana relationship lagi-lagi romantic relationship..trust tu kena dan wajib ada. Tapi dalam kes aku, trust tu la perkara yang paling susah aku nak bagi lagi-lagi bila melibatkan hati. Mungkin masa memula berkenalan, boleh la tolerate, maklum la tengah kemaruk. Tapi bila dah habis honeymoon phase..mula la insecure..lepas tu suka fikir macam-macam, buruk sangka, paranoid...kadang hal-hal remeh pun boleh bawak gaduh..last-last clash...erkkk, jauh sangat aku berimaginasi. Ada pengalaman ke Kamen? errrr....hehe

Trust takes years to built, 
seconds to break 
and forever to repair.

Friday 31 March 2017

SELIPAR

Tengah hari tadi, macam biasa laa..hari Jumaat, so kena laa pegi solat Jumaat. Cuma, time nak balik tu..tetiba kena panic attack. Mau tak panik...selipar aku tetiba ghaib! Tapi aku takde laa menggelabah...cool je..padahal dalam hati, hanya Tuhan yang tahu..huhu. Yer laa, mana laa tahu ada jemaah pakai selipar aku nak ambil wuduk, lepas tu terletak kat tempat lain, so aku cool..relax..husnozon je! eceh!

So aku pun cari laa keliling masjid...ke hulu ke hilir dah serupa kucing hilang anak..hahaha! Tapi semua tempat aku cari, tak jumpa. Mampos! Masa tu aku redha, selipar aku dah hilang! Mangkuk tingkat mana laa pulak rembat selipar buruk aku ni! Haihhh! Takde cara lain, nak tak kena kena balik berkaki ayam. Takkan nak rembat selipar orang lain pulak. Dah laa parking kereta jauh, dengan panas terik membahang...mau cair tapak kaki aku yang halus lagi mulus ni. Alahai, apa laa malang nasib aku harini..huhu..


Tapi, belum sempat aku menapak keluar dari masjid tu, aku terserempak satu kelibat selipar yang agak familiar, agak jauh dari tempat asal. Apa lagi, terus tersengih macam kerang busuk. Mau tak happy, ingatkan tadi dah dapat tuan baru...hehe..

Tapi, sangkaan aku meleset...walaupun sama, tapi sebenarnya tak serupa. Selipar tu dah terlalu lusuh..dan bila pakai, feel pun lain macam. Well, biasanya barang peribadi ni kalau dah pakai lama, chemistry tu makin kuat..tengok je pun dah boleh cam..inikan pula bila tengah pakai..rasa connected je. Tapi kali ni aku rasa lain macam sikit...something off. Sah selipar ni bukan aku punya. Aku syak ada orang terambil selipar aku! Damn! Ahh...lantak laa...dia curi selipar aku, aku curi selipar dia balik...muahahahaha! At least takde laa aku balik berkaki ayam atas jalan tar yang panas membara...hehe.

Seumur hidup, ini kali pertama aku terkena. Citer selipar hilang dekat surau..dekat masjid ni biasanya aku baca atau dengar dari mulut orang je, alih-alih harini turn aku terkena..damn! Walaupun dalam kes aku tadi cuma tertukar selipar..tapi dapat laa jugak merasa perasaan cuak tu..huhu. Well, rasanya lepas ni aku nak pinjam high heels mak aku pegi masjid..confirm takde sape nak curi!...ekekeke

Eleh...selipar pun nak kecoh! Tu laa korang..selipar aku tu walaupun dah buruk, tapak pun dah lusuh..tapi selipar tu banyak berjasa pada aku. Aku pegi pasar pakai selipar tu, masuk jamban pakai selipar tu, pegi dating pun pakai selipar tu...mau tak sayang separuh nyawa.

Tapi betul laa, pakai barang orang ni tak sama dengan pakai barang sendiri...walaupun bentuk, rupa, saiz semua sama. Sama jugak bila barang tu hilang atau rosak..tak semua benda boleh diganti. Well, macam tu jugak laa dengan manusia. Mungkin sebab tu ramai yang susah nak move on bila putus cinta..memanjang meroyan...ekekeke. Ada tu, bila nak cari partner baru..beriya nak cari yang sama sebijik..kalau tak sebijik pun..at least ada ciri-ciri ex dulu. Well..macam aku kata tadi..chemistry, sesuatu yang amat susah nak dapat. Walaupun depan mata dah ada yang baru, yang lama tetap dikenang-kenang.

There is something beautiful 
about unforced bonds : the energy is real

(Aku harap tuan baru selipar tu hensem..rindu selipar buruk 😢)

Wednesday 22 March 2017

HUSBAND AND HUSBAND

Reader : Apa pendapat kau pasal gay marriage?
Aku : Hurm..tak perlu kut

Eleh..jawapan coverline! Baru tengok video gay proposal dalam Youtube pun air mata, air hidung semua meleleh keluar...kalau ada yang datang melutut hulur cincin, silap-silap menangis 2 hari straight! Maklum laa, mau tak terharu tahap gaban, seburuk-buruk aku pun..ada jugak yang sudi nak jadikan teman hidup....ekekeke. Cakap pasal gay marriage ni, tetiba teringat kes pelajar Malaysia yang dikatakan berkahwin dengan jantan mat salleh kat oversea beberapa tahun lalu, buat majlis siap pakai baju melayu lagi...pergh! memang berani mati! Aku nak mengaku gay pun rasa cuak semacam...apatah lagi sampai nak buat majlis declare husband-husband ni depan khalayak umum...huhu. Tapi kes tu panas sekejap je, lepas tu terus senyap. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan mamat tu sekarang.

Isu perkahwinan sejenis ni bukannya baru. Mengikut carian ringkas yang aku jalankan.. Belanda negara pertama yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada tahun 2001. Lepas tu baru laa negara-negara lain ikut jejak Belanda. Setakat ni negara barat je laa yang bagi chance dekat kaum LGBT berkahwin secara sah. Haihh..apa laa nasib kaum LGBT dekat nusantara ni, nak kahwin lari dekat sempadan siam pun tak lepas rasanya...ekekeke. Dan tak lama lagi, berkemungkinan besar Taiwan bakal menjadi negara pertama dalam benua Asia yang menghalalkan perkahwinan sejenis. So kalau korang ada keinginan nak berkahwin, tapi tak nak lari jauh..mungkin korang boleh pilih Taiwan sebagai destinasi perkahwinan korang...hehe



Setahu aku, biasanya lelaki gay yang percaya pada konsep monogamy je yang ada keinginan untuk berkahwin ni. Well..hidup sama-sama, duduk satu rumah, bina rumah tangga etc..sama macam husband and wife...tapi dalam terma LGBT disebut 'husband and husband'..sampai ada yang ambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga. Yer laa, mengawan hari-hari pun takkan mampu nak beranak...perut boroi pun sebab terlebih lemak. Well, orang kata pasangan boroi petanda bahagia..hehe. Tapi kalau aku, tak perlu laa sampai ambil anak angkat ni semua...bela kucing seekor dua pun dah cukup..fokus sepenuhnya dekat husband tercinta..aumm! Kesian anak tu keliru nak bezakan mana mak...mana bapak..sebab dua-dua muka penuh bulu. Lagipun aku tak reti nak jaga budak kecik..ekekeke

Well, tak ramai lelaki gay yang ada cita-cita macam ni...mostly pasang cita-cita nak jadi hamba sex sampai mati..sebab pada mereka, istilah 'gay love' tu tak wujud. Kalau ada pun yang bercinta..relationship tu takkan ke mana, apatah lagi sampai nak berkahwin. Pada mereka, yang ada dalam dunia PLU ni hanya laa nafsu dan sex semata..huhu

Gay marriage ni lebih kurang je dengan straight marriage. Mostly orang berkahwin sebab perasaan cinta dekat pasangan bukan? Well, nak settle down, nak tua sama-sama etc. Maklum laa, umur dah banyak..sampai bila nak berpoya-poya..bertukar-tukar sex partner macam tukar baju? So kalau dah berkahwin, masa depan pun lebih terjamin. Lagipun, bila perkahwinan tu dah sah disisi undang-undang, so senang laa nak wasiatkan harta, takpun nak buat apa-apa tuntutan in-case sesuatu terjadi dalam masa perkahwinan tu..misalnya berlaku perceraian atau kematian. Takde laa nanti ditinggalkan sehelai sepinggang. Kira bertuah laa kalau dapat husband kaya raya...walaupun kena talak tak pun bercerai mati..kurang-kurang dapat claim banglo sebijik...peh!

Aku sebenarnya agak neutral bila berbicara soal same-sex marriage..nak sokong pun tidak, nak bangkang pun tidak. Mungkin aku agak bias, well...sebab aku sendiri seorang gay..hehe. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lebih positif, bila ada pasangan gay ni yang berkahwin..sekurang-kurangnya dapat laa buka mata orang luar sana especially yang skeptikal dengan konsep 'gay love'. Bukan semua lelaki gay itu gila sex...pantang nampak jantan, semua nak try. Ada jugak yang kenal erti cinta, setia etc..ada yang serius nak settel down macam pasangan straight...cuma bezanya tak mampu ber-reproduksi..itu je...hehe

Pada aku berkahwin atau tidak, sama je sebenarnya. Kasih sayang dan kesetiaan tu lagi penting dari status..eceh! Tipu laa, kalau aku langsung takde keinginan nak settle down dengan partner aku. Aku melihat perkahwinan itu sebagai suatu simbol komitmen untuk hidup bersama, setia dan saling menjaga antara satu sama lain..kalau boleh sampai ke akhir hayat. Aku pernah jugak berangan nak merasa kena propose, nak buat majlis perkahwinan atas kapal cruise, jemput semua saudara mara..kawan rapat sama-sama raikan hari bahagia kitaorang. Honeymoon keliling Europe. Dah puas honeymoon, back to normal life, harungi hidup bersama dengan husband tercinta..sama macam pasangan lain. Alahai..indahnya!

Tapi semua tu cuma angan-angan kosong je..mana mungkin Malaysia menghalalkan perkahwinan sejenis. Pakai status 'In-relationship' je laa sampai clash..tu pun kalau ada yang sangkut..huhu. Ahh! susah-susah sangat, baik pindah oversea..kahwin dengan mat salleh. Tak kisah laa dapat yang tua ganyut pun, janji banyak harta.. Erkkk..materalistik sungguh! Teruk betul perangai kau Kamen!

So, apa pendapat korang pasal same-sex marriage ni? Yay or nay?


Marriage is a mutual commitment to love 
without condition or expiration date.


Thursday 2 February 2017

CONFESSION

Aku : Ibu...
Ibu : emm?
Aku : Kamen...gay

Ibu hanya memandang aku tanpa berkata apa-apa. Wajah ibu tenang seperti biasa. Sedangkan seluruh tubuhku masih menggigil..petanda perasaan gementar masih menguasai diri..menanti sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Aku hanya tertunduk..aku tidak mampu menatap wajah ibu..namun aku tahu ibu masih memerhatikan aku. Lalu, ibu memegang erat kedua bahuku. Aku tersentak..lantas memerhatikan wajah ibu. Ibu hanya tersenyum sambil berkata...

"Kamen tetap anak ibu"

Berangan jer laa kau Kamen! silap-silap kena pelempang dua das..lalu koma di tempat kejadian...ekekekeke. Well, cerita tadi hanya rekaan dan khayalan seorang jejaka gay bernama Kamen Shinobi...konon nak coming out depan orang tua.

Well, rasanya mostly lelaki gay yang masih in-closet dalam dunia ni ada keinginan untuk confess atau dalam kata lain coming out dekat orang-orang terdekat..misalnya ibu bapa, adik beradik ataupun kawan. Tapi proses nak coming out ni bukannya senang lagi-lagi nak confess dekat family sendiri. Yer laa, nak mengaku suka..bernafsu dekat jantan depan mak bapak..macam-macam boleh jadi. Kalau tak kena halau dari rumah..kena bakar hidup-hidup...ekekeke. Sedangkan mat salleh yang dah urban dan open minded tu pun susah nak terima kalau anak mengaku gay, inikan pula dekat Malaysia ni. Penat didik anak dari kecik sampai dah berbulu, pasang harapan nak tengok anak berumah tangga, nak ada cucu cicit..hujung-hujung apa pun takde.....sebab anak gay, suka jantan..hehehe

Ada ketika aku berangan nak coming out dekat family aku...well, angan-angan jer laa..nak buat betul-betul tu mustahil rasanya..tapi keinginan tu ada, tapi tak kut..ahhh! banyak betul laa alasan. Giler apa nak confess?! Yer laa, parents aku masuk dalam kategori baby boomers, so pemikiran pun agak konservatif..well, lelaki untuk perempuan, perempuan untuk lelaki...full stop...takde diskaun, takde simpang-simpang..straight to the point! Kadang-kadang tu bila keluar cerita pasal benda-benda yang diluar norma sekalipun, family aku dah mencebik..tanda tak suka, protes, benci...apatah lagi nak sentuh soal dunia LGBT ni...lelaki bernafsu dekat lelaki, pasangan sejenis etc.. memang tak tercapai dek akal diaorang...huhuhu

Nak coming out ni ada macam-macam cara. Ada yang cakap direct, ada yang tulis surat, ada yang hantar mesej dalam wasap, ada yang bagi hint, ada yang up status dalam sosmed etc. Tapi kalau diberi pilihan, dan diberikan kekuatan...rasanya aku pilih cakap direct je...straight to the point. Kalau boleh aku tak nak laa family aku tahu dari mulut orang lain..tak pun kantoi dari blog ni..hahaha. Well..nak coming out ada macam-macam cara, kantoi pun ada macam-macam cara jugak. So kalau korang masih in-closet..hati-hati..korang mungkin sedang diperhatikan..hehehe

Well..kalau reaksi family aku positif, rasanya takde apa lagi yang perlu aku risaukan. Mungkin masa tu aku dah rasa lega..seolah batu yang teramat berat yang selama ni aku tanggung sorang-sorang dah terlepas dari bahu aku..family siap tanya "Dah ada boyfriend ke?"...eceh! hahaha! Tapi kalau reaksi family aku negatif..rasanya aku nak bawa diri jauh dari family aku...mungkin merantau dan menetap kat luar negara. Tapi yang pasti area yang aku nak pindah tu mesti laa LGBT friendly. Sekarang kan dah banyak bandar yang LGBT friendly..tinggal pilih jer. Bukan sebab malu, tapi aku anggap pindah ke tempat baru tu seolah kelahiran semula..eceh...well, untuk memulakan kehidupan baru. Dikelilingi orang-orang yang at least faham situasi aku...tanpa prejudis, tanpa rasa jijik, benci etc. So duduk dalam area yang LGBT friendly takde laa rasa sunyi. Walau jauh dari keluarga, kurang-kurang dapat geng sekepala..untung-untung dapat boyfriend caucasian, takpun latino, takpun african...hahaha! Berangan jer laa kau Kamen...

Nak coming out ni bukan kerja mudah..seolah memilih antara nak hidup atau nak mati...lagi-lagi bila nak coming out dekat family sendiri. Yer laa, kalau family boleh terima...selamat laa..tapi kalau sebaliknya..mampus! Silap langkah ada yang bermasam muka..mak bapak tak mengaku anak, adik-beradik tak bertegur sapa..adeh! Pada aku, hanya orang-orang yang berani mati jer mampu nak coming out. Untuk orang-orang macam aku, macam korang..yang masih in-closet..yang lahir dan dibesarkan dalam persekitaran yang konservatif macam dekat Malaysia ni, coming out bukan laa satu pilihan...atau mungkin kita semua memang dah takde pilihan..melainkan duduk dalam almari sampai bila-bila...

Aku : Ibu..
Ibu : emm?
Aku : Kamen...gay
Ibu : Gay tu apa?
Aku : Gay tu....errr...happy.
Ibu : Ha? Kamen nak kawen ke?


It's funny how everybody considers honesty a virtue, 
yet no one wants to hear the truth. 

Tuesday 10 January 2017

FIRST DATE

Sejak dua menjak ni orang asyik duk bercerita pasal azam tahun baru. Ada yang nak kurus, nak sado, nak tambah boyfriend etc. Well..at least mereka-mereka ni ada cita-cita untuk dikejar..sedangkan aku? Haihh...malas nak cakap. Azam tahun lalu pun ada yang belum tertunai lagi..ada hati nak tambah azam baru..huhuhu. Tapi sejujurnya bila dan semakin berusia ni..aku dah kurang sikit nak fikir pasal azam macam zaman muda remaja dahulu. Ntah laa...mungkin aku dah cukup selesa dengan kehidupan aku sekarang agaknya..eceh! takde apa lagi yang nak dikejarkan. 

Well..tipu laa kalau aku kata aku takde azam langsung..tapi rasanya tak perlu laa aku kongsikan untuk tatapan umum..biar laa menjadi rahsia sendiri. Cukup laa sekadar korang tahu salah satu azam aku adalah untuk menamatkan zaman single..atau dengan erti kata lain aku nak settle down....dengan seseorang yang bernama Azam...mungkin? ekekekekeke..

Abaikan soal azam yang ntah bila akan tercapai tu. Sempena bulan pertama tahun 2017 ni, aku tetiba tergerak hati nak berkongsi pengalaman first date aku dengan PLU. Well...sebenarnya idea ni timbul lepas aku terjumpa satu vlog gay couple dalam Youtube baru-baru ni...yang bercerita pasal detik pertemuan pertama mereka di alam maya sampai laa ke first date. Bila laa aku nak merasa ada boyfriend disisi..bahagia jer aku tengok diaorang berdua tu...huhuhu

Berbalik pasal kisah first date aku dengan PLU, kejadian tu berlaku kalau tak silap lebih kurang 5 tahun yang lalu..waktu tu umur aku dalam pertengahan 20-an. Aku kenal mamat ni dalam satu website gay yang paling famous masa tu..PlanetRomeo/PR. Well...aku join PR tu bukan nak cari teman sex, tapi sebenarnya nak cari boyfriend..noob giler cari boyfriend dalam hookup site...ekekekeke. 

Nak dijadikan cerita, masa aku memula join PR tu, hampir setiap hari orang mesej ajak nak jumpa...maklum laa, barang baru..ramai laa nak try. Salah aku jugak, letak gambar profile terlebih seksi..siapa tak geram? Bila ingat balik, rasa bodoh pulak tayang badan dalam tu..hahaha.. Tapi yer laa, aku masih in-closet lagi..lagipun orang yang kenalkan aku dengan PR tu dah bagi warning awal-awal yang user dalam tu kebanyakkannya nak cari sex partner jer...so memang tak laa aku nak jumpa jantan-jantan gersang tu semua..tak pasal-pasal hilang teruna...wakakakaka..Eleh, alasan jer tu, padahal jantan tu semua tak menepati taste kau kan Kamen? Well..masa tu aku memang serius nak cari steady partner, so aku sangat strict..nak cari yang menepati taste jer...kalau tak, memang aku reject mentah-mentah...chet! bajet hot sangat laa kau Kamen!

Sampai laa suatu hari ada sorang mamat anonymous ni mesej aku, konon nak berkenalan. Aku letak nama mamat ni, Carlos...acah-acah mamat Latino...ekekekeke. So kitaorang pun chatting dalam PR..lepas tu bila dah makin seronok bersembang, kitaorang share phone number pulak. Tapi yang kelakarnya, sorang pun tak berani nak call...so main sms jer laa..dan yang lagi best, masing-masing anonymous..aku tak tahu rupa Carlos, dan Carlos pun tak tahu rupa aku. Tapi Carlos tak kisah pun sebab dia hormat privacy aku, begitu juga sebaliknya.

Dalam ramai-ramai user PR yang mesej aku, Carlos antara yang menepati ciri-ciri fizikal yang aku cari..aumm! Tinggi, berat semua cukup..perfect! tapi rupa sebenar..aku memang clueless..ntah-ntah kena tipu..huhuhu. Well..bukan sebab tu jer, dari segi gaya bahasa dan tutur bicara..aku boleh rasa keikhlasan Carlos nak berkenalan dengan aku, bukan macam jantan lain..asal mesej asyik tanya T or B, berapa inci etc...nampak sangat gila sex. Tapi Carlos beza sikit dari orang lain..dah laa sado, berbudi pekerti, tak gila sex...mau tak berbunga-bunga hati tu? Terus berangan hidup happily ever after dengan jejaka idaman...ekekekeke.


So masa tengah syok ber-sms tu, tetiba Carlos ajak nak jumpa. Erkkk..giler ker apa nak jumpa? Baru kenal tak sampai sehari...muka pun tak tahu macam mana...ada hati nak ajak jumpa. Silap hari bulan kantoi pulak nanti...mana nak letak muka? huhuhu. Well..itu hanya monolog dalaman diawalnya sahaja. Namun..suara hati aku terus mencelah..."Tak cuba tak tahu,bayangkan korang couple!"....Alahai..indahnya! Ahh....gamble jer laa!..lantak laa blind date sekalipun! Dan akhirnya aku akur dengan idea Carlos...walaupun pada mulanya aku terlalu risau..risau aku buat keputusan yang salah, tapi perasaan ingin tahu dan excited nak tahu identiti sebenar Carlos lagi besar dari perasaan takut. Yer laa..nak jumpa bakal buah hati face to face...siapa tak excited?

Fast forward...hari yang dinantikan telah tiba. Perasaan tu jangan cakap laa. Baru nak bersiap pun hati dah berdebar semacam. Maklum laa..first time dalam seumur hidup nak face to face dengan jantan PLU merangkap bakal kekasih...blind date pulak tu...memang cari nahas betul! hahahaha. Sebelum ni almari di tutup rapat...tapi sekarang dah sampai masa almari tu dibuka....yer laa, kalau tak dibuka..macam mana nak dapat boyfriend?

Masa tengah on the way ke tempat yang dijanjikan tu, aku semakin gelisah..dengan nervous menggigil satu badan..rasa lembik nak pengsan semua ada..nasib baik tak accident...huhuhu. Yer laa, risau Carlos tak menepati jangkaan aku...tak pun Carlos terus blah tinggalkan aku macam tu jer..sebab aku bukan taste dia...adeh! malu beb!

Akhirnya aku sampai ditempat yang kitaorang janji nak jumpa...kebetulan aku sampai dahulu sebelum Carlos. Dalam beberapa minit menunggu, Carlos sms aku..dia kata dia dah sampai. Mampos! Nak patah balik pun dah terlanjur sampai..so redah jer laa. Jantung ni berdegup semakin kencang macam nak meletup..nervous, menggigil menanti Carlos muncul depan mata aku..dan akhirnya, kitaorang bertentang mata buat kali pertama. 

Namun........erkk?...DIA NI?! Masa seolah terhenti...dunia gelap seketika. Jangkaan aku meleset sama sekali. Apa yang aku bayangkan jauh menyimpang lalu terbabas jatuh ke dalam gaung yang teramat dalam! Kalau ada pilihan, aku nak berambus dari situ, aku tak sanggup nak berhadapan dengan realiti....aku nak balik! Tapi apakan daya..nasi dah jadi bubur. Tak gentle laa blah camtu jer...tu pengecut namanya! 

Damn! dunia PLU ni memang kecik...dalam ramai-ramai jantan PLU..kenapa budak ni yang kena jadi first date aku?! Tragis sungguh! Well..Kalau korang nak tahu, Carlos ni junior aku masa kat sekolah menengah dahulu..so basically kitaorang dah pernah jumpa sebelum ni..cuma sebagai schoolmate..tapi tak pernah bertegur sapa pun. Dulu kat sekolah aku gelar mamat ni 'Ogre'..kenapa? jangan tanya! ekekekeke..Padan muka kau Kamen..kutuk dia lagi..last-last dia jadi first date kau! muahahahaha. Tapi luckily, Carlos langsung tak cam aku. Nampak sangat laa yang aku ni hanya budak biasa masa kat sekolah dulu...huhuhu

Dipendekkan cerita, first date dengan Ogre Carlos agak awkward pada mulanya, tapi masih berjalan lancar...walaupun dia bukan seperti apa yang aku bayangkan...eleh! ntah-ntah dia pun geli tengok kau Kamen! hahaha! Dan lepas balik dari first date tu, aku dapat sms dari Carlos...

"Next time jumpa jangan banyak cakap tau! Hahaha..."

Chet! Berani dia bahan aku! Tapi pengalaman first date ni memang agak kelakar. Actually, masa tengah lepak tu aku sedar aku agak terlebih peramah dari biasa...terlebih excited mungkin. Maklum laa, first time jumpa PLU face to face..tu yang mulut tak henti-henti membebel tu...habis segala yang terbuku diluahkan...sampai tekak naik sakit, mulut naik kering bercakap non-stop. Patut laa muka Carlos kadang-kadang ketat semacam..menyampah tengok aku mulut macam tongkeng ayam..hahahaha! Padahal orang yang kenal aku tahu aku jenis tak banyak cakap. Well..aku takde niat pun nak banyak cakap masa tu, aku cuma mengelak situasi awkward silence....lagipun Carlos ni jenis tak banyak cakap, so salah seorang kena laa main peranan jadi tukang karut...takkan nak diam sepanjang masa.

Well..hubungan kitaorang tak kekal lama pun...lepak dua tiga kali lepas tu lost contact. Ntah laa...aku takde feel langsung nak jadikan mamat tu sebagai kawan...apatah lagi steady partner..walaupun Carlos seperti teringin serius dengan aku...eceh! berangan jer laa kau Kamen! Banyak kali jugak Carlos ajak aku lepak lepas tu, tapi aku selalu buat-buat sibuk..padahal sebenarnya nak jauhkan diri..huhuhu.. Kononnya masa tu aku yakin aku boleh dapat yang lagi bagus dari Carlos....tapi hakikatnya, hampeh! sampai ke sudah tak laku...padan muka memilih sangat! Mamat tu pun sekarang dah makin galak tayang badan dalam satu gay apps ni..mujur kitaorang tak jadi couple...ekekekeke

Sekian kisah first date merangkap pengalaman pertama aku bersua muka dengan PLU. Mungkin ada yang beranggapan aku terlalu cerewet dan shallow-minded...nak tengok rupa semata. Well..aku mengaku itu aku yang dulu...kuat berangan, perasan lagi tak sedar diri...huhuhu. Zaman jahiliah dah berlalu. Sekarang aku dah semakin terbuka untuk menerima sesiapa sahaja dalam hidup aku. Yer laa, setakat nak berkawan takkan tu pun nak cari yang hensem..sempurna jer..lain laa nak cari steady partner..yang tu dah masuk cerita lain..hehehe. Well..masing-masing pun ada personal preferences bila nak memilih pasangan bukan?...cerewet sikit-sikit tu biasa laa. Nak cari buah hati yang nak kena hadap hari-hari, mana boleh main tangkap muat jer..main rembat apa yang lalu depan mata...nampak sangat desperate...ekekeke. Tapi kalau hati dah suka...rupa macam Shrek sekalipun tetap nampak macam Matt Bomer...hehehe.


Don't blame people for disappointing you,
blame yourself for expecting too much.