Tuesday 23 December 2014

KITA SAMA SAJA BRO!

Sebelum baca entry ni,aku sarankan baca dulu entry KAN DAH KANTOI LAGI . Baru nampak flow cerita sebenar.

Banyak hari jugak aku fikirkan benda ni sampai tak cukup tido aku dibuatnya. Aku fikir pro dan cons kalau aku nekad dengan keputusan aku..apa kesan kalau Wan tahu. Aku fikir jugak kalau aku pecahkan rahsia Wan,rahsia aku automatik akan terbongkar jugak. Mula-mula aku teragak nak buat, tapi aku semakin nekad nak terus terang dekat Wan.

Pagi tu aku terbangun awal sikit..check handphone, someone hantar mesej dalam Grindr. Wan mesej lagi..(degil betul budak ni) tapi aku biarkan aje,tak balas pun. Ahhh!...aku dah tak tahan!! Aku terus mesej Wan ajak jumpa. Baru mesej nak jumpa,belum lagi cakap depan muka..tu pun jantung aku dah macam nak meletup. 

Malamnya aku ajak Wan dinner sekali. Saja nak bagi mesra sebab aku dah lama tak jumpa Wan, sedikit kekok walaupun dah lama kenal. Banyak yang kitorang borakkan..tapi kadang-kadang aku tak boleh nak concentrate sebab aku asyik fikir macam mana nak start nanti. 

Lepas masing-masing dah kenyang aku bawa Wan jalan-jalan..aku rasa ini masa yang sesuai..

Aku : Wan..aku ada benda serius nak bagitahu kau ni.
Wan : Apa dia?
Aku : Pasal kau dan aku...
Wan : HA? APA DIA? KAU BUAT AKU NERVOUS! (dia dah cuak!)
Aku : Aku dah tahu rahsia besar kau. Aku as kawan,aku boleh terima...
Wan : RAHSIA APA BEB? KAU JANGANNN!
Aku : Kau tak kisah ke kalau aku bagitahu? Kalau kau tak nak,aku simpan aje...haha
Wan : Erk......ok,bagitahu aku SEKARANG!

Kebetulan aku lalu di kawasan taman rekreasi,aku singgah..Aku ajak Wan duduk atas satu bangku dekat taman tu. Ramai couple lepak dekat situ,lokasi tak terang tak gelap,tak bising tak sunyi sangat..sedang-sedang elok..jadi aku rasa sesuai kot duduk berdua dengan Wan,tak la nanti nampak macam 'gay couple'..haha

Wan : Cepat la...bagitahu aku.
Aku : Tunggu sekejap..ha!ini dia (menggigil!...aku tunjuk conversation dalam Growlr)
Wan : HAHAHAHAHHAHAHA..kau ke tu?damn!
Aku : HAHA..yer..nakal kau yer..boleh tahan!
Wan : Seriously?Damn! Oh...jadi kau plu jugak?
Aku : Yer..kita sama je bro. Habis tu kau tak tahu langsung kau tengah borak dengan aku?haha.. 
Wan : Hahaha. Serius beb,aku tak tahu!Damn!Tak sangka pulak tu kau!..tapi recently aku macam boleh agak kau something dari perubahan kau...kau faham kan?gaydar....hehe
Aku : (siot je) Errr..ye ke?HAHA..hebat gaydar kau!Dah jom..kita jalan lagi..
Wan : Jom!

Sebenarnya aku tak faham apa yang Wan nampak dekat aku sampai dia syak aku ni plu. Mungkin dah ramai member kitorang yang dah kahwin..dah ada anak..tinggal aku dengan Wan aje yang masih single. Awek pun tarak walaupun hensem (cis!angkat bakul). Haha.. Betul la orang kata,hanya jauhari mengenal manikan...hanya plu boleh mengenal plu..

Aku lega lepas confess dekat Wan..takde apa lagi yang aku patut sorok. Dia dah tahu aku plu..sama macam dia jugak. Wan pun boleh jadi diri sendiri depan aku. Kurang sikit beban aku jadi plu, at least ada orang yang boleh faham situasi aku. Lagi satu, bertambah sikit topik perbualan, kalau tak asyik sembang pasal keje...tak pun pasal perkembangan member sekolah. Lepas ni lepak cafe selamba cakap "bro meja sebelah hensem"....adeh!!



Lepas kejadian tu, buat pertama kali kitorang berbual topik plu. Dalam diam tak sangka Wan lagi advance dari aku. Aku dah nampak 'warna' sebenar Wan. Kalau sebelum ni aku boleh rasa Wan tak jadi diri sendiri. Aku ada jugak bagitahu Wan yang dia sebenarnya dah banyak kali kantoi cuma dia tak perasan. Dia gelak aje. Kalau aku jadi Wan confirm malu habis. 

Balik rumah aku imbas balik kejadian tadi. Senyum sorang-sorang dah macam kerang busuk..tapi bila difikirkan balik.."betul ke keputusan aku tadi?" Bukan apa..aku fikir kesan dekat Wan, confirm dia malu dekat aku..maybe depan aku aje dia ok tapi lepas ni dia dah taknak jumpa aku dah. Risau jugak aku.

Lagi satu aku percaya Wan boleh simpan rahsia aku tapi dia ni lurus bendul sikit...aku risau aje kalau dia terbongkarkan rahsia aku dekat orang yang tak sepatutnya.Waktu berborak dalam kereta tadi pun dia sempat pecahkan lubang mutual friend kitorang. Tak mustahil Wan boleh buat benda sama dekat aku.

Menyesal pulak bagitahu..Aku harap Wan tak kecewakan aku.

Tuesday 16 December 2014

KAN DAH KANTOI...LAGI

Aku nak story pasal kawan aku. Kejadian ni sebenarnya dah lama,tahun lepas punya cerita. Tapi memandangkan aku baru je ada blog..cerita pun lebih kurang masuk dengan blog aku..jadi berbaloi rasanya aku share.


Sikit pasal kawan aku. Aku letak nama samaran, Wan..bukan nama sebenar,kantoi pulak nanti letak nama penuh. Dah la nama kawan aku ni unik. Aku dah kenal Wan lebih 10 tahun...sejak zaman sekolah menengah lagi. Dari form 1 sampai form 6 duduk satu kelas,meja pun sebelah-sebelah je. Kira Wan ni member aku yang paling rapat zaman sekolah dulu.


Wan ni budak baik..imej bersih..sedikit skema budaknya. Dia tak la pintar sangat,tak jugak lembab bengap..biasa je.Lebih kurang macam aku.Tapi satu je,dia sangat rajin dan dia tak pernah putus asa. Aku pulak banyak main. Kadang-kadang dia boleh jadi antara top scorer dalam kelas. Wan ada satu tabiat yang sedikit pelik bagi aku..dia tak suka disentuh apatah lagi dipegang. Aku suka usik dia..misalnya waktu rehat,tengah berjalan ke kantin sekolah aku sesaja letak tangan aku atas bahu dia(macam dalam gambar)...laju je dia tepis. Kalau aku buat lagi..dia marah aku. Bukan aku je, orang lain lain pun kena. Kalau aku buat dekat orang lain..diorang rilek aje.


Lepas habis STPM aku dan Wan dah jarang contact sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan di universiti. Kitorang study lain-lain universiti. Ibarat aku ke utara,dia ke selatan. Tiap kali cuti semester aku balik kampung. Waktu tu la aku dan Wan habiskan masa melepak sambil bercerita pasal kehidupan di universiti.


Fast forward..


Lepas habis grad, aku dan Wan sekali lagi berpisah. Dia ke timur dan aku ke barat. Rezeki Wan dapat keje di luar negeri. Aku pulak tetap di tanah kelahiran aku. Masing-masing dah ada life sendiri. Contact pun makin jarang. Sekali sekala kalau terserempak dalam FB,bolehla lepaskan rindu..chatting dengan kawan aku ni. Biasanya kalau Wan balik kampung,dia selalu ajak aku lepak. Minum-minum sambil mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan.


Hujung tahun 2013, Wan balik kampung sempena cuti Krismas. Dia ajak aku lepak sebab dia kata dia boring duduk rumah..so aku layankan aje la.


Petang tu kitaorang lepak satu restoran. Tengah berborak,tiba-tiba Wan melambai dekat 'someone' di belakang aku..aku mula-mula malas nak ambil port..mungkin kawan dia kot.. Tapi ntah kenapa kepala aku ni suka pulak nak menoleh nak tengok siapa,mana la tahu aku kenal...Aku tergamam sebab 'someone' tu sebenarnya antara plu yang paling aktif dalam PR. Dalam aku terkejut tu,aku act cool..terus aku tanya Wan.."Sapa tu??mana ko kenal mamat tu?"...

Simple aje Wan jawab "Kawan...jap aku nak ke toilet". Waktu tu aku dah fikir macam-macam dah,tapi aku pujuk diri aku..apa yang jadi just kebetulan. Mungkin betul mamat tadi kawan Wan. Tak mungkin kawan baik aku ni gay macam aku. Lepas puas lepak,aku hantar Wan balik. Dalam perjalanan,Wan bagitahu aku yang dia nak balik keje dua hari lagi.

Keesokkan malam,


Tengah boring layan internet...gatal pulak nak online PR. Saja nak tengok sapa yang rajin online malam-malam buta. Tak lama lepas tu..mesej masuk. Nickname aku tak kenal,profile kosong tanpa gambar..User baru kot....


XXX : Hi!! saya last day dekat sini.jumpa nak? 
Aku  : Hi..sorry aku malas sikit nak keluar tengah malam 
XXX : Ala...jumpa sekejap je. Aku stay Taman Pelangi. Esok aku nak balik dah

Hati aku rasa tak sedap. Baru semalam aku menjemput dan menghantar Wan balik di Taman Pelangi. Takkan Wan pulak?? Kebetulan kot...Perbualan bersambung...

Aku  : Next time boleh? 
XXX : Ok la...ada face pic so next time senang nak cam?
Aku  : Ehh..kau nak gambar aku tapi profile kau sendiri takde? 
XXX : Heeee...sorry.. Ni pic aku. (kantoi!)
.
.
. 
Wan  : And yours?Helooo?

Aku tak tau nak kata apa dah. Aku diam. Tekak aku jadi sempit dan tiba-tiba rasa sakit macam orang tengah tahan sebak nak nangis. Terbukti kawan baik aku ni plu..sama macam aku! Waktu tu aku ada dua pilihan. Satu, pegi jumpa Wan..buat macam blind meeting..buat kejutan. At least dia tahu yang aku ni plu macam dia jugak. Pilihan kedua,diam.


Aku pilih untuk berdiam,sebab waktu tu aku belum bersedia lagi. Biar aku je yang tahu Wan plu. Aku tak nak Wan tahu siapa aku. Aku nekad nak simpan rahsia ni.


Sebenarnya aku dah lama syak Wan ni 'something' sejak dia aktif dalam FB beberapa tahun lepas. Asal update status atau gambar,ramai aje plu dan gayboy yang Like.. Aku pun pelik..dari mana Wan kenal semua plu dalam FB tu? Lagi satu..aku pernah terjumpa komen nakal Wan dekat satu user FB lelaki..lebih kurang begini .."Yum,nice body!".


Bermula dari situ timbul rasa curiga dekat Wan. Tapi tahun lepas,2013..PR dah jawab semuanya.


Lepas kejadian dalam PR tu aku dah tak nampak Wan macam kawan baik aku yang aku kenal dari zaman sekolah. Cuti Aidiladha baru-baru ni,Wan balik kampung. Macam biasalah..Wan ajak aku lepak.  Time lepak tu aku layan Wan macam biasa je,tapi kekok sikit..tak macam dulu sebab a
ku tak boleh buang 'idea' yang aku tengah lepak dengan plu..bukan dengan Wan,kawan aku. Tengah berborak kosong,ada kalanya Wan terlepas cakap pasal 'dunia plu'..tapi aku buat-buat tak dengar..tak pun buat-buat tak tahu. Lepas tu baru la Wan cepat-cepat tukar topik.

Risau laa pulak. Mungkin Wan dah tahu yang aku ni plu,saja nak tease aku. Aku tertunggu-tunggu jugak Wan nak confess dekat aku,tapi sampai sekarang masih senyap.


Semalam aku ada update status dalam FB.....rajin pulak Wan pegi like status aku,kalau sebelum ni tak pernah pun. Kerek! tau ler dah glemer sekarang. Tapi aku rasa Wan sesaja hint nak bagitahu aku dia nak balik kampung. Memang betul pun Wan ada dekat sini. Aku sesaja buat bodoh.

Petang tadi,Wan kantoi lagi. Kali ni bukan disebabkan oleh gambar, tapi Wechat id. Ceritanya begini...someone hantar mesej dekat aku dalam Grindr ...nickname tak fimiliar, gambar pun takde.. tapi ntah kenapa instinct aku kuat mengatakan user ni mungkin Wan..
 Aku sesaja tanya macam-macam.


XXX : Hi
Aku  : Hi..kau cari apa dalam ni? 
XXX : kawan sekepala
Aku  : kau nak fun,sex? 
XXX : boleh je kalau nak..HAHAHA
Aku  : taste kau macamana? 
XXX : aku suka yang berisi sikit,best peluk..kau berisi tak? 
Aku  : ada wechat?bagi id..aku add 
Wan : nah...xxxxxx (kantoi!)
Aku  : jap lagi aku add..ok?
Wan : Ok..aku tunggu.

Instinct aku tepat! Aku respek dengan kawan aku yang seorang ni sebab terlalu jujur. Aku dah lama kenal Wan...dia memang lurus bendul sikit.Nak aje aku sekeh kepala budak ni..

Aku gelak je sepanjang kitorang berbalas mesej tadi. Wan tak tahu (atau sebenarnya tahu?) yang dia tengah menggatal dengan kawan sendiri yang jugak gay in the closet. Sampai sekarang aku tak add Wechat Wan. Kesian Wan.

Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Lepas workout tadi aku fikir nak confess direct depan Wan kalau-kalau dia ajak aku lepak dalam minggu ni. Aku rasa tak adil..Wan tak tahu siapa aku sedangkan rahsia besar Wan dah bocor, banyak kali pulak tu. Lagipun dia kawan baik aku..apadehal?!  At least kurang sikit beban aku simpan rahsia besar ni.


Kat mana nak confess? Macam mana nak start? Nak cakap apa? Banyak nak fikir..nervous siot!


"Wan...kau dah lama kantoi,aku pun plu macam kau gak"..


Perghhhh!!!setepek ke muka..terus dia pengsan...acane?satu hal lagi nak angkut ke hospital.. Tak pun Wan terus tumbuk aku,gaduh besar pulak nanti.

atau..


"Wan..aku dah lama tahu kau plu..aku pun plu.."


"Dah agak dah~" 


...aku pulak yang terkejut beruk..mana dia dapat tahu?

Aku tak pasti keputusan aku nak confess dekat Wan betul atau tak? Atau baik aku simpan rahsia ni sampai bila-bila..?Confused..


Friday 12 December 2014

LAMAN SOSIAL DAN APP PLU

Kau gay..kau mesti kenal apa tu Grindr,Manjam,PlanetRomeo. Dekat Malaysia ni rasanya web atau app plu aje sumber utama plu nak meet up dengan plu lain. Macam dekat tempat aku,mana ada gay club atau gay bar. Kalau ada pun aku fikir dua tiga kali nak masuk. Tempat lain macam area KL..aku rasa ada aje tempat plu-plu berkumpul.

Aku buat entry ni bukan nak menggalakan korang join site dan app yang bakal aku review. Apa yang aku cuba sampaikan hanya sekadar pandangan aku sebagai seorang pengguna dan sedikit pengalaman aku lepas join social site untuk plu. Join atau tak...terpulang. Apa yang jadi lepas tu pun bukan tanggungjawab aku.



1. BiggerCity/BC


Biggercity/BC

Aku tak ingat macam mana aku boleh terjumpa website ni. Tapi apa yang aku ingat sebelum aku jumpa site ni, aku agak meminati lelaki yang sedikit berisi,tapi bukan dalam kategori obese. Chubby sikit aku suka. Aku join site ni dalam tahun 2009. Biggercity ni tempat khas chubby/bear/chaser cari pasangan.

Chaser bermaksud lelaki yang sukakan lelaki berbadan besar atau gemuk. Biasanya chaser ni bukan dalam kategori gemuk. Kalau dah masuk kategori gemuk..tu dah boleh dipanggil chubby atau chub. Kalau badan besar banyak bulu,itu dah masuk kategori 'bear'.

Few term yang aku belajar bila aku join site ni,antaranya "chubby looking for chaser","chaser looking for chub". Ada jugak chubby yang minat chubby..itu dipanggil "chub for chub"..so chaser takde peluang nak try.

Aku pernah cerita dalam entry sebelum ni aku terjumpa chat buddy dari US. Yer..aku kenal mamat tu melalui BC dan dia seorang 'chub'. Dan dia orang pertama yang tahu aku gay!

Tak banyak benda menarik dalam BC. Kalau korang peminat chubby atau bear,boleh laa cuci mata. Antara kelemahan ketara BC, tak ramai local user. Mungkin tak ramai yang tahu pasal BC. Lagipun chubby tak ramai peminat.



2. PlanetRomeo/PR


Logo lama(kiri),Logo baru(kanan)

Website biru. Seseorang yang aku kenali melalui BC yang kenalkan aku pada PlanetRomeo ni. Aku join PR tahun 2012. Banyak yang aku belajar sejak aku start ber-PR. Kebanyakkan plu yang dah meet up dengan aku..aku kenal melalui website PR.

Masa mula-mula join PR aku sedikit terkejut dan teruja.Tak sangka pulak tempat aku ramai plu..yang aku kenal in-real life pun ada..hahaha..pecah lubang! Tahun pertama dan kedua aku agak aktif..boleh dikatakan aku online hampir setiap hari. Tapi sejak kebelakangkan ni aku dah jarang online..kadang-kadang sebulan sekali tu pun sebab nak check mesej. Biasanya time boring sambil-sambil menunggu mesej baru masuk..aku baca balik conversation lama.

Bagi aku PR antara site/app plu yang paling sempurna dari segi features. Cuma aku harap ada function video chat macam BiggerCity.

Majoriti dalam PR ni nak sex aje. Jarang sekali aku jumpa yang nak kenal sebab nak buat kawan-kawan. Bila meet-up..pandai pulak dia tukar tujuan..dari nak berkawan kepada nak mengawan..dah banyak kali aku terkena. Satu benda yang aku tak suka pasal PR..banyak fake profile, tak pun satu orang ada multiple profile berbeza. Chances untuk ditipu sangat tinggi. Sebab tu aku rasa lagi bagus kalau ada fungsi video chat.



3. Manjam



Lebih kurang macam PlanetRomeo tapi user Manjam tak seramai PR. Biasanya kalau aku online PR aku akan online sekali Manjam ni. Aku tak pernah jumpa mana-mana user dalam Manjam sebab user Manjam ni kebanyakkannya muka dan orang yang sama dalam PR.


Manjam

Feature yang aku paling tak suka dalam Manjam, limited messages dan tak boleh save message. Aku tak kisah sangat limited message sebab aku jarang mesej orang tapi pasal mesej didelete lepas beberapa hari..tu yang aku tak boleh terima since aku kadang-kadang suka baca balik mesej lama. Lagi satu senang aku nak track balik siapa yang dah mesej aku.



4. OKcupid/OKC


Antara dating site/app kegemaran aku. OKC ada dalam versi web dan mobile app jadi senang kalau aku nak online dalam komputer atau dalam smartphone. Aku rasa OKC lebih sesuai untuk orang-orang macam aku yang nak cari kenalan selain untuk sex. User OKC ni lebih serius berbanding PlanetRomeo atau Biggercity.

OKC ni sebenarnya untuk semua orientasi...straight,gay,lesbian..bahaya sikit untuk closeted plu. Tapi jangan risau..OKC sediakan privacy option untuk gay user..jadi kakak kerani takkan jumpa profile korang kalau dia tengah mencari calon suami dalam OKC.






Satu kekuatan OKC yang aku suka..OKC bagi pilihan dekat user untuk letak discription ringkas tentang diri sendiri,hobi,pekerjaan etc..lebih kurang macam pengenalan diri. Sebab tu aku kata user OKC lebih serius nak cari pasangan. Lagi satu OKC ada feature Matches..tapi kena jawab beberapa soalan yang bagi aku sangat menarik. Lepas jawab soalan-soalan tu,OKC automatically padankan profile korang dengan user lain berdasarkan soalan kaji selidik tadi.

Tapi ada satu feature yang aku tak suka dan sangat annoying pada aku. User OKC tidak dibenarkan set gambar profile selain gambar muka..maknanya korang wajib tunjuk muka. Gambar pokok,ayam,Naruto,tangan,close up mata biasanya akan di delete. Aku nampak kelebihan untuk plu yang sudah 'out'..tapi macamana pulak kes lelaki discreet macam aku?



5. Grindr

Gay App yang paling singkat jangka hayatnya dalam telefon aku. Aku tak pernah jumpa mana-mana plu dalam Grindr sebab kebanyakkan user dalam Grindr aku dah pernah nampak dalam PR.



Tak macam PR dan Manjam,Grindr biasanya akan cari user lain mengikut radius kawasan. Misalnya kalau korang online dalam shopping mall,Grindr akan tunjuk user Grindr yang ada di sekitar shopping mall tu. Pengalaman aku sendiri..aku pernah chatting dengan user Grindr yang tinggal dalam kawasan perumahan aku..sekadar chat kosong aje..tapi tak pernah jumpa.

Tak banyak yang aku boleh ceritakan pasal Grindr sebab aku pakai app ni tak lama. Apa yang aku ingat lepas 7 hari,function app ni jadi sangat limited. Dalam satu hari hanya boleh view beberapa profile aje..lepas tu kena block. Notification mesej baru pun tak dapat..lepas buka Grindr baru dapat alert mesej baru walaupun mesej tu sebenarnya dihantar seminggu lepas.



6. Growlr 


App khusus untuk 'bear' dan peminat 'bear'. App ni lebih kurang macam Grindr tapi tak banyak limitation. Berbeza dengan Grindr,Growlr ada fungsi untuk cari user mengikut negeri atau negara yang diingini. Jadi tak laa bosan asyik keluar muka sama. Aku rasa fungsi ni mungkin berguna bagi yang suka travel untuk cari kawan atau one night stand sex partner.


Apa yang aku suka tentang Growlr..aku boleh cuci mata sebab aku personally peminat 'bear'. Aku sedar dalam app ni banyak fake profile tapi aku tak kisah sangat..yang penting boleh layan macam-macam gambar beruang..aumm! Lagi satu, feature last online dalam setiap profile..senang sikit aku nak track sama ada user tu masih aktif atau tidak.

Kelemahan pulak, aku tak tahu sama ada masalah telefon atau app. Kadang-kadang mesej delay,tak pun dapat notification mesej baru masuk tapi bila aku nak baca tak ada pulak..dan app ni selalu crash. Grrr...


Lagi satu dekat tempat aku ramai user non-Malay..tempat lain aku tak tahu macam mana. Jangan salah faham..aku bukan racist. Ada jugak few chinese yang ajak aku lepak tapi sejujurnya aku kurang selesa keluar lepak dengan PLU bukan Melayu..especially pure chinese..aku just risau pasal bahasa dan komunikasi. Aku tak reti bahasa cina..kadang-kadang mamat cina yang mesej aku pun bahasa melayu diaorang fail...macam mana nak berborak kalau meet-up nanti?


.................
 

Setakat ni itu aje gay app dan web plu yang aku dah dan tengah pakai sekarang. Sebenarnya ada banyak lagi gay app/website gay.. tapi aku belum pernah try lagi..contohnya macam Bender, Jack'd, Scruff, BoyAhoy etc.

Untuk pengetahuan, aku join gay app ni semua sebab aku nak tambah kenalan PLU..bukan mencari sex. Macam aku bagitahu sebelum ni,tempat aku mana ada gay club. App dan website ni aje sumber aku nak bersosial dengan plu-plu yang ada disekitar area aku. Nak cari PLU in real life, ilmu gaydar aku pun belum cukup mantap lagi.

Lagi satu..untuk pengetahuan korang,aku tak pernah upload gambar muka aku dalam mana-mana gay app atau website di atas. Bahaya beb! Aku masih lagi in the closet dan sangat discreet. Aku tak suka dan tak selesa nak promote diri aku as 'gay guy' dalam mana-mana gay app.




Tuesday 2 December 2014

TERKURUNG DALAM ALMARI

 Closeted and in the closet are adjectives for lesbian, gay, bisexual, transgender etc. (LGBT) people who have not disclosed their sexual orientation or gender identity and aspects thereof, including sexual identity and sexual behavior. - Wikipedia

Aku mula kenal istilah in the closet 2 tahun lepas. Aku tak pernah tahu pun yang aku ni 'in the closet'. Sebelum tu aku cuma anggap yang "aku gay tapi aku tak nak orang lain tahu".

Rasanya kebanyakkan plu di Malaysia ni jenis yang in the closet. Aku tak pernah jumpa lagi mana-mana lelaki yang openly gay..."Kenalkan nama saya Ultraman,saya gay"..takde! 

Kalau kau stay dekat tempat yang at least gay friendly..takde masalah orang tahu ke tak kau gay. Masalahnya penerimaan masyarakat kita. Tak ramai yang open minded dan boleh terima plu dengan hati terbuka. Aku tak rasa situasi ni wujud.

Me : Bro,aku sebenarnya gay...
Them : Jadi apa masalahnya ko gay..kau tetap kawan aku


Tapi sebaliknya..

Me : Bro,aku sebenarnya takde nafsu kat perempuan...aku gay
Them : WTF!.....KAU GILERRR......SORRY,AKU BUKAN KAWAN KAU LAGI!


Nampak tak? Golongan majoriti terutamanya yang homophobia tak mampu nak menerima golongan minoriti macam aku. Apa yang diaorang nampak bila kau jadi gay,automatically kau jadi alien,aneh,unorthodox,sewel dan menjijikkan.

Lelaki gay macam aku terpaksa stay in the closet dan pendam perasaan supaya boleh diterima orang sekeliling. It sucks!!! Aku gay tapi aku tak boleh tunjuk apa yang aku suka. Aku tahu orang yang tak faham situasi orang macam aku akan mula judge dan pandang serong once diaorang tahu aku gay..tak macam apa yang diaorang fikir. Orang kata..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..Kau baik macam mana pun,once orang tahu kau gay..automatik diaorang akan prejudis dekat kau.  

Pun begitu..aku masih selesa dengan kehidupan aku sekarang. Orang lain anggap aku macam lelaki normal lain..tanpa prejudis dan diskriminasi. Aku rasa itu yang terbaik buat masa ni.

Aku sendiri tak tahu sampai bila aku perlu sembuyikan seksualiti aku?

Mungkin aku perlu stay in the closet selagi aku bergelar seorang gay.