Monday 29 June 2015

MERDEKA

Belum terlambat rasanya kalau aku nak ucap selamat berpuasa buat semua blog reader aku..hehehe..Chet! dah nak masuk pertengahan bulan Ramadan baru nak ucap. Maklum ler,bulan puasa otak pun automatik jadi lembab..topik banyak tapi aku takda idea nak kupas..akhirnya blog aku krikk...krikk....ekekeke.

Recently tengah aku membelek Twitter,aku terperasan sesuatu..topik dan hashtag yang berkait dengan LGBT tengah trending. Tapi macam biasa laa,aku bukan nak ambil port sangat pasal hal-hal duniawi ni. Peduli apa aku trending..ekekeke. Setakat baca timeline,tweet sikit-sikit..lepas tu tutup telefon..tu aje laa. Bagi aku mostly benda-benda yang tengah trending dalam Twitter just benda-benda mengarut dan merepek. Lagipun topik LGBT dah terlalu biasa bagi aku,so aku anggap topik yang tengah trending tu semua just perkara normal dan mungkin tak memberi impak yang besar kalau aku tak follow sekalipun.

Tu laa Kamen!..orang lain dah bertahun sign-up Twitter..kau baru terhegeh-hegeh nak ikut jejak langkah orang..Berita semasa pun tak tahu,malas nak follow..asik follow mamat ensem aje..mana nak tahu hal duniawi?..ekekekeke. Ada sebab sebenarnya topik LGBT tu tengah trending baru-baru ni.

Aku tak pasti sama ada korang sedar atau tidak...Jumaat lepas,26 Jun 2015 adalah hari bersejarah buat pro-LGBT di US..Supreme court di US dah buat keputusan untuk membenarkan perkahwinan sesama sejenis di seluruh US.. Kalau tak silap aku supreme court ni mahkamah tertinggi di sana,lebih kurang macam Mahkamah Persekutuan di Malaysia...betul ker?hahaha..Ahhh,lantak laa! So tiap-tiap negeri di US wajib ikut perintah supreme court...dan kalau ada gay couple yang nak kahwin atau dah berkahwin,perkahwinan diaorang tetap dianggap sah disisi undang-undang tak kira di mana diaorang berada. Kalau dulu,sebahagian negeri aje di US yang mengiktiraf perkahwinan sesama sejenis..So misal kata pasangan tu berpindah keluar ke tempat yang tidak mengiktiraf same-sex marriage,automatik perkahwinan diaorang dianggap tidak sah di negeri tersebut.


Eceh..macam terer laa pulak aku bercakap pasal undang-undang..padahal dulu dekat sekolah aku fail habis..hahaha. Alaa..sebenarnya semua ni aku belajar dari seorang chat buddy aku,seorang gay tegar yang berasal dari US. Aku kenal mamat ni dalam Biggercity. Masa memula kenal dia single lagi..tengah cari partner nak kahwin. Lepas setahun lebih kenal,akhirnya dia jumpa jugak soulmate yang dicari...orang Filipina. Masa tu supreme court belum mengiktiraf perkahwinan sejenis,negeri tempat mamat ni tinggal pun sama jugak,same sex marriage masih belum sah disisi undang-undang..so tak bleh laa nak kahwin..nak tak nak terpaksa laa hold dulu majlis tu. Mamat ni siap ajak aku datang majlis dia lagi..jadi saksi hari bersejarah dia dengan partner dia suatu hari nanti..Flight,tempat tinggal semua dia nak sponsor..Hahahaha..giler laa! Tanak aku..macam seram jer..Tapi kalau aku pegi pun macam best jugak,mana tahu aku terbercinta dan bertemu jodoh dengan mat salleh mata hijau,rambut coklat gelap,badan sado! Pergh!!! gigit kuku laa korang..kah..kah...kah..Aku rasa sekarang ni mesti mamat tu tengah melompat kegembiraan lepas dapat tahu negara dia dah iktiraf same-sex marriage..impian dah tercapai,lepas ni dah bleh kahwin..hehehe

Apa kaitan berita ni dekat aku? Ntah laa...sejujurnya berita ni seolah-olah buat aku terasa 'love-hate'...Sebagai seorang gay aku faham perasaan gay lain yang nakkan kebebasan untuk memilih..especially bila bercakap pasal kahwin. Maklum ler,kalau sebut gay marriage aje tak ramai yang boleh terima..diaorang anggap tu semua taboo dan abnormal. Tapi bila US buat keputusan untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis..personally aku anggap ini satu langkah yang 'baik' untuk golongan LGBT..Erkkk!jangan salah anggap,aku bukan pro-LGBT apatah lagi pengasas group gay di Malaysia..hahaha. Kenapa aku aku cakap baik? Yer laa,setahu aku US salah satu kuasa besar dunia..apa yang diaorang buat,negara-negara lain pun nak ikut. So bila US buat keputusan mengiktiraf gay marriage,aku yakin dan pasti..kalau tak sekarang,mungkin suatu hari nanti..negara-negara lain yang sebelum ni menentang LGBT boleh menerima LGBT dan jugak same-sex marriage. Dan secara tak langsung mendidik masyarakat dunia untuk terima golongan gay,lesbian,bisex dan transexual dalam komuniti..tanpa double standard dan tanpa diskriminasi..at the end,kurang laa sikit stigma dan persepi negatif pada golongan macam kita.

Tapi aku tak rasa Malaysia nak ikut jejak langkah US..korang pun tahu Malaysia negara Islam..undang-undang pun dibuat berlandaskan Islam..agak mustahil kita nak ikut jejak langkah US yang menghalalkan perkahwinan sejenis. So apa yang US buat sebenarnya tak memberi impak dekat golongan minoriti di negara konservatif contohnya macam Malaysia. Selagi berstatus penduduk Malaysia..kita tetap terikat dengan undang-undang negara.  Buat laa apa pun,selagi terikat dengan undang-undang..gay couple dekat Malaysia memang takkan dapat merasa buat majlis kahwin dalam taman macam dekat negara barat sana dan hidup sebagai suami-suami..ekekeke..Nanti ada pulak yang kena rejam dengan biskut raya.

Sejujurnya berita kemenangan pro-LGBT di US buat aku sedikit cemburu. Yer laa,diaorang dah bebas nak berkahwin dengan pilihan masing-masing..Tahniah ler,aku jugak yang single..sempat lagi menyelit..hahahaha..Lepas ni puak anti-LGBT kalau nak protes same-sex marriage pun dah tak guna..semua dah termaktub dalam undang-undang.


Dalam entry sebelum ni aku pernah cakap yang seandainya gay marriage tu bukan taboo dalam masyarakat dan jugak agama,aku nak kahwin dengan partner aku. Pergh! Ntah laa...aku pun manusia biasa jugak,ada naluri untuk memiliki pasangan tetap..tapi lelaki laa. Mengamalkan monogamy,hidup dengan satu pasangan sepanjang hayat..Tapi semua tu angan-angan aje...aku masih berpijak di bumi Malaysia. Orang expect aku kahwin dengan perempuan,bukan dengan lelaki..ekekekeke. Haih...bercinta pun tak pernah,ada hati nak kahwin.

Bila laa agaknya aku dapat merasa pegi bazaar ramadan dengan soulmate aku..ekekeke

Thursday 4 June 2015

TRAGEDI PETRONAS

Aku : Bonda..anakanda nak keluar jap..nak cari barang.
Bonda : Yer laa...jangan lupa,sebelum balik singgah memana kedai cari serbuk kari.
Aku : Baik bonda


Eceh..tak bleh blah Kamen Shinobi panggil mak dia 'bonda'..bajet putera raja kerajaan pasir berdengung laa tu!dalam mimpi jer laa Kamen! kau cuma rakyat biasa,tanpa status..tanpa pangkat..sudah-sudah ler tu berangan. Actually mak aku takda kaitan pun dalam ini cerita...sesaja letak sebagai penambah perasa. hehehe

Aku sebenarnya nak share satu kejadian yang terjadi baru-baru ni. Masa tu aku just plan nak keluar cari barang keperluan peribadi. Tak sangka pulak niat murni pada petang tu bertukar menjadi tragedi yang takkan aku lupakan.eceh..hahaha

Aku start engine kereta dan memulakan perjalanan. Selang beberapa minit perjalanan..baru aku tersedar yang tangki minyak kereta aku dan nak kering. Aku sejak dari dulu lagi ada habit suka tunggu meter penunjuk minyak dekat dashboard tu nak dekat E (empty) baru terhegeh-hegeh nak cari stesen minyak...selagi tak dekat E,selagi tu aku lenjan...Korang jangan tiru pulak bad habit aku ni..maunya engine tetiba mati tengah jalan,baru padan muka.

Kebetulan dekat rumah aku ada stesen minyak Petronas. Tak jauh pun,dalam 5 minit perjalanan dah sampai. Aku memang selalu pam minyak dekat situ..kira dah jadi regular customer laa..mostly budak-budak yang bekerja disitu pun dah familiar dengan aku. Dan kalau korang nak tahu..errr...segan pulak nak bagitahu...aku sebenarnya ada ter-crush dekat sorang mamat yang bekerja di situ...bukan sorang..tapi dua orang..Rakus giler kau Kamen,sampai dua kau pasang crush.HAHAHAHA! Untuk pengetahuan korang kedua-dua mamat ni berbangsa Melayu..bukan bangla,bukan nepal mahupun myanmar..pure local,original punya.hehehe

Erkkkk? Kamen Shinobi crush dekat budak pam minyak? Pesal pelik sangat citarasa kau ni Kamen? Ntah laa,dah diaorang menarik perhatian aku..nak buat macam mana? Perasaan tu hadir tanpa dipaksa dan datang tanpa diduga..eceh!..Tapi belum sampai tahap jatuh cinta lagi laa,just suka tengok aje..kalau nak lebih-lebih tu,aku ok aje...errr..hehehe

Sejak aku ada crush dekat situ..setiap kali singgah mata aku automatik melilau mencari dua orang mamat ni..dah serupa orang gila bayang...Eleh,korang pun sama..jangan tipu laa! Ntah-ntah lagi teruk dari aku..Hahaha..Dan salah satu sebab utama kenapa aku suka singgah stesen minyak yang sama...disebabkan dua orang crush aku ni jugak ler..hehehe. Luaran Kamen Shinobi aje nampak pendiam,tapi dalaman macam singa lapar..sekali dua terjatuh crush,tu belum masuk crush dekat tempat lain..kesian crush-crush Kamen terpaksa berkongsi kasih..ekekeke

Nak dijadikan cerita petang tu banyak pulak kereta yang dahagakan minyak..line panjang,maklum laa hujung minggu. Untuk mengisi kebosanan..aku macam biasa laa,kalau singgah memang tak sah kalau tak mencari dua orang crush aku ni..dah nama pun crush,alang-alang singgah pam minyak,pam sekali imaginasi tu..Tapi malangnya aku just nampak sorang aje,yang sorang lagi pegi berak kot..hahaha..merapu! Perasaan masa tu,tak payah cerita laa..korang pun kalau ternampak crush korang,sure hati tu berbunga-bunga. Dan kebetulan pulak masa tengah menunggu tu,radio tengah main lagu Jennifer Paige - Crush..suratan atau kebetulan? macam tau-tau jer aku tengah layan crush aku..ekekeke..

It's just a little crush (crush)
Not like I faint every time we touch
It's just some little thing (crush)
Not like everything I do depends on you
Sha la la la..

 
Hehe..memang legend laa lagu ni..selalu dengar masa zaman budak-budak dulu..Nasib baik aku tak hafal lirik,kalau hafal boleh jugak aku hilangkan boring melalak sorang-sorang dalam kereta..hahaha..So aku just humming aje laa ikut melodi lagu Crush sambil mata aku merenung tajam crush aku dari kejauhan..melihat gelagat mamat ni melayan pelanggan di situ. Depan mata ada crush,telinga pulak dengar lagu Crush..aku apa lagi,fikiran pun mula laa melayang..berangan..berimaginasi..terbayang aku couple dengan crush,makan bersuap,tido sebantal..erkkk!tak bleh blah...Alaa,khayalan aje..tak mungkin jadi kenyataan.

Dipendekkan cerita..bila sampai turn aku, mamat ni melemparkan senyuman manis sambil menyambut aku dengan mesra...Haihh..dah laa rupa manis,berbudi bahasa pulak tu..couple dengan aku nak? HAHAHA! Desperado sungguh kau Kamen! Kalau nak tahu salah satu sebab kenapa aku boleh ter-crush dekat mamat ni adalah kerana senyumannya. Pertama kali aku tengok mamat ni senyum terus aku jatuh hati,kira macam love at first sight..Senyuman manis semanis kurma Yusuf Taiyoob...bagi aku laa,korang mungkin rasa biasa aje. Ntah laa..orang lain pun senyum jugak,aku rasa biasa aje..tapi penangan senyuman mamat ni luar biasa sikit...magical! Kalau laa kitaorang couple aku just nak tengok si dia senyum 24/7..hahaha..dah laa tu Kamen,asyik berkhayal jer!..Yang lagi sorang yang tengah berak tu pulak,nanti-nanti ler aku cerita sebab-sebab aku ter-crush dekat mamat tu..hehehe


Crush : Selamat datang...nak isi full tank ker? (senyum)
Aku : Huh?...tak. (malu-malu)
Crush : Bayar dekat kaunter. (senyum lagi)
Aku : Ok (eleh nak ajar aku macam tak biasa pulak..haha)


Setibanya di kaunter pembayaran aku disambut mesra oleh seorang cashier perempuan

Cashier : Selamat datang...nak isi berapa bang?
Aku : Lima puluh (tangan menghulur note 50 dan kad Mesra Petronas)
Cashier : Ok...Ehh...bang! kad apa nie? Ni bukan kad mesra Petronas! nie kad atm!
Aku : Huh?..errr..errr..jap
Cashier : Hahaha...apa nie bang..matahari terik lagi..takkan mengigau kot? hahaha
Aku : (mencarut dalam hati)


BAM! padan muka kau Kamen! Tu laa...berkhayal lagi. Tau laa jumpa buah hati crush,jangan laa sampai memalukan diri sendiri..haihhh..Dalam hati confident jer hulur kad petronas..hakikatnya terhulur kad atm. Sia-sia makan lobak setiap hari...warna hitam dengan warna merah pun tak tau nak beza! ekekekeke

Budak cashier tu pun satu hal jugak,kalau nak bercakap pun tutup laa mikrofon tu dulu..adeh! Ni tak..saja jer cakap kuat-kuat..bergema satu stesen minyak tu dengar suara kau! siot betul! Tak pasal-pasal aku dimalukan dikhalayak ramai. Brader-brader yang tengah beratur menunggu giliran dibelakang aku hanya tersenyum dan tersengih melihat kejadian memalukan itu. Crush aku pulak just ternganga..aku rasa dia confuse agaknya,tak tahu apa yang sedang terjadi di kaunter pembayaran..hahaha!

Adeh...berangan punya pasal,akhirnya termalu dekat crush...Nasib baik kulit aku tebal..setebal kulit biawak. Takda laa nak malu sangat..aku act cool aje..bukannya bogel pun..Lagipun crush aku tak tahu pun apa yang dah terjadi..selamat sikit kemaluan malu aku..hehehe

Sekian..itu jer kisah kemaluan memalukan yang terjadi pada petang hujung minggu baru-baru ni. Crush punya pasal aku jadi clumsy..Tu baru senyum..maunya mamat tu kenyit mata ker,flying kiss dekat aku ker...parkinson aku dibuatnya..ekekeke.

Why do they call it a CRUSH?
Because that's how you feel
when they don't feel
the same way in return.