Thursday 19 February 2015

FIFTY SHADES OF KAMEN

Mungkin ada yang perasan beberapa hari lepas aku ada post tajuk ni..tapi bila korang klik..tak nampak apa-apa...itu aku panggil magic.hehe. Sebenarnya masa tengah edit post tu aku nak klik SAVE tapi ntah macam mana aku terklik PUBLISH lalu entry tu terlepas ke alam maya..maklum ler,noob!..nasib baik takde yang baca lagi. Gabra punya pasal..nak tak nak terpaksa delete post tu untuk menggelakkan kemaluan malu..So sekarang aku terpaksa re-type balik entry tu...nasib baik tak panjang.


Alaaa...entry simple aje. Fifty facts of Kamen Shinobi..giler tamak sampai lima puluh!Baik jumpa terus..Disebabkan aku tak sekacak Christian Grey (Jamie Dornan) dalam filem Fifty Shades Of Grey..aku belanja 10 aje..saja suka-suka,at least korang boleh bayangkan rupa dan perwatakan Kamen Shinobi.

Aku sesaja tiru tajuk filem Fifty Shades of Grey sebab filem tu tengah hot sekarang..tapi sayang sekali tak lepas masuk Malaysia..takpe..tak pasal-pasal ada yang beromen dalam cinema hall nanti..haha.
  1. Nickname Kamen Shinobi diambil dari perkataan Jepun. Kamen bermaksud topeng..Shinobi pulak bermaksud ninja..so bila digabungkan Kamen Shinobi literally bermaksud "Topeng Ninja"..ntah betul ke tak..hentam saja laa labu!
  2. Kamen bertubuh sederhana..tak kurus,tak gemuk..sekali imbas seakan sado..ekeke..Tinggi 5'8" dengan berat tak tentu. Dia kuat makan..kadang-kadang berat naik sampai 77kg..tapi biasanya antara 73-75kg aje.
  3. Masa sekolah rendah dia sangat kurus..tak ubah macam tengkorak hidup..masuk sekolah menengah dia berubah jadi gempal,pernah cecah 89kg!...selalu jadi sasaran cikgu-cikgu angkat barang berat..Kesian..muda-muda dah jadi bibik.
  4. Dulu..especially waktu dia masih muda,remaja dan gemuk..ramai yang keliru Kamen ni bangsa Melayu atau Cina..Jepun barangkali? Mungkin disebabkan lemak dipipi yang membuatkan wajahnya nampak bulat dan mata jadi sepet ..sekarang dah kurus(lemak pindah ke perut pulak..adehhh)..baru nampak mata tu besar sikit. Atau mungkin kerana warna kulitnya yang sedikit cerah berbanding lelaki Melayu standard.
  5. Kamen suka makan..kalau dia beristeri,rasanya dia suami yang paling senang dijaga sebab dia tak memilih makan. Main bedal aje semua. Yang penting bersih dan halalan toyyiban..dan mengenyangkan. Kalau ditanya makanan kegemaran?Jawapannya ringkas..TAK ADA.
  6. Masa sekolah rendah,dia budak pemalu. Orang lain jalan tengok depan..dia jalan tunduk tengok lantai. Sanggup tahan kencing sebab malu minta izin dekat cikgu nak pegi tandas. Kalau tak tahan,dia ajak kawan.. selaku tukang cakap dekat cikgu. Buruk perangai..kecik-kecik dah bossy!
  7. Siapa yang tak kenal mesti cakap Kamen sombong..Dia tak sombong,mungkin terbawa-bawa sikap pemalu dan pendiam dari kecik. Tapi sekarang dia dah berubah..boleh bawak romen sembang. Cuma kadang-kadang susah nak intiate conversation especially dengan strangers.
  8. Kamen ada dua tabiat. Satu..asal duduk sorang,dia suka bermonolog...cakap sendiri. Tak..dia tak gila..waras lagi. Tabiat kedua..recently dia suka gigit jari. Bajet comel ler tu.
  9. Dia suka dengar muzik especially lagu luar berbanding lagu Melayu. Tak kisah bahasa apa pun dia boleh layan..Jepun, Korea, Spanish, Itali, France, Hindi, Rusia, Afrika..semua dia balun dengar...faham tak faham belakang kira,yang penting sedap didengar.
  10. Kamen seorang pogonophile/pogonophilia..bermaksud dia admire lelaki yang ada facial hari especially beard(jambang). Baginya lelaki yang ada facial hair jauh lagi attractive dan handsome berbanding lelaki jambu(muka bersih)..Tapi Kamen tak kisah pun berkawan dengan sesiapa..dia open.

Dah cukup sepuluh..lagi 40 korang bayangkan sendiri. Boleh aje aku share banyak-banyak tapi tak thrill la kalau aku share semua dalam ni...baik letak gambar terus..mysterious sikit baru best.. Tak pasal-pasal ada yang terus unfollow aku. Huhu.

Saturday 14 February 2015

RELATIONSHIP

14 Februari..Valentine's Day.Tarikh ni tak bermakna apa-apa sebab aku takde partner..apa yang aku ingat 14 februari 2012 aku join Planetromeo.ekekeke.. Harini dah masuk 3 tahun aku jadi ahli misteri dalam PR.


Dulu ada sekali aku chatting dengan plu..dia ni jenis yang not into relationship,bermaksud dia nak touch n go aje..Faham kan? dia cuma nak meet and sex.. Aku tanya "Kenapa?"...jawapannya ringkas "aku rimas ada couple..lagipun tak kemana".

Masa tu aku terfikir..betul jugak. Gay relationship tak kemana pun..bukannya boleh pegi meminang anak teruna orang lepas tu buat majlis perkahwinan dalam taman.. Ini Malaysia..benda tu mustahil,takkan jadi..lain laa dekat barat sana..diaorang open minded(sikit),tak macam orang kita.. Aku selalu berangan kalau lah gay tu neutral,bukan taboo dan dosa..aku memang nak kahwin dengan partner aku. Nampak tak Kamen ni serius dalam percintaan?  heee..Tapi tu semua angan-angan aje..aku masih berpijak di bumi nyata..semua tu mustahil.

Apa pun aku still tak faham celah mana bercouple ni merimaskan? Maybe diaorang yang berfikiran begini selalu tumpas dalam percintaan. Trauma barangkali..Tapi serius kalau jadi dekat aku pun maybe aku akan cakap benda yang sama. Luka berdarah di tangan boleh nampak..letak ubat dua tiga hari sembuh la.. Tapi luka di hati siapa tahu?..nak ubat pun susah sembuh apatah lagi. Kadang-kadang bila dah sembuh,berdarah balik (nampak sangat selalu dengar lagu jiwang..fuuuu). Aku tak pernah bercinta dan aku tak tahu macam mana rasa melalui proses break-up...orang kata sakit sampai ada yang sanggup bunuh diri..seram!


Again...ada pasangan merimaskan? Personally,aku lagi suka hidup berpasangan dari hidup sendiri. Two is better than one. Tapi tu tak bermaksud kau boleh cari partner lain bila in-relationship. Tu curang namanya..mencari nahas! Maksud aku..ada ke manusia dalam dunia ni boleh hidup sendiri sepanjang hayat? Buat apa pun sendiri..jadi kera sumbang. Tak ke bosan hidup begitu? Harini kau rasa okay tanpa teman istimewa,esok lusa sure kau rasa kosong..rasa incomplete...lagi-lagi tengok member lain dah kahwin sedangkan kau masih lagi solo sebab bila tengok perempuan rasa macam tengah tengok batu.
At least bila ada partner benda yang tak boleh dikongsi dengan member lain,kau boleh kongsi dengan orang tersayang..alaaa..yang gitu-gitu tu?! Hehe..

Personally..bila in-relationship maybe lagi afdal anggap partner tu macam 'kawan'...kawan ter-best yang kau pernah ada...anggap si dia antara orang terpenting dalam hidup selain family, kalau si dia takde hidup rasa tak lengkap..pergh!! 


Bagi aku kalau anggap partner tu ''my sweet lollipop'' maybe sedikit membebankan. Bukan apa..bila anggap begitu automatik jadi gedik,mengada-ngada,clingy..tu yang jadi rimas tu..asyik merengek,merajuk..benda kecik pun nak dibesarkan. Cuba tengok macam mana bila dengan member....cool,relax je..cuma bezanya tak se-affectionate macam dengan partner.. Tak salah sekali sekala lovey dovey..jiwang sikit-sikit dengan partner sebab dia kan buah hati tersayang..bosan jugak kalau partner macam kayu..macam orang takde perasaan. Tapi kalau selalu sangat jiwang pun naik muak jugak..maksudnya in moderation.

Ini cuma pandangan peribadi Kamen Shinobi...

Aku sebenarnya lemau bila masuk bab cintan cintun walaupun aku percaya pada gay love and relationship. Maybe aku tak seromantik lelaki lain (atau sebab aku takde pengalaman becinta mungkin?)..kira malang siapa yang dapat aku jadi partner..rupa tak kacak,romantik jauh sekali! Tapi sebagai manusia yang ada perasaan..aku pun ingin rasa menyayangi dan disayangi. Itu fitrah semua benda yang bernyawa.

Sebelum ni aku ada blogwalking baca impian blogger lain bila dah ada partner sendiri..Aku yang baca pun rasa..alahai,suuwitt betul!....tak sangka tinggi jugak imaginasi budak-budak ni. Kalau buat filem terus dapat box-office. 

Macam orang lain aku pun ada impian sendiri andai ada yang berjaya mengetuk pintu hati Kamen Shinobi yang keras macam marmar ni..Anyone?hahaha..desprado betul kau Kamen!

Ntah laa..aku nak share impian aku pun rasa macam 'cheesy' je...tak pasal-pasal ada yang muntah pelangi.

Monday 9 February 2015

LATE BLOOMER

Sebelum aku start..tahu tak apa maksud late bloomer? Istilah paling senang late bloomer tu bermaksud lambat panas. Nak lagi faham ni dia maksud late bloomer..

"People who experience a delayed heyday in their 20s and/or 30s, when they finally have the factors (social and/or job status, money, body, looks, etc.) to get laid and gain attraction/popularity among the opposite sex. These people were typically categorized as nerds/geeks back in high school"

Abaikan 'among opposite sex' tu..sebab aku percaya plu tak kisah gay,bisex,lesbian pun ada yang late bloomer macam aku. Aku sebenarnya malu nak mengaku aku ni late bloomer..umur 25 baru aku ada courage untuk explore dan meet up dengan plu. Tak ler teruk sangat..ada yang lagi tragik dari aku..umur 40 pun masih lagi tak boleh terima dia sebenarnya gay/bisex apatah lagi nak explore dunia plu.

Setahu aku majoriti blog reader aku seawal usia 20an..atau ada yang bawah 20?..aku pulak dah nak masuk 3 series beberapa tahun lagi. Kalau nak bandingkan aku dengan adik-adik ni...haih..segan pulak rasanya..muda-muda lagi dah berani explore dunia plu.


Aku mula sedar yang aku lebih tertarik kepada lelaki berbanding perempuan waktu aku di sekolah menengah. Tu pun boleh dikatakan agak lewat kalau nak dibandingkan dengan adik-adik yang dah start beromen waktu sekolah rendah. Hahaha..ada ke? Belum baligh lagi dah pandai layan nafsu. Macam-macam laa. Aku ada baca blog sapa ntah..dia start suka tengok budak lelaki waktu sekolah rendah. Haih..aku masa tu tak pernah terfikir pun nak suka sesiapa. Apa yang aku suka waktu tu just main layang-layang..lumba basikal..main dekat taman permainan. Jauh sekali nak ada feeling dekat budak lelaki selain sebagai kawan.

Mula bernafsu dengan lelaki masa aku form 3. Waktu tu aku dah belajar melancap. Belajar sendiri..usap-usap jadi sedap sampai muntah adik kecik tu..HAHAHA..Sampai sekarang aku tak boleh lupa that intense feeling..Erghh!kalau boleh putar balik masa..aku nak rasa balik nikmat kali pertama tu. Pergh! heaven! maaf off topic..hehe.. Still..aku tak pernah explore apatah lagi nak meet up dengan plu lain sampai aku habis study di universiti. Layan perasaan sorang-sorang aje sepanjang masa tu. Kesian.

Berbanding budak-budak sekarang..umur 17 dah berani masuk PR,Grindr..umur 21 dan pandai cari sex partner..umur 23 dah start bercinta..Haih..aku waktu sebaya diaorang ni sibuk study dan enjoy dengan member-member. Tak pernah terfikir nak meet up dengan plu lain,nak bercinta I lap you,you lap me...erk..lagi laa takde..nak cari plu dekat mana pun aku tak tahu..ada hati nak bercouple.

Kadang-kadang aku menyesal jadi late bloomer. Honestly aku sedikit cemburu dengan budak-budak sekarang. Kalau laa aku sedikit open minded atau sekurang-kurangnya explore dunia plu seawal zaman universiti ada kemungkinan aku dah tak single sekarang ni. Tapi bila aku tengok balik gambar lama baru aku sedar kenapa takde yang tertarik dekat aku waktu tu. HAHAHA..Serius..dulu aku takde self-confidence..tengok pun tak selera..skema,nerd aje..kalau masa tu aku mengaku aku gay pun orang tanak percaya.

Tapi bila aku fikir balik ada baiknya aku jadi late bloomer. Dulu waktu belum cukup matang aku jenis lurus bendul..apa orang suruh aku buat aje tanpa banyak soal. Bayangkan aku join PR masa aku masih bersekolah..mungkin dah lama aku hilang teruna..tak pun addicted to sex life.Maklum ler orang muda nafsu membuak-buak..fikiran pun belum matang asyik fikir seronok..sedap aje..Dah ketagih baru tau menyesal.

Sekarang aku di penghujung 20-an..tak lama lagi nak masuk 30. Banyak lagi aku tak tahu pasal dunia plu. Hidup pun belum cukup stabil..nak kahwin tu memang jauh ler..tengok perempuan macam tengok batu ada hati nak kahwin. Kekekeke..Bercinta lagi ler aku tak pernah rasa. Haih...dah macam loser je Kamen ni.

Siapa nak couple dengan aku?buka baju tunjuk pusat.

Sunday 1 February 2015

DARING

Memula aku nak minta maaf kalau post ni menyinggung perasaan sesiapa. Readers sekalian...aku tak berniat nak bash atau jadi judgemental...tapi perlakuan korang buat aku sangat curious..Aku menulis menaip berdasarkan apa yang aku nampak dan fikir.

Begini..sejak beberapa hari ni aku selalu buat kerja nakal..bukan baru pun,dah lama aku buat..kekeke. Aku suka dan selalu stalk Instagram dan FB plu!..hahaha,takde keje stalk profile orang!! Macam mana aku tahu diaorang plu?...malas laa nak cite,aku rasa kau pun tahu 'ciri-ciri' seorang gay tegar.

Pernah dengar "hanya jauhari mengenal manikam"?


Satu persatu account aku stalk..baca komen, tengok list likers. Kalau terjumpa user yang lagi menarik,stalk lagi..aku menghayati satu persatu gambar yang di upload.

Hmm..
Cam pernah nampak..
Fuyoo..
Perghhh..
Sedapnya..
Ni dapat ni..ish!..
Grrr...geramnya tengok dia ni..
Sado! Muscle dia..perghhh!

Itu antara reaksi aku masa tengah stalking plu dalam Instagram..Aku tak nafikan ada few users yang boleh buat adik nafsu aku memberontak. Kebanyakkan yang aku stalk taste aku..orang tempatan pulak tu!..lagi laa aku geram..aku manusia ada nafsu. Lain ler aku tengok dinding pun bernafsu..tu dah layak masuk hospital mental..

Tapi dalam aku bernafsu tu aku sempat jugak berfikir..kenapa ada few users ni suka upload gambar yang terlalu menunjukkan diaorang gay? Aku bagi contoh paling common, selfie atas katil tanpa baju sambil buat memek muka sangap dengan caption "siapa nak teman I tido?"..tak lama lepas tu ada laa mamat plu lain tinggalkan komen..maka bermula laa babak berbalas komen.."emmm..seksinyerrrrrr","saya..saya..",jom tido sesama..ahakzzz".."nak peluk".."aummm"..

Banyak lagi contoh lain..korang pun pernah dan biasa nampak rasanya..


Aku bukan nak bangkang keputusan diaorang nak upload gambar apa pun..lantak laa,tapi aku kadang-kala tak faham macam mana diaorang boleh dapat keberanian sebegitu? Cuba fikir..tak takut ke kalau saudara tak pun adik beradik ternampak gambar lucah tu? Tak risau ke member-member yang tak tahu kau plu terbaca komen followers kau? Bro..macam mana kau boleh jadi begitu berani?

Aku rasa straight peeps zaman sekarang pun bukannya bodoh..diaorang dah bijak macam mana nak kenal plu (walaupun kadang-kadang tekaan diaorang langsung tak tepat). Ada ke lelaki straight dalam Malaysia ni post gambar selfie tayang bontot sambil gigit baju? Serius aku tak tipu..aku pernah terjumpa plu sado upload gambar bontot dalam Instagram..bajet seksi habis ler tu..but,seriously bro?..Tak takut ke kantoi? Tak takut ke member-member bahankan kau? Sebelum kau upload tu..tak fikir ke apa bakal jadi? Tak risau ke apa orang lain fikir?

Kalau laa aku tak discreet boleh aje aku ikut post benda sama,tak pun lagi kebabom dari tu. I am gay,so what? Aku peduli apa..telefon aku, akaun aku..lantak la orang nak kata apa..tak suka?geli? unfollow..senang cite..ramai lagi gay follower boleh like,komen gambar aku..

Kamen kau dah kenapa? gila? desperate?


Ntah laa...walaupun aku berkemampuan..ada rupa dan gaya yang mampu menggoda janda anak 2  :muntah:..tapi aku takde keberanian macam plu lain..Aku tak berani nak upload gambar separuh bogel..letak caption gersang...Tak pun lepas workout upload gambar badan dibasahi peluh..khas untuk tatapan follower plu tersayang..biar sampai berdarah hidung.

Semua tu takkan terjadi..

Sebab aku tahu siapa disekeliling aku..Aku tahu once aku buat hal..confirm kena bahan. Dulu..aku post selfie biasa-biasa aje pun member komen "eeee..macam gay!"...mulut macam sial! Memang aku gay pun! haha.. Haihh..kadang-kadang terasa macam ikan dalam balang kaca..apa aku buat semua orang nampak..Sebab tu kalau nak buat apa pun, aku selalu jadi extra careful supaya orang lain tak boleh hidu ketidaklurusan aku ni.

Aku salute dekat korang yang berani..walaupun kadang-kadang nampak terlalu desperate..tapi still aummm!aku hanya mampu LIKE dalam hati..

Siapa ada Instagram?tinggalkan id anda dalam ruang komen...ada brani?hehehe...