Thursday, 7 May 2015

DEMAND

Kalau korang ada akaun dalam gay apps macam Grindr,PR,Growlr etc..dan korang belek tiap satu profile dalam gay apps tu,aku pasti korang pernah jumpa profile yang ada description macam ni :

"So sorry to boroi guy..minat 6 pax only"
 "No sissy,no chubby"
"Must have car..bla..bla..bla"

Tu baru sikit..belum lagi yang tak masuk akal,yang mengarut...yang kelakar pun ada. Sebelum ni aku fikir PLU ni jenis yang tak kisah...asalkan bertelur dan berpisang..on jer. Tak sangka pulak ada spesis PLU yang cerewet dan demand..nak yang begitu,tak nak yang begini. haihhh..macam-macam hal. Aku faham...PLU ni pun manusia jugak..ada kehendak,ada keinginan,ada taste tersendiri..tu belum lagi cerita pasal perangai.

Chet! mengata orang,dia pun sama!ekekeke..Honestly dulu aku pun sebahagian dari spesis PLU ni jugak..perangai dua kali lima aje..cerewet dan sangat memilih. hehe

Masa memula join gay apps dulu..aku ada letakkan senarai ciri-ciri lelaki yang aku suka dan tak suka dalam profile aku..kebanyakkannya fokus pada fizikal. Aku pun macam orang lain jugak,ada taste aku sendiri..lagipun orang lain buat,kenapa aku tak boleh? Dalam profile tu aku mention yang aku tak suka lelaki yang kurus,berat badan mesti atas 70kg...hahaha,sampai macam tu sekali,berat badan pun nak demand..teruk betul perangai kau Kamen! Ada lagi..nak aku listkan semua? tak payah laa,nanti ada yang sentap pulak..ekeke..biar laa jadi rahsia. Masa tu aku memang fokus dengan apa yang aku nak aje..so sesiapa yang mesej aku tapi tak memenuhi kriteria yang aku nak,misalnya underweight..maaf,anda tidak akan dilayan..Suka hati aje nak reject orang..hahaha..kiranya aku memang strict habis laa masa tu...Tak sedar diri,dah laa anonymous..permintaan macam anak raja..:muntah:


Nampak?..tak lengkap boleh berambus!
Bila difikirkan balik tetiba rasa malu dengan diri sendiri..ntah laa,bila aku kenang balik..kenapa sempit sangat pemikiran kau ni? Kata nak cari kenalan,like minded people..tapi cerewet nak mampus! Aku tak sedar yang PLU ni pun manusia jugak,ada pelbagai bentuk dan rupa..dan yang paling penting sekali diaorang yang imperfect di mata aku ni pun ada perasaan..Aku letak list tu semua seolah-olah aku pandang rendah dekat PLU yang bukan taste aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh jadi macam tu sedangkan aku terdidik untuk menerima human diversity..dari zaman budak-budak sampai sekarang aku dikelilingi macam-macam jenis orang..ada yang kurus, gemuk, hitam, comel, handsome, muka pecah rumah..aku tetap terima diaorang seadanya,tanpa prejudis....tapi kenapa bila nak cari kenalan PLU aku jadi demanding..nak yang sempurna aje?

Perangai buruk pasti ada balasannya..padahnya aku selalu ditipu oleh mamat-mamat dalam gay apps tu..tu laa,berangan nak yang sedap aje..dapat mesej dari mamat taste terus layan,tak sedar diri tu ditipu. Bila dah jumpa,hakikatnya indah khabar dari rupa.ekekeke..Tapi tak semua date aku fail..ada jugak yang jujur,kiranya menepati citarasa yang diingini..aumm! tapi bila dah meet-up in real life rasa macam tak sesuai laa pulak..takda chemistry. Sama ada si dia tak taste dekat aku,atau aku yang tak rasa kemanisan berdating dengan si dia..hahaha..Kamen Shinobi memang seorang yang agak complicated.

Sejak aku selalu diperdaya dan sering kali kecewa aku lebih open minded untuk menerima someone yang bukan type aku..pergh!dah macam desperate aje kau Kamen..hahaha..Aku jatuhkan standard aku sendiri? ntah ler..ciri-ciri idaman tetap ada tapi at the same time aku tak nak limitkan pilihan aku. Sebelum ni aku buta,aku hanya nampak apa yang aku buru,yang lain aku abaikan..kurang sikit aje,reject!...tapi sekarang aku dah celik dan melihat dunia ni dari sudut yang berbeza..Tak sia-sia aku kecewa sebelum ni,ada pengajaran dekat situ..apa yang dah jadi dekat aku buat aku semakin matang untuk menilai PLU bukan sekadar dari rupa aje,tapi compatibility dan chemistry..itu yang lagi penting. Taste macam mana pun belum tentu boleh jadi couple kalau takda chemistry..Siapa tahu aku fall in love dekat someone yang jauh menyimpang dari taste aku...gulp!...errrr....

Bercakap pasal PLU yang demanding ni aku teringat satu dialog drama Melayu..biasa laa,aku orang tua layan drama Melayu aje..ekekeke..

"Saya tidak mencari seseorang yang sempurna,tapi saya mencari seseorang yang mampu memenuhi keinginan saya"

Dalam maksud dialog ni..tapi ada betulnya. Dalam dunia ni mana ada manusia yang sempurna..nak cari yang memenuhi kriteria dari A sampai Z..mustahil! Tapi tak salah kan memilih? bukan untuk orang lain,untuk kepuasan diri sendiri jugak. Bagi aku kalau nak mencari pasangan tu biar laa yang memuaskan hati..luar dan dalam. Chet!hipokrit sungguh Kamen Shinobi. Tadi kata dah tak nak menilai orang dari rupa,cakap tak serupa bikin. Maksud aku dekat sini kalau nak pilih pasangan terutamanya..at least kena jugak memilih..biar sedap di mata..bukan kah dari mata turun ke hati? tapi jangan pilih apa yang tersurat aje..yang tersirat macam peribadi,personality tu pun penting jugak..biar sesuai dengan jiwa..baru rumah tangga aman dan bahagia kekal ke anak cucu..eceh!hahaha.

Lain laa kalau korang memang desperate nak bercouple,dah tahu takda chemisty still korang paksa diri ajak mamat tu couple asalkan dapat title "taken" atau "in-relationship" semata-mata nak tunjuk dekat ex kau yang kau tengah 'bahagia'. Akhirnya couple sebulan terus clash..ekeke

Berbalik pada isu PLU yang demanding ni,lantak diaorang ler..dah taste masing-masing macam tu,nak buat macam mana? Aku just boleh senyum jer kalau jumpa spesis yang macam ni especially yang tak sedar diri. Tak sedar diri sebab buat permintaan yang tak logik,tak realistik. Rupa macam gagak tapi expect dapat lelaki yang macam merak..kan tak sepadan tu? Aku tak rasa si merak tu nak jeling dekat si gagak..jangan kata si merak,si ayam serama pun rasanya tak sudi nak datang dekat..kena gelak lagi ada laa..ekekeke..

Bukan nak kata 'sang gagak' tak layak memilih pasangan..again,memilih tu tak salah,itu kan hak masing-masing tapi at least biar laa humble dan kalau boleh realistik sikit..jangan over-confident sangat..nanti kena gelak pulak..Lagi satu kalau dah tahu mamat yang kau suka tu tak taste dekat orang-orang macam kau,lupakan laa hasrat nak usha mamat tu...ini tak,degil kepala batu..konon nak cuba nasib. Bila kena reject,kena block tau pulak meroyan..merata bergosip cakap mamat tu sombong laa,kerek laa...haih,tak faham.

Dan yang rasa dirinya sentiasa menjadi idaman para lelaki gay gersang..hentikan laa mimpi tu,jangan poyo dan sombong sangat...kalau kau rasa kau PLU yang paling irressistable,paling desirable..ingat,nobody is perfect. Lagi satu..kalau kau rasa mamat tu bukan taste kau, cakap jer "Sorry,not interested"..Ini tak,baru say "Hi"...terus block..bajet hot sangat ler tu! Kalau jadi dekat aku,memang aku maki dalam hati jer.hahaha

Kamen..kau dah kenapa?kene reject ker?...ekekeke..Aku sebenarnya dah lama tak contact apatah lagi keluar dating dengan PLU..ntah laa aku dah naik boring nak meet up dengan PLU dalam gay apps tu semua..mostly tak boleh pakai,takda masa depan. Dalam kepala otak diaorang ni asyik fikir pasal sex memanjang..nak dibuat partner memang tak laa!.tak sepadan dengan aku yang mengutamakan kasih sayang sesama insan..pergh!ekekekeke...