Wednesday 13 May 2015

KAHWIN

aku sbenarnya ada cadangan ni encik Kamen. ekceli aku suka baca kupasan2 org psl ke-gay-an. dan aku tgk gaya penulisan ko sangat menarik. jd apalah kiranya kalo ko ingin kupas tajuk "gay + straight marriage = hipokrit atau realistik?". psl ada org yg cakap kalo kita tak straight lepas tu kita kawen dgn perempuan, maka kita hipokrit. ataupun secara umumnya kalau kita tak minat dgn satu2 benda tu, tp kita still nak terjebak dgn benda tu jugak, maka kita tergolong sebagai hipokrit. - Fariq Hakim

Sebelum aku memulakan bicara..eceh!skema giler..haha..aku nak ucap terima kasih kepada saudara Fariq Hakim sebab sudi singgah dekat blog aku yang tak seberapa ni...dan sudi tinggalkan komen dan bagi cadangan. Sebenarnya topik 'kahwin' ni ada dalam senarai topik yang aku nak kupas..kebetulan ada yang request..so apa salahnya aku bagi pendapat aku tentang topik ni..Aku bukan terer sangat bab kupas mengupas topik ni,tapi untuk menghormati permintaan saudara Fariq Hakim yang kacak..aumm! aku cuba sedaya upaya untuk bagi buah fikiran aku.

Lelaki gay kahwin dengan perempuan?Hipokrit atau realistik?

Direct to the point..bagi aku perkahwinan ni ibarat macam kita pakai baju. Erkkk..analogi apa tu?ekekeke..Aku nak bagi contoh berat takut korang tak faham pulak,tergaru-garu kepala..hehe..so aku bagi contoh yang paling senang,perkara yang kita lakukan setiap hari.

Kenapa aku kata perkahwinan ni macam pakai baju? Contohnya..aku suka baju warna biru,tapi aku benci baju warna pink..Bila aku pakai baju warna biru,automatik aku jadi confident dan tahap kekacakan aku bertambah...hahaha...tapi kalau aku pakai baju warna pink,aku rasa tak selesa..macam abang-abang bottom pun ada..ekeke...itu contoh aje,no offence. Kalau diikutkan logik akal fikiran,sudah tentu aku mengelak dari membeli apatah lagi memakai baju berwarna pink,sebaliknya aku memilih untuk membeli dan memakai baju warna kegemaran aku,biru. Sama jugak macam perkahwinan..aku cuma nak hidup bersama dengan someone yang sesuai dengan jiwa dan taste aku..mustahil aku nak menerima someone yang bukan selera aku since aku tahu dia takkan mampu membahagiakan aku,begitu juga sebaliknya.

Wah! Kamen dah bertukar jadi straight?ekekeke...

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?tak nampak tu tandanya korang lahir terlebih berat badan..hahaha,gurau!

Berbalik kepada topik lelaki gay yang berkahwin dengan perempuan..personally aku boleh katakan mamat tu sebenarnya takda jati diri..senang citer hipokrit laa. Yer laa..macam contoh baju tadi,aku benci baju warna pink tapi at the same time aku still pakai baju warna kebencian aku tu..erkkk..contradicted kan? Contoh lain,aku tak suka makan ikan,tapi aku paksa diri makan ikan..cakap tak serupa bikin,takda jati diri..apa yang aku cuba buktikan? Sejujurnya aku memang tak faham..macam mana,kenapa,bagaimana seorang lelaki yang memiliki naluri menyukai kaum sejenis dan hanya berminat pada pisang,bukan karipap (pinjam analogy Nov Collins..hehe)..tapi akhirnya memilih untuk mendirikan rumah tangga dan hidup bersama dengan seorang pembuat karipap.


Mungkin ada yang beralasan.. "Aku kahwin atas desakan keluarga".

Dalam kes begini,aku sendiri tak berani nak komen lelebih..aku tak nafikan memang ada diluar sana yang bersikap sebegini..sangat taat dan patuh pada keluarga..parents cakap putih,putih laa..takkan jadi hitam..nak tak nak terpaksa akur dengan pilihan keluarga. Tapi personally bagi aku..kalau kau dah layak untuk berkahwin,so aku rasa kau dah cukup matang untuk mencorakkan kehidupan kau sendiri..kenapa nak biarkan orang lain take charge dan control apa yang patut dan tak patut dalam hidup kau? Mungkin nampak sedikit selfish disitu,tapi again..ini hidup kau,ini dunia kau..kenapa nak bahagiakan orang lain sedangkan kau sendiri tak bahagia? Aku faham,tak mungkin kau nak cakap "Mother..saya tak minat chicks,saya gay"..mau keras orang tua tu..tapi dalam kes ni,aku rasa kau sebagai seorang yang dah boleh dan pandai berfikir..kena laa bijak handle situasi. Dan yang paling penting sekali kau kena fikir apa yang bakal jadi kalau kau setuju dengan keputusan keluarga..Cuba tanya diri kau.."Sampai bila aku nak menipu diri sendiri?"..

Bukan aje kau tipu diri kau sendiri..kau tipu wife kau..kau tipu orang tua kau..kau tipu orang sekeliling kau..senang citer kau tipu semua orang. Masalah timbul bila kau tak boleh bagi zuriat sebab nampak karipap aje terus turn-off kerana kau lebih memuja pisang. Lepas tu mula laa parents mengata wife kau mandul sedangkan punca sebenarnya datang dari kau. Bila rumah tangga tak bahagia,wife pun meroyan sebab tak dapat nafkah batin..mula laa bergaduh,mintak cerai. Nampak tak? keadaan jadi huru hara disebabkan kau tak berani jadi diri sendiri.

"Aku nak kahwin sebab aku nak berubah"

Aku puji lelaki gay yang nak berkahwin atas sebab nak berubah..tapi adakah dengan berkahwin kau mampu mengubah identiti yakni naluri kau? sedangkan selama ni kau tak pernah tertarik langsung dengan perempuan..tengok perempuan rasa macam tengok batu,takda feel. Naluri bukan macam suis lampu,petik sekali lampu hidup..petik dua kali lampu padam. Kalau macam tu aku pun nak...rasa nak makan karipap,tekan suis...rasa nak makan pisang..tekan suis. Naluri tu datang dari dalam diri kau dan sampai bila-bila pun takkan hilang..sama macam lelaki straight,sampai bila-bila diorang just romantically and sexually tertarik pada perempuan,mustahil diaorang nak ada feel dekat lelaki lain..ada ker?kalau ada..mamat tu tak cukup straight..ekeke

Kamen..salah ker nak berubah?

Memang tak salah nak berubah..bina keluarga,tambah keturunan,bagi parents kau cucu yang comel..tapi itu pun kalau kau 100% yakin dan pasti naluri bersimpang siur kau tu akan bertukar jadi lurus selepas berkahwin. Kalau tak..kau nak buat apa? Kahwin ni bukan macam try makanan..suka,makan...tak suka,buang..Bila kau buat keputusan berkahwin dengan perempuan atas alasan untuk berubah,kau seolah-olah jadikan wife kau macam bahan experiment..suka,simpan..tak suka,cerai..pergh!senang giler hidup..takda rasa kesian ker?takda rasa simpati?Dia pun manusia jugak..ada perasaan,ada maruah,ada keluarga..kenapa nak ambil risiko sampai sanggup korbankan perasaan dan maruah orang lain semata-mata nak berubah?

"Aku rimas orang sekeliling asyik tanya bila nak kahwin!"

Aku rasa korang pun tahu,kita especially yang tinggal dekat Malaysia ni terikat dengan norma dan stereotype masyarakat. Sejak dari dulu lagi kita sudah terdidik..yang itu betul,yang ini salah..dalam konteks ni,berkahwin. Masyarakat melihat perkahwinan ni sebagai perkara normal dan wajib dilalui setiap manusia di muka bumi ni..means kalau kau dah cukup syarat,kau wajib berkahwin. Sebaliknya kalau kau dah cukup syarat tapi still membujang..siap sedia laa kena bahan.

Kau tak boleh nak salahkan masyarakat,diaorang takkan berhenti becakap dan sentiasa nak cari salah dan kekurangan kau,dan kau sendiri tak mampu nak ubah persepsi orang sekeliling kau. Akhirnya kau memilih untuk 'berlakon' depan orang lain semata-mata untuk menutup mulut dan nampak 'betul dan normal' di mata diaorang. Again..kenapa nak puaskan hati orang lain? Zahirnya..orang lain nampak kau 'bahagia' dan 'normal',tapi dalam hati kau...hanya kau dan Tuhan saja yang tahu. Sampai bila nak berpura-pura? Adakah kau bahagia dengan 'lakonan' kau?

Apa laa Kamen ni..asyik fikir negative aje. Ntah laa..aku bukan nak jadi pessimist..semua ni just pendapat peribadi aku aje dan hasil pembacaan aku tentang isu ni. Dalam hal-hal serius macam hal perkahwinan..aku lebih suka berfikir secara rasional dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan sekadar membabi buta ikut cakap majoriti.

Kadang-kadang aku terfikir,dalam hidup ni at least kena ada sikit sikap selfish..sebelum jaga perasaan orang lain,jaga perasaan diri sendiri dulu lagi-lagi kalau melibatkan soal perjalanan hidup dan kebahagiaan diri..siapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri? Masing-masing dah dewasa,so pandai-pandai laa mencorakkan perjalanan hidup masing-masing.

Sebelum aku mengundur diri,eceh...macam tulis surat cinta laa pulak..hahaha...Aku nak minta maaf kalau cara aku memberi pendapat agak agresif dan bersifat judgemental atau mungkin membuatkan orang-orang yang berada dalam situasi ini terfaktab dengan statement aku.."Tak kena batang hidung sendiri boleh laa cakap!"..hehehe...Aku tak tahu apa yang korang lalui,sebab musabab korang memilih keputusan sebegitu..tapi semua ni aku ulangi,adalah hasil pembacaan dan buah fikiran peribadi insan biasa bernama Kamen Shinobi..aku takda niat lain,just memenuhi permintaan pembaca blog aku. Maaf sekali lagi andai ada yang terasa hati.

Apa pun,tepuk dada..tanya hati.

Happiness is a choice,
Life isn't about pleasing everybody.


53 comments:

  1. Aku memilih untuk tidak berkahwin. Full stop. Kalau pon berkahwen syaratnya harus lelaki pengantin nya. Haha. Full stop. Ape2 pon yg terjadi..mudah2an Tuhan SETUJU. Klu bujang seumur hidup .. aku redha. I'm Nu'man. Kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh!statement berani mati dari Nu'man :salute:

      Ok laa tu,at least kau ada pendirian dalam hidup.

      Delete
    2. Hahaa aku ni 98% Gay rasenye sbb lebih tertarik pada pisang. Tp ada masa aku terpegun dgn perempuan (bukn secara seksual). Tp kalau nk stim mesti pisang lah hahahaaa.. Nak buat cemana mmg dh mcm ni dri sejak budak2 lagi.

      Ssjujurnya aku tahu aku Gay, tp mmg Islam melarang dan aku percaya Allah tahu aku boleh lalui ujian ni. Aku berharap sgt2 supaya org2 lelaki yg aku suka walaupun aku tk terlafazkan akan dpt bersamaku kelak di Syurga. Sbb naluri aku mmg mudah jatuh hati pada lelaki (Gay).

      Korang yg straight tkkn faham masalah ni, tp aku cuba juga untuk menormalkn diri tanamkn dlm hati aku nak kahwin dan ada 2 org anak. Manalah tahu lepas ber isteri rasa tanggungjawab tu lebih drpd rasa nak melakukan Gay.
      Sekurangnya rasa Gay ni dpt limitkan jumlah anak2 aku nnt.

      Perasaan Gay ni mmg susah. Kadang kwn sekerja yg ramah selalu nk hiburkan pun boleh mnybbkn salah faham, aku fikir dia suka pada aku rupanya mmg dia mcm tu. Hanya sekadar nk bermesra saja.. Aku pun sedar jugak, selama aku hidup ni, aku cuma rasa geram nak peluk pada lelaki sahaja tp pd perempuan aku mmg tgk dorang mcm batu kayu..

      Aku pun tak tahu smpi bila naluri gay aku ni akan terus bersama?

      Delete
  2. Yes...setuju sgt dengan post nie...Mr. Kamen...;-)

    Talk about Diri ikan (selfish ;-P)...Amir pernah kenal seorang PLU yang dipaksa kahwin oleh family die...and die kahwin dengan perempuan tu...tapi hari-hari bawak balik boyfriend die ke rumah....dan membiarkan isteri dia terkontang-kanting kat ruang tamu sambil dia bercengkarama di bilik tidur bersama boyfriend dia...nasib baik isteri die seorang yang baik dan menjaga keaiban dia sambil berharap laki die akan berubah...but i don't think so...this kind of situation is not selfish anymore but full of sh*t....

    #BlogWalking http://iamwarlord.blogspot.com/ <=Do Peeping Me ;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk..bawa balik bf?melampau betul..kalau nak projek pun,cari laa tempat private sikit..ekekeke

      kesian gile wife dia...aku tak rasa si suami boleh berubah,semua ni berkait dengan naluri.

      Delete
    2. kesian wife dia mmg tak patut...

      Delete
  3. Setuju dengan pendapat abang kamen. Masing-masing mempunyai pendapat mereka yang tersendiri, jadinya terserah kepada pembaca untuk menilainya. Kalau rasa boleh berubah teruskan niat itu, kalau tak boleh juga lalui kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hal ni tak boleh main rasa-rasa..jati diri untuk berubah tu kena kuat..kalau tak,memang fail laa..kesian dekat si isteri.

      Delete
  4. Bicara perihal kahwin membuatkan gelojak nafsu Nov mahu mengigit abam kamen. Hahaha. Kahwin dengan aku jelah abam kamen. :p #guraumanja

    Tapi Nov punya persepsi tersendiri mengenai soal kahwin.. nanti ade masa aku tulis kat blog eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak gigit,gigit dekat bahagian yang senang nak cover love bite..HAHAHAHA

      Delete
  5. Aku pun ada pandangan tersendiri pasal isu kawen ni. Kakakakaka. Terasa nak tulis kat blog jugak ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila..sila..sharing is loving,silap..sharing is caring..hehehe

      Delete
  6. Eh cam perli jeeerr, Pdih plk trase,
    xsemua gay yg kwen tuh hipokrit, nk cover diri, aku pn dh kwen, xde masalah pun, yg pnting nk kena jaga batasan. Berkawan tuh no hal, diaorang ttp kawan pghibur hati cam hg jugak, Pagi2 dh wat aku trsenyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak touching sangat laa! hahahaha..ni pendapat peribadi aku aje.

      Aku bercakap pasal pure gay yang just sexually and romantically tertarik pada kaum sejenis..bisex tu lain citer laa...hang bisex ka pure gay?muehehehe..

      Delete
    2. 2x5 jerrrrrr
      yg confirm aku bukan bottom
      okey skang aku ontheway keumah hg haha

      Delete
    3. 2x5 jerrrrrr
      yg confirm aku bukan bottom
      okey skang aku ontheway keumah hg haha

      Delete
    4. Sebelum hang datang,hang jawab dulu soalan aku..

      ekekekeke

      Delete
  7. Terima kasih tuan tanah berjaya kupas psl kahwin. ini apa yg aku dpt scara ringkas dr pnulisan tuan tanah : (alasan kena PURE gay berkahwin)

    1. desakan keluarga
    - jenis ikut cakap keluarga
    - tapi cukup matang utk buat kputusan yg
    menentukan kebahagiaan diri
    - perlu bijak beri alasan utk rejek pmintaan
    keluarga
    - kalau ikut permintaan, bererti menipu
    semua orang, sampai bila nak menipu
    - masalah seterusnya yg tercetus: isteri x dpt
    nafkah batin, tak ada zuriat, isteri
    akan dikatakan mandul, keluarga berantakan
    dan bercerai
    - semuanya kerana TAK BERANI JADI DIRI SNDIRI

    2. mahu berubah
    - niat yang bagus utk berubah
    - tp boleh ke naluri diubah
    - tak salah bertindak begini kalau yakin 100%
    ianya akan berjaya
    - kalau tidak, ini akan menjadikan pasangan
    sbg mangsa yg dipergunakan

    3. rimas orang bertanya bila nak kahwin
    - masyarakat akan sentiasa bercakap ttg kita
    - untuk puaskan hati mereka, kita terpaksa
    berlakon normal
    - smpai bila nak berlakon, adakah ia menjamin
    kebahagiaan

    penutup oleh tuan tanah:
    - perlu fikir rasional bukan ikut ckp org
    kbanyakan
    - perlu ada sedikit sikap selfish, utamakan
    perasaan sndiri dahulu

    ReplyDelete
  8. komen aku : jadik sapa2 yg PURE gay tp nak kahwin jugak, dia kena la gtau siapa diri dia sbenarnya kepada bakal bini dia. kalo si bakal sanggup jugak teruskan pkahwinan, tu bmaksud si bakal bersetuju utk memikul apa jugak kesan akibat persetujuannya. jd tak timbul isu bini dijadikan mangsa di kemudian hari, psl bini dah sedia tau bahwa dia nak kawin dgn PURE gay. lagipun rasanya siapa2 yg nak kawin kena tau kot dgn siapa dia bkahwin, sama la mcm kita buat perjanjian, kena tau apa butir2 pjanjian kita, kalo tak tau meaning salah sndiri. kita tak boleh nak ekspek bakal pasangan kita seorang yg SURE STRAIGHT, lagi2 kalo dia jenis ikut telunjuk kuarga/masyarakat. pendek kata, sapa2 yg nak kawin tu, diri sdiri yg memang patut buat kputusan nak kawin ke tidak, dan apa2 benda yg timbul lepas pd tu, diri sndiri yg patut tanggung, tak kira pihak perempuan (yg mjadi mangsa) atau pihak laki (yg pure gay).

    p/s: manusia mengejar keinginan, seringkali menganggap apa yg dikejarnya akan memberikannya kebahagiaan. apakah mereka bahagia dan berkekalan bahagia selepas mendapatkannya? selepas mereka lupa ttg segala yg dikejarnya dan menghargai apa saja yg ada di sekelilingnya, saat itulah kebahagiaan muncul menerpa. dan mereka sekali kali tidak risau jika kebahagiaan itu akan meninggalkan mereka, kerana kerisauan hanya akan menenggelami kebahagiaan. biarlah tidak ada apa sekalipun asalkan ada bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Fariq Hakim..kalau ada pun yang berani nak confess dia pure gay dekat bakal isteri dan si bakal isteri bersetuju..persoalannya,apa tujuan perkahwinan tu?

      banyak kali aku baca perenggan terakhir,still aku tak faham...hahahaha..ayat2 puitis ni aku fail sikit..ekeke


      Delete
  9. Aku yang baru 21 ni pun ada terpikir pasal kahwin. Ye aku tahu macam poyo je dah pikir pasal kahwin. Actually aku tengah pikir apa alasan aku nak bagi nanti. Dah la anak sulung pulak ni. Dengan certain mak sedara aku yang ala-ala mami jarum tu. Entah apa nak jadi gamaknya. Aku tak rasa langsung nak kahwin dengan perempuan. Kalau dengan lelaki of course arr nak ! One fine day aku mungkin akan come out to my mom. Plan je la. maybe I just tell her the truth and hopefully that she not gonna kill me and just accept me just the way I am. Pasal kahwin pulak aku tak berani nak kata. Sapa tahu in future tetiba sampai jodoh aku ke kan. HAHAHAHA nanti aku jemput. LOL. But entah. Suka pisang je berbanding karipap. Kebarangkalian nak kahwin tu macam tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advance betul Mr.Unknown,muda-muda lagi dah fikir masa depan..:thumbsup:

      Naluri memang tak boleh diubah tapi semuanya atas ketentuanNya..siapa tahu sekarang kita tak suka karipap,mana tahu tahun depan tetiba suka giler dekat karipap?hahahaha..

      Delete
    2. Aku faham sgt masalah hang. Aku pun stim dgn pisang. Karipap dh cuba tgk pun aku tk stim. Tk tahu lah, mmg aku dri kecik lagi dh minat pisang. Tak tahu cemana nk ubah, aku berharapa dpt berdoa depan ka'bah supaya aku dpt hilangkan nafsu Gay aku ni dan dpt jd lelaki Normal kalau itu baik untukku.

      Kalau tk pun, aku percaya Allah ada sediakan jodoh untuk aku yg akan terima aku seadanya walaupun aku Gay dan mungkin mampu membimbing aku jd straight walaupun tk 100% straight. Sbb hakikatnya PERKAHWINAN bukn bermaksud SEKS sahaja. Tp lebih kepada ingin berkongsi hidup bersama dlm mencari kebahagiaan..

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Hi en Kamen
    Hi en Jazlee

    Any advice untuk isteri PLU tegar yg tengah kemaruk boyfriend baru dan menjauh dari isteri anak2?(2nd baby otw)

    Tinggalkan dia sbb dia tak mungkin berubah(sy tahu naluri tu ada.. tapi boleh dikawal kalau mahu).. biarkan dia bahagia dgn kehidupan dunia bersama kekasihnya dan saya mencari bahagia yg hakiki bersama anak2?

    mohon nasihat dan pandangan..

    TQ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amin

      Kalau nak minta nasihat,aku bukan orang yang layak bagi nasihat...tapi kalau nak minta pendapat aku,aku cadangkan si isteri dan si suami perlu duduk berbincang..come clean..Pilih masa yang sesuai dan slow talk dengan si suami untuk mencari jalan penyelesaian.

      Nak teruskan perkahwinan atau nak bercerai semua tu bergantung pada keputusan masing-masing..Apa pun bincang dulu sebelum buat keputusan drastik.

      Delete
  12. En amin, kebahagian itu mlik masing2, xkira suami or isteri,. Tpuk dada tanya diri. Abg pun ttp utamakan wife, sisi glap sembunyi elok2, wanita skali terluka slamanya akan terluka. sume somi syangkan bini hehe

    ReplyDelete
  13. Kalau dh tau somi xleh brubah tuntutlah fasakh,

    ReplyDelete
  14. Kalau dh tau somi xleh brubah tuntutlah fasakh,

    ReplyDelete
  15. En amin, kebahagian itu mlik masing2, xkira suami or isteri,. Tpuk dada tanya diri. Abg pun ttp utamakan wife, sisi glap sembunyi elok2, wanita skali terluka slamanya akan terluka. sume somi syangkan bini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Salam. Sy Amira Amin.

      TQ Jazlee. TQ Kamen.

      Congrats jazlee berjaya menjaga keluarga. Yup.. Lelaki dilebihkan ke atas wanita, maka mereka menjadi ketua keluarga. Simpan sisi gelap kemas2. InshaAllah Allah bantu;)). Allah akan bantu kalau buat benda baik.

      Yup. Wanita sekali terluka slamanya akan terluka... Apatah lagi kalau dia seorg isteri dan ibu kepada anak2 kan. Banyak nak kena fikir... Anak2 tanpa papa yg acting str8, keluarga sendiri..keluarga mertua..

      Maka, tuntutan fasakh hanyalah mudah untuk disebut..

      Walau dah takde percaya.. biarpun tahu takkan setia, besar sgt harpan agar semua ni dusta...

      Kamen... PLU akan bersembunyi dlm almari kan(discrete).. Suami PLU lagilah bersembunyi dalam rak2 di dlm almari tu... They never come clean.. or afraid to.. Refused to talk or discuss.. walaupun evidences bersepah ...
      hihi.. Sbb Allah takkan menzalimi isteri dan anak2 yg innocent kan... Dia akan tunjukkan bukti..


      haih... mcm mana yer nak suruh suami PLU ni come clean to discuss their wish..hope..expectation...

      BUT!!! If he still active in Topping or Bottoming or cuddling/hugging/suxxking etc...;( Allah comes before everything else.. I wish for him to change.. Bu he himself must change for his own good

      "Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang- orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): 'Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.'" (QS. at-Tahrim: 10)

      TQ and semoga bahagia

      Delete
    2. Aku faham bukan senang nak bincang perkara taboo macam ni..sebab tu aku kata slow talk bukan main sergah..sure dia tak mau mengaku..ekekeke.

      Bukan senang nak ubah naluri,macam Amira Amir pun boleh ker nak suka sesama jantina? Tak boleh kan? Semuanya bergantung pada individu dan azam yang kuat untuk berubah.

      Hidup ni terlalu subjektif,sebab tu aku lebih suka berfikir secara rasional..kalau tak boleh buat,tak payah buat..sebab aku faham kalau aku still berdegil nak buat dan ikut apa orang lain buat akhirnya akan meyusahkan orang sekeliling aku...dalam kes ni,berkahwin.hehehe

      Walaupun aku PLU tapi aku still harap si suami yang suka makan luar boleh berubah dan setia dengan isteri.

      Delete
    3. Yup.. Tq encik Kamen.. sama lah.. semua org nakkan pasangan masing2 setia. en Kamen pun mesti samakan. siapa pun pasangan en kamen nt..;)

      Btw.. ada cadangan ke camne nak approach utk slow talk ni.. sbb korg maybe boleh agak apa kawan2 PLu fikir kan... how to make him tell the truth & his hope for the marriage etc?

      Im trying to understand him ok?

      hihi.. TQVM

      Delete
  16. saya percya apabila sorang lelaki berkahwin akan terhindar dirinya dr zina n swaktungannya. Bgitu jugak ngan saya, sjak kawen napsu lbeh trjaga. Insyaalah dlm process blk kpgkal jalan.

    ReplyDelete
  17. saya percya apabila sorang lelaki berkahwin akan terhindar dirinya dr zina n swaktungannya. Bgitu jugak ngan saya, sjak kawen napsu lbeh trjaga. Insyaalah dlm process blk kpgkal jalan.

    ReplyDelete
  18. aku nk berubah dan skrg ni perkahwinan kedua aku..damm mmg payah nk berubah..kesian wife aku skrg :(...dahlah aku ni bottom..tu pun skali je la..then xpenah buat lagi..skrg perkahwinan aku huru hara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sendiri tak tahu nak komen apa..hehe..orang kata 'berani buat berani tanggung'..tapi percaya laa..kadang-kadang apa yang kita tak suka sebenarnya itu laa yang terbaik buat kita...mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

      Delete
  19. hai. Abg saya nak tanya. 1. Suami saya gay ke bi kalau kitorang having sex (after kahwin) dalam seminggu tu 3-4times. But, as usual i yg start lah. Everything i yg buat dia siap kan badan je. And his penis pon xkeras sgt i syak dia bottom. Sex kitorang pon umm so-so. Xberapa nak hot n spicy mcm dgn lelaki straight...dia mcm malu2. Ye ke dia malu?ke berlakon u rasa? Hmm Boleh ke kalau gay having sex banyak kali even for the sake utk dapatkan baby? Kdg2 dia bg i hint nak sex/just bj

    2. Saya sure ke dia minat lelaki juga? Yup. I terselongkar and baca mesej kat hp lama dia. Dia ada bf.bukan main ber Sayang2. I bercinta dgn dia quite lama. Tp pelik.pelik sbb xpernah pegang tangan ke apa. Selalu laki lain dah kiss terus��. I mmg da agak since before marriage tau dia pelik. Lagipon dia kerja bagus but tak kahwin2.. Btw mesej dia dgn exbf semua before kawan dgn i...

    3. Masa tau dia pernah ada bf i dah pregnant 3months. Mula ingat nak buang and divorce tp xleh buat pape masatu kitorang kat london.. i tak tau nak keluar rumah g clinic mcm mana ..semua kena pergi dgn dia�� nasib baik x buang baby sekarg dah lahir aloololo tomel sgt

    4. Ntahlah dia syg i ke tak. Btw i muda sgt sgt dari dia. Ex bf dia pon kira muda dari dia but older than me. Tp i selalu gv up tau with our relationship.. I mmg dari masa couple2 dulu xsuka ada mistake.sbb tu kahwin ngn dia sbb ngn dia mcm ok semua.tp husband i sabar je. I bgtau dulu kalau i tau dia suka laki i xkan kahwin dgn dia.. Dia peluk n minta maaf. But people can act. I dont know hes honest or not

    5. I pon before kahwin xdela baik mana mungkin ini apayang tuhan janjikan.. Laki baik utk perempuan yg baik..

    So, back to the main question.. Laki i ni gay ke bi? Dia syg i x u rasa? Sorryla panjang sbb tak tau nak cerita pada sape.aib kan cerita pada org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya adik Timah dah jawab sendiri soalan yang diajukan..abam Kamen sendiri tak berani nak jawab samada suami adik Timah gay ker bi ker str8, sayang ker tak sebab hal ni terlalu subjektif..hanya orang-orang yang merasa jer boleh tahu.

      Tapi kalau dah ada bukti depan mata, dan hati kuat mengatakan suami adik Timah tak str8...trust your gut feeling. Apa yang adik Timah perlu buat? abam Kamen tak berani nak advice sebab ini hal rumahtangga orang. Apa pun doakan yang terbaik buat suami,sentiasa berharap dia boleh berubah demi keluarga dan anak.

      Delete
    2. Thanks for the reply. I just want to talk to someone yg macm husband i. To understand people like him. I dont mind dia gay or bi. I still love him. He is mine and i nak jaga dia.. I know gay dah jadi since u guys belum lahir. Benda tu dalam dna. Mungkin dugaan Allah..

      I watched gay porn sbb i curious. Haha ok i tau i tak boleh lah nk puaskn hati husband i 100% sbb im not a guy. Tp tu nafsu. Kalau ikot nafsu i pon boleh tido dgn ex i kan. I hope he is strong. Lelaki normal pon kalau xkuat iman ada betina lain. Sama je. Just jgn tipu i.

      I cuma boleh doa supaya hati husband i tetap pada i. And i hope one day hati abg kamen terbuka untuk berubah ;p sekarg every decision i kena pikir anak i kan Baru boleh mulakan hidup baru. But im still young, im not regret marrying him actually hehehe Thanks for reading :*

      Delete
    3. kuat nye awak.. u still love him after all those things happened.
      Me punya case lebih kurang same case as yours.. husband i memang baik sgt2.. hormat mak pak.. slalu tolong i buat keje ruma.. bak kata org perfect laa sbg sorang husben tp utk zahir jelaa bukan utk batin...1 jela kekurangan dia.. dia xde nafsu kat i.. now our marriage baru 3bulann.. i da confirm dia gay before our 2nd reception @ side dia lagi.. u know what i felt that time.. rasa mcm nak lari je.. x mo sanding..hmmm tp i pikir parents i parents dia.. sedih giler weiiii.. xtau nak luah kat sape.. sbb i pk nak kena jaga aib suami je..now kekadang i rasa terganggu giler mental jiwa raga i.. sometimes i tdo asing dgn dia sbb i nak kuat kan diri i xmo having sex w him.. i takot i termengandung anak gay..tp kekadang i tak kuat n dia layan je i..hampeh tull.. i tak tau nak ngadu dgn sape.. huwaaaaaa

      Delete
    4. Iyaaa suami Saya macam tu...dia Gay...dia tadah jee..memang sakit je hati ni...sedih pun ya..banyak Kali nangis sebab rasa sangat Kita Tak diperlukan macam Mana lelaki2 straight yang suka memeluk isterinya. Menyayangi Dan touch isteri sendiri...

      Lekadang banyak pujuk diri...pujuk diri sendiri sebab dah Ada anak..kalau belum Ada..memang I sanggup single atau kawin dengan lelaki lebih berusia Dan romantic...

      Delete
  20. Terjumpa screenshot wassap suami dgn lelaki lain. Sedih sgt time t baca wassap2 dia. Terus selongkar pc, n jumpa gambar lelaki tanpa seurat benang..sedih sgt2. Rasa tertipu.. dpt tahu 3 hari sblm puasa tahun ni.suami jenis x byk ckp, dia lg byk layan hanset dr layan isteri, nak discus pn susah. Sy ambil kputusan luahkan dlm microsoft word, letak dlm pc dia.

    Btw, kami pjj. Dia respon pd luahan hati sy melalui wassap je. Suami mmg marah sgt, n tak nak discus ape2 pn..

    Satu lg masalah dia, bila dia dlm bilik sy masuk, trus dia kluar.. then sy keluar, buat2 nk duduk sblh die, trus dia masuk bilik. Sediiihh.. nak peluk, dia tolak tgn sy. Bila sy merajuk, dia kata sy perasan bagus n ugut nk bgtau perangai sy pd parents dia. Sy sendiri tak faham kenapa. Sy mmg x kisah kalau dia nk bgtaunparents dia sbb semua bukti sy dh ada.

    Semoga diberi kekuatan untuk bincang dgn suami pasal hal ni..

    ReplyDelete
  21. I think my husband is gay eventhough dia banyak kali tak mengaku.. he claims that he only likes to see handsome guys.. dia tak pernah had sex with me after 2 years being married.. otherwise he is perfect.. tak ada kekurangan yg lain.. but why did he marry me? Why? Bila mintak diceraikan dia taknak. Dia cakap he loves me and i'm his. Patut ke I percayakan dia? Pls help.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab suami suka tengok laki ensem, mungkin sekadar boy crush je tu. Bab tak pernah berjimak, mungkin suami Juliana sebenarnya asexual?

      Apapun, sex bukan petanda sayang dan cinta sejati tak perlukan sex :)

      Delete
    2. Tanya dia ada masalah batin ke?kalau x bagi nafkah dosa besar.pegi jumpa ustaz suruh ustaz nasihat dn azan kat telinga suami awk biar dia tersedar skit.

      Delete
    3. Hahaha..anon ni pun, ustaz azankan telinga suami dia lagi la setan pergi tak kembali, macam mana nak ehem2 kalau takde yang berbisik..ekekeke

      Delete
  22. Not only the wife feel sad and disappointed, the BF feels the same!
    Dating a guy for few months, then suddenly this guy told me he's going to get married and asked me to continue in relationship with him!
    I didn't start this relationship to be shared with others...

    ReplyDelete
  23. Sy pompuan, sy suka pompuan juga. Family desak nak kawin. Kot2 ada gay nak kawin dgn sy �� sy umur 27.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon gay.. mmg tgh cari lesb.. At least dia paham klu suami x sentuh dia.. Dan yg penting dia x tertekan atau x kecewa tanpa batin.. Sbb saya x boleh tgk pompuan sedih atu menangis.. Saya jadi lemah.. Saya umur 30.. Boleh la kenal2.. Kot ada jodoh.. huhu

      Delete