Tuesday, 24 November 2015

RAHSIA

Baru-baru ni heboh dalam media sosial..seorang ikon fitness lelaki kantoi tengah bermesra dengan seorang mak nyah. Perghhh! giler laa..dapat pelukan dan cumbuan mamat sado, shirtless pulak tu..gigit jari laa mak nyah-mak nyah lain..ekekeke.. Eleh..cemburu laa tu! Ahh...aku tak hairan pun..eceh!ekeke

Ikon fitness? Mak nyah? Siapa diaorang ni? Jujur aku sendiri tak kenal siapa dua entiti ni..hahaha. Well..aku sebenarnya bukan kaki gosip. Citer artis-artis popular pun aku jarang nak ambil tahu..diaorang nak kahwin,bercerai,buat anak,tambah bini,tambah suami..ahh lantak laa..apatah lagi kisah 'artis media sosial'..nak follow Instagram, Twitter atau Facebook diaorang...memang tak laa! buat semak feed aku aje..ekekeke.

Aku sebenarnya tak berminat nak follow citer-citer gosip murahan sebegini..lagipun pada aku diaorang berdua bukan sesiapa..tak penting pun dalam hidup Kamen Shinobi. Tapi memandangkan kes ni agak unik dan aku pulak jenis yang cepat curious..aku cuba jugak untuk ikut perkembangan kes ni. So kalau ada masa aku ada jugak stalk Instagram kedua entiti ni sambil baca forum gosip..so macam-macam maklumat aku dapat..hehe

Berbalik pada kisah kedua entiti ni..bila dah kantoi macam-macam laa cerita dan alasan dicipta. Tu belum masuk kutukan dan makian netizen..aku yang baca pun rasa seram, apatah lagi si empunya diri..bermati-matian mempertahankan diri. Aku sebenarnya lebih kesiankan si mamat tulen berbanding si perempuan jadian. Eleh..rupa elok boleh laa simpati, kalau rupa buruk nak mampus..sure kena maki..ekekeke. Maaf...mamat tu bukan taste aku..so aku pass kat korang..ekekeke. Ntah laa..aku rasa cara mamat tu terkantoi terlalu sadis..ibarat menconteng arang ke muka sendiri.. Yer laa sepanjang aku stalk Instagram mamat tu nampak aje straight as arrow..tapi hakikatnya memiliki kecenderungan yang amat luar biasa..ekeke. Sure ramai gadis tulen makan hati lepas dapat tahu lelaki pujian diaorang hanya berminat dekat gadis jadian. Kesian..muda-muda lagi dah ada bad reputation.


Aku sendiri tak berani nak conclude apa-apa tentang kes ni sebab aku tak tahu hujung pangkal citer kedua entiti ni..siapa betul,siapa salah..siapa mangsa,siapa pemangsa..lantak diaorang, jangan kacau hidup aku dah ler..errr..aku takde kaitan dengan ini cerita..hahaha.

Dulu pun ada jugak kes PLU terkantoi macam ni..tapi melibatkan dua lelaki tulen,bukan mak nyah..hahaha. Kalau tak silap aku mamat tu DJ radio paling famous dalam Malaysia. Aku sendiri pun curious apa jadi dengan mamat tu..setahu aku lepas gambar mesra diaorang tersebar ke alam maya, dia terus menghilangkan diri sampai laa ke hari ini. Well..biasa laa, bila dah popular dan dikenali ramai, citer-citer 'dark side' sepatutnya disimpan sebaik mungkin..tapi bila dah tersebar, sure perasaan malu menguasai diri.

Bila bercakap pasal kantoi, mujur laa sampai ke hari ini aku tak pernah lagi terkantoi dengan sesiapa..ntah laa, aku sendiri tak pasti ada ker tak yang dapat hidu ketidaklurusan aku...harap-harapnya takde laa..hehe. Well..aku pasti korang yang masih stay in the closet ada harapan yang sama macam aku..sebolehnya-bolehnya tak nak kantoi dengan sesiapa,especially dekat orang-orang yang rapat dan dikenali...yer laa, tak semua boleh terima. Kalau ada yang boleh terima pun belum tentu rahsia yang dikongsi tu boleh disimpan dengan baik..Maklum laa, mulut dan kelakuan orang lain susah nak dikawal. Tak pasal-pasal rahsia berdua jadi viral satu dunia sebab perangai manusia yang tak reti jaga rahsia orang lain.

Kalau diimbas balik aku pernah aje berjumpa dengan spesis PLU yang tak pandai simpan rahsia. Dipendekkan citer, aku kenal seorang mamat ni melalui PR..tak lama lepas tu mamat ni ajak aku keluar lepak dan makan..saja nak berkenalan lebih rapat. Dan macam biasa laa bila bersua-muka macam-macam topik dibualkan. Tapi bila dah takde topik nak dibualkan..mamat ni mula laa bergosip dan sibuk bercerita hal perihal PLU lain yang dia dah pernah jumpa sebelum aku...luar dan dalam! Pergh!..tak sangka muka aje elok...tapi mulut mengalahkan perempuan..baru nak ngorat tetiba turn off! hahaha.. Since masa tu aku masih noob..maklum laa baru berjinak-jinak nak bersosial dengan PLU..so aku layankan aje laa semua citer mamat tu sebab dia ni kira otai jugak dalam dunia PLU...ntah betul atau tak apa yang aku dengar, dia aje yang tahu.

Sejak kejadian tu aku terus trauma dekat PLU yang terlalu open especially yang bermulut tempayan..hahaha.. Ntah laa..aku tak kisah pun nak berkawan dengan sesiapa, tapi bila dah jadi macam tu, aku selalu terfikir kalau aku teruskan berhubung dan bercerita tentang hal-hal peribadi aku dekat orang-orang yang tak reti simpan rahsia macam mamat tu..ada kemungkinan aku jugak bakal menjadi mangsa. Yer laa..kalau dia boleh buat dekat orang lain,kenapa dia tak boleh buat dekat aku? Tak pasal-pasal rahsia besar aku terbongkar disebabkan mulut orang lain..erkkk.

Tu belum lagi kes PLU yang suka berdendam. Masa memula kenal elok aje berkawan,tak pun couple..tapi lama kelamaan bila dah tak sebulu lepas tu clash..habis segala rahsia dibongkarkan sebab tak puas hati dan perasaan dendam. Bukan aku tak pernah dengar kes-kes sebegini. Haih..macam-macam hal laa.

Aku sebenarnya cukup selesa dengan keadaan aku sekarang..stay in the closet, discreet..takde siapa pun tahu orientasi aku kecuali orang-orang yang memang dah tahu siapa aku. Tapi jauh disudut hati, aku pun macam orang lain jugak..teringin nak ada geng-geng PLU tempat aku bercerita dan berkongsi hal-hal yang tak mungkin aku kongsi dengan member straight..di mana aku boleh jadi diri sendiri. Tapi since terlalu banyak kes-kes PLU terkantoi dan dikantoikan..ditambah lagi dengan pengalaman silam aku dan penceritaan orang lain..rasanya ada baiknya aku stay in the closet dan limit-kan diri aku dari terlalu bergaul dengan PLU. Mungkin blog ni aje laa 'kawan' terbaik aku buat masa ni..nak cari geng PLU yang totally discreet macam aku, apatah lagi yang decent dan pandai simpan rahsia bukan senang. Haihh..macam mana laa aku nak jumpa someone special kalau asyik trauma dengan perkara-perkara sebegini..forever alone laa kau Kamen!

There are two kinds of secrets,
Those we keep from others and the ones we hide from ourselves.

19 comments:

  1. kita pandai simpan rahsia! kawan la dengan kita, kamen.. teeheee

    keliling aku belambak PLU, mostly perangai mcm ta**
    takpayah la cari geng, kamen.. buat menambah uban dikepalamu sahaja nanti.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku muda lagi..mustahil ada uban...ekeke

      Jom kawan..nombor tepon?haha

      Delete
  2. Aku lagi kesian nasib si sajat tue .. berhabis nak spedo jantan tue ..
    alih2 kena dump dengan cara macam tue ..

    Simpati pada nasib si pondan ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..duit dan harta tu semua boleh dicari,maruah yang dah tercalar siapa nak ganti? Kalau betul pun mamat tu kaki kikis yg macam orang kata,personally aku rasa cara si perempuan tu terlalu immature dan selfish..incase memang betul dia yang upload gambar tu untk tatapan umum.

      Delete
  3. X forever alone nya. Xmo fikir cmtu.
    Aib org kne jaga leklok. Harap aib kte pn org jage leklok gak.

    Nway kate2 last ada btulnya gak.

    :encik kantan:

    ReplyDelete
  4. Amir nie tak minat sgt nak ambik tau citer gossip terutama citer2 nyah atau PLU nie...coz Amir nie bukan nya perfect pun...Amir sendiri pun have my darkside...

    And For Amir jika kita jaga keaiban orang...Allah akan jaga keaiban kita...that's it...and one more thing...kita sendiri pun hendaklah menjaga keaiban kita sendiri...

    So for Kamen...if in the closet tu secure you....go on with it...at the end, it is you, yourself what are really important...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk dalam closet lama-lama nanti sesak nafas..teringin jugak sekali sekala hirup udara segar di luar sana..hehehe

      Delete
  5. Sedikit sebanyak imej si sado itu tercalar jua.
    pozing baik punya tengah peluk si trans itu.
    Shirtless pulak lagi. Malaysia kot. Confirm kena kecam.
    Tapi si trans itu serius cun gila !
    Cuma kesianlah kat dia. Bila dah jadi macam ini orang akan pandang dia lagi jahat and judge macam-macam tanpa tahu hujung pangkal.

    About that Dj ! I still remembered him ! Dia jadi model sekarang. model underwear pun ada. Kalau tak silap bergiat aktif kat Singapura. Aku ingat lagi dulu that station announce that the DJ pergi further study. That time zaman aku form 5. Siap pergi search fb,myspace dia then add as friend. HAHAHA. Bapak noob gila aku dulu. Hensem jugak beliau. Ada berlakon dalam drama bersiri kat tv3 dulu-dulu. But apa yang pasti golongan PLU memang ramai dalam industri seni negara. Cant deny that. Coz we are talented*kibar bendera pelangi*. HAHHAHA.

    I have a bunch of PLU friends. Yang okey tu okeylah. Ada yang tak berapa okey jugak. PLU ni pun banyak ragamnya jugak. Okey takleh kutuk lebih-lebih kaum sendiri jugak. Tapi seronok jugak kenal-kenal antara satu sama lain. Takda la rasa keseorangan sangat. And dapat belajar banyak benda baru. Since diorang pun come from bidang-bidang yang berbeza.

    Wah panjang aku melalut. Ampun tuan tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen panjang lebar mengalahkan post asal..takpe,aku bagi chances kat Mr.Dominic Unknown berceloteh..hehe

      Model underwear jenama apa? aku nk cari dekat mall esok..kalau jumpa aku nak buat koleksi..hahaha

      Delete
  6. untuk coursemate aku , ada 4 orang tahu aku tak straight . seorang lelaki and 3 lagi is perempuan. The reason aku bagitahu dorang pun sebab dorang tersangat la open minded. 3 daripadanya not malay and not muslim pun and lagi sorang is Malay and muslim. haha. at one point, aku tertunggu, bila la semua umat manusia kat muka bumi ni open minded dan boleh terima segalanya. perks of being gay, orang selalu kaitkan dengan HIV and AIDS. tapi tu la, streotype. haha. bangang dan loser pemikiran macam tu. not all ada penyakit macam tu. and kalau depa sakit pun , tak boleh dikira yang dorang tu jahat. apa apa pun, i have a bunch of goods friends. keh keh keh. kawan yang sebenar. yang tak tinggal kau bila tahu kau siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga orang2 yang tahu siapa Shark tidak tergolong dalam golongan bermulut tempayan..ekekekeke

      Delete
  7. untuk coursemate aku , ada 4 orang tahu aku tak straight . seorang lelaki and 3 lagi is perempuan. The reason aku bagitahu dorang pun sebab dorang tersangat la open minded. 3 daripadanya not malay and not muslim pun and lagi sorang is Malay and muslim. haha. at one point, aku tertunggu, bila la semua umat manusia kat muka bumi ni open minded dan boleh terima segalanya. perks of being gay, orang selalu kaitkan dengan HIV and AIDS. tapi tu la, streotype. haha. bangang dan loser pemikiran macam tu. not all ada penyakit macam tu. and kalau depa sakit pun , tak boleh dikira yang dorang tu jahat. apa apa pun, i have a bunch of goods friends. keh keh keh. kawan yang sebenar. yang tak tinggal kau bila tahu kau siapa

    ReplyDelete
  8. Kenal sangat dengan abg sado tu dan 'akak' tu...tak sangka pulak dia orang ada hubungan..hehehe..tapi 'akak' tu memang cantik dan berjaya dalam bussiness dia. Yang tentang Dj tu, dia ada kat Singapura terlibat dalam bidang hiburan...hehehe,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik memang cantik tapi bila buka mulut terus jadi macho. ekekeke. Ntah laa, aku lagi suka cantik semulajadi..bukan cucuk dan makan pil hormon etc....Let's go all natural! sayangi alam sekitar..go green! hahaha

      Delete
  9. Moral of the story jangan tangkap gambar tak senonoh. Sebab, golongan terlebih sensitif mengalahkan perempuan ni, kebiasaannya suka mengexposed kan ex dorang.

    Apapun simpati kat abang sado. Hmm bestnya buat bantal peluk. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah sedap memeluk abang sado jangan pulak gatal tangkap gambar..bukannya aku tak kenal perangai Nov C...suka selfie atas katil..ekekeke

      :kidding:

      Delete
  10. siapa yang malu.. mereka dan keluarga mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku yang tengok pun rasa malu,apatah lagi yang memikul beban kemaluan...errrrr

      :awkward:

      Delete