Thursday, 14 January 2016

BUTA

Dalam entry BLIND DATE yang lepas, ada beberapa reader yang beriya-iya nak tahu kisah dan pengalaman aku ber-blind date. Well memandangkan aku tak suka mengecewakan orang lain, lagipun orang tua dah pesan..tak baik mungkir janji…so untuk kali ini aku nak share sikit kisah dan pengalaman peribadi sepanjang aku berkecimpung dalam aktiviti ber-blind date..eceh!

Untuk pengetahuan korang, tak semua blind date aku boleh di anggap ‘true blind date’. True blind date dekat sini bermaksud masing-masing clueless dengan siapa diaorang bakal bersua muka. Yer laa, aku rasa ada yang tahu..atau mungkin tak tahu pasal pendirian aku. Aku seorang yang agak discreet dan personally aku tak suka share gambar peribadi dekat strangers lagi-lagi dengan mamat PLU yang berminat nak berkenalan dengan aku. Maklum laa, aku tak fotogenik, tak pasal-pasal nanti baru send satu gambar terus kena block…ekekeke.

So biasanya mamat-mamat PLU ni aje laa yang akan open up pasal identity diorang dan send gambar diaorang dekat aku. Tak adil bukan? Jangan salah anggap..aku tak pernah meminta apatah lagi memaksa diaorang berbuat begitu..semua tu atas kerelaan diaorang sendiri. Apa yang diaorang bagi,aku terima aje laa..hehehe. Mujur laa, ada yang memahami pendirian aku dan sanggup ambil risiko ber-blind date…atau mungkin lebih tepat ‘half blind date’ dengan aku …hehe.

Ahh..tak kira laa true, false, full, half, quarter blind date sekali pun…aku tetap nak share pengalaman aku ber-blind date.

#####

Bila diimbas balik..first time aku keluar blind date pada pada tahun 2012. Dan kalau korang nak tahu, blind date aku yang pertama adalah pengalaman pertama aku meet-up dengan PLU di dunia realiti! Perghh..dah laa first time nak jumpa PLU, true blind date pulak tu..bad idea sungguh! haha...Apa yang terjadi? Well, sebenarnya banyak kejadian pelik, kelakar dan seram yang berlaku semasa first blind date/meet-up tu. Nak share sekarang, panjang sangat laa pulak..kalau nak tahu kisah lebih lanjut tunggu entry yang akan datang..hehe

Bila bercakap pasal blind date, dah nama pun blind date..temu janji buta..so macam-macam laa expectation yang timbul sebelum bertentangan mata. Nak yang sempurna dan indah aje…biasa laa, first  impression tu kan penting?hehe.. Tapi orang kata jangan letak harapan terlalu tinggi, kalau jatuh sendiri jugak yang sakit. Well, kebiasannya macam tu laa…apa yang muncul di depan mata aku selalu aje menyimpang jauh lalu terbabas dari imaginasi dan angan-angan…ekeke..contohnya kisah John si CATFISH. Itu baru satu contoh..sebenarnya ada lagi, cuma malas nak taip panjang-panjang…ekekeke. Eleh…dah laa ajak orang blind date..nak demand lebih-lebih pulak. Ntah-ntah mamat yang keluar blind date dengan kau pun sebenarnya geli lagi jijik tengok kau..perasan hot jer laa kau Kamen!

Itu belum masuk soal perangai. Tak dinafikan ada diantara mamat PLU yang ajak aku blind date dengan diaorang memilik rupa paras dan gaya yang cukup menggoda…senang citer menepati taste aku..kalau dapat sure seminggu tak keluar bilik..aumm! hehe..Tapi sayang sekali, muka dan body aje hot..tapi perangai ke laut..ekeke

Aku ingat lagi peristiwa blind date dengan seorang mamat ni. Mamat ni boleh dikatakan physically attractive dan sangat kena dengan taste aku..hehe..tak sangka jugak mamat ni sudi ajak aku blind date..eceh! Kalau dia tahu rupa aku awal-awal, sure kena block on the spot..ekeke. Dipendekkan citer petang tu aku jumpa mamat ni dekat rumah dia. Blind date petang tu berjalan lancar..dan mamat ni pun layan aku dengan cukup mesra. Tapi siapa sangka, disebalik kemesraan tu ada niat tersembunyi. Belum sempat aku habiskan air yang dihidang, tetiba tangan mamat ni menjalar di sekitar paha aku..Gulp! so faham-faham laa yang mamat ni nak..ekeke. Tapi aku buat bodoh aje laa..konon jual mahal. Mungkin tak puas hati dengan layanan dingin dari aku, tetiba mamat ni berdiri lalu menanggalkan seluar betul-betul di hadapan muka aku. Adeh, sah mamat ni tengah gersang!…kalau orang lain dah lama kena terkam..Tapi memandangkan waktu tu aku takde mood..eceh..aku tolak secara baik. Well, mungkin sedar ego mamat ni sudah tercalar dengan budak hingusan macam aku..akibatnya aku dihalau secara halus..haha! Damn! Padan muka kau Kamen.Sejak kejadian tu mamat ni terus block aku dalam kehidupan beliau..ekekeke


Itu laa padahnya..konon nak cari soulmate dalam gay apps, last-last dapat jantan gersang…hahaha. Tapi tak semua blind date aku bertukar kepada ‘sex date’ atau ajakan berbaur seksual. Siapa laa aku, dah laa takde rupa..asyik jual mahal pulak tu…ekekeke. Ada jugak yang ajak aku blind date semata-mata nak cari teman bersembang. Chet! nampak sangat aku gagal menggetarkan nafsu diaorang..ekekeke. Tapi biasa laa..dan nama pun lepak dengan strangers, so macam-macam laa perangai yang enak dan kurang enak terpaksa aku hadapi.

Contohnya, ada seorang mamat ni..rupa boleh tahan tapi mulut..alahai, mengalahkan makcik joyah..keje dia asyik bergosip dan mengumpat PLU lain, bajet dia seorang aje yang perfect. Dah laa tu asyik angkat bakul puji diri sendiri..konon dia laa PLU paling hot…adeh! Ada pulak satu kes lagi, seorang mamat ni tak habis-habis bercerita pasal senarai ex-ex boyfriend dia yang lalu..siap tunjuk gambar lagi. Haih…bajet laku sangat ler tu. Tak pasal-pasal malam tu aku terpaksa jadi pendengar setia semua kisah tragis mamat ni..Ntah betul ker tak, dia sorang jer yang tahu..haha. Aku yang mulanya excited nak mengorat tetiba turn off dengan perangai diaorang..ekekeke

Sejak aku bergiat dalam dunia blind date, aku expect yang aku hanya akan keluar blind date dan bertemu dengan PLU yang ada disekitar aku aje. Tapi, siapa menyangka…well..aku sendiri pun tak sangka ada seorang mamat ni sanggup datang dari jauh semata-mata nak blind date dengan aku…pergh! unsangkarable! Hehe.. Dipendekkan citer aku dan mamat ni sebenarnya dah lama berhubung di alam maya..dan mamat ni pun dah slowly open up pasal diri beliau, sedangkan aku masih bermain tarik tali dan masih selesa stay discreet. Tapi mamat ni teramat laa degil..konon terlalu curious nak korek identiti aku yang sebenarnya. So suatu hari bila mamat ni asyik push aku untuk coming out..aku tetiba jadi geram dan aku cabar mamat ni datang jumpa aku..bukan setakat rupa, dengan perangai aku sekali dia boleh tengok live depan mata!..haha.. Well, mulanya aku just acah-acah aje, tapi tak sangka pulak mamat ni berani sahut cabaran aku..pergh! mau tak terkesima?! Hahaha. So, dipendekkan citer lagi..beberapa bulan selepas itu, mamat ni datang ke tempat aku dan kitaorang bertentang mata buat kali pertama dekat airport..eceh! dah serupa movie LGBT..hahaha. Nak tahu apa yang terjadi selepas itu, nantikan entry yang akan datang..ekekeke

Jujur, aku sangat terharu dengan pengorbanan mamat ni..yer laa, zaman sekarang kan lebih mudah..kalau susah sangat nak meet-up, video call pun dah cukup. Ni tak, aku terpaksa menyusahkan orang lain disebabkan sikap aku yang tertutup ni…haih! Kadang-kadang rasa bersalah jugak. Yer laa, mamat tu pun manusia biasa, sure dia dah expect dan imagine macam-macam pasal aku. Ntah-ntah mamat tu menyesal tak sudah bila dah bertentang mata dengan aku. Selama ni bajet macam prince charming..tapi hakikatnya tak ubah macam Godzilla pakai baju…ekekeke.

Dah banyak kali blind date…takde yang berkenan?

Well..tipu laa kalau aku kata takde langsung yang menarik perhatian aku. Macam aku kata tadi..ada beberapa mamat PLU ni luaran aje nampak menggiurkan, tapi bila masuk bab perangai..mostly tak boleh pakai…fail! Tak pun ajak aku blind date semata-mata nak puaskan nafsu serakah diaorang aje..so memang tak layak laa nak berdampingan dengan aku…eceh! Macam laa diaorang kemaruk nak jadikan kau boyfriend diaorang..berangan aje laa kau Kamen!

Ada pulak luaran nampak biasa-biasa aje..kalau berselisih dekat mana-mana pun sure aku takkan jeling dua tiga kali..chet! bajet hot habis laa kau Kamen! Muntah! Tapi bila dah bertentang mata, dah kenal perangai,hati budi dan lain-lain…baru laa tersedar ada diantara diaorang ni sebenarnya memiliki criteria ‘boyfriend material’ yang dicari-cari..eceh! Aku yang berhati batu, susah nak suka apatah lagi jatuh hati dekat orang, cerewat, suka jual mahal lagi perasan hot ni pun tetiba boleh terjatuh suka…rasa nak berkenalan tetiba membuak-buak macam air yang tengah mendidih..pergh! metafora tak boleh blah…haha. Betul laa kata orang, cinta itu kan buta…kalau tak kenal, maka tak cinta..eceh!

Tapi korang pun tahu..soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kadang-kadang aku aje yang syok sendiri..terhegeh-hegeh suka..konon nak berkenalan..konon nak explore..sedangkan orang-orang yang terpilih tu tak rasa apa pun. Begitu jugak sebaliknya..bila ada yang berkenan dekat aku..errr…ada ker?ekeke… aku pulak jual mahal..konon takde feel..padahal malu-malu kucing sebenarnya..haha! Akhirnya perkenalan yang terjalin, terlerai begitu sahaja..

Haih…complicated sungguh soal hati…macam mana laa korang boleh couple semudah petik jari..sedangkan aku nak cari yang berkenan dihati pun susah nak mati!?


Mystery creates wonder 
and wonder is the basis of man’s desire to understand.

40 comments:

  1. Wahhh banyak pengalaman tp cite sekerat sekerat

    En. Kantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak citer full tunggu entry akan datang..hehe

      Delete
  2. hahaha..dulu aku pernah blind date dgn sorang mamat nih..kenal kt fb..enth camne aku leh kate yes je nk jmpe mamat tu..hahaha..seriusly aku tak tau rupe dia camner..sbb mmg dia pun x bg pic dia kt aku.aku pun x bg pic aku kt dia....one day dia ajk lunch...aku pun say yes...then dia ajak lunch kt foodcourt kt nusajaya jb...aku pun pergi sane..then makanya bertentang mata la kiteorg...orgnye agk berusia dlm 40an mcmtu..dah ada ank 2...agk chubby sikit..hahah..masa mkn duk cite sal bini dia x bg nafkah batin kt dia..sbb bini dia sakit tlg belakng..aku dgr je la..haha..da siap mkn dia ajk lepak kt opis dia..aku da rase seram dah..tp aku tolak dgn baik...padahal aku nk cpt2 blah...pastu dia nk anto aku kt kete aku..sbb aku kate..aku park kete aku jauh...haha.dlm kete dia leh letak tgn dia kt peha aku..aduhh..mati lah...ckp baik2 kt dia nk balik cpt...pastu aku balik..kt fb dia tegur..smpai skrg aku x lyn..hahaha..serammm wei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...setakat ni aku takde lagi pengalaman blind date dengan orang tua...mostly sebaya aku aje..hehe

      Eleh..kalau kena dengan taste TK sure angguk-angguk bila kena raba..haha..kidding

      Delete
  3. kamen kan handsome.. jangan putus asa bro!
    kalau semua orang taknak kau, ngorat la aku.. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana saff leo tahu aku handsome? kita pernah blind date ker? ekekeke

      Sebelum ngorat, jom blind date dengan aku dulu..ada berani? haha

      Delete
    2. Nak nak blind dekat mana? hahaha

      Delete
  4. Kamen...Amir paham perasaan Kamen dimana kalau terjumper PLU tu...die sibuk dengan citer ex die....die sibuk dok kater die yang paling hot...dan yang tak boleh blah siap tunjuk eksen kata yang dier kalau dalam gay apps paling ramai yang add and nak berkenalan dengan die...

    Bagi Amir...what the hell...ko ingat ko sorang jer ker yang paling hot dalam dunia nie...like its so annoying....

    So orang=orang camnie kalo Amir jumper...hi...hi...bye...bye...lah jawabnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amir...macam takde topik lain nak dibincangkan. Kita yang sebesar gajah depan dia buat x nampak, sibuk bercerita pasal diri sendiri dan ex2 dia..adehh.

      :tetiba emo: haha

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong bagi alamat penuh studio hang..senang nak jumpa hang..hehe

      Delete
  6. Tips tuk kamen, sgt mudah tuk dimiliki dn dimiliki, jgn lerr juai mhai sgt, hg pun tau specis kita ego mlangit, berlapang dada, tolak ansur dn sling menerima seadanya. Bak kata ungkapan geng kt kelab, klau hg nk sesuatu, hg kena bagi sesuatu, gift n take lerr tuh,,, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab 'menerima seadanya' tu yang payah sikit...aku suka kat dia,dia pulak tak suka kat aku...aku tak feel kat dia, dia pulak terhegeh2 nak kat aku...nak buat lagu mana Jazzlee?

      ekekeke

      Delete
    2. Takut lak nnti xpsal2 aku jadik bahan blog hg. Pa susah klu orang tuh terhegeh2 @ hg tak mau, tolak jer msuk longkang, biag dia sedag diri hakhak

      Delete
    3. Daripada tolak masuk longkang,baik aku pass kat Jazzlee jer untuk 'diratah'..hahaha

      :kidding:

      Delete
  7. wauuuu...banyak pengalaman blind date....hebatsss... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak sehebat Kid sampai terangkat dan diangkat..haha..gurau!

      Delete
    2. Hamboiiiihhhhh diaaaaaaaa....jom saling mengangkatttttt....

      Delete
    3. Tunggu Kid kurus dulu, bukan setakat angkat,silap2 kena lambung..hahaha

      Delete
  8. Aku xberani nk blind date..pernah skali tu ade sorg mamat ni ajk blind date..aku setuju tp end up aku xdtg n aku trus block..haha..teruknya aku..ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan takut tu normal, tapi percaya laa..blind date ni best sebenarnya..hehehe

      Kalau Kamen ajak Aries blind date jangan tak datang pulak..ekeke

      Delete
    2. Uishhh mana mungkin aries menolak ajakan abam kamen utk blind date

      Delete
  9. Aku rasa saham ko skang tengah tinggi Kamen kat arena blog nie .. better try la utk date melalui blog nie .. mana tau jumpa soul mate .. kannn ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku orang tua baru nk up..takde siapa nak ngorat aku..ekekeke

      Delete
  10. Kita tak seberani abg kamen untuk blind date...hahahaha..yang penting memilih seseorang itu kerana sifat dan peragainya daripada rupa paras..abg kamenkan handsome, nanti adalah yg mengorat tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..apa nak takut? blind date jer pun, bukan nak bagi singa makan..hehehe

      Delete
  11. seronok je baca pengalaman kau pasal blind date...hahaha...aku rasa semua orang ada cerita menarik pasal blind date...nak nak kalo blind date tu berakhir dengan tragedi...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde tragedi, takde laa citer...hehe

      Delete
  12. Tapi korang pun tahu..soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kadang-kadang aku aje yang syok sendiri..terhegeh-hegeh suka..konon nak berkenalan..konon nak explore..sedangkan orang-orang yang terpilih tu tak rasa apa pun.

    THIS ! HAHAHA sebab ni la aku melepas Mr. Crush dulu2 !


    Kamen ni handsome punya. tu pasal ramai tergudaaa ! HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel you bro! hehehe..

      Alaa..diaorang rabun sebenarnya..haha..Kalau nak dibandingkan aku, Mr. Dominic Unknown jauh lagi handsome :wink: :wink:

      Delete
    2. Sudahlahhhh. Everyone knows that you are hotter than me

      Delete
  13. Aku suggest next time kau try blind date blogger pulak. Hahaha. Mesti comfirm padu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah berpunya..aku tak nak jadi pengacau rumah tangga orang..ekekeke

      Delete
    2. Blind date je pun.
      bukan one night stand.

      *cough*

      Delete
    3. hahaha aku suggest kita buat meet up blogger semua...baru blind date meriah...haha...

      Delete
  14. haha kamen,aku tak pernah ada blind date. fuhhh kesian aku ni. blind date pun takda. kalau yg terang terang tu lagi lah takda. hmmm haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk permulaan blind date dengan aku dulu..ekekekeke

      Delete
  15. Hi Kamen, tu lah aku pun somehow prefer blind date walaupun pernah jugak kene catfish dulu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kena tipu tu perkara biasa kalau gatal nak blind date..hehehe

      Delete