Wednesday, 21 December 2016

GOODBYE

Aku baru baca post 'friend zone'..ko perli aku kan? - silent reader

Haihh..aku tak sangka niat aku untuk berkongsi disalah ertikan. Ini bukan first time aku terkena...dah banyak kali orang komplen. Kongsi cerita pun nak sentap, tak kongsi merengek nak entry baru..apa pun tak boleh! Honestly, bila berhadapan situasi sebegini aku tetiba terfikir nak tutup terus blog ni. Yer laa..aku cipta blog ni semata-mata untuk berkongsi kisah dan pendapat peribadi aku..itu sahaja. Tapi bila ada segelintir pihak yang menganggap aku seolah-olah main cakap belakang, mungkin ada baiknya aku mengundur diri demi memuaskan hati pihak yang telibat...walaupun sebenarnya aku sangat berat hati meninggalkan blog aku yang satu ni..apatah lagi meninggalkan korang semua..huhuhu

Well...keputusan dah muktamad. Ini mungkin entry aku yang terakhir................untuk tahun ini. Maklum laa tak lama lagi nak masuk tahun baru 2017! ekekekekeke...Chet! tajuk nak gempak, intro nak suspen...acah-acah nak merajuk..dasar orang tua attention seeker! Well..apa korang ingat PewDiePie sorang jer kaki troll? ekekeke

Pasal spesis yang kuat sentap tu, aku minta maaf banyak-banyak kalau ada diantara hasil penulisan aku dalam blog ni mengguris perasaan korang...takde niat pun..niat aku satu jer, nak berkongsi...selain mencari cinta sejati...errrr! kantoi! muahahahaha. Korang nak cakap aku perli korang, korang nak sentap..nak terasa..perasaan korang diluar kawalan aku..so pandai-pandai laa korang pujuk diri sendiri. Aku takkan mampu puaskan hati semua pihak. Aku disini sekadar meluahkan isi hati dan buah fikiran. Walau apa pun yang terjadi, takde siapa pun yang mampu menggugat niat aku untuk terus menulis dan berkongsi, melainkan line internet kena potong sebab tak bayar bil...hehehe.

Tapi kalau aku ambil keputusan mengundur diri dari dunia blog ni, rasanya ada tak yang buat petisyen, tak pun mogok lapar..merayu minta aku jangan berhenti menulis...ekekekeke. Berangan jer laa ko Kamen! Silap-silap jadi macam MAMAT...konon nak pencen, tup-tup muncul balik...ekekekeke..Hi Mamat!!!

Bercakap pasal tahun baru, tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. So apa yang terjadi dalam hidup Kamen Shinobi sepanjang tahun 2016? Well..kalau diimbas balik, tak banyak pun yang berubah. Sejujurnya tahun 2016 aku anggap sebagai tahun air mata..erkkk..dah tua  bangka pun masih nak merengek. Well..untuk pengetahuan, Kamen Shinobi ni luaran jer nampak ganas, tapi jiwanya sangat sensitif...eceh! tak boleh blah.. Aku sendiri tak menyangka tahun 2016 ni aku banyak menitiskan air mata jantan, mostly berpunca daripada isu peribadi dan masalah-masalah duniawi yang tidak dapat dielakkan..tapi syukur laa, setakat ni semuanya masih lagi terkawal. Well...manusia mana yang tak lepas dari masalah?


Tu belum masuk bab azam yang dah lama aku simpan, tapi sampai sekarang belum tercapai lagi. Kadang-kadang tu bila tengok hidup orang lain bahagia, senang lenang, hidup seolah tiada masalah..sedangkan aku dekat sini masih terkial-kial berhadapan dengan macam-macam cabaran hidup..mula laa rasa cemburu tak bertempat, rasa down, insecure, rasa nak give up etc..sedar tak sedar air mata jantan mengalir..huhuhu. Ntah laa, mungkin Tuhan ada surprise untuk aku kut..siapa tahu? hehehe...Chet! sendiri merajuk, sendiri pujuk. Maklum laa..aku still single lagi, siapa laa yang sudi nak pujuk?...ekekekeke

Apapun, buat korang yang berjaya mengharungi tahun 2016 dengan senyuman..aku ucapkan tahniah. Dan buat korang yang kurang bernasib baik tu..tak kira laa tengah menghadapi musibah, azam tahun ni tidak kesampaian, gaduh besar dengan bf, putus cinta etc..anggap laa ujian dan dugaan tu hadir untuk mematangkan diri. Semoga tahun baru 2017 yang bakal tiba tak lama lagi akan membawa sinar kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita semua.

When the world says GIVE UP,
Hope whispers..TRY IT ONE MORE TIME.

29 comments:

  1. 2016 tahun yg paling banyak membuatkan fath mengalirkan air mata jantan. gituhhhhhh haha. sensitip sangat. semoga 2017 lebih membawa makna kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang nangis, dia pun nak nangis jugak..siapa nak pujuk kalau dua2 nangis? ekekekeke

      Delete
  2. Biasalah tulah abang Kamen, tak semua dapat menerima apa yang kita nak sampaikan. Kena jaga hati banyak pihak..hehehe..tak yah nak tutup blog k..mmmaahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat orang lain yang sentap, tak berbaloi rasanya dijadikan alasan utk tinggalkan korang semua..eceh!

      Delete
  3. Biaserlah PLU Kamen...kalo tak sentap tak sah...Hati Bak tisu katakan....kikiki...koser nak sentap-sentap nier...very the bottom forever punyer sifat...;-P

    Whateverpun selamat menyabut tahun baru buat Kamen...moga-moga ader yang melekat dihati tahun depan nanti k...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah ini bermakna Amir seorang 'atasan'? ekekekekeke

      Delete
    2. Elehhhh Amir tue .. jangan percaya sangat Kamen. HAhahaha.

      Delete
    3. Nu'man..jangan pandang Amir sebelah mata..ke nak suruh Amir buktikan baru ko nak percaya? hahahaha... :larikkkk:

      Delete
  4. ceh, Kamen sampai hati memainkan perasaan seketul Talhah, ingatkam betul2 forever goodbye, drama je lebih kan, nasib baik air mata jantan ni x mengalir hehe :p

    Well, biasalah Kamen, kalau dlm hidup tak da masalah, bukan hidup namanya, ye dok?

    and semoga tahun 2017 lebih baik untuk Kamen dan kita semua. Ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well..suatu masa nanti pasti aku 'pergi' jua dari dunia maya ni..hehehe. Rasanya masa tu bukan setakat air mata jantan, air2 lain semua keluar...hahahahaha

      Delete
  5. Tah kamen..poyo je..lempang nak? Haha

    ReplyDelete
  6. macam kenal kata kata tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah sape laa tu, curious pulak nak tahu laki ke perempuan...kuat sangat sentap...huhuhu

      Delete
    2. alolololor gurau je menmen. tak mau shenshitip keyh ��

      Delete
  7. salam...

    ada pulak yang memetik nama Mamat..honestly, Mamat x'terkene' pon..haha..coz I know Kamen Rider bknnya so 'shallow' nk tutup blog sebab komen2 netizen..wah..netizen sgt...

    Anyway, 2016 ni as always, bitterswit la bg seorang Mamat..dtp baby baru...dapat kete baru. gaji baru,,blog baru..dapat luka baru...dosa baru..erk..mcm astro la..Macam2 ada la..apepon Mamat sentiasa bersyukur atas semua Nimkat yang DIA berikan...Alhamdulillah..mujur ada pamoga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh warna warni kehidupan seorang Mamat.

      Anyways, congrats dapat baby baru..subur jugak ko yer...hehehe

      Delete
    2. gile x subur..anak dah 4 oi..

      Delete
  8. Replies
    1. Shin cari port kosong...tak nak tempat yang crowded sangat..rimas! ekekekeke

      Delete
  9. Ciss baru je nak murung abam kamen nak pencen. Haha. Anyway, kalau stress aku suka pegi tempat yang ada view luas takpun tengok awan. Tenteram je rasa. Selain tengok wajah tersayang. Eh. Parents maksud aku :*

    Selamat tahun baru abam kamen, moga cintamu tiba di tahun baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kalau stress suka makan...so tak hairan laa kenapa pipi dan perut sentiasa bulat....hahahaha. Well..menatap wajah kesayangan yang kacak memang boleh hilang stress, tapi kalau tak kacak silap2 terus jadi gila...ekekekeke..kidding!

      Thanks Nov..semoga permintaanmu menjadi kenyataan.

      Delete
  10. Selamat tahun baru kamen..ak xde azam dah...sume ak dh buang..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dan meningkat usia ni, rasanya ramai yang lebih suka hidup 'go with flow' instead pasang cita2 dan azam...mungkin dah selesa dengan kehidupan sekarang kut. hehehe..

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berkenalan pun jangan laa main ugut2..ekekeke..kidding!

      Err..tu nombor telefon ke nombor ic? hahaha..Well,nanti ada laa yang text tu, tapi yang pasti bukan aku...hehehe

      Nak tanya/kenal/ngorat boleh email atau Hangouts kat likevandyke@gmail.com

      Delete
    2. Hahaha. Mana ada ugut punn. Delete la komen aku tu kamen! Aku tk reti haha. Sorryyy tkthu cmne nk contact kau cmner dh. So trus publish komen. InsyaAllah nnt aku emel.. thanks in advance!

      Delete
  12. sile update entri baru..kite dah rindu...HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permintaan Mamat segera ditunaikan...ching!

      ekekekeke

      Delete