Wednesday, 22 March 2017

HUSBAND AND HUSBAND

Reader : Apa pendapat kau pasal gay marriage?
Aku : Hurm..tak perlu kut

Eleh..jawapan coverline! Baru tengok video gay proposal dalam Youtube pun air mata, air hidung semua meleleh keluar...kalau ada yang datang melutut hulur cincin, silap-silap menangis 2 hari straight! Maklum laa, mau tak terharu tahap gaban, seburuk-buruk aku pun..ada jugak yang sudi nak jadikan teman hidup....ekekeke. Cakap pasal gay marriage ni, tetiba teringat kes pelajar Malaysia yang dikatakan berkahwin dengan jantan mat salleh kat oversea beberapa tahun lalu, buat majlis siap pakai baju melayu lagi...pergh! memang berani mati! Aku nak mengaku gay pun rasa cuak semacam...apatah lagi sampai nak buat majlis declare husband-husband ni depan khalayak umum...huhu. Tapi kes tu panas sekejap je, lepas tu terus senyap. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan mamat tu sekarang.

Isu perkahwinan sejenis ni bukannya baru. Mengikut carian ringkas yang aku jalankan.. Belanda negara pertama yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada tahun 2001. Lepas tu baru laa negara-negara lain ikut jejak Belanda. Setakat ni negara barat je laa yang bagi chance dekat kaum LGBT berkahwin secara sah. Haihh..apa laa nasib kaum LGBT dekat nusantara ni, nak kahwin lari dekat sempadan siam pun tak lepas rasanya...ekekeke. Dan tak lama lagi, berkemungkinan besar Taiwan bakal menjadi negara pertama dalam benua Asia yang menghalalkan perkahwinan sejenis. So kalau korang ada keinginan nak berkahwin, tapi tak nak lari jauh..mungkin korang boleh pilih Taiwan sebagai destinasi perkahwinan korang...hehe



Setahu aku, biasanya lelaki gay yang percaya pada konsep monogamy je yang ada keinginan untuk berkahwin ni. Well..hidup sama-sama, duduk satu rumah, bina rumah tangga etc..sama macam husband and wife...tapi dalam terma LGBT disebut 'husband and husband'..sampai ada yang ambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga. Yer laa, mengawan hari-hari pun takkan mampu nak beranak...perut boroi pun sebab terlebih lemak. Well, orang kata pasangan boroi petanda bahagia..hehe. Tapi kalau aku, tak perlu laa sampai ambil anak angkat ni semua...bela kucing seekor dua pun dah cukup..fokus sepenuhnya dekat husband tercinta..aumm! Kesian anak tu keliru nak bezakan mana mak...mana bapak..sebab dua-dua muka penuh bulu. Lagipun aku tak reti nak jaga budak kecik..ekekeke

Well, tak ramai lelaki gay yang ada cita-cita macam ni...mostly pasang cita-cita nak jadi hamba sex sampai mati..sebab pada mereka, istilah 'gay love' tu tak wujud. Kalau ada pun yang bercinta..relationship tu takkan ke mana, apatah lagi sampai nak berkahwin. Pada mereka, yang ada dalam dunia PLU ni hanya laa nafsu dan sex semata..huhu

Gay marriage ni lebih kurang je dengan straight marriage. Mostly orang berkahwin sebab perasaan cinta dekat pasangan bukan? Well, nak settle down, nak tua sama-sama etc. Maklum laa, umur dah banyak..sampai bila nak berpoya-poya..bertukar-tukar sex partner macam tukar baju? So kalau dah berkahwin, masa depan pun lebih terjamin. Lagipun, bila perkahwinan tu dah sah disisi undang-undang, so senang laa nak wasiatkan harta, takpun nak buat apa-apa tuntutan in-case sesuatu terjadi dalam masa perkahwinan tu..misalnya berlaku perceraian atau kematian. Takde laa nanti ditinggalkan sehelai sepinggang. Kira bertuah laa kalau dapat husband kaya raya...walaupun kena talak tak pun bercerai mati..kurang-kurang dapat claim banglo sebijik...peh!

Aku sebenarnya agak neutral bila berbicara soal same-sex marriage..nak sokong pun tidak, nak bangkang pun tidak. Mungkin aku agak bias, well...sebab aku sendiri seorang gay..hehe. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lebih positif, bila ada pasangan gay ni yang berkahwin..sekurang-kurangnya dapat laa buka mata orang luar sana especially yang skeptikal dengan konsep 'gay love'. Bukan semua lelaki gay itu gila sex...pantang nampak jantan, semua nak try. Ada jugak yang kenal erti cinta, setia etc..ada yang serius nak settel down macam pasangan straight...cuma bezanya tak mampu ber-reproduksi..itu je...hehe

Pada aku berkahwin atau tidak, sama je sebenarnya. Kasih sayang dan kesetiaan tu lagi penting dari status..eceh! Tipu laa, kalau aku langsung takde keinginan nak settle down dengan partner aku. Aku melihat perkahwinan itu sebagai suatu simbol komitmen untuk hidup bersama, setia dan saling menjaga antara satu sama lain..kalau boleh sampai ke akhir hayat. Aku pernah jugak berangan nak merasa kena propose, nak buat majlis perkahwinan atas kapal cruise, jemput semua saudara mara..kawan rapat sama-sama raikan hari bahagia kitaorang. Honeymoon keliling Europe. Dah puas honeymoon, back to normal life, harungi hidup bersama dengan husband tercinta..sama macam pasangan lain. Alahai..indahnya!

Tapi semua tu cuma angan-angan kosong je..mana mungkin Malaysia menghalalkan perkahwinan sejenis. Pakai status 'In-relationship' je laa sampai clash..tu pun kalau ada yang sangkut..huhu. Ahh! susah-susah sangat, baik pindah oversea..kahwin dengan mat salleh. Tak kisah laa dapat yang tua ganyut pun, janji banyak harta.. Erkkk..materalistik sungguh! Teruk betul perangai kau Kamen!

So, apa pendapat korang pasal same-sex marriage ni? Yay or nay?


Marriage is a mutual commitment to love 
without condition or expiration date.


17 comments:

  1. I don't believe in gay marriage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong atau bangkang, tu pendapat masing-masing. Cuma mungkin lebih afdal jika pendapat disertakan hujah..hehe

      Delete
    2. Well then you can fuck off!

      Delete
  2. Replies
    1. Pening memikirkan makna disebalik perkataan tu..apa yang terbatas tu cik Mieza S?

      ekekekeke

      Delete
  3. erm..bergantung kepada tahap penerimaan individu dan tujuan kita didalam dunia plu ini..tapi susah gila nak cari yang mahu serius ke tahap ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang payah nak jumpa, kalau ada pun dah selamat disambar jejaka bertuah..yg tinggal cuma jantan kemaruk sex manjang..huhu

      Delete
  4. Pada aku la kan..
    Hmmm. Dalam culture Malaysia ni LGBT memang tetap dipandang hina. Dah termaktub dalam hukum alam gamaknya. So kalau same sex marriage ni sah-sah la masyarakat akan kecam no matter what. Kalau nak teruskan jugak boleh je. Just keep it low. Ko kahwin la senyap-senyap noks. Haaa giteww. Tapi dalam tak kahwin pun dah mengalahkan laki bini yang sah so rasanya tak payah la nak kahwin-kahwin ni. Just stay under one roof together and live happily together. Haa like that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum kahwin pun dah berani buat macam-macam, apatah lagi lepas dah kahwin..tak tahu laa apa jadi..hahaha

      Delete
  5. Kalau hensem, pasang body gi cari mat salleh. dapat ler kawin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau hensem..kalau tak hensem, nak pasang apa? bangla pun tak teringin..ekekeke

      Delete
  6. nak sokong atau nak bangkang sebab hati ni tetap nak sokong khawin sejenis ni sebab ya lah ,,, hati manusia ini lain-lain ... kalau dah kearah gay tu tak boleh nak kata apa ... aku ni duk leleh air mata tengok video proposal khawin sejenis ni dekat youtube ... sama gak kalau tengok video coming out dekat youtube ... yang paling leleh air mata .. Connor Franta .. The Rhoders Bros ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata selena gomez..the heart wants what it wants..Nak denial tipu satu dunia memang boleh, tapi nak tipu hati sendiri...tak mungkin..tetap nak kawin dengan laki jugak..huhu

      Dah jangan nangis, buruk hingus tu meleleh.. nak tisu?

      Delete
    2. hahaha ... nak tisu ... hahaha ...

      Delete