Wednesday, 28 February 2018

I'M SORRY

"Jom temankan ibu pegi kenduri kahwin"

Suara ibu mengejutkan aku yang hampir terlena di atas sofa. Tanpa banyak soal, aku terus bersiap untuk temankan ibu. Ntah siapa pulak yang kahwin kali ni. Ahh..lantak la..yang penting dapat makan nasi kenduri.

Setibanya ditempat yang dituju, aku lihat ramai tetamu yang bertandang..maklum la, majlis keraian. Sepanjang aku berada disitu, mataku liar mencari sosok yang mungkin aku kenali..namun hampa. Sedangkan ibu hilang ntah ke mana, jumpa keluarga mempelai barangkali. Sudahnya aku ditinggalkan bersendirian tanpa teman.

Tak banyak yang aku dapat lakukan di situ selain memerhatikan gerak geri tetamu yang datang dan pergi. Nak ajak orang bersembang..siapa pun aku tak kenal..terasa seperti berada di tanah asing. Namun, disebalik keriuhan itu aku tiba-tiba tersentak. Apa yang aku temui benar-benar buat aku tergamam seketika.

"Apa dia buat dekat sini?"..getus hatiku

Detik hitam yang berlaku penghujung tahun lepas kembali mengusik jiwa. Perasaan sedih yang cuba untuk aku lupakan kembali berulang, terasa seperti luka yang hampir sembuh berdarah kembali.

Dia...insan yang pernah menceriakan hari-hariku dan menghilang begitu sahaja, secara tiba-tiba muncul semula di depan mataku. Masih tersisa perasaan marah bila terkenangkan aku di perlakukan seperti tiada berperasaan. Tapi disebaliknya terselit juga perasaan rindu.

Aku hanya memerhatikan si dia dari jauh...cukup la sekadar melepas kerinduan. Mana mungkin aku nak menyapa bila mengingat kembali detik hitam lalu. Aku tidak mahu terhegeh-hegeh. Ahh..kisah lepas biarkan la berlalu..

Tanpa diduga si dia memalingkan muka ke arahku. Aku dan dia bertentangan mata setelah sekian lama tidak bertemu. Aku tersentak dan terus berpaling..seolah langsung tidak mengenali.

Handphone di tanganku tiba-tiba bergetar..petanda ada mesej masuk..

"Jumpa kat tempat biasa. Now" - si dia

"Baru nak mesej?"..jawab hatiku penuh sinis.

Sudah terlalu lama aku ingin bersua muka dengan si dia. Bukan untuk merayu si dia kembali..itu bukan sifat aku. Dia pergi tanpa aku ketahui di mana kurangnya hubungan yang sudah terjalin rapi. Mungkin dengan pertemuan kali ini dapat la redakan sikit jiwa yang dah lama bergelora dan keliru tercari-cari punca sebenar perpisahan.

Tanpa banyak berlengah aku terus menuju ke tempat di mana aku dan dia selalu bertemu. Di suatu kawasan berbukit berlatarkan pemandangan pekan kecil..sangat indah. Di situ la aku dan dia menyemai perasaan dan berjanji untuk saling setia dan menjaga hubungan yang dibina..tetapi akhirnya dimungkiri.

Tidak lama kemudian, si dia muncul. Dia berdiri kaku di hadapanku..matanya berkaca. Aku memerhatikan si dia...tanpa sekelumit perasaan. Jiwa aku kosong. Aku hanya mahukan penjelasan. Tiba-tiba si dia menerpa dan memeluk aku dengan sangat erat. Aku terdiam seperti patung tak bernyawa. Aku tidak mahu membalas pelukan si dia..jelas aku masih terluka.

"I'm sorry...I'm sorry...I'm sorry...." 

Si dia meratap semaunya diatas bahuku, sambil bibirnya mengucapkan kata maaf tanpa henti. Aku sedikit pun tidak terkesan apatah lagi simpati..hati aku dah lama beku.

Aku : baru sekarang kau nak minta maaf?
Dia : I'm sorry

Si dia mengangkat muka lalu menatap tepat ke mataku. Wajahnya dibasahi air mata. Si dia memulakan bicara menjelaskan apa yang terjadi. Aku melihat bibirnya terkumat-kamit, namun tidak bersuara. Setiap kata yang terucap hilang bak angin lalu. Tiada satu pun yang singgah di deria pendengaranku...kecuali..

Dia : Can we start over again?

Aku tertunduk lantas berpaling menjauhi si dia. Tiada jawapan yang aku beri. Aku buntu.

Aku berdiri di tebing bukit sambil tersenyum menikmati pemandangan petang yang sangat indah...seolah tiada apa yang terjadi.

Keesokan hari..

Pagi tu aku menemani ibu ke pasar raya membeli barang keperluan dapur. Jiwaku sudah semakin tenang bila si dia muncul kembali dalam hidup aku. Tapi fikiranku masih melayang mengenangkan permintaan si dia..memilih untuk berdamai dan memulakan episod baru atau sekadar berkawan biasa.

Aku menghidupkan handphone yang berada di tanganku untuk menghantar mesej ucapan selamat pagi kepada si dia. Terasa sedikit janggal bila ingin memulakan kembali rutin harian yang sudah lama aku tinggalkan. Namun niatku terhenti. Ego mula menguasai diri..

"Jangan! kalau betul dia nak aku, mesti dia cari aku...macam waktu dulu"..bisik hatiku

Lantas aku mematikan handphone dan memasukkannya semula ke dalam poket seluar. Sengaja aku lakukan begitu demi menguji kesungguhan dan keikhlasan si dia.

Tiba-tiba..

Aku terjaga dari lena..dan akhirnya tersedar yang semua itu hanya la mimpi....ekekekeke.


*****

Teruk betul putus cinta sampai terlajak dalam mimpi..huhu. Bukan sekali ni je, dah berkali-kali dia menyelit dalam mimpi aku...damn! 

Orang cakap mimpi cuma mainan tidur. Tapi menurut pakar, mimpi adalah aktiviti separa sedar yang berlaku di dalam otak dan berpunca dari apa yang kita lihat dan rasa secara fizikal atau emosi dalam dunia nyata. Ada juga yang percaya mimpi adalah 'luahan' separa sedar tentang perkara yang tidak tertunai di dunia realiti. Dah macam blog sains pulak...ekekeke.

Dah cukup cerita mimpi. Hari pun dah larut malam, aku nak masuk tido. Harap dapat mimpi basah..erkkkk

Pleasure may come from illusion,
but happiness can come only of reality

Dia : I mimpikan you semalam..
Aku : Ha? mimpi apa?
Dia : Ada dua orang cuba rampas you dari I. You lepaskan tangan I dan you ikut dua orang tu.. :(

10 comments:

  1. dah agak dah mesti mimpi tapi sebab sayang kat abang kamen baca juga sampai habis. Biasalah tu bang sebab sebelum ni dah ada rutin dengan dia dan tiba-tiba rutin tu terhenti maka tu yang muncul dalam mimpi. Nanti lama-lama ia akan ok. Xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sweetnya..ni yang makin sayang ni..hehe.

      Delete
  2. ala naper x mimpi basah hahaha.. hmmm lama x rasa manis becinta #cewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak citer mimpi basah dm tepi..ekekeke. Nakal Shin ni...babab kang

      Delete
  3. hai kamen,reader baru disini.. baru tahu kewujudan kamen. peh,satu malam bc post2 awal ke hujung tahun lepas.. anyway, welcoming me please.😲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi 8kry! terima kasih sudi singgah dan baca..banyak masa terluang ke tu? hehe

      Delete
  4. Replies
    1. "Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan sama ada yang single atau yang tengah bercinta"...ekekeke

      Delete
  5. No sorry for u. Ekeke forget me alrdy?

    -Effendi

    ReplyDelete
    Replies
    1. How can I forget..U yang cuba goda I kat cafe aritu kan? :tiba:

      Hahaha

      Delete