Thursday, 2 August 2018

STRANGER

Harini genap setahun aku mengenali si dia..well, my ex. Mula-mula bertegur sapa dalam gay apps, tak sampai sehari kami exchange phone number dan sambung pulak chatting kat whatsapp. Keesokkannya kami bertentang mata...

Aku masih ingat warna baju yang si dia pakai waktu kali pertama kami bertemu. Tempat di mana kami lepak, apa yang kami jamah, apa yang kami bualkan...semuanya masih segar dalam ingatan aku. Dari situ la perjalanan indah aku dan si dia bermula. Tapi apakan daya, perjalanan tu hanya mampu bertahan sekejap je...

Dan untuk kesekian kali, aku baca balik conversation whatsapp lama aku dan si dia. Baru beberapa baris aku dah gagal kawal emosi...akhirnya air mata aku melimpah lagi. Haihh..nampak sangat aku masih belum totally moved on. Semua conversation dan gambar-gambar lama si dia masih disimpan rapi...tiada satu pun yang aku delete. Tak mungkin aku lupuskan kenangan si dia yang pernah hadir dalam hidup aku...


Life is weird. You can go from being strangers, 
to being friends, to being more than friends, 
to being practically strangers again.

Maaf la, post kali ni lembik sikit..sekadar meluahkan rasa.

4 comments:

  1. I feel you. Kita dalam kasut yang sama. Jenama Dunlop. T_T

    ReplyDelete
  2. people come & go. that's harsh reality that need to be accepted. i do feel you.

    ReplyDelete
  3. I definitely feel you too, had quite recent same experience. But I have to delete the photos and chat msgs in order to move on despite hard to forget him. Still miss him so much.

    ReplyDelete
  4. Apa ditunjuk padi seberang,
    Entahkan jadi entah tidak;
    Apa dirajuk padanya orang,
    Entah peduli entah tidak.

    Yang dah pergi tu, tak yah la dimimpi lagi, kawan2 ramai lg yg menghargai ko encik Kamen ��

    ReplyDelete