Friday 26 October 2018

4th

Aku rasa macam nak hentak kepala sendiri kat dinding. Kenapa teruk sangat ni Kamen? Blogiversary sendiri pun lupa! Actually aku takde masalah sangat pun nak ingat tarikh-tarikh penting ni, contoh birthday orang etc...well, agak la..ekekeke. Tapi blogiversary sendiri aku FAIL nak ingat! Aku confident giler blogiversary aku jatuh pada bulan October, walhal first entry dalam blog ni aku post bulan September. Dan yang lagi kelakar, bulan lalu aku ada post satu entry beberapa hari selepas tarikh blogiversary.........tanpa sedar! Haihh..nampak sangat aku semakin tua...errrrr...bukan dah tua ke? ekekeke

Well..tak sedar blog ni dah berusia 4 tahun. Kalau ada anak, tahun depan dah boleh apply taska. Eleh..berangan je la kau Kamen nak ada anak, sibuk mencari jantan macam mana nak beranak? ekekeke. Aku tak pasti ada lagi ke orang baca blog di zaman media sosial ni? Ye la, rasanya kalau nak berkongsi maklumat atau meluahkan perasaan...media sosial la tempat yang paling afdal, mudah tak payah fikir sangat nak karang ayat panjang-panjang macam kat blog...audience pun ramai. Tapi secara peribadi aku lagi suka post entry kat blog, rasa lebih intim dan lebih personal, well..macam diary, tapi terbuka. Kalau nak dibandingkan meroyan dalam media sosial rasa macam melepaskan kentut je. 

Cuma sekarang ni, korang pun boleh nampak dan rasanya sedar, blogger plu ramai yang dah bersara. Blog BBNU pun jarang nak ada, ruang komen semakin sepi..dah tak meriah macam dua tiga tahun lepas. Jujurnya, kadang-kadang tu ada la rasa sedih dan rindu masa lalu..rasa macam hilang kawan pun ada..huhu. Takpe la, zaman dah berubah. Mungkin blogging ni dah outdated kut, dan tak relevan sangat di zaman media sosial ni...dan ada kemungkinan suatu hari nanti Kamen Shinobi pun akan ikut jejak rakan-rakan blogger yang dah bersara. Bila? ntah la...tapi rasanya belum lagi kut. Saja je bagi korang sedih. Eleh, macam la ada yang kisah...huhu

Kalau diimbas semula perjalanan blog ni sejak 4 tahun lepas, aku sedar banyak perubahan yang berlaku..terutamanya gaya penulisan dan flow setiap entry yang aku post. Masa mula-mula dulu, gaya penulisan aku agak kaku, story flow huru hara.. Tak percaya? cuba baca balik entry masa awal-awal blog ni wujud...aku sendiri tergelak...ayat cam gampang! aku malu!...HAHAHA! Biasa la noob..tapi sedikit demi sedikit aku mengalami evolusi dan semua tu berubah mengikut waktu dan keadaan. Well, perubahan tu terjadi atas beberapa faktor, salah satunya sebab aku banyak membaca blog plu lain dan diambil sebagai rujukan. Ada la beberapa blogger yang inspire aku..contoh macam pakcik abang Nu'man Qatadah...aku suka style penulisan beliau yang bersahaja, walaupun macam pakcik bawang sedikit..ekekeke.. tapi penuh dengan ayat-ayat yang bombastik...story flow pun kemas..(bangga la tu kena puji) . Lagi sorang..Bulan Crescent yang selalu post entry pendek dan simple dengan style penulisan yang sangat mudah difahami dan dihadam. Well..itu antaranya la..ramai lagi sebenarnya. Each blogger yang aku follow inspire my blog content dan affect cara aku menulis. Dan rasanya aku dah 'jumpa' kut style yang aku cari selama ni..lebih casual, tak skema macam nerd sangat..yeke? atau aku syok sendiri? ekekeke. Cuma aku tak mampu la nak bermadah apatah lagi nak selit fakta atau hadis macam orang lain..hehe

Dah cukup la merepek sampai takat ni dulu..panjang-panjang pun bukan ada orang nak baca..huhuhu. Terima kasih banyak-banyak yang dari dulu sampai sekarang masih setia follow blog hambarudin ni. Ada yang bermula dari sekadar berkenalan di alam maya sampai la jadi kenalan di dunia nyata. Yang baru terjumpa blog ni...welcome! Yang berani contact aku secara personal tu..beware...ekekeke. Yang dah lost contact tu..jangan la sombong sangat. Cuma sayang, tak jumpa jodoh kat blog ni lagi..4 tahun berlalu satu apa pun takde...menyedihkan! Blogiversary last year aku buat statement bongkak pada jejaka-jejaka yang nak masuk meminang..tahun ni aku dah insaf. So pada jejaka yang nak melamar tu, masuk la melamar dengan kadar segera..Aku single and available, bukan hak sesiapa dah...ekekekeke

If everything was perfect, 
you would never learn and you would never grow

18 comments:

  1. Blog ni tercipta setahun sebelum “kita” kenal.

    -effendi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 4 tahun blog ni bernyawa, bila nak munculkan diri? Hentikan berselindung disebalik nama Anon itu..

      ekekeke

      Delete
  2. Dont go kamen...dont go, we still need you.. ha3, sedih la,sbb secara xlangsung kite dpt luahkan perasaan di blog. Bukan xnak org baca dan bukan juga nk org tahu. Tp lebih kepada leganya dpt luahkan rasa yg terpendam dlm diri kan.. kite org baru yg follow kamen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak luahkan perasaan cinta kepada saya?

      EH!

      hahaha

      Delete
  3. Selamat ulang tahun blog abang kamen..muah...xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Carl Dani masih setia follow blog ni..hehe

      Delete
  4. selamat berblogsari!
    aku pun tengah tulis blogiversary yang ke5.
    nanti rajin baca lah eh awak yang comel kiut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Gibb...pehh, awak tua dari saya ke? Patut la saya comel...hahaha

      Delete
  5. Thanks for mentioning my name .. :p
    Dah lama x ke sini ..

    Nu'man

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi apa malam tadi tiba2 abang long kawasan muncul ni?!!! Nu'man...miss you a lot!!! Hentikan la buat perangai anuar zain tu, muncul sekali sekala je..hahaha

      Delete
  6. Dont stop there... saya baru ja minat tgk blog2 plu nih...chill from kch...finally jumpa something yg boleh feel n relate wat i've been through this phase of my life lately...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Miller Oath! Belum masanya untuk berhenti...tak puas rasanya meluahkan perasaan..walaupun dunia blog plu semakin hambar. BTW..let's be friend!

      Delete
  7. HI Kamen, selamat ulangtahun blog... saya pembaca baru blog anda... tapi meski baru saya dah jelajah hampir kesemua catitan kisah hidup anda.. ada samting yang menarik yang membuat saya terus melekat kat blog anda.... terus menulis ok.. jangan berhenti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi MM...terima kasih for the wish. Tu baru baru blog yang menarik, belum orang dia lagi..sure takkan menolak..errrr...ekekekek..Kidding! Welcome to my world ;)

      Delete
  8. Blog dah makin ditelan arus zaman.
    But tanpa dunia blog aku takkan kenal ko dan blogger lain. So in cased nak blah tolong la tolong emel aku yer. Tak nak ah lost contact

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email? Tahun bila pakai email ni? Twitter or IG takde? ekekekke..Kidding..

      Takkan blah..Kita tengok siapa yang blah dulu..hehehe

      Delete
  9. Tahniah dah lama rupanya eh blog ni. 😊

    ReplyDelete