Sunday 19 April 2015

CATFISH:REALITY..PART 3

Sambungan entry CATFISH:REALITY..PART 2

.............


John : (Menguap) Kamen...ko tido sebelah aku yer?
Aku : (Gulp!...tido sekatil dengan plu?tak boleh jadi!) Aaah...tak nak aku! aku tido bawah jer..
John : Mengada laa..tido je laa sini..katil ni luas. Jangan risau..hihi
Aku : umm..emm..err...ok...haih~
John : Meh sini..baring sebelah aku (tepuk-tepuk bantal)

Walaupun keletihan,tapi malam tu aku tak mampu terlelap sedangkan John dah terlebih dahulu lena diulit mimpi..siap berdengkur lagi..rasa nak sepak jer..hahaha..Nak buat macam mana,orang comel dan berdengkur berpisah tiada..Aku jenis susah nak lelap kalau ada bunyi bising..tapi ntah macam mana akhirnya aku terlena disisi John.

Sedang lena dibuai mimpi tetiba aku rasa ada sesuatu yang menghempap dan mencengkam badan aku. Aku terjaga tapi masih dalam keadaan mamai..waktu tu aku baring dalam posisi mengiring, membelakangi John.."Apa tu?bantal?"..bisik hatiku. Nak tahu apa? Bukan bantal..bukan jin..tapi rupa-rupanya John tanpa rasa segan dan silu dah peluk aku dari belakang waktu aku tengah tido..kiranya masa tu kitaorang tengah spooning atas katil...erkkk? Arghhh..ini bukan mimpi!
 
Bayangkan......ekekeke
Sweet dan romatik kan? mesti korang cemburu sambil gigit jari kaki..hahaha. Nasib baik ler bilik hotel tu pakai aircond,John dan aku masih lengkap berbaju dan berseluar..kalau tak B2B ler jawabnya..hahaha. Nampak tak permainan John? Dia plan semua ni semata-mata nak spend masa berdua-duaan dengan aku..aumm!

Best tak spooning? Tipu kalau aku cakap tak best. Memula tu memang rasa awkward,tapi lama kelamaan perasaan tu bertukar jadi 'boleh tahan'..maklum laa first timer..hehehe..ditambah pulak dengan fizikal John yang sedikit berisi...so bila kena peluk tu rasa macam ada teddy bear gergasi yang empuk dan gebu menepek dekat belakang aku..heaven,nikmat tak terkata..hahaha

Aku biarkan moment tu berlalu..

Yuck! Kamen ko apehal gatal sangat ni? Hahahaha..lantak laa korang nak kata apa,bukan ada yang nampak pun..bila lagi nak merasa? Orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak,orang muda macam aku angguk kepala tanda setuju. Tak hairan laa ada minoriti lelaki plu yang not into sex..dapat yang ringan-ringan macam cuddling,spooning pun dah kira puas. Sekarang aku dah faham..feel tu lain macam sikit..tak mampu di rungkai dengan kata-kata. Nak tahu,cuba sendiri..ekekeke..

Tapi John bukan dalam golongan minoriti tu,dia nak lebih dari itu..dia semakin berani. Tangan yang sebelum ni mencengkam dada aku perlahan-lahan beralih ke perut dan singgah dan di kawasan terlarang..(adeh..dah macam cerita porno jer..hak hak hak!)

Aku : Oi! (tepis tangan)
John : Please...for me..sekali jer
Aku : Sorry,aku tak boleh...

John berfikir aku sudah tewas dalam dakapannya tapi dia silap,aku anggap apa yang jadi sebelum tu as bromance..tak lebih dari tu. Mustahil aku nak lawan pedang dengan kawan sendiri..lagipun aku takda feeling langsung dekat John..Untuk mengelakkan keadaan bertukar panas,aku segera turun dari katil dan meluru ke bilik mandi untuk membersihkan diri,siap sedia nak balik..kebetulan hari pun dah cerah.

"Dah..pegi laa mandi..kita gerak..ko tak nak balik ker? Aku tunggu dekat bawah" sambil tangan sibuk mengemas barang...aku masih agak terkesan dengan perbuatan John tapi aku cuba kawal perasaan. Kalau ikut hati memang dah lama aku belasah mamat ni...John hanya terduduk diam di atas katil..serabut aku tengok mamat ni. Dalam 20 minit kemudian John muncul lalu menyerahkan kunci keretanya kepada aku. Dari riak muka John aku tahu dia tak happy. Sepanjang perjalanan balik kitaorang langsung tak berbual,hanya lagu-lagu di radio menjadi teman pengubat kebosanan. Di tengah-tengah perjalanan..John bersuara.

John : Kau tak suka aku kan?
Aku : Aku suka kau as kawan aje..tak lebih dari itu..sorry.

John hanya terdiam..dalam 30 saat kemudian tetiba John menangis. Adeh! kesian pulak aku tengok mamat ni,nak buat macam mana? nak tak nak aku terpaksa berterus terang. Aku membiarkan John melepaskan emosinya,nak pujuk aku tak reti..ekeke..Mungkin nampak sedikit kejam..tapi itu laa hakikatnya. Aku tak mampu tipu perasaan aku sendiri,dan aku tak nak tipu perasaan John..tak mungkin aku cakap aku suka dekat John sedangkan hati aku tak pernah terusik..walaupun macam-macam dia buat untuk tawan hati aku tapi aku hanya mampu anggap dia sebagai kawan,macam kawan-kawan aku yang lain...tak lebih tak kurang.

Sejak tragedi tu kitaorang terus lost contact..tiada lagi chat manja dari John,aku pun dah jarang keluar malam. Sebelum berkenalan dengan John aku memang jarang keluar malam,selalu duduk rumah aje,tengok tv tak pun online..tapi sejak John hadir dalam hidup aku semuanya berubah...Itu semua dulu..semua tinggal kenangan. Parents aku pun mula perasan perubahan drastik aku,dioarang selalu jugak tanya "Tak keluar?"..aku just boleh geleng kepala..

Beberapa minggu berlalu still tiada khabar dari John..honestly aku agak kebosanan selepas John 'tinggalkan' aku..rasa macam hilang kawan. Aku tak letak harapan John kembali dalam hidup aku..aku sendiri pun tak pernah ambil inisiatif nak contact John...ego lelaki,biasa laa..dah orang tak nak,tak kan aku nak terhegeh-hegeh? Mungkin dia dah jumpa pengganti aku,biar laa dia berbahagia..aku tak nak mengganggu kebahagian orang lain. Lagipun aku rasa selama ni John hanya nak ambil kesempatan dan gunakan aku untuk puaskan nafsu dia aje...sudah terang lagi bersuluh,John bukan orang yang aku cari.

.......

Suatu hari aku tergerak nak buat akaun Instagram(I.G)..saja nak stalk plu..hahaha..takda keje jadi stalker! Tengah membelek gambar dalam I.G tu..ntah macam mana tetiba aku boleh teringat nickname I.G John..kalau korang baca balik part 2, ada satu scene dalam bilik hotel sewaktu kitaorang spend time di lokasi rahsia tempoh hari...aku terjeling nickname John masa dia tunjuk gambar dalam I.G. Dua kali percubaan..akhirnya aku menemui akaun John. Tak sangka kuat jugak memori aku..hehehe..Luckily akaun John bukan private,so senang sikit aku nak stalk siasat mamat ni..kebetulan akaun Twitter di-link-kan sekali.

Satu persatu gambar aku perhati dan aku baca tweet John..saja nak tahu apa jadi dengan mamat ni..Perasaan aku masa tu macam rojak,macam-macam rasa ada..sampai akhirnya aku terasa bodoh giler...bodoh sebab percaya cerita John bulat-bulat. Aku betul-betul tak sangka selama perkenalan kitaorang John banyak kali berbohong dekat aku. Cerita dan kisah hidup yang keluar dari mulut John kebanyakkannya hanya rekaan..jauh bercanggah dengan semua bukti yang aku temui dalam I.G dan Twitter. Tak sangka ada jugak manusia macam ni? giler betul!

Tapi yang paling buat aku terfaktab..kebanyakkan hadiah yang John bagi dekat aku,kononnya dibeli khas untuk aku sebenarnya barang pemberian orang lain. Jahanam! ini Kamen Shinobi bukan tong sampah atau rumah kebajikan tempat kau campak barang kau! Hancur berderai perasaan bila aku dapat tahu kisah disebalik hadiah 'special' tu. Kalau iyer pun nak bagi,tak perlu laa cakap hadiah 'special' walaupun in-fact barang tu just barang pemberian orang lain yang kau tak nak simpan. Tak payah nak impress aku..tak pasal-pasal aku jadi macam orang bangang..yer laa orang jarang dapat hadiah tapi bila sekali dapat..macam budak kecik dapat gula-gula..happy jer..senyum sampai ke telinga..hadiah special pulak tu...tapi hakikatnya barang reject! ekekeke..Damn!

Padan laa aku takda 'feel' dekat John walaupun macam-macam dia buat nak tawan hati aku..menarik betul permainan John.

Beberapa hari kemudian, out of the blue John tetiba send mesej bertanya khabar. Memula aku rasa nak ignore aje sebab bengang kena kencing berkali-kali..tapi jiwa aku nekad nak berdepan dengan mamat ni untuk bertanya hal sebenar.. Akhirnya perhubungan yang terputus sementara itu terjalin kembali..terjalin atas nama menuntut kebenaran..pergh! So selama kitaorang berhubung balik tu aku sesaja buat bodoh,buat tak tahu apa-apa..tapi John tak tahu yang tembelangnya dah pecah..aku nak tengok sejauh mana permainan mamat ni.

Dipendekkan cerita suatu hari John ajak aku keluar lepak..Sedang rancak berbual aku sesaja tanya soalan yang aku pernah tanya dulu..buat-buat lupa tapi sebenarnya aku ingat aje..

Aku : Ko study kat mana dulu? aku tak ingat.
John : U.X.X (muka selamba badak)
Aku : Ohh..ye ker? bukan U.Y.Z ker?aku tak ingat laa..hahaha(gelak awkward)
John : errr...umm...eh takkk...U.X.X (muka cuak)
Aku : Salah dengar kot..hehe (dalam hati menyumpah John..hahaha)
John : hihi..yer kot?

Nampaknya John tak pernah berubah..jawapan masih auta. Serius,aku tak faham kenapa dia still nak berbohong?apa dia dapat?

Alaa..tipu sikit jer tu..relax laa Kamen. Nampak macam sikit,tapi sebenarnya banyak..itu baru satu contoh..kalau korang di tempat aku pasti korang faham kenapa aku bengang dengan John. Dulu dia pernah tipu aku dalam gay apps,bajet macam John Abraham...tapi sebenarnya tak ubah macam Elton John..takpe,aku bagi dia peluang kedua sebab aku rasa dia ikhlas nak berkawan..tapi peluang tu sia-sia jer. Lepas dah rapat..pun still nak berbohong dekat aku..apa cerita? siapa yang suka ditipu berkali-kali?

Aku sejak dari azali memang pantang manusia penipu..sekecil mana pun penipuan tu aku still tak boleh terima..kejujuran pada aku adalah segalanya. Tapi dalam kes John ni, dia memang dah melampaui batas kesabaran aku..dan yang paling buat aku rasa ralat,selama perkenalan kitaorang John selalu cakap "Kau kan kawan baik aku"...tapi still nak berbohong dekat aku..WTF? Aku rasa John tak faham erti sebenar seorang 'kawan'. Personally,tak guna kau anggap someone tu kawan..apatah lagi kawan baik kalau kau still tak boleh percayakan orang tu.

Selang beberapa hari,macam biasa John ajak aku keluar lepak. I'm done!..aku dah tak tahan dengan lakonan John..sabar aku ada batasnya..aku pun dah penat jadi hipokrit.

John : Kamen..jom lepak..boringgg..
Aku : (screenshot bukti)
John : hmmm...
Aku : Explain?
John : hmmm...

.
.
.

Do you really want to block this person?
OK

-TAMAT-

Sekian..kisah aku kena catfish mamat bernama John ni. Giler panjang sampai 3 episod..ekekeke..Aku sebenarnya malu nak cerita,tapi since blog reader aku kebanyakkannya anak-anak muda remaja..aku terfikir mungkin kisah aku ni boleh dijadikan pengajaran.

Macam-macam kan? Tak semua dalam dunia PLU ni indah, sedap, lazat, nikmat...lagi-lagi manusia macam aku,macam korang yang serius nak cari kawan plu (mana tahu dari gelaran kawan,bertukar kepada sayang?hehe..) tapi akhirnya bertemu dengan orang yang salah. Kadang-kadang aku terfikir susah jugak nak dapat kawan plu,apatah lagi nak dapat 'significant other'...haih..complicated betul.

Aku sejak dah bijak berfikir lagi memang ada sedikit sikap sceptical..aku susah nak percayakan orang lain. Tapi sejak kejadian malang ni menimpa..aku jadi mentally trauma,especially bila berdepan dengan plu..aku selalu rasa plu ni kebanyakkannya temberang aje lebih. Tapi aku still percaya bukan semua plu kaki temberang..ada jer yang betul-betul ikhlas dan jujur nak berkawan...tak pun cari pasangan,macam aku...Chet!tak bleh blah promosi diri sendiri..ekekeke..

Apa pun,kalau nak berkawan tu sebaik-baiknya biar laa ikhlas...dan yang paling penting jujur..lagi-lagi dalam fasa awal perkenalan. Tak payah nak buat-buat cerita, nak impress crush kau semata-mata nak nampak hebat..jadi diri sendiri aje. Kalau tak nak bagitahu hal sebenar pun,baik diam daripada berbohong. Sampai bila nak berbohong? Lambat laun tembelang kau akan pecah jugak,tunggu masa jer..akhirnya apa yang kau dapat?...sendiri malu.




"Whether it's a friendship or relationship,
all bonds are built on trust,
without it..you have nothing"


29 comments:

  1. Hahaha.. aku tumpang simpati diatas apa yg terjadi. :p

    Kamen, kira ok lah dpt merasa teddy hug. Haha. Susah nak cari yg betul2 ikhlas sekarang. Jenis yg nak fun je susah gak. Esok lusa fun dgn org lain. Hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..hahaha

      Bukan selalu kena peluk teddy bear..ekekeke.

      Betul tu..susah nak jumpa yang setia pada satu.sabar aje laa..

      Delete
  2. Haha.. Atleast ade parents yg risau.. g buat group hug ngan mak bapak lagi best.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hug orang tua tak sama macam hug your s.o...erkkk...hahaha

      Delete
    2. s.o.. ok, xphm -,- Haha, mmg lah xsama.. lagi2 kalau yg peluk tu mcm Pooh.. :333

      Delete
    3. S.O tu significant other...pasangan/partner/lover etc..

      Delete
  3. Dah org nak ..jual mahal ..bluerkkkkk !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hati aku tak terusik,terjentik pun tak...nak buat macam mana?

      ko nak ker John tu?ekekeke

      Delete
  4. Awwwww man ! I thought dah ada scene 50 shades of grey dah ! Haishhhh.


    Been there. Done that.
    I mean the cuddling and spooning things !
    Sumpah best ! Cannot agree more. Ada feeling yang sukar digambarkan.
    Kena rasa sendiri baru tau.

    So apa nickname Instagram awak untuk saya stalk nanti ? Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene S&M kena block...hahahaha..agak laa,kalau ada pun tak kan aku nak cerita dekat sini..

      nak instagram?takda..dah delete...ekekeke

      Delete
  5. Camni la nasib kan.
    Bila kita terlalu percaya dgn org kan.
    Sudahnya, skang aku susah betul nk caya bila ada org nk berkenalan thru social media ni.
    Pung pang pung pang cerita cam paling hebat la kau dlm dunia kan, pastu kita dah caya,
    bila reveal diri sebenar, rupanya propa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkk..macam banyak pengalaman jer..hehe

      Dah nama pun manusia,macam-macam perangai..tapi aku think positive aje..jadikan pengajaran paling berharga..eceh...

      Delete
  6. block je budak tu. tak mendatangkan pekdah kawan dgn dye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah block...aman tenteram rasa hati ni..hehe

      Delete
  7. best habaq hang dipeluk beruang....nyaman kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaik...hehe

      part nakal-nakal ni memang makanan fav Kid..ekekeke..gurau.

      Delete
    2. harusss laaaaaa.....nakal sikit2 x po....

      Delete
  8. Kamen, terer betul bercerita. saspen. ahaha, terbaik.

    Itulah kalau dah start menipu, akan terpaksa cover up dengan another penipuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terer mana pun My Existence...aku novice lagi..hehehe

      cakap jujur kan senang..tak payah pening2 nak cover cerita auta.

      Delete
  9. x de untungnya menipu ni.. wat penat otak je nk create cerita.. skrg sapa yak malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Shin....dia ingat dia bijak sangat kot..hehe

      Delete
  10. sadisnya cerita ko ni..hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat mata yang membaca,berat lagi beban bahu yang memikul

      Delete
  11. Hahaha,,,,,, kan dh kate,,, hahaha
    len kli hg jumpa akulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..'bromance' jer,lebih2 tu memang laa aku tak nak..takda feel..ekekeke

      jumpa hg? :gulp:

      Delete
  12. Hahaha,,,,,, kan dh kate,,, hahaha
    len kli hg jumpa akulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit2...ssh la klo xde blog dia ni nk folow..haha

      Delete
  13. xreti nk komen..coz ak xpnah kne ngorat smpai cmtu...saluny mmg org akn dkt for fun ajer...dan ak s'tiasa fell for those kind of ppl..sbb i m not lucky as some plu yg ad bnyk choice...yg slalu dikejar jejaka2 hot malaya or non-malaya..kikiki..*sungguh ak xepi for dat.. hmm..neway,bgus la klo dpt tahan nfsu...ak golongan yg tewas mgkin...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik John tu aku tak taste sangat,kalau tak boleh terbalik katil tu..hahahaha.

      kita sama jer,selalu fell into those sex-maniac guy...eceh,speaking!ekeke...dah nama pun jumpa dekat hook-ups app,susah nak jumpa yg decent.

      Delete