Wednesday, 11 March 2015

CATFISH:REALITY

Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak tahu apa benda Catfish ni?Aku bukan nak share resepi ikan keli sebab blog aku bukan blog masakan. Aku sebenarnya nak share salah satu rancangan realiti kegemaran aku..Catfish:The TV Show.

Menurut kamus berbahasa Inggeris setebal 69 inci, Catfish bermaksud..

"A catfish is someone who pretends to be someone they're not using Facebook or other social media to create false identities, particularly to pursue deceptive online romances."

Rancangan Catfish:The TV Show bermula sebagai filem dokumentari sebelum ianya diolah menjadi reality show dengan tajuk Catfish:The Movie. Secara ringkasnya filem Catfish:The Movie mengisahkan seorang jurugambar, Yaniv (Nev) Schulman yang menjalinkan hubungan maya dengan seorang pelukis kanak-kanak bernama Abby dan juga ibu bapa Abby melalui Facebook. Bermula dari situ Nev berkenalan pulak dengan kakak tiri Abby iaitu Megan sehingga menjalinkan hubungan cinta alam maya (online relationship). Suatu hari Nev dan abangnya,Ariel menemui satu video yang mencurigakan di dalam Youtube yang mana membawa mereka untuk menyiasat dan akhirnya merungkai rahsia disebalik pemilik sebenar akaun Facebook yang jugak kekasih online Nev iaitu Megan.

Sejak kejadian itu,Nev dapat idea untuk buat realiti show dengan konsep yang sama untuk membantu orang lain yang terjebak dalam online relationship. Nev dan pembantunya selaku jurukamera,Max Joseph akan menjadi penyiasat  untuk merungkai identiti sebenar si catfish dengan mencari segala bukti yang ada. Selepas semua bukti dikumpul,Nev dan Max akan membawa si mangsa untuk ditemukan dengan si catfish. Tak semua episod dalam Catfish ni berakhir dengan bad ending,ada jugak yang happy ending..bermaksud si catfish tu sememangnya a real person..tapi mostly ramai yang kena kencing..macam si Nev dalam filem Catfish:The Movie.

Max (kiri) dan Nev (kanan)
Kalau nak tengok, tunggu 22 March 2015 ni..channel MTV (Astro 713) akan siarkan Catfish:The TV Show season 4..pukul 8.30 malam.

...

Pertama kali aku menonton Catfish ni aku teringat pengalaman aku kena 'catfish-ed'. Tak 100% sama tapi masih ada kaitan. Apa? Kamen yang dah tua pun kena kencing? Kah kah kah! Tu laa degil tak nak bagi gambar..permintaan berat laa,suka blind date laa..akhirnya makan diri sendiri,baru padan muka!

Kejadian ni berlaku kira-kira 2 tahun lepas..masa tu aku masih agak baru dan sangat aktif dalam PR...bila aku cakap aktif jangan ingat aku aktif cari lubang dan pisang,maksud aku aktif online setiap hari. Biasa laa barang baru,ramai yang nak try..hari-hari dapat mesej jemputan ke hotel..alaa..ajak buat gitu-gitu tu..tapi aku buat tak layan sebab itu bukan tujuan utama aku join PR. 

Dalam ramai-ramai tu aku tertarik dekat satu user yang mesej aku...John. Dia ni misteri sikit..gambar langsung takde. Yang ada cuma physical status dan sikit description ringkas tentang dirinya. Berat,tinggi,umur lebih kurang sama macam aku..kira A laa! Terbaik! Baca pulak description mamat ni..dia pun not into hookups...wow!bonus point.. A++...aku excited nak kenal mamat ni.

Aku dengan John rancak berbalas mesej tapi identiti kitaorang masih rahsia. Dia langsung tak pernah request gambar aku,so aku pun tak berani request gambar mamat ni..hormat privacy masing-masing. Dari segi gaya penulisan orangnya agak berbudi bahasa dan sangat gentleman..dia tak pernah sent perkataan lucah apatah lagi mintak atau sent gambar konek,bontot etc.. Aku dah mula 'suka' dengan mamat misteri ni..dia sangat berbeza berbanding lelaki lain yang selalu mesej aku,kalau tak ajak main...mintak pics konek..macam sial je.

Disebabkan ketinggian dan keberatan..silap..berat kitaorang agak sama aku dah boleh imagine bentuk fizikal John..terus imagine benda-benda nakal..hahaha..maklum laa menepati ciri-ciri yang dicari. Aumm! Ditambah dengan perwatakan John yang cukup menawan..mungkin Prince Charming yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Dipendekkan cerita selepas lebih seminggu berbalas mesej..dia mengajak aku ke rumahnya. Tak fikir panjang..aku terus setuju..mungkin ada potensi untuk kitaorang pergi lebih jauh dari sekadar kawan.

Perasaan sebelum jumpa tu jangan cakap laa...excited,takut,nervous,nak kencing,berak semua ada..tapi aku gagahkan jugak ke rumah mamat ni..rumah dia tak jauh pun..dalam 10 minit perjalanan dah sampai. Sesampainya di destinasi..aku bagi salam depan pintu pagar..takde jawapan...rumah kosong macam tak berpenghuni.."Eh,kena tipu ke aku ni?"..tak puas hati,aku terus mesej mamat ni..suruh dia keluar.

1 minit kemudian...moment of truth....

Seorang lelaki membuka pintu dan berjalan ke arah aku. Berbadan gempal dengan susuk tubuh yang jauh lebih rendah dari aku...hati aku terdetik "kenapa tak macam aku langsung?kenapa rendah?kenapa gemuk?dia ke ni?salah rumah?Ahh..kawan dia kot"..pujuk hatiku.

Aku : emmm..John ada?
Dia : aku laa John..jom masuk..hihi..

Well,Kamen ko dah kena kencing! ku sangkakan Prince Charming rupanya raksasa musuh si Prince Charming..jangan salah faham aku bukan jenis yang suka judge people on looks,tapi waktu tu aku terlalu confused,lost dan blur. Apa yang aku imagine sebelum ni jauh bercanggah dengan apa ada didepan mata aku..Aku tak tahu nak marah ke nak nangis waktu tu..kalau ikutkan hati nak aje aku patah balik ke kereta dan berambus dari situ tapi dah kebetulan bersua muka,nak buat macam mana? Kang tak pasal-pasal dilabel sombong..macam laa aku hot sangat...ekekeke..

Aku tak salahkan mamat ni 100%..mungkin silap aku sendiri yang letak high expectation..belum jumpa dah fikir itu ini..akhirnya diri sendiri kecewa.haih... Sebenarnya ada lagi kisah lanjutan selepas aku di catfish-ed oleh John...mungkin next time aku share..hehe..





16 comments:

  1. Hahaha. Aku gelak guling2. Lah ade gak yg tipu description? Dia tak bgtahu ke nama penuh dia Elton john. Hehe.

    Satu info yg bru pasal catfish. Aku ingatkan kau nak share pasal resepi ikan keli bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...aku pun tergelak bila ingat balik..macam bodoh je..tapi itu laa realitinya,ramai je yang suka menipu ni esp. dalam gay app tu..so hati-hati.

      dia bagitahu nama dia John...aku ingatkan John Abraham,rupanya Elton John..hempeh!ekekek

      Delete
    2. Kamen aku tak sabar nak tahu, apa kesudahan nya. Kau masuk rumah.. pastu??? Jeng jeng jeng... hahaha.

      Delete
    3. nantikan kesudahan cerita ini...hehehe

      Delete
  2. Dulu masa zaman remaja, pernah juga blind date ..catfish bagai .. nampak dalam gambar macam taste sangat ..tapi bila jumpa .. emmmm tetiba rasa kurang perasa ..

    Not to mention .. aku pon cakap berdegar macam Jaafar On, sekali jumpa macam Bandi Amuk .. kehkeh ..win win situation la kira nya ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaafar On ber-transformasi jadi Bandi Amuk selepas di-catfish..kah kah kah.

      tu ler pasal..kadang-kadang teknik share pics pun bukan boleh percaya...sekarang zaman Instagram lagi senang nak menipu.

      ko pernah remaja ke?ekekekkee

      Delete
  3. then apa yak berlaku lepas dia offer masok umah? kamu plak gi kencing kat toilet ek #sengih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorang....malu la nak cakap..hahaha

      sabar yer Shin #saspen

      Delete
  4. Kamenn hg wat aku rasa gli jee, kan ikan keli tuh lcin n berlender, tetibe jer trpikiag yg bukan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan hg suka ka yng licin n berlendir ni?

      ekekekeke

      Delete
  5. hahaaa... ok la tu kena kencing ja..kalau kena berak?? kahkahkah

    catfish itu penting utk mnjadi laku..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko mention kena berak terus teringat video 2 girls 1 cup :muntah:

      biasanya yang suka jadi catfish ni sebenarnya tak berapa nak laku in real life...ekekekeke..

      Delete
  6. Masuk rumah dan ????
    OMG! OMG! OMG !!!
    *baling pop corn !*

    ReplyDelete
  7. Oit, lama xborak dgn ko. Haha

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.