Monday, 29 June 2015

MERDEKA

Belum terlambat rasanya kalau aku nak ucap selamat berpuasa buat semua blog reader aku..hehehe..Chet! dah nak masuk pertengahan bulan Ramadan baru nak ucap. Maklum ler,bulan puasa otak pun automatik jadi lembab..topik banyak tapi aku takda idea nak kupas..akhirnya blog aku krikk...krikk....ekekeke.

Recently tengah aku membelek Twitter,aku terperasan sesuatu..topik dan hashtag yang berkait dengan LGBT tengah trending. Tapi macam biasa laa,aku bukan nak ambil port sangat pasal hal-hal duniawi ni. Peduli apa aku trending..ekekeke. Setakat baca timeline,tweet sikit-sikit..lepas tu tutup telefon..tu aje laa. Bagi aku mostly benda-benda yang tengah trending dalam Twitter just benda-benda mengarut dan merepek. Lagipun topik LGBT dah terlalu biasa bagi aku,so aku anggap topik yang tengah trending tu semua just perkara normal dan mungkin tak memberi impak yang besar kalau aku tak follow sekalipun.

Tu laa Kamen!..orang lain dah bertahun sign-up Twitter..kau baru terhegeh-hegeh nak ikut jejak langkah orang..Berita semasa pun tak tahu,malas nak follow..asik follow mamat ensem aje..mana nak tahu hal duniawi?..ekekekeke. Ada sebab sebenarnya topik LGBT tu tengah trending baru-baru ni.

Aku tak pasti sama ada korang sedar atau tidak...Jumaat lepas,26 Jun 2015 adalah hari bersejarah buat pro-LGBT di US..Supreme court di US dah buat keputusan untuk membenarkan perkahwinan sesama sejenis di seluruh US.. Kalau tak silap aku supreme court ni mahkamah tertinggi di sana,lebih kurang macam Mahkamah Persekutuan di Malaysia...betul ker?hahaha..Ahhh,lantak laa! So tiap-tiap negeri di US wajib ikut perintah supreme court...dan kalau ada gay couple yang nak kahwin atau dah berkahwin,perkahwinan diaorang tetap dianggap sah disisi undang-undang tak kira di mana diaorang berada. Kalau dulu,sebahagian negeri aje di US yang mengiktiraf perkahwinan sesama sejenis..So misal kata pasangan tu berpindah keluar ke tempat yang tidak mengiktiraf same-sex marriage,automatik perkahwinan diaorang dianggap tidak sah di negeri tersebut.


Eceh..macam terer laa pulak aku bercakap pasal undang-undang..padahal dulu dekat sekolah aku fail habis..hahaha. Alaa..sebenarnya semua ni aku belajar dari seorang chat buddy aku,seorang gay tegar yang berasal dari US. Aku kenal mamat ni dalam Biggercity. Masa memula kenal dia single lagi..tengah cari partner nak kahwin. Lepas setahun lebih kenal,akhirnya dia jumpa jugak soulmate yang dicari...orang Filipina. Masa tu supreme court belum mengiktiraf perkahwinan sejenis,negeri tempat mamat ni tinggal pun sama jugak,same sex marriage masih belum sah disisi undang-undang..so tak bleh laa nak kahwin..nak tak nak terpaksa laa hold dulu majlis tu. Mamat ni siap ajak aku datang majlis dia lagi..jadi saksi hari bersejarah dia dengan partner dia suatu hari nanti..Flight,tempat tinggal semua dia nak sponsor..Hahahaha..giler laa! Tanak aku..macam seram jer..Tapi kalau aku pegi pun macam best jugak,mana tahu aku terbercinta dan bertemu jodoh dengan mat salleh mata hijau,rambut coklat gelap,badan sado! Pergh!!! gigit kuku laa korang..kah..kah...kah..Aku rasa sekarang ni mesti mamat tu tengah melompat kegembiraan lepas dapat tahu negara dia dah iktiraf same-sex marriage..impian dah tercapai,lepas ni dah bleh kahwin..hehehe

Apa kaitan berita ni dekat aku? Ntah laa...sejujurnya berita ni seolah-olah buat aku terasa 'love-hate'...Sebagai seorang gay aku faham perasaan gay lain yang nakkan kebebasan untuk memilih..especially bila bercakap pasal kahwin. Maklum ler,kalau sebut gay marriage aje tak ramai yang boleh terima..diaorang anggap tu semua taboo dan abnormal. Tapi bila US buat keputusan untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis..personally aku anggap ini satu langkah yang 'baik' untuk golongan LGBT..Erkkk!jangan salah anggap,aku bukan pro-LGBT apatah lagi pengasas group gay di Malaysia..hahaha. Kenapa aku aku cakap baik? Yer laa,setahu aku US salah satu kuasa besar dunia..apa yang diaorang buat,negara-negara lain pun nak ikut. So bila US buat keputusan mengiktiraf gay marriage,aku yakin dan pasti..kalau tak sekarang,mungkin suatu hari nanti..negara-negara lain yang sebelum ni menentang LGBT boleh menerima LGBT dan jugak same-sex marriage. Dan secara tak langsung mendidik masyarakat dunia untuk terima golongan gay,lesbian,bisex dan transexual dalam komuniti..tanpa double standard dan tanpa diskriminasi..at the end,kurang laa sikit stigma dan persepi negatif pada golongan macam kita.

Tapi aku tak rasa Malaysia nak ikut jejak langkah US..korang pun tahu Malaysia negara Islam..undang-undang pun dibuat berlandaskan Islam..agak mustahil kita nak ikut jejak langkah US yang menghalalkan perkahwinan sejenis. So apa yang US buat sebenarnya tak memberi impak dekat golongan minoriti di negara konservatif contohnya macam Malaysia. Selagi berstatus penduduk Malaysia..kita tetap terikat dengan undang-undang negara.  Buat laa apa pun,selagi terikat dengan undang-undang..gay couple dekat Malaysia memang takkan dapat merasa buat majlis kahwin dalam taman macam dekat negara barat sana dan hidup sebagai suami-suami..ekekeke..Nanti ada pulak yang kena rejam dengan biskut raya.

Sejujurnya berita kemenangan pro-LGBT di US buat aku sedikit cemburu. Yer laa,diaorang dah bebas nak berkahwin dengan pilihan masing-masing..Tahniah ler,aku jugak yang single..sempat lagi menyelit..hahahaha..Lepas ni puak anti-LGBT kalau nak protes same-sex marriage pun dah tak guna..semua dah termaktub dalam undang-undang.


Dalam entry sebelum ni aku pernah cakap yang seandainya gay marriage tu bukan taboo dalam masyarakat dan jugak agama,aku nak kahwin dengan partner aku. Pergh! Ntah laa...aku pun manusia biasa jugak,ada naluri untuk memiliki pasangan tetap..tapi lelaki laa. Mengamalkan monogamy,hidup dengan satu pasangan sepanjang hayat..Tapi semua tu angan-angan aje...aku masih berpijak di bumi Malaysia. Orang expect aku kahwin dengan perempuan,bukan dengan lelaki..ekekekeke. Haih...bercinta pun tak pernah,ada hati nak kahwin.

Bila laa agaknya aku dapat merasa pegi bazaar ramadan dengan soulmate aku..ekekeke

14 comments:

  1. kakakakakak, aku nampak ada orang tulis kat twitter, budak seteret ofkos... "kenapa semua bangunan kat US, ada warna warni pelangi." and aku balas tweet dia. "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" gelak je mampu aku kasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko gelakkan diaorang,bermaksud ko gelakkan aku jugak.

      Aku yang gay pun tak tahu kenapa white house tetiba jadi warna warni macam pelagi..ekekeke..lepas baca news tu baru aku tahu sebabnya.

      Delete
  2. In 5-6 years .. im getting married ..jemput dtg ye. Nak wat kt pulau jerajak. Calon tgh pilih now. Yg rejek2 tu ak bg kt ko ye. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya! kenapa tak 5-6 bulan lagi...ingat Nu'man,ko makin tua..masa tu umur ko dah 36-37..erkkkk

      :larikkkkk:

      Delete
  3. Apsal la Mr kamen tak pi jer kat US tu jadik saksi bersejarah depa tu....bole gak jalan-jalan makan angin sambil mencari abang-abang sado org putih yang boleh dijadikan pak sanggup, eh silap..boypren...lagi-lagi bila di sponsor k....:-P

    Wait..what...Mr Kamen Kawin dengan partner..? adakah...? huhuhu ;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak sanggup jadi pak sanggup..kalau boleh biar laa diaorang terima aku dengan ikhlas..eceh!hahaha..

      'adakah' apa Amir? jangan buat aku tertanya-tanya.

      Delete
  4. pagi 26 tu bila tgk nes nie keluar aku baca then terus tweet #LOVEWINS
    kat fb pun trus tukar dp dgn pelangi..hoho
    around petang sikit dh kecoh fb dengan dp pelangi tanpa ada org tahu maksud ini
    sejak semalam dan hari ini berlumba lumba manusia memarahi org lain sebab tukar dp pelangi bila dh tahu maksud.. lawak and kesian nengok

    apapun kamen pelangi sangat cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tu laa akibatnya kalau ikut membabi buta,akhirnya diri sendiri yang terkena..ekekekek

      Pelangi memang cantik..tapi sayang,muncul sekejap aje..eceh!hahaha

      Delete
  5. Jom pindah US haha! Signed sealed delivered :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah US belum tentu bertemu jodoh..eceh!hahahaha..

      Malaysia masih ramai yang single,tunggu nak usha aje...erkkkkk

      Delete
  6. Bestnya kalau dapat kahwin dengan partner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawen dengan aku aje laa Mr.Unknown...senang citer

      hahahahaha

      Delete