Tuesday, 18 August 2015

MY LOVE STORY!!

Tengah-tengah boring ni tetiba aku terasa nak berkongsi pasal My Love Story. Huh? Kamen Shinobi sedang dilamun cinta? Eleh..tu pun nak kecoh, nak share bagi satu dunia baca..macam laa dia sorang jer pernah bercinta..ekekekeke...no offense! Bukan nak perli sesiapa,tapi kalau ada yang terasa..maaf! hehehe. Actually aku suka jer baca kisah percintaan golongan PLU..kadang-kadang kisah percintaan diaorang ni lagi indah dan hebat dari kisah percintaan straight peeps..macam pasangan blogger PLU yang aku kenal di alam maya ni..Header dah laa sedondon,entry plak asik suwit muit manjang..aku yang baca rasa jeles jer..ekekekek..Tetiba terasa aku tak laku..forever alone.

Erkkk...dah terbabas dah ni. Aku nak share My Love Story,bukan love story orang lain. Korang yang follow blog aku (kalau ada laa) mesti pelik tetiba aje aku nak bukak topik ni. Dulu aku pernah mention yang aku tak pernah in love apatah lagi in relationship dengan sesiapa. Well, itu laa hakikatnya...seumur hidup aku di bumi ni aku tak pernah merasa dicintai dan mencintai seseorang yang bukan dari darah daging aku sendiri..eceh! Tetiba tekak aku terasa geli plak...ekekeke

Aku sebenarnya nak share satu anime bertajuk Ore Monogatari a.k.a My Love Story.  Adeh! mukadimah punya laa panjang,last-last nak share pasal anime aje?! Aku sesaja taip mukadimah panjang-panjang,so ada laa sikit elemen saspen..ekekeke

Actually aku bukan peminat anime..channel animax dekat astro tu pun jarang sekali aku bukak. Dulu masa zaman budak-budak biasa laa layan citer Dragon Ball, Sailormoon, Doraemon, Usop Sontorian, Teletubbies, A.L.O.N.G..ALONG!...erkkkk...Tapi lepas menganjak akil baligh aku bajet nak jadi matang..eceh! Parents aku pulak dah start tegur aku sebab asyik melekat depan tv tengok citer kartun. Takut kena marah punya pasal so aku stop layan citer kartun dan sampai sekarang aku takda hati nak layan kartun,anime atau apa-apa aje rancangan budak-budak..kecuali Crayon Shin Chan dan Upin Ipin..hahaha!

Bercakap pasal anime, aku teringat dekat sorang member masa aku study di universiti dulu. Umur kitaorang sebaya,tapi yang peliknya member aku yang sorang ni suka sangat layan anime especially Naruto. Aku pun tak faham apa yang best sangat anime tu. Kadang-kadang aku rasa dia ni tak matang,childish..yer laa,badan besar serupa bapak budak tapi masih layan stuff yang biasanya budak-budak aje layan...tak ker pelik?

Itu dulu..tapi sejak beberapa bulan lepas aku tetiba tergerak hati nak tengok yaoi. Tahu tak apa tu yaoi? Senang citer, yaoi ni anime bergenre gay. Dipendekkan citer, bertitik tolak dari hanya menonton yaoi, aku slowly start follow beberapa anime popular dan yang terbaru...Ore Monogatari. Tu laa,dulu kutuk orang tak matang laa, childish laa..sekarang badi tu dah terkena dekat aku..karma!..baru padan muka.

Untuk pengetahuan, anime Ore Monogatari berkisar pasal straight love..bukan yaoi atau gay love. Erkkk..Kamen Shinobi nak jadi straight ker?ekekekek..Alaa,aku open minded..tak kisah anime gay,straight..kalau anime tu menarik aku layankan aje.


Cuba korang bandingkan hero Ore Monogatari (mamat rambut hitam) dengan hero anime-anime lain..macam langit dengan bumi. Masa memula terjumpa anime ni aku sendiri rasa pelik..setahu aku mostly hero anime handsome, attractive..senang citer sedap mata memandang. Tapi dalam citer ni, watak hero jauh menyimpang dari stereotype watak hero anime lain. Well, kelainan tu sebenarnya yang menarik minat aku untuk follow anime ni.

Anime ni ada 3 watak utama :

Takeo Gouda (Takeo), hero citer ni. Seorang pelajar dengan ketinggian 2 meter dan berat badan 120kg. Giler sado!haha..Selalu direject oleh budak perempuan disebabkan paras rupa dan penampilan yang garang..perwatakan pun agak ganas. Tapi Takeo sangat popular di kalangan student lelaki disebabkan dia ni hebat bersukan dan ada gaya kepimpinan..cuma soal pelajaran lemah sikit.

Rinko Yamato (Yamato), heroin citer ni. Suara,alahai..kawaii..haha. Satu-satunya perempuan yang boleh terima penampilan dan perwatakan ganas Takeo. Pernah diselamatkan oleh Takeo dari menjadi mangsa lelaki pervert. Sejak kejadian tu, Yamato mula jatuh hati dekat Takeo. Nampak aje manja, gedik, bajet cute sepanjang masa..haha..tapi Yamato hebat dalam bidang baking dan dia rajin buat kek dan manisan untuk Takeo dan kawan baik Takeo, Suna.

Makoto Sunakawa (Suna), jiran, classmate dan kawan baik Takeo sejak kecil. Seorang lelaki kacak yang sering digilai para gadis,tetapi masih single. Aku rasa dia gay...hahaha..merapu! Berbanding kawan baiknya, Takeo, perwatakan Suna lebih composed,tak banyak cakap tapi kadang-kadang macam orang takda perasaan..poker face memanjang. Suna ada sorang kakak, Makoto Ai yang dalam diam simpan perasaan dekat Takeo.

Anime ni tengah running..setakat aku taip entry ni dah ada 19 episod. Plot Ore Monogatari lebih kepada perjalanan kisah percintaan Takeo dan Yamato. Simple tapi banyak element romantik,kelakar dan sedih...memang terbaik laa,all in one! Kalau korang masih single dan jenis yang cepat berangan,aku tak sarankan korang tengok anime ni..hahaha..kidding! Anime ni lebih kepada genre komedi berbanding cheesy romantik..so aku rasa sesuai untuk tontonan semua..especially yang baru nak belajar berkapel..hehe.

Sepanjang aku follow anime ni, banyak perkara positif yang aku belajar. Dan kadang-kadang ada scene yang buat aku terfikir dan berharap benda tu jadi dekat aku...lepas tu mula laa berangan sorang-sorang..ekekeke..tengok anime sambil berangan..tak bleh blah! Walaupun sekadar citer kartun,tapi banyak pengajaran yang aku boleh ambil..bukan sekadar hiburan kosong semata-mata.

Pernah dengar pepatah jawa...'Don't judge a book by it's cover'? Tapi biasa laa,aku manusia biasa..kadang-kadang tanpa sedar, tanpa disengajakan aku termengutuk orang lain, tapi takda laa sampai nak mengutuk fizikal atau kekurangan orang lain..cuma ada masa kalau something tak kena dengan pendapat, jiwa atau cara hidup aku..aku mula laa mengutuk, judge orang tanpa usul periksa, fikir benda-benda negatif...padahal aku tak kenal pun orang yang aku kutuk tu, apatah lagi hati budi orang tu...suka hati aje nak kutuk, jadi prejudis. Haihhh..buruk betul perangai ko Kamen..macam laa ko perfect sangat. Tapi segala kutukan aku simpan sorang aje, tak sampai hati nak kutuk depan-depan..hehe.


Sejak aku beranikan diri meet up dengan PLU, banyak benda aku belajar. Kadang-kadang ada yang luaran jer nampak elok tapi perangai ntah hape-hape, macam nak mintak penyepak! Ada pulak yang luaran agak errrr...tapi aku selesa dengan perwatakan diaorang. So betul laa, kadang-kadang apa yang kita nampak secara zahir bukan laa cermin dalaman seseorang. Macam hero anime ni, luaran aje nampak ganas nak mati tapi sebenarnya dalam hati ada taman..baik dan lembut aje orangnya. Sebab tu laa Yamato yang comel tu pun boleh terpikat. Aku kalau dapat partner macam tu, serius tak cari lain dah..berangan tak habis-habis!

Kedua...erkkk..dah macam esei Bahasa Melayu plak..ekekekeke..Back to topic. Aku rasa setiap manusia di muka bumi ni mesti ada ciri-ciri pasangan ideal..Bagi aku perkara tu normal dah masing-masing ada hak untuk memilih. Tapi ada satu benda yang aku perasan, sepanjang aku bersosial dengan PLU mostly nak tengok fizikal aje..kalau tak menepati piawaian, memang takda harapan laa. Cuma persoalannya kenapa PLU terlalu taksub dengan fizikal luaran berbanding nak kenal hati budi dan dalaman seseorang? Aku tanak jadi hipokrit, sejujurnya aku pun sebahagian dalam golongan ini..aku admire someone yang physically attractive...tapi mungkin aku tak se-extreme segelintir PLU yang lain yang rasa diri diaorang superior..bajet hot. Petik jari sepuluh datang merayu mintak di liwat..hahaha!

Kalau yang masih single dan tengah mencari calon kekasih,sure akan cakap "Aku tak kisah muka pecah jamban,asalkan dia baik dan terima aku seadanya". Honestly aku skeptikal dengan statement sebegini. Aku sendiri tak tahu ada ker manusia especially dalam dunia PLU yang ada sikap macam Yamato..maksud aku yang ikhlas menerima seseorang kerana hati budi dan personaliti orang tu..bukan sekadar nak tengok luaran semata-mata? Wujud ker istilah 'unconditional love' dalam dunia PLU yang bagi aku penuh dengan diskriminasi? Nampak sedap terus nak try, nampak buruk jeling pun tanak. Haihhh...sedangkan PLU yang rupa macam model pun separuh nyawa nak cari pasangan..inikan pula yang sekadar cukup-cukup makan macam aku..forever alone laa jawabnya.

Yang ni mungkin takda kaitan dengan life aku sebagai PLU tapi citer ni banyak mengajar aku tentang erti persahabatan sebenar. Dalam berkawan tak perlu nak menilai rupa dan perangai..buruk, boring, annoying macam mana pun kawan kita tu..terima dia seadanya. Macam kisah persahabatan Takeo dan Suna dalam citer ni, perangai diaorang ni macam langit dengan bumi..jauh berbeza. Sorang cepat gelabah, sorang lagi cool..tapi diaorang still boleh jadi BFF.

Lagi satu, masing-masing support antara satu sama lain..tak kira laa dalam soal peribadi atau soal kehidupan..masing-masing main peranan dan ada semangat tolong menolong. Takeo sayangkan Suna sebagai seorang kawan, apa pun jadi dia tetap bersama Suna. Dan walaupun dengan peragai Takeo yang ntah hape-hape, Suna masih perlukan Takeo dalam hidupnya. Bagi aku itu laa erti persahabatan sebenar..masing-masing saling memerlukan,tetap bersama..tak kira dalam keadaan susah mahupun senang.

Tapi in reality tak ramai yang bersikap sebegini. Waktu senang lupa kawan..layan pun nak tak nak jer...tapi bila dah susah baru nak mengaku kawan baik sampai syurga. Aku? malas laa nak cakap! Kawan ramai, tapi setakat ni takda yang betul-betul nak jadi sahabat apatah lagi BFF aku. Mungkin aku tak ditakdirkan ada BFF macam orang lain..apatah lagi nak ada teman istimewa tempat aku mengadu nasib, yang sentiasa ada dengan aku masa susah dan senang..adeh,mata masuk habuk!

Dah panjang sangat aku merapu..haha..Apa pun kalau korang berminat nak layan anime ni search aje dalam Google. Jangan risau, mostly online anime ada English subtitle..so tak ler nanti korang terkebil-kebil tak faham bahasa Jepun.


Don't judge by appearance,
A rich heart may be under a poor coat.


(Bukak Grindr cari boipren....ekekekekke)


26 comments:

  1. Aku pun layan anime kamen.. tapi yang yaoi punya sekerat kerat je episode dia..sedih.. last last aku layan yaoi versi komik je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ok jer yaoi pendek tapi kalau jalan citer best memang tak puas!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pepatah Jawa yang Mr Kamen bagikan tu memang betul....tapi biaser lah its Human nature terutama PLU...Rupa paras adalah segala-galanya....walaupun perangai macam Hanj...tapi itu lah yang dikejarnya dan yang digla-gilakan buat laki...pastu bile dah kene tipu bagai baru lah nak telekup muka atas bantal menangis sambil meniarap atas katil cakap "kau kejam...kau kejam..." lagi haru biler dah kuar semua duit taja hidup jantan tu demi cinta katanya...uwerrkkk...

    P/S: Amir peminat tegar Anime gak...how...? But actually I really dont care kalau org terutama kat opis Amir ckp umo dah 30 something pun minat kartun...coz bit*ch this is my life...get your f*cking face out of here...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak rupa dan perangai seiring..eceh! Tanak yang macam hanj...ekekekeke

      I feel you Amir..kadang-kadang aku pun rasa childish,umur macam aku still layan stuff budak2..tapi kalau dah ter-suka nak buat macam mana? Abaikan aje...cari member sekepala,layan anime sesama..hehe

      Delete
  4. beshnya bercinta... Lama x rasa menyinta dan di cintai #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..at least Shin pernah merasa di cintai dan menyintai.

      Aku? #nangesteresakesak

      Delete
  5. Ingatkan kisah cinta abg kamen rupannya bukan..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah cinta Kamen? Coming soon..wink..wink..

      Delete
  6. KAMI NAK LOVE STORY KAMEN !!!! *angkat sepanduk*

    Aku layan yaoi yang tak straight ajer. kbye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer...yer...Angkat sepanduk gak...;P

      Wait...what...ader ker Yaoi yg straight Mr Unknown...?!

      Delete
    2. Mr Dominic Unknown : *pacak signboard kaler pink* KAMEN IS SINGLE...ekekekekeke

      Amir : Aku rasa dia nk taip 'anime' instead 'yaoi'

      Delete
  7. tahniah kameng sebab da jumpa dengan certain PLU and dapat amik pengajaran bila jumpa depa. i mean, jumpa PLU tak la teruk mana pun and kadang2 gave a great result to ourself. ada orang pulak poyo, menyamar identiti and cakap itu ini gebang macam sial sedangkan hampeh. lepas tu tak jumpa pun secara depan2. elakkan kenal dengan orang macam ni sebab orang macam ni PLU yang hampeh.

    bagi aku, kau tak akan kenal PLU selagi kau tak jumpa dia and setakat kenal dekat dunia MAYA semata, kau memang tak kenal PLU itu sepenuh penuhnya. they tend to be liars. and of course aku bercakap dari pengalaman aku sendiri.

    tentang anime tu, mungkin kau boleh baca manga pulak. haha. lagi seronok. apa apa pun. live well kameng. assalamualaikum :)

    p/s

    da lama tak borak dengan kau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedangkn dalam dunia realiti pun ramai yang penipu,inikan pulak alam maya.

      Mana nak cari gay manga dekat Malaysia?hahahaha

      Nak borak,buzz aje...jangan sombong sangat.

      Delete
  8. Bila laa kamen ni nk bercinta ...upload resume dgn pic skali ..nanti aku promote ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, diri sendiri pun single ada hati nak promote aku...ekekeke. Kidding!

      Jodoh pertemuan bukan aku yang tentukan. Jangan risau Nu'man..kalau aku ditakdirkn terbercinta nanti aku share kisah percintaan aku plak....hehehe

      Delete
  9. Patutlerrr aku brdebar ajer spanjang flight, upanya kamen nanges hahak, klu kspian @ kesorangan rajin2lah carik cinta, lmbatlaun jumpalah idaman hati, carik ajer kt luar maya face2face, senyum sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta tak perlu dicari..cinta akan datang tanpa diduga..eceh!hahaha

      Tak sangka Jazzlee nampak aje macho tapi takut naik kapal terbang..ekekeke

      Delete
  10. Gigih aku baca sampai habis kot2 ade kisah abg elton john. Hampeh.

    Betul kata jazzlee, kalau sunyi carilah cinta. cinta dan keseronokkan, dua benda berbeza. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...apa pun terima kasih Nov C menggigihkan diri baca sampai habis.

      Bab mencari cinta ni orang german kata "easier said than done". Kalau laa cinta tu macam cari ikan sardin dekat pasaraya dah lama aku buat.

      Delete
    2. meh layn yaoi ni:-
      1) junjou romantica...ad 3 seasons plus OVA
      2) sekai itchi hatsukoi....ad 2 seasons plus OVA

      ak pon xsure btul ke x ejaan tuu..but try la tgk..best..nanges2 ak tgk.. :(..btw,mlm ni tetibe ak down..hahha

      Delete
    3. Terima kasih WK! Tak tahu pulak ada yaoi versi panjang..hehe

      Delete
  11. Haii..saya pun layan anime gak, tapi Yang paling best cite naruto especially.. but bergenre yaoi suka gak tgk, Yang paling best jounju romantica it's the best yaoi ova.. ~>_<~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang sekali ada wanita melayu yang suka layan yaoi..biasanya gadis2 jepun aje minat genre ni...ada darah jepun ker?hehe

      Delete
  12. :') x sangka ada orang mcm ni , sama mcm aq .. Laki, Layan anime , yaoi, banyak berfikir ... ._. Haha , kalo abang kamen x keberatan , bleh x bgi contact no. .. Bukan nak meet plu ke ape haha , cuma nak tnye bbrape soalan ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi phone number tak boleh ler, tapi kalau nak sembang dalam Hangouts pun boleh atau emel likevandyke@gmail.com

      Delete