Thursday, 23 July 2015

MOMENT

Dah lama rasanya aku tak post something dalam blog ni. Bukannya takda topik nak dikupas,tapi sejak kebelakangan ni aku agak sibuk. Minggu terakhir Ramadan aritu aku dah start sibuk buat persiapan raya. Tolong parents mana yang patut,walaupun sebenarnya malas jer nak buat. Asal nampak kelibat aku,ada jer keje nak dibuat. Tapi sebagai seorang anak lelaki yang baik,muda lagi sado..eceh..apa laa sangat setakat tolong sikit-sikit,berbanding pengorbanan parents aku membesar dan menjaga aku dan adik beradik aku yang lain dari kecik sampai ke hari ini. Lagipun keluarga aku tak besar mana pun,so siapa lagi parents aku nak harap selain dari kitaorang adik beradik. Parents pun dah semakin tua,takkan nak suruh buat kerja-kerja berat plak.

Harini dah 7 Syawal,baru ada masa nak update blog..hehe. Since kita masih dalam bulan Syawal,so kali ni aku nak share sikit perjalanan raya Kamen Shinobi. Kalau diikutkan takda benda yang menarik pun,sama jer macam tahun-tahun sebelumnya...masih single,masih solo,masih mencari..eceh!hahaha.. Nak balik kampung beraya,tu masa study dulu ada laa jugak merasa nikmat keseronokan nak balik jumpa parents. Tapi sekarang aku dah menetap di tanah kelahiran aku,duduk pulak dengan parents..so takda rasa apa dah. Sama jer macam hari-hari lain.

Nak main meriam buluh,kang jiran mengamuk plak. Nak main bunga api,masing-masing dah tua bangka. So apa yang aku boleh buat just makan dan tido. Celik jer mata..terus pegi dapur cari makanan..dah kenyang tido balik...hahaha. Family ajak ziarah rumah sedara mara,aku follow aje. Dah macam lembu kena cucuk hidung..badan pun dah serupa lembu. Tapi aku tak kisah pun, yang penting makanan mesti ada dan cukup.

Tak banyak yang aku sediakan untuk raya tahun ni. Kebanyakkan barang aku recyle jer...baju melayu pun aku tak beli baru..just pakai baju melayu yang ditempah masa wedding cousin aku tahun lepas,masih elok lagi. Kaler apa? Rahsia..hehe.. Kelengkapan diri yang lain semua recycle. Bajet terhad...ekekeke..Takda laa,aku sebenarnya takda feel nak sambut raya tahun ni..mengenangkan soalan-soalan maut yang bakal ditanya masa ziarah nanti..haihhh

Bercakap pasal hari raya,aku nak highlight moment-moment yang bagi aku agak annoying,kurang menyenangkan dan awkward..especially bila hari raya.

GELARAN

Kalau korang ada anak buah atau anak sedara..aku pasti korang pernah lalui moment bila dulu-dulu orang tak pernah panggil kau 'pakcik' tetapi tetiba gelaran tu melekat dekat korang. Hahahaha...sebenarnya moment ni dah terjadi dekat aku lebih kurang 5 tahun yang lalu. Masa tu aku baru lepas grad,dan kebetulan cousin aku nak kahwin. Selepas setahun berkahwin cousin aku ni dapat baby..kira dalam circle cousin kitaorang,dia laa orang pertama yang kahwin dan dapat baby. So secara automatiknya aku dah dapat gelaran 'pakcik'. Dipendekkan citer, masa raya tahun tu cousin aku satu family datang ke rumah..so kiranya itu first meet up dengan anak cousin aku. So macam biasa laa sambil menjamu selera,kitaorang berborak kosong. Dan macam biasa jugak sebelum balik mesti nak bersalam-salaman dulu. Tetiba,out of the blue cousin aku cakap dekat baby dia dengan nada comel..."Bye-bye pakcik"


Erkkkkk...aku,pakcik?..ntah laa aku nak gelak atau nak nangis..buat muka seposen jer laa.. hahahaha. Awkward habis! Mana tak kekok,masa tu aku baru mid 20's. Biasanya aku jer yang panggil orang yang lagi tua dari aku 'pakcik' tapi sekarang badi tu dah kena dekat aku..Badi?hahahaha..melampau sungguh. Tapi takkan nak suruh anak cousin aku panggil aku abang plak? Ntah laa,even sampai sekarang pun perasaan kekok tu masih ada. Lagi-lagi sekarang ni,kuantiti anak sedara semakin bertambah,so makin ramai laa yang panggil aku pakcik..awkward bertimpa-timpa.hahaha.. Tu tak masuk anak member-member masa sekolah dulu. Haihh..terasa tua plak. Tapi nak buat camne,nak tak nak aku terpaksa terima title 'Pakcik' tu dengan hati terbuka. Pakcik Kamen...errrrr

SOAL MENYOAL

Aku rasa aktiviti soal-menyoal memang wajib dilakukan setiap kali orang-orang terdekat datang ke rumah,tak pun masa ziarah rumah sedara mara. Kalau yang tengah belajar tu sure kena tanya "Study kat mana?"..tak pun "Study berapa tahun?"..Kalau dah graduate plak diaorang tanya "Dah keje?"...Bila dah keje tanya plak "Bila nak kawen?"..Bila dah kawen tanya lagi "Dah ada anak?"....Bila dah ada anak diaorang tanya plak "Bila nak tambah anak lagi".. eceh..ada hati nak buat anak!ekekekeke...Haihhh...letih nak menjawab,setiap tahun repeat soalan sama...kalau diturutkan hati nak aje aku rekod jawapan siap-siap..so bila mak sedara or pak sedara aku tanya,just tekan butang PLAY...senang!hahahaha.

Kalau difikirkan secara positif,kira bagus laa diaorang bertanya..at least diaorang ambil berat pasal perkembangan diri aku. Takda laa aku terasa diabaikan macam orang takda keluarga. Tapi yang tak bestnya,bila diaorang start membanding-banding aku dengan orang lain. Honestly aku sebenarnya kurang senang dengan spesis makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang suka banding-bandingkan aku dengan anak diaorang atau anak orang lain. Contoh :

Mak Ngah : Kamen,bila nak kahwin?
Aku : Kumpul duit dulu baru bleh kahwin (jawapan selamat)
Mak Ngah : Ek elehhhh..umur ko ni dah patut kahwin..ko tengok si Atan tu,dah lama kahwin...ada anak..jangan lama-lama nanti takda siapa nak!

Lepas tu mula laa spesis ni brag pasal anak dia,anak jiran dia dekat parents aku.  Ntah laa,kalau diikutkan hati nak aje aku cakap "Saya gay..nak kahwin ngan laki bleh tak acik?"...Hahahahha..mau sakit jantung orang tua tu. Tapi sebagai seorang anak sedara yang baik,aku terpaksa buat muka selamba dan mengukir senyuman seikhlas mungkin, yer laa nanti kalau biadap..parents aku jugak yang malu. Bila jadi macam ni bukan aku aje yang rasa sakit hati,parents aku pun terasa hati. Walaupun diaorang tak pernah paksa aku,tapi aku tahu jauh disudut hati diaorang tetap berharap aku boleh jadi macam anak orang lain,hidup berkeluarga,bagi diaorang cucu..tapi nak buat macam mana aku tak mampu...Adehhh,mata masuk habuk plak.

BUDAK-BUDAK

Untuk pengetahuan korang aku sebenarnya tak suka sangat dekat budak-budak. Jangan salah faham,tak suka bukan bermaksud benci..tapi lebih kepada kekok sebenarnya. Ntah laa..kalau berdepan budak-budak especially yang belum baligh..tak kira laa baby,toddlers,budak tadika,budak sekolah rendah..aku jadi lost..tak tahu nak buat muka comel ker,nak buat muka buruk ker..seriously awkward habis! hahahaha. Macam baru-baru ni,cousin aku yang baru dapat anak lelaki datang ke rumah..so bila jumpa anak sedara baru,aku jadi confused tak tahu nak buat apa. Apa yang aku boleh buat just cubit pipi budak kecik tu. Nasib baik budak kecik tu senyum..kalau tak naya aku!hahahaha...Nak aku cakap "Alolololo..comelnyer...mucuk-mucuk"....sambil gentel hidung,cubit pipi...errrrr,itu bukan aku.hahahaha.

Perasaan awkward bila berdepan budak kecik ni mungkin berpunca daripada persekitaran. Aku membesar tanpa seorang adik..senang citer aku sebenarnya anak bongsu dalam adik beradik aku. So aku takda pengalaman bergaul mesra dan bermanja dengan orang yang jauh lebih muda dari aku. Sepanjang membesar aku lebih dimanjakan berbanding memanjakan..eceh!hahahaha. Anak buah pulak masih dalam proses pembuatan..ekekeke..so aku memang takda pengalaman langsung handle budak kecik.

Biasanya kalau ada budak kecik yang datang ke rumah,aku just tengok gelagat diaorang sambil senyum..tu yang baik laa. Kalau yang hyperaktif,lompat sana sini..aku buat dunno aje.."Lantak laa ko nak buat apa,jangan kacau aku sudah!" hahahaha..Nak main sekali,tak pun bergurau mesra..errrrr..aku tak terbiasa lagi. Kalau bapak budak,aku layan jer...erkkkk

Again,jangan salah anggap..aku bukan anti atau benci dengan budak-budak,aku just lost bila berdepan dengan orang yang jauh lagi muda dari aku..maklum ler takda pengalaman..hehehe. Tapi aku still berharap kehadiran anak buah aku nanti boleh mengubah perasaan awkward tu kepada seronok.

..........

Belum terlambat rasanya aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua followers, readers, silent reader, peminat, secret admire..eceh!ekekeke...blog Lelaki Dalam Almari. Kalau ada yang terlebih, terkurang, termengata, terkutuk, terkasar...aku,Kamen Shinobi ingin memohon maaf daripada korang. Dan aku harap korang berbahagia sepanjang menyambut bulan Syawal bersama orang tersayang.

Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertentang,
Harap dimaafkan segala kekhilafan,
sama ada sengaja atau tidak disengajakan.

First year beraya sebagai blogger..ntah bila plak dapat beraya sebagai bf kepada seseorang..ekekekeke

20 comments:

  1. selamat hari raya pakcik kamen hik hik .. wahhh bf kepada seseorang ek.. xpe sempat lagik nk declare.. raya kan sebulan.. xpon Raya Haji ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin,caner nak declare? calon pun takda..huhuhu.

      Delete
  2. Slamat hariraya maafzaherbatin cik kamen, rindu gilerrrr kt hg, haks3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun hg nakal,aku terpaksa maafkn hg sebab hg mengaku rindukan aku..ekekekek

      Delete
  3. Selamat hari raya juga. Nanti ada anak buah sendiri, akan berubah cara kita layan budak-budak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa yg aku harapkan Daniael Harris. Teringin nak merasa bermain dgn anak buah sendiri..hehehe

      Delete
  4. Selamat hari raya incik kamen, bestkan beraya ngan family.
    abg jzle lame udah tak contect kita yer, nanti belanja kita sama kamen makan daging masala ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best dpt beraya dgn family,tapi kalau dapat beraya dengan 'si pencuri hati'...nikmat tak terkata! ekekekeke

      Aku setuju dgn cadangan Shahir Amuddin! bro Jazzlee jgn buat2 lupa plak nanti..hehehe

      Delete
    2. Kemain hg kamen no, tp cyalaa aku xkan lupa punya sai aku blum dpt hg, hak2.

      Shahir sjak bla dh pndai prasUgut abg?

      Delete
    3. Jazzlee..catch me if you can.

      ekekekeke

      Delete
  5. Give five abg kamen, kita sama bongsulah...kita dulu pun macam abg kamen kekok layan budak-budak tapi bila ada anak buah sendiri rasa kekok itu akan hilang tapi kena banyak bersabarlah melayan kerenah budak-budak. Selamat hari raya abang kamen...-.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah..kita geng..hehe

      Terima kasih bagi warning awal2..ekekeke..aku harap anak buah aku nanti semua baik2.hehehe

      Delete
  6. Hey uncle Kamen !
    Uncle la baru best sikit !
    HAHAHAHA
    Selamat Hari Raya Uncle !
    Dah jadi Uncle ni boleh la bagi duit raya kat kiter kan ? Nak please !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle tak bagi duit raya dkt remaja baligh..ekekeke

      Delete
  7. Selamat hari raya bahh. Duit raya nda mau kasi bah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bagi singgit jer laa..tatabahasa banyak yang salah. hahaha

      Delete
  8. Walaupun dah agak lewat but still...Salam lebaran...Maaf zahir dan batin...

    ps: Pakcik Kamen...nak duit raya gak....;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir,duit raya dah habis...cuba tahun depan plak,hehehe

      Delete
  9. Aku nk jd ank buah ko jugak ..boleh laa ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang-alang jadi anak buah aku,apa kata ko jadi buah hati aku jer Nu'man....errrrrrr

      :awkward:

      Delete