Monday, 21 September 2015

ANNIVERSARY

Setahun sudah berlalu,
September muncul kembali,
Dengan kehangatan semalam...

Eceh...suara macam katak puru ada hati nak menyanyi...dah laa lirik sesedap rasa jer tukar..ekekeke

Harini 21 September, genap laa setahun aku bergelar blogger dan pemilik blog LelakiDalamAlmari ni. Pantas betul masa berlalu! Aku start buka blog ni pada tarikh yang sama tahun lalu...masih dengan nama samaran yang sama,Kamen Shinobi...dan masih dengan title blog yang sama...LelakiDalamAlmari.

Masa aku memula start buka blog ni,niat aku satu aje. Aku cuma nak share kisah dan pendapat peribadi aku sebagai seorang lelaki gay. Aku tak pernah berharap pun ada yang baca post aku apatah lagi berhubung dengan PLU diluar sana. Sekadar meluahkan apa yang terlintas difikiran, itu pun dah cukup puas bagi aku..lantak laa blog aku tenggelam dalam jutaan blog lain..aku tak peduli. Kiranya aku anggap blog aku ni sebagai ruang untuk aku melepaskan apa selama ni terbuku didalam dada..eceh! Yer laa..nak citer dekat family,kawan-kawan tentang 'sisi gelap' aku sebagai seorang lelaki yang 'abnormal' dimata masyarakat..benda tu mustahil. So aku ambil inisiatif untuk buka blog sendiri. Jadi insan 'anonymous' di alam maya untuk berkongsi kisah realiti hidup aku sebagai seorang lelaki gay.

Kalau tak silap aku, Mr. Dominic Unknown orang pertama yang tinggalkan komen dalam blog aku..hehe. Perasaan aku masa tu bercampur baur..risau ada,happy pun ada. Yer laa, masa tu aku noob lagi dalam dunia blogging ni, bahasa dan susunan ayat pun masih tunggang langgang. Nak dibandingkan dengan blogger otai, macam langit dengan bumi. Kadang-kadang aku tergelak bila baca balik post lama...ayat ntah pape jer...fail! hahaha..Maklum ler,orang bukan asal KL tapi bajet nak cakap KL. Risau jugak reader tak faham apa yang aku cuba sampaikan,tak pun dalam diam gelakkan aku...erkkk! Tapi pada masa yang sama aku rasa seronok sebab at least ada jugak orang sudi luangkan masa baca post dalam blog aku..hehe

Masa berlalu...satu persatu komen ditinggalkan..dan dari situ laa aku mula berkenalan dengan blogger yang 'sealiran' dengan aku. Tak sangka ramai yang sekepala dengan aku..ekekeke. Sejujurnya aku rasa seronok sebab aku rasa aku tak bersendirian. Walaupun tidak pernah bersua muka di alam realiti dan masing-masing masih dalam status 'anonymous' antara satu sama lain..tapi aku dapat rasa keseronokan berkenalan dengan blogger-blogger 'sealiran' dengan aku di alam maya ni. Tu belum masuk silent reader,peminat,secret admire...errrr...ada ker?ekekeke..Berangan jer laa ada secret admire! Tipu laa kalau aku kata takda silent reader yang cuba mengorat Kamen Shinobi...erkkkk!hahahaha...tak habis-habis berangan!

Sampai bila aku nak ber-blogging? Well..selagi aku masih dikurniakan kesihatan dan idea untuk menaip..selagi tu laa blog LelakiDalamAlmari ni wujud di ruang maya. Aku sendiri pun tak pasti sampai bila aku nak berhujah pasal dunia PLU..mungkin bila dah jumpa steady partner suatu hari nanti..topik dalam blog aku ni mungkin lebih ke arah 'our love story'...eceh! tak pasal-pasal ada yang muntah pelangi baca post aku nanti...ekekeke

Apa pun,terima kasih kepada korang semua..tak kira laa korang blogger atau silent reader sebab sudi luangkan masa singgah dan membaca nukilan dalam blog aku yang tak seberapa ni. Aku sangat hargai jasa baik korang semua. Jangan takut dan segan kalau nak tinggalkan komen atau kritikan..tak pun bagi idea untuk post akan datang..hehe. Takda siapa pun kenal..unless korang gatal letak pic muka korang..ekekeke. Komen baik atau buruk,aku cuba terima dengan hati terbuka. Kalau ada post aku sebelum ni yang menyinggung perasaan sesiapa...aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki. Apa yang aku share dalam ni hanya laa pendapat peribadi dan buah fikiran insan gay bernama Kamen Shinobi.



27 comments:

  1. lamanya tak borak dengan ko kamennnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi nombor tepon,ko nk borak sangat kn?

      ekekeke

      Delete
  2. happy aniversarry kamen rider of shinobi..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih TK...Kamen Rider tu sepupu aku..dia kirim salam.

      Delete
  3. Happy 1st anniversary as blogger.
    Keep on writing okeyh ! Aku akan sentiasa membacanya.
    Selamat ulang tahun perkenalan kita yang pertama.
    Sekejapnya masa berlalu. Dah setahun rupanya kita kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mr. Dominic Unknown

      Tu ler pasal, dah besar sekrang yer...hehehe

      Delete
  4. tahniah! datang shah alam nanti aku belanja kek pisang!

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary ..
    Hopefully .. you will find your true mate soon ..kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nu'man

      Yer laa, mentang laa orang tu dah jumpa soul mate dia..:rolleyes:

      Delete
  6. Happy anniversary...hopefully minat dan passion blogging tu tak hilang...jgn jd mcm aku...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks crescent..harapnya begitu laa...hehe

      Delete
  7. Good job kamen syang, jgn renti tlis, tkut nnti aku jd prindu, keciankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazzlee...komen ang selalu menceriakan hari2 Kamen Shinobi..

      Kalau macam ni,sure tanak stop menulis..ekekeke

      Delete
  8. Happy anniversary
    Moga beroleh bahagia ;)
    - silent reader-

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary abang Kamen...jangan berhenti menulis k..xoxo..

    ReplyDelete
  10. ~ Happy Birthday To Your Blog Yer En Kamen ~
    Hope Jangan Bosan Berblogging....;-)



    ¸,ø¤º°`°º¤ø,¸ Ħappч вiгƬĦαĐЧ ¸,ø¤º°`°º¤ø,¸
    ---------------()--()--()--()--()--()
    ---------------||--||--||--||--||--||
    -------------{*~*~*~*~*~*~*}
    ----------@@@@@@@@@@@@@
    --------{~*~*~*~*~*~*~*~*~*~}
    ----@@@@@@@@@@@@@@@@@@
    ---{~*~*~*~*~ HAPPY~*~*~*~*~*~}
    ---{~*~*~*~*~BIRTHDAY~*~*~*~*~}
    ---{~*~*~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~}
    ----@@@@@@@@@@@@@@@@@@


    ────────▀██▀─▀██▀─▄▄▄─▄▄▄──▄▄▄──▄──▄─
    ─────────██▄▄▄██─█──█─█──█─█──█─█──█─
    ▀██▀▀▄───██───██─▀▄▀█─█▄▄▀─█▄▄▀─▀▄▀█─
    ─██▄▀▄──▄██▄─▄██▄─────█────█───▀▄▄▄▀─
    ─██───█─▄──────▄──█───────█──────▄──▄
    ─██───█─▄─▄─▄─▄█▄─█─▄───▄▄█─▄▀▀█─█──█
    ▄██▄▄▀──█─█▀───█──█▀─█─█──█─█─▄█─▀▄▀█
    ────────█─█────█──█──█─▀▄▀█──▀─▀─▄▄▄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh...besar betul kek Amir bagi...ekekeke

      Thanks!

      Delete
  11. Congrats kamen. Moga jodoh dipercepat. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nov C

      Mari mencari jodoh...haha

      Delete
  12. Replies
    1. Thanks Shin..belanja Kamen pegi becuti bleh? ekekekeke

      Delete
  13. happy 1st anniversary kamen.. hope berkekalan dalam dunia blogging and x stop writing ^^
    #kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih HSP..harapnya x berhenti sekerat jalan..hehe

      Delete