Tuesday, 6 October 2015

SAYANG : 2 TAHUN

(Sambungan SAYANG : 1 TAHUN)

JANUARI 2013

Mike : Happy anniversary sayang!
Aku : Huh?
Mike : Harini genap setahun kita kenal. Lupa laa tu.
Aku : Tak...saja buat-buat lupa.
Mike : Eleh...coverline...


Cepat betul masa berlalu. Pejam celik sudah setahun aku mengenali Mike. Dulu waktu pertama kali menatap rupa sebenar Mike..hati aku langsung tak terusik. Kalau jumpa dekat mana-mana pun sure aku takkan jeling dua tiga kali. Maklum ler bukan taste..hehe. Eleh..bajet hot laa kau Kamen! Ntah-ntah Mike pun sebenarnya geli tengok kau..haha!

Betul laa kata orang..jangan pandang hanya pada rupa..cara layanan tu yang penting. Buktinya..sampai ke hari ini Mike dan aku masih berhubung. Mana nak cari lelaki yang sanggup kejar dan sweet talk dekat aku seolah-olah aku lelaki gay terakhir di muka bumi ni? Ramai lagi PLU di luar sana yang kacak dan elok dari aku...tapi Mike tetap nak kejar aku.

......

(Telefon berdering)
 
Aku : Hello.
Mike : I love you..muah! bye..
(letak telefon)
Aku : (Pelik)

......
 
Mike : Kenapa lambat reply mesej?
Aku : Busy sikit..sorry
Mike : Elok laa!..abaikan abang!

......

Mike : Sayang...abang lapar!
Aku : Tak makan lagi?
Mike : Tak..nak awak suap.
 

...... 
Aku : Borak dengan siapa tadi? Skandal ler tu.
Mike : Awak fikir laa apa awak nak!
Aku : Gurau jer..marah?
Mike : Eh tak...suka! Apa lagi awak nak tuduh?
 

Kadang kala perangai Mike mengalahkan perempuan..mood swing memanjang. Aku suka bila Mike cuba untuk bermesra,bermanja dan bergurau dengan aku..seolah-olah menagih kasih dan perhatian dari aku. Walaupun aku masih meragui keikhlasan Mike, tapi moment 'intim' antara aku dan Mike terasa begitu realistik. Kadang-kadang boleh naik angau dibuatnya bila teringat kata-kata manis Mike. Buat apa pun asyik terbayang Mike...berharap Mike ada disisi aku.

Lautan mana yang tak begelora? Semanis mana pun perhubungan tu pasti ada ujian. Mungkin masing-masing belum mengenali perangai dan cara hidup masing-masing..yer laa,nak jumpa in real life pun susah. Seorang di kutub utara..seorang lagi di kutub selatan. Internet jer laa sumber untuk aku dan Mike berhubung..melepaskan kata cinta, sayang dan rindu. Tapi berborak dalam telefon tak sama macam berborak empat mata..tak nampak body language dan gesture..miscommunication dan salah faham dah jadi perkara biasa. Kadang-kadang hal remeh temeh pun boleh buat gaduh..lepas tu mula laa masing-masing tarik muka,tak bertegur..merajuk tak tentu pasal.

Tu belum citer soal ego..dua-dua ego tinggi melangit. Masing-masing mengharap untuk dipujuk daripada memujuk. Dah laa aku relationship noob, nak pujuk Mike..memang tak laa! Alaa..Mike tu merajuk kejap aje..merajuk macam mana pun,last-last dia cari aku balik..confirm!hehe..

Kalau macam ni laa keadaan orang tengah bercinta..aku sanggup membujang sampai ke tua..haihh..complicated sungguh! Pening kepala. Kadang-kadang nak aje aku putuskan hubungan dengan Mike sebab tak tahan dengan dugaan dan ujian begini.

Apa pun perangai Mike, sekurang-kurangnya dia mampu buat aku rasa bahagia.


________

 
APRIL 2013

Mike : Awak?
Aku : Yer?
Mike : Awak?
Aku : Apa dia? cakap laa!
Mike : Love you sayang.


Sudah lebih setahun aku mengenali Mike. Berkali-kali juga perkataan sayang dan rindu terpacul dari bibir Mike tapi semuanya hanya di alam maya. Aku manusia,aku lelaki..ada keinginan,ada nafsu...aku perlukan sesuatu yang realistik,sesuatu yang merangsang deria aku.

Alangkah nikmat seandainya Mike ada di sisi aku.

Ahh! susah sangat nak jumpa in real life..video call pun jadi laa. Yang penting masing-masing puas. Dulu tiap kali Mike ajak aku buat kerja gila tu, aku jual mahal..memalu kucing. Tapi sekarang aku dah ready. Mana laa tahu ada jodoh dipertemukan, so tak ler rasa kekok nanti. Aku pasti Mike mesti suka..hehe. Buat apa nak malu? Takda siapa pun nampak..ini antara aku dan Mike aje. Aum!

Aku : Abang..jom skype.
Mike : Sorry sayang. Harini abang OT sampai tengah malam...awak tido dulu yer. Nite sayang.
Aku : Ohh..ok..take care. Nite too.


...Selang beberapa jam...
 


Gila!!! Apa aku nak cuba buat ni?

Kau memang dah gila Kamen! Gila! Belajar tinggi-tinggi tapi akal letak dekat kepala lutut! Kau baru kenal Mike, jumpa pun tak pernah..ada hati nak buat free show. Bodoh! Kalau laa Mike tu tinggalkan kau,baru kau tahu menyesal. Takkan laa Mike sweet talk sikit dekat kau..kau dah hilang pertimbangan diri sampai sanggup rendahkan harga diri dan maruah kau? Ingat Kamen..kau tak semurah dan semudah itu!

Kau bukan tak kenal Mike tu siapa...Once a cheater,always a cheater!

Kau lupa?
 
________

JUNE 2013

Mike : Abang bosan! Abang nak sangat jumpa sayang.
Aku : Abang datang laa sini.
Mike : Kalau abang single dah lama abang datang peluk cium sayang tau! Tapi sayang tahu kan abang dah kawen?
Aku : Alasan.
Mike : Susah laa awak. Lain laa awak tu bujang lagi. Apa kata awak datang sini??


Sesungguhnya aku tidak pernah lupa siapa Mike. Sejak dari awal perkenalan lagi Mike sudah berterus terang tentang status dirinya..tapi aku masih berdegil. Konon kesiankan Mike...konon nak buat kawan chatting. Aku ada pilihan untuk berambus dari hidup Mike, tapi aku memilih untuk tetap setia melayan setiap karenah Mike...suami orang.

Sekarang apa dah jadi? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mike mengaku dia susah nak lupakan kau sebab kau dah jadi sebahagian dalam hidupnya. Dan kau sendiri kesian dan berat hati nak lepaskan Mike..sampai menitik air mata tiap kali memikirkan soal perpisahan.

Kalau laa aku boleh putar balik masa. Haihh..

Semuanya sudah terlambat. Masing-masing sudah terikat..terikat dengan janji..dan mungkin dengan perasaan.


________


SEPT 2013

Mike : Awak sayangkan abang?
Aku : (smiley)
Mike : Itu jer? Tak per laa..

...10 hari berlalu...


Mike : Selama kita kenal awak tak pernah cakap ' I love you' dekat abang. Kenapa?
Aku : Ntah..hehe
Mike : Awak dah tak sayang abang?


...3 minggu berlalu...
 
Mike : Awak?
Aku : Yer..
Mike : I love you!
Aku : Thanks..
Mike : Awak sayang tak dekat abang? Tolong laa jawab...
Aku : (smiley)
Mike : Arghh...why?


Haihh..setiap kali Mike bertanya soalan sebegini..aku terus jadi buntu..rasa serba salah. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku suka cara Mike layan aku...tapi aku sedar batas aku. Walaupun kadang-kala aku hanyut dengan kata-kata manis Mike..tapi Mike tetap suami orang!  Aku tak boleh 'cinta dan sayangkan' Mike sepertimana Mike cinta dan sayangkan aku.

Maafkan aku Mike. Aku takda kekuatan dan aku tak mampu berterus terang tentang perasaan aku yang sebenarnya. Aku tak nak melukakan perasaan orang yang dah buat aku happy selama ni. Aku terlalu sayangkan hubungan ini...sia-sia jer kalau putus di tengah jalan. Tapi aku tak mampu cintakan kau sebagai seorang lelaki..apatah lagi sebagai sorang kekasih. Semua tu mustahil. Kau suami orang..kau hak orang..dan aku tak ada hak merampas kebahagian orang lain.

Sebelum situasi jadi semakin parah..ada baiknya aku putuskan hubungan dengan Mike. Kalau Mike tak sanggup lepaskan aku..biar laa aku pergi dari hidup Mike demi kebaikan Mike dan diri aku sendiri.

Kau sanggup tinggalkan Mike? Kau tak kesiankan Mike? Kau lupa janji antara kau dan Mike dulu?

Ahh..Lantak laa dengan janji-janji dulu. Aku tahu aku tak boleh dan tak akan bersama Mike..selagi dia masih bergelar suami orang.


________

NOV 2013

Mike : Sayang? Kenapa senyap ni?
 
.....

Mike : Awak...tolong jangan buat abang macam ni..please comeback!
 
.....

Mike : Please reply mesej abang. I missed you sayang.
 
.....

Mike : Sayang? Where are you? 


...2 minggu berlalu...

Aku terlalu sayangkan hubungan ini...

Aku : Hi!


-BERSAMBUNG-

(SAYANG : 3 TAHUN)

26 comments:

  1. Entah kenapa ..aku rasa Mike nie macam terlebih garam dalam mengayat ko.
    Ko lak macam stone je mesej dengan dia. Konklusi aku .. chemistry gone. Tindak balas kimia pon tak balance. Cari lain la Kamen. Kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju kenyataan di atas...hahaha...

      Delete
    2. Nu'Man : Biasa laa..bukan senang nk mengayat Kamen Shinobi..setakat level Dollah kesayangkn kau..aku takkan tergoda punya...ekekeke. Citer belum habis lagi, simpan dulu konklusi tu.

      crescent : nampak sangat takda idea nak komen apa :kidding:

      Delete
    3. hahaha so true...k bye...

      Delete
  2. Aku baru lepas putus dengan sorang laki ni, sebijik macam mike perangai dia. Aku tak nafikan, aku sayang dia. Tapi aku kena tinggalkan dia jugak sebab aku rasa bersalah dengan dia. Aku selalu buat perangai bodoh, abaikan dia, cakap lepas. Aku dah tak nak tengok dia kecewa makan hati lagi sebabkan aku. Jadi aku lepaskan lah dia untuk lelaki yang lebih baik dari aku padahal aku tak sanggup pun nak putus. Haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah nk putus kalau masing2 dah emotionally attached. Takpe..move on..aku pasti ada yang jauh lagi baik utk Azizi Che Omar di luar sana..hehe.

      Terima kasih sudi singgah.

      Delete
  3. Kamen....kene blaja survive alone la lepas nie...baik juga putuskan hubungan dengan Mike coz you know what...it's not worth...

    Jangan jadik macam Amir (Kes Iskandar) tu dah la...kalau la someone that you like dah ader partner...tak yahlah diteruskan...tambahan lagi kalau yang kita suka tu dah beristeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau someone yang dah berpunya tu asik mengejar2 kita caner nk buat?haha..

      Delete
  4. Lupakan dia syang, jujurnya sbagai somi psti akan lbih utamakan isteri, klak nnti ko psti mkan hati. Nnti carik partner kt luar itu lbih syok, doa ku sntiasa tuk mu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Partner tak perlu di cari..nanti partner datang sendiri..eceh! hahaha.

      Nak cari steady partner bukan macam cari ikan dekat pasar..Kalau partner satu malam,petik jari jer..ekekeke

      BTW...doakan Kamen dapat steady partner,bukan partner satu malam.

      Delete
    2. Klu susah sgt nk dpt tuh jd buah hati abg jerrrr. Hahaha
      Eh lawak jaaaa

      Delete
    3. Menyembur kopi tongkat ali aku...ciss!

      haha

      Delete
  5. masalahnya sekrang, dia suami orang..lain lah kalau dia duda..apa-apa pun tanya pada diri abg kamen, kalau boleh teruskan perhubungan, teruskan kalau tak boleh lebih baik mengundur sebelum terlambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terbabas...tak bleh undur lagi..hehe

      Delete
  6. masih ramai lagik yak single action kamen.. cer try adjust

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya yg tasty dah diambil orang,yg single plak tak cukup syarat...hahaha :kidding:

      Delete
  7. Kamen sesusah u amik i je jadi couple.ape salah kekadang perigi cari timba.i pon tgh single n mencari ni..opss O.o

    ReplyDelete
  8. hahahahahhahaha. cerita cinta yang menarik. siap ada sambungan lagi tu kameng! hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer melayu dkt TV pun panjang berjela,ini kan pula citer Kamen Shinobi....ekekekeke

      Delete
  9. Ni mesti fefeling konon2 nak move on pastu takleh. Tu sbb kau contact dia balik kan? Haha.

    Erm. Abam kamen buat free show nnt jgn lpe invite Nov eh. Nak tengok jugakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nov C dah cukup umur belum nk tengok free show aku? muahahaha

      Delete
  10. Daripada pandangan saya yg hina ini saya rasa baik sahaja awak cari yg tidak berumah tangga... lagi pula awak ada rupa, awak ada gaya, apa di kejar org yg awak tahu tidak setia...

    Maaf comment ini sedikit berunsur emosional berdasarkn kepada pengalaman yg tidak seberapa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda dah jadi, nak buat caner?

      Bab cari yg single tu aku setuju..tapi bab ada rupa,gaya etc tu...errrrr..no komen..hehe

      Delete
  11. Agak2, kalau aku buat blog gak ada orang nak baca tak kamen?
    tetiba tanya kau kan. dah pehal. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kau buat blog aku akan jadi follower paling setia..nombor satu.

      hehehe

      Delete