Sunday 8 November 2015

PRIVATE AND CONFIDENTIAL

Sudi tak video call dengan aku?
Nak add FB boleh?
Apa nama sebenar Kamen Shinobi?


Pergh! Demanding sungguh silent reader aku ni..kalau macam tu,alang-alang baik jumpa aku terus. Bukan setakat rupa atau nama..silap-silap alamat rumah pun aku bagi..so senang kalau nak kirim hadiah..ekekeke. Haihh..macam-macam permintaan silent reader aku ni...kadang-kadang serba salah dibuatnya..nak dedahkan identiti aku atau terus berahsia? Tapi biasa laa, Kamen Shinobi berahsia orangnya..akhirnya aku cuma mampu jawab...

Nanti laa..
Tak boleh!
Rahsia..

Cuba laa berapa kali pun, jawapan aku tetap sama...ekeke. Aku harap orang-orang yang cuba nak korek rahsia aku mampu bersabar dengan tahap kedegilan aku..walaupun aku tahu ada yang dah start bengang dengan perangai aku yang kuat berahsia ni. Well...itu laa Kamen Shinobi.


Ramai yang kenal aku tahu aku tak banyak cakap, nak dekat pun susah..tanya sepatah,jawab sepatah. Tapi itu dulu laa, sekarang aku dah tua..dah tak sesuai nak malu-malu lagi. Kadang-kadang kalau kena dengan tempat dan masa, aku boleh jadi peramah dan tak tahu malu..tanya sepatah, aku jawab berpatah-patah...hehe. Still perangai aku yang pemalu dan tak banyak cakap ni kira dah jadi trademark aku. Dan aku mengaku aku seorang yang sangat berahsia...mungkin pengaruh dari sikap aku yang tak suka share apa-apa berkait soal peribadi.
 
Dalam kehidupan aku sendiri aku jarang meluahkan perasaan..mostly aku lebih suka pendam dari bercerita dekat orang lain..especially kehidupan aku sebagai seorang lelaki gay. Aku dikelilingi golongan straight dan aku tahu diaorang takkan faham gaya hidup aku sebagai seorang lelaki gay. Sebab tu aku memilih untuk meluahkan semuanya melalui blog di mana aku boleh jadi someone yang 'anonymous'..so takde orang boleh judge aku.

Masa aku memula start blog ni dulu aku dah berazam yang aku takkan dedahkan identiti aku especially dekat silent reader atau non-blogger..sebab aku tak nak orang judge aku berdasarkan penceritaan aku dalam blog ni. Ntah laa aku rasa terlalu awkward untuk aku dedahkan diri aku lepas aku dah ceritakan semua kisah-kisah peribadi aku dalam blog ni. Tapi kadang-kadang aku ada jugak terfikir nak meet-up secara personal dengan blogger PLU...keluar lepak, makan-makan, habiskan masa bersama..lebih kurang macam blogger reunion versi PLU..eceh. Rasanya takde masalah kalau nak dibandingkan dengan non-blogger sebab masing-masing dah tahu kisah peribadi masing-masing..kira adil laa..hehehe.

Aku sebenarnya tak kisah kalau ada yang nak ajak chatting atau sekadar borak-borak kosong..tapi bila dah sampai ke tahap nak tahu diri sebenar Kamen Shinobi..aku agak berat hati untuk penuhi permintaan itu. Bagi aku mendedahkan identiti sebenar ni ibarat proses coming out as gay, dan aku rasa korang sendiri tahu bukan senang nak coming out...terlalu banyak kebarangkalian yang bakal jadi..sama ada diterima atau dibuang jauh-jauh. Syukur laa kalau ada yang sudi menerima diri aku seadanya..tapi macam mana kalau aku di-reject macam tu aje? Sia-sia aje laa aku bongkarkan rahsia aku sendiri...silap-silap aku terus tutup blog ni since ada yang dah tahu siapa aku..haihh..

Tu belum lagi cakap pasal perangai PLU..

Mungkin ada yang tak tahu aku start explore dunia PLU masa umur aku dalam mid 20s. Kalau dihitung baru beberapa tahun aku bergelumang dalam dunia PLU..tapi perjalanan aku yang singkat ni banyak mengajar aku untuk tidak terlalu mudah mempercayai golongan PLU especially dalam alam maya ni. Sepanjang aku bersosial dengan PLU, macam-macam jenis perangai aku dah jumpa..mostly tak boleh pakai...hampeh! Well..itu laa akibatnya kalau mencari kenalan dalam hook up apps..ekekeke

Aku tahu mungkin ada yang kata "Tak semua PLU sama". Ada betulnya..tapi pengalaman buruk aku sebelum ni sedikit demi sedikit mencalarkan kepercayaan aku pada golongan PLU. Kadang-kadang aku cuba jugak untuk loosen up dan jadi open minded...at least bagi peluang untuk orang lain mengenal aku..tapi tiap kali aku cuba, ada aje suara berbisik untuk aku lupakan hasrat itu. Ntah laa..mungkin aku masih dibayangi trauma masa silam...risau kepercayaan aku dikhianati sekali lagi.

Aku sendiri tak tahu sampai bila aku perlu bersikap prejudis dengan golongan PLU. Kadang-kadang aku sendiri tertanya ada lagi ker PLU yang 'decent' dalam dunia ni? Buktinya sampai ke hari ini aku masih solo...jangan kata boyfriend...gay friend pun aku takde. Forever alone sungguh kau Kamen!

Apa pun aku nak minta maaf dekat silent reader aku atau sesiapa sahaja yang berkaitan kalau selama ni ada yang rasa aku sangat susah untuk didekati..anggap aje laa itu sebahagian dari personaliti aku..hehe. Aku harap entry ni boleh buat korang lebih memahami isi hati seorang insan maya bernama Kamen Shinobi. 


(First time bercakap dengan silent reader..rasa macam nak meletup jantung..ekekeke)


26 comments:

  1. Kamen, klu kt maya nih biarlah rahsia, xsume plu brsikap pro, hehe, nnti kita gak yg malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kepercayaan dikhianati,rasanya lebih sakit dari perasaan malu itu sendiri..eceh!

      Delete
  2. apa yang penting saling menghormati satu sama lain dan jangan ada paksaan...kadang-kadang ada yang jenis mendesak tu memang pening kepala nak handle..hehehe.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. /\ /\
      \ \/ /
      /~~ \/\/\
      \ ~~\/\/
      \ /
      - peace -

      Delete
    2. Berjam-jam aku menilik apa yang saudara Qays cuba sampaikan..apapun Peace juga!

      hahaha

      Delete
  4. Aku pun sama macam kau, susah nak trust org lagi2 yang kenal secara maya, Tak semua yang boleh dipercayai. Actually kau boleh dah screening org yang approach kau melalui app. From the way he texted you, kau boleh straight away tahu intentions dia baik atau sebaliknya. Kalau jenis yang open and exposed pastu gay-social-circle dia besar. Kau kena lebih berhati-hati, sebab geng2 jenis akan eposed org lain kat social media.

    Very few je yang betul2 ikhlas. Salah seorang nya Aku. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik laa Nov C..akan ku turuti nasihatmu itu.

      Cari yang sekufu..sama-sama discreet..aman hidup.hehe.

      Biarpun Nov C ikhlas, sayang sekali sudah disambar Chuck..ekeke

      Delete
  5. Well, most PLU memang susah nak dipercayai especially yang memang semata2 hidup for sex...and mcm Nov ckp tu berhati2 lah dengan PLU yg bila tak dapat kita dia akan merencanakan kerosakan pada hidup kita...so if u think kalau selesa dengan tak exposed diri...go ahead...i support you...after all that is you life to protect kan...;-)

    PS : Amir pun mcm Kamen gak...kekadang rasa nak buat gathering PLU bloggers such as you, Nu'man, Nov, Mr Macho, Mr Warkah...and others to kongsi pendapat and borak2 katanya...huhuhu...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi tunggu, Amir collect dana buat majlis gathering blogger PLU Malaysia..buat lebih kurang secret party..hahaha

      Delete
  6. bila kita nk sembang kat wechat ( padahal nk video call ) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah laa video call..tak tido malam Shin nanti tengok rupa sebenar Kamen...ekeke

      Delete
  7. bila kita nak buat group wechat ni??? tetiba...hahaha...

    well for me itu semua atas keselesaan kau...bila kau selesa jadi unknown its better to stay like that lah kan...btw nanti bila kau dah selesa dengan budak budak blog ni jangan lupa buat group wechat...hahaha...tetap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wechat group tak best..jumpa face to face laa..ada berani? ekekeke

      Delete
    2. I'm up for it...kau tu...berani ke???hahaha...

      Delete
    3. Aku on jer kalau ada yang sudi..eceh.

      hahaha

      Delete
  8. Kalau aku kamen mungkin sampai bila-bila x akan reveal diri sebenar aku dkt blog (aku teramatlah paranoid) hahaha dan aku sangat susah nak percayakan orang especially benda-benda yang dark secret ni (based on experience)..actually dulu aku ada juga fb plu and suddenly it got me thinking apa tujuan kita nak buat benda tu semua?If nak chat then chat why bother to hook up...same goes to grindr/hornet and I dont know,never use that,don't want to use it..because aku dah pernah tengok ada kawan aku guna (dia tak tahu yg aku tahu dia gay...haha) and yes basically most of them talking about sex,top,bottom and bla-bla...aku pun sama xde kawan gay pun hahhaa...btw bila nak gather?hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang lagi bagus stay in the closet even dengan PLU sendiri, kadang-kadang kalau ada kawan gay yang boleh diajak berbual hati ke hati pun bagus jugak..at least kurang sikit beban yang tertanggung dalam jiwa..eceh! Tapi biasa laa,berkawan dengan PLU ni agak risky..macam2 perangai..salah pilih makan diri sendiri pulak nanti..

      Delete
  9. Aku pun sama.
    Better known as Mr. Unknown.
    Sesetengah rahsia lebih baik jadi rahsia. HAHA. Which is not so rahsia.

    "Tapi kadang-kadang aku ada jugak terfikir nak meet-up secara personal dengan blogger PLU...keluar lepak, makan-makan, habiskan masa bersama..lebih kurang macam blogger reunion versi PLU..eceh."

    You know what Kamen ! Aku pun terpikir the same idea. A blogger date. Macam blind date. Jumpa member-member blogger. Borak-borak. It's gonna be fun I think. Tipu la kan kalau aku cakap aku tak teringin nak kenal each of us personally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So bila nak keluar blind date? Jangan jadi blind lepas tengok aku dah ler...ekekeke

      Delete
  10. aku macam tak paham . haha. well, aku ada baca jugak komen2 kat atas selain dengan entry kau. memang ada yang selalu discreet and tak mau bagitahu orang dia tu siapa dekat dunia maya. sebab tu, mesti akan ada orang ajak berjumpa. lepak kedai makan ke lepak minum2 ke apa ke untuk berkenalan dengan lebih lanjut., tapi bila da ajak lepak, tak nak pulak lepak bersama.

    kat dunia maya tak nak bagitahu diri tu siapa pastu cakap teringin nak berlepak sama. tapi bila da berajak lepak ramai2, tak mahu join pulak. haha. lama-lama gua pun keliru, apa la yang korang nak sebenarnya? HAHAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ko tak faham Shark? Aku pakai bahasa melayu standard,bukan bahasa urdu atau malayalam...ekekeke

      Well,nak meet up in real life atau stay discreet selamanya..semua tu pilihan masing2. Konklusinya, aku probably lebih open minded untuk meet-up dengan blogger PLU berbanding silent reader..itu aje.

      Delete
  11. kamen...ak dh xpikir psl tu pon...ak lbh selesa m'dedahkn diri ak yg sbnrny...sbb dr situ,br la ak tau org tu iklas nk kwn ke x...sbb xsume org blh terima nk kwn dgn plhiv..hmm..tp so far,alhamdulillah,rmai yg nk jmpe..knal ak in person skdr bercerita p'alamn....u r luckier..dun worry k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mudah untuk WK, tapi terlalu sukar untuk seorang Kamen.Shinobi..hehehe..banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan.

      Apa pun kita semua 'lucky'...in our own way.

      Delete