Thursday, 10 March 2016

IJAB DAN QABUL

Baru-baru ni, aku chatting dengan seorang silent reader blog aku dalam Hangouts. Tengah rancak chatting tu, tetiba aku diajukan soalan ini...

"Pernah terfikir nak kahwin dengan perempuan?"

Erkkk...dalam banyak-banyak soalan, itu jugak dia nak tanya..haihh. Tapi siapakah gerangan silent reader itu? jengjeng..biar laa rahsia..hehe. Tapi dah nama pun silent reader, sure aku sendiri pun tak kenal..ekekeke

Dalam entry KAHWIN yang lepas, aku ada share pendapat dan pendirian aku berkaitan isu lelaki gay yang memilih untuk berkahwin dengan perempuan. Kalau korang baca balik entry tu, aku rasa korang boleh agak jawapan aku bila ditanyakan soalan sebegini.

Berbalik pada soalan tadi, bila ada yang bertanya dekat aku.."Kamen nak kahwin?", honestly aku sendiri takde jawapan muktamad..sama ada suatu hari nanti aku akan berkahwin ataupun aku confirm tidak akan berkahwin langsung...sebab aku, well..seorang gay!

Dalam hal-hal complicated sebegini, aku lebih selesa berfikir dan bertindak secara realistic. Walaupun aku berkemampuan dari segi zahir, tapi kalau nafsu dan naluri aku tetap dan hanya setia pada lelaki...senang citer hanya romantically and sexually attracted pada lelaki...rasanya sampai ke tua pun aku takkan berkahwin dengan entiti bernama perempuan.

Tapi siapa laa aku nak melawan takdir dan ketentuanNya? Yer laa, mana laa tahu suatu hari nanti tetiba naluri dan nafsu ni berubah jadi straight lepas tersandung batu?ekeke. So, jangan terkejut kalau tetiba aku buat post bertajuk "Ciri-ciri isteri pilihan"..ekekeke. Walaupun aku sebenarnya doubt yang sexuality ni boleh berubah-ubah. Once gay..always be gay..haha! Tapi again..soal masa depan, semua tu terlalu subjektif bagi aku. Aku sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi bukankah sebaik-baik perancangan tu datang dari yang maha kuasa?

Tapi aku tak boleh nafikan, kadang-kadang tu aku ada jugak terfikir pasal isu ni. Lagi-lagi sekarang ni aku tengok ramai member dan kenalan aku yang dah mendirikan rumah tangga..dah beranak pinak..bahagia jer aku tengok kehidupan diaorang. Sedangkan aku masih hidup membujang. Lepas tu mula laa termenung sorang-sorang memikirkan nasib diri.

Yer laa..siapa nak hidup bersendirian sampai ke tua? In case tak dapat steady partner yang sanggup sehidup semati bersama. Sampai bila nak hidup bawah ketiak parents? Siapa yang tak nak ada zuriat? Siapa yang tak nak makan pakai diaorang terjaga?


Pernah jugak terlintas difikiran untuk membina rumah tangga aku sendiri. Ada isteri yang elok rupa paras, baik budi pekerti...yang boleh jaga makan dan pakai aku sehari-hari. Lepas dah puas honeymoon berdua, baru planning buat anak..paling ramai pun tiga orang..ekeke. Well..aku pun teringin jugak nak tengok baka aku baik ker tak, comel ker tak. Nak dengar anak-anak aku panggil aku 'Ayah'. Nak tengok anak-anak aku membesar depan mata aku. Senang citer, hidup 'normal' di mata masyarakat dan menjalani kehidupan berkeluarga dan gembira bersama orang-orang tersayang..eceh!

Tapi bila difikirkan balik..rasanya semua tu cuma angan-angan kosong aje. Buat masa ni, soal kahwin belum masuk dalam priority list aku. Keinginan tu cuma datang sekejap..seolah-olah sekadar melepaskan kentut di tangga..ekeke..lepas tu hilang bersama angin lalu. Yer laa..dah nama pun gay..macam mana nak kahwin? Tengok perempuan pun takde feel..macam tengok batu. Nak buat anak jauh sekali..perempuan pakai bikini 2 pieces lalu depan mata pun aku tak terangsang..apatah lagi nak gomol dan 'bersatu' dengan entiti bernama wanita..haihh, seram..ekekeke! So buat buat apa aku nak berkahwin kalau aku sendiri tak happy? Buat apa aku nak berkahwin kalau aku takde niat nak buat anak? Buat apa aku nak berkahwin atas dasar terpaksa sedangkan aku tahu aku tak mampu? Buat apa aku nak hidup dalam kepura-puraan sedangkan aku ada pilihan lain yang lebih membahagiakan aku?

Well, tipu laa kalau aku tak risaukan masa depan aku. Yer laa, umur makin lama makin meningkat. Kalau aku tak kahwin sekarang atau sampai bila-bila, siapa nak jaga aku bila dah tua nanti? Lagi-lagi kalau aku terpaksa stay single sampai ke tua sebab dah tak laku ataupun kena dump sebab partner aku dah tak selera nak tengok aku..gulp! Tapi seandainya perkara tu betul-betul terjadi, bila dah tiba masa nanti..pandai-pandai laa aku serah diri dekat rumah orang-orang tua. At least ada yang jaga makan pakai berak kencing aku. So takde laa mereput dalam rumah sorang-sorang. Haihh..tetiba rasa seram bila memikirkan soal masa depan yang belum pasti..

Apapun, ini cuma pendapat peribadi insan bernama Kamen Shinobi. Aku takde niat pun nak menggalakkan golongan macam aku untuk tidak berkahwin. Pilihan ditangan masing-masing...dah besar, dah pandai berfikir..so pandai-pandai laa buat keputusan yang bijak untuk diri sendiri...jangan sampai menyusahkan orang lain dah ler..hehe 

The mystery of life is not a problem to be solved,
but a reality to be experienced.

29 comments:

  1. Satu je nak pesan ! Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput aku. HAHAHAHA
    Nak renjis2 abam Kamen di atas pelamin !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata renjis,,aku gomol2 abam kamen atas pelamin tu..ehh haha

      Delete
    2. Dom : Datang nanti jangan lupa bawa Dario. Amek berkat. Nanti Dom dan Dario kahwin bukan setakat renjis...aku spray perfume...biar mewangi rumahtangga korang..haha!

      Aries : Ko jangan buat hal..tak pasal2 kerusi pengantin perempuan tu ko yang duduk..haha!

      Delete
  2. Kalau la betol2 tersadung batu boleh jadi straight,,aku sanggup jatuh byk2 kali..haha
    Tapi kan aku kalau tengok perempuan seksi atau lelaki seksi depan mata aku tak rasa apa pon..unless kalau berdua duaan je..yg tu baru rasa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak laa tersandung..sakit tuuuu.

      Aku rasa ko rabun jauh sebenarnya..nak tengok dekat2 baru dapat feel..haha!

      Delete
  3. Sembang la Kamen nak ada isteri bagai .. sebenarnya nak somi kan ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat suami yang ada ciri2 isteri mithali..why not? ekekeke

      Delete
  4. Wait...bukan ker Kamen sebenarnye mengimpikan seorang suami and...teringin ada anak yg boleh panggil Ibu...? Hehehe...:-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak main laa panggilan Ibu..

      Mommy..baru taraf international! ekekeke

      Delete
  5. hehehehe...soalan cepu emas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak emas, memang tak lepas masuk blog laa...hehe.

      Delete
  6. Salam kenal en kamen dr yur silent reader.

    ReplyDelete
  7. Haha mulai skang kamen kena mula blajar tuk suka wanita. Mauxmau kena usaha juga. Apapun trpulang pada diri sdri, bagilerrr kita pluk ko skali,,,,,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pluk aku..anon ni laki ker perempuan?..kalau laki, boleh pluk..tapi kalau perempuan, aku lari dulu..hahaha!

      Delete
  8. soalan tu antara soalan susah nak jawab kan...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi susah nak jawab kalau yang bertanya tu bukan geng LGBT...hahaha!

      Delete
  9. manusia berubah
    semuanya dengan masa
    hati boleh terdetik
    juga boleh bergetar
    jadi tak mustahil, kamen
    suatu hari nanti
    saya doakan kamen bahagia

    -Yusuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak terdetik dan bergetar langsung, aku redha jer..hehe

      Apa pun..terima kasih Yusuf. Semoga Yusuf juga bertemu kebahagiaan yang dicari.

      Delete
    2. satu hari
      hati awak
      akan terdetik
      akan bergetar
      saya pasti
      :)

      Delete
  10. Kahwin Kamen, Kahwinnnnn. Cari suami cepat sebelum terlambat. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh silap, cari bini...

      Delete
    2. Cari dua2 boleh tak Nov? siang setia dengan bini, malam bermanja dengan suami..muahahaha

      :larikkkk:

      Delete
  11. Betul, betul. Itu pun concern aku, siapa nak jaga aku nanti kalau dah tua dan sakit? But then again, hidup mati ditangan tuhan, kita rancang dan doa jelah yang terbaik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah sempat tua ker tak, semua tu rahsia Tuhan. Apa yang ada depan mata, kita redah saja..hehe

      Delete
  12. masak leh masak sendiri
    basuh baju.. leh wat sendiri
    duit leh cari sendiri
    travel leh pegi sendiri
    hmm..
    anak je x leh beranak sendiri
    time sakit x leh jaga diri sendiri

    hope satu hari nnt kawen gak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin kawen jangan lupa hantar kad jemputan...hehe

      Delete
  13. the best part, every post ade quotes :)
    thanks abam kamen. hikhik
    inspired & motivated
    -changing face is nothing but facing changes is everything-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...terima kasih sudi singgah dan baca blog yang tak seberapa ni.

      BTW, nice quote..sangat kena dengan situasi aku sekarang ni..ekeke

      Delete